You are on page 1of 4

BIODATA TUN MAHATHIR

Nama:Mahathir Bin Mohamad Tarikh Lahir: Jumaat 20 Disember 1925. Tempat lahir:Alor Setar , Kedah Rumah No.18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak Agama: Islam Perkerjaan: Doktor Perdana Menteri Malaysia(1981 2003) Pendidikan: 1930 Sekolah Melayu Seberang Perak, Kedah : 1945 Kolej Sultan Abdul Hamid (Senior Cambridge) :1947 King Edward VII College of Medicine, Singapura :1953 Universiti Malaya ( Ijazah Doktor Perubatan) Nama Bapa: Mohamad bin Iskandar Nama Ibu: Wan Tempawan binti Wan Hanafi Adik-beradik: Anak bungsu (5 Lelaki, 4 Perempuan)

Pasangan: Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohd Ali (Tarikh perkahwinan 5 Ogos 1956) Anak : 7 orang ( 4 Lelaki 3 Perempuan) Nama-nama :Datin Paduka Marina Mahathir, Mirzan Mahathir,Melinda Mahathir Dato Mokhzani Mahthir, Dato Mukriz Mahathir, Maizura Mahathir, Mazhar Mahathir, Daniel Fariezs(anak angkat)

KERJAYA POLITIK TUN MAHATHIR


1945 Penglibatannya dalam politik bermula apabila beliau bergerak cergas dalam beberapa kesatuan, antaranya Saberkas, Kesatuan Pemuda Melayu Kedah dan UMNO.

1964 Bertandingsebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Kota Star Selatan dan menang. 1965 Di pilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1969 Tewas dalam pilihanraya Umum. 12 Julai beliau dipecat dari UMNO kerana perselisihan pendapat dengan pucuk pimpinan UMNO. 1972 Beliau diterima semula menyertai UMNO pada 7hb. Mac 1972. 1973 Dilantik menjadi Ahli Dewan Negara . 1974 Bertanding di Kawasan Parlimen Kubang Pasu dan menang tanpa bertanding seterusnya dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak. 1976 Tun Hussein Onn Perdana Menteri Malaysia ketika itu, t elah melantik Dr. Mahathir sebagai timbalan Perdana Menteri. 1978 Bertukar "portfolio" dari Kementerian Pelajaran ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding 1981 Tun Hussein Onn meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan secara otomatis Tun Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. 2003 Tun Dr Mahathir megumumkan bersara

Sumbangan Kepada Negara Dan Masyarakat Dasar Persyarikatan Malaysia Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebebanan kewangankerajaan.Syarikat -syarikat utiliti seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom dan sebaga inya, telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Dasar pemilikan saham Bumiputra Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB. Dasar Pandang ke Timur Kerajaan berpaling kepada negara -negara Timur yang maju seperti Jepu n dan Korea Selatan untuk tujuan usaha sama, perdagangan, pendidikan tinggi dan aspek-aspek lain yang difikirkan bersesuaian. Bersih, Cekap, Amanah Tun Dr Mahathirmemperkenalkan kempen "Bersih, Cekap, Amanah" yang bertujuan meningkatkan produktiviti dan m enanamkan etika kerja serta usaha ke arah kecemerlangan. Kepimpinan Melalui Teladan Kempen "Kepimpinan Melalui Teladan" yang berhasrat memupuk sifat -sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan kakitangan Kerajaan. Malaysia Boleh Slogan "Malaysia Boleh" bukan sekadar slogan kosong tetapi digunakan sebagai satu strategi ke arah mempromosikan Malaysia dan membuka rakyat Malaysia kepada dunia penuh peluang dan kesempatan. Slogan ini adalah pernyataan keyakinan yang telah menjadi pendorong berkuasa tinggi, yang telah memungkinkan ramai rakyat Malaysia mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa. Wawasan 2020 Pada 1990 Tun Dr Mahathir melancarkan Wawasan 2020 pelan sembilan cabaran yang menggariskan hasrat dan halatuju N egara dan rakyat Malaysia untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

Pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir dalam usahamelakar nama Malaysia di arena antarabangsa. Antara projek -projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan beliau antaranya ialah :
1983 Projek Kereta Nasional (PROTON ) melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia ).Julai 1985 kereta pertama buatan Malaysia di keluarkan. 1998 Stadium Nasional Bukit Jalil di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamad sempena Sukan Komenwel yang di adakan di Malaysia. 1998 Lapanganterbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan salah satu hub penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. Slogan lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" 1998 Menara Berkembar Petronas pembangunan gergasi yang menampilkan bangunan pejabat berkembar tertinggi di dunia, 452 meter (1483 kaki) Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi88 -tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia. 1999 Litar Antarabangsa Sepang, tempat sukan permotoran berprestij, seperti Formula One dan GP Moto. 1999 Projek Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Tun Dr. Mahathir sedarakan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam duniaperdagangan masa kini dan masa depan. Ia merangkumi aplikasi-aplikasiseperti kerajaan elektronik, tele-perubatan, dan kad pintar serb aguna. 1999 Cyberjaya adalah pusat-penyelidikan dan pembangunan berteknologi tinggi,Cyberjaya merupakan sebuah 'bandar pintar' yang merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC). Konsep bandar ini adalah untuk menjadi Lembah Silikon Malaysia. Upacara perasmian Cyberjaya telah diadakan pada Mei 1997. 1999 Putrajaya, bandar pintar pertama di dunia yang kini menjadi pusat pentadbiran Malaysia. Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan. Mula dibina pada 16 Ap ril 1995 Projek-projek beliau ini meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia dan disegani. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dan dihormati dunia kerana Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara -negara maju dunia.. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.

You might also like