You are on page 1of 18

PERBEZAAN SUMBANGAN TUN DR MAHATHIR

MOHAMAD DAN TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI

PENGENALAN : TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

I.

Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925

II.

Berasal daripada Kedah

III.

Pendidikan
a) Sekolah Melayu Laki-laki Seberang Perak, Kedah
b) Sekolah Inggeris Alor Setar (kini Maktab Sultan Abdul Hamid)
c) King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya,
Singapura

IV.

Kerjaya
a) Doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang
b) Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar
c) Memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

Dasar
Perindustrian
Negara

Penggerak
Industri
Permotoran
Malaysia

Penerbangan
&
aeroangkasa

Slogan
"Bersih,
Cekap dan
Amanah".

Sumbangan
Tun Dr
Mahathir

Memperkena
lkan Bandar
Pentadbiran
Moden

Dasar
Kependudukan
70 juta

Pencapaian
Bertaraf
Dunia

Dasar
Pandang ke
Timur

PENCAPAIAN & SUMBANGAN TUN DR. MAHATHIR

I.

Wawasan 2020.

Harapan Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad adalah menjadikan Malaysia


sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020

Tun Dr Mahathir bin Mohamad menampilkan satu falsafah yang murni yang
kemudiannya disusuli dengan perlaksanaan yang berterusan

Memberkenalkan pelbagai Slogan, Dasar dan Konsep baharu


a)

Dasar Pandang ke Timur

Menjadikan budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea Selatan sebagai


suatu yang harus diteladani oleh rakyat demi meningkatkan produktiviti
serta menyemai etika kerja professional.

Mencontohi Negara Jepun dan Korea boleh menjadi sebuah negara


maju

Menjadi pemimpin dalam beberapa jenis industri dunia. (kepakaran)

b) Dasar Penerapan nilai-nilai Islam

Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa

Perlaksanaan sistem bank alternatif Bank Islam.

c) Dasar Kependudukan 70 juta

Disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohammad ketika beliau
berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September 1982.

Menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang mampu menyokong


pengeluarannya. 70 juta penduduk menjelang tahun 2100.

d) Slogan "Bersih, Cekap dan Amanah".

Menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni dikalangan kakitangan awam


khususnya dan masyarakat amnya

Memperkenalkan penggunaan 'kad perakam waktu (punch card) dan pemakaian


tanda nama kepada kakitangan kerajaan

e) Dasar Perindustrian Negara

Bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport


barangan industri

Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti


tinggi telah diwujudkan.

f) Penggerak Industri Permotoran Malaysia

Memperkenalkan kereta nasional 'Proton Saga

Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil
dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal 'Kriss'

Malaysia juga adalah hub pemasangan beberapa jenama kereta


terkenal bagi rantau Asia Tenggara

Menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia


salah satu destinasi grand prix dunia .

g)

Penerbangan & aeroangkasa

Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat


terbang ringan Eagles X-TS

Dr. Mahathir telah menukar kawasan ladang di Sepang kepada tapak


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas - Planetarium


Negara.

Membuat pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada


Oktober 1996

h) Pembangunan prasarana

Projek lebuhraya menghubungkan utara - selatan dan timur - barat


semenanjung

Transit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur

i) Memperkenalkan Bandar Pentadbiran Moden

Pada September 1996, kerajaan telah mengumumkan pembinaan


bandaraya pentadbiran persekutuan 'Putrajaya' yang bernilai RM2.6 billion

j) Pencapaian Bertaraf Dunia

Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon


selular

Mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yakni projek hartanah yang
terbesar di dunia dengan nilai RM 2 billion.

Projek empangan hidroelektrik baru iaitu Empangan Bakun. Projek ini telah
diisytiharkan sebagai 'projek negara' merupakan projek prasarana yang
terbesar di Malaysia dan bakal dipeta sebagai empangan yang terbesar di
Asia

Pada tahun 1997, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia


(MSC)

Tun Abdullah Ahmad Badawi


Tun Abdullah Ahmad Badawi (31 Oktober 2003 - 3 April 2009) yang juga
dikenali sebagai Pak Lah merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
kelima yang telah mengambil alih pucuk pimpinan negara dari Tun Dr.
Mahathir Mohamad. Dengan reputasinya sebagai seorang yang
bertanggungjawab, sabar, tabah, bertoleransi, sukakan perpaduan, mesra,
kuat bekerja dan yang paling utama kuat beragama yang menjadikan beliau
seorang pemimpin yang paling diharapkan bagi memacu Malaysia ke tahap
yang lebih tinggi pada masa hadapan. Fokus pentadbiran beliau berbeza
dengan empat perdana menteri sebelumnya kerana beliau lebih
menekankan pengurusan negara berkonsepkan Islam Hadhari selain
Pembangunan Modal Insan. Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dikenang
dengan gelaran sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.

Dasar Modal Insan


Pembangunan modal insan yang direncanakan dalam Rancangan Malaysia Ke
Sembilan (RMK-9) akan dilaksanakan secara holistik. Perancangan ini
merangkumi perolehan pengetahuan atau modal intelek termasuk
peningkatan keupayaan keusahawanan, pengetahuan sains dan teknologi,
pemupukan nilai, sikap, dan etika yang positif dan progresif melalui
pendidikan, latihan, dan pembelajaran sepanjang hayat. Bina upaya akan
diperkukuhkan untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan,
berkemahiran dan inovasi bagi memacu ekonomi yang berasaskan
pengetahuan. Penekanan kepada pembangunan modal insan yang bersifat
progresif dan mempunyai nilai etika yang bersifat universal akan
diperkukuhkan sejajar dengan apa yang digariskan dalam Islam Hadhari.

Teras Dasar Modal Insan


Memperkasa sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan utama rakyat Malaysia bagi
meningkatkan perpaduan Negara.
Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dengan di
bandar.
Mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di
peringkat tertiari memenuhi keperluan majikan.
Membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) yang kukuh
dan memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan.
Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif
progresif, sistem nilai yang boleh diteladani dan budaya mengutamakan prestasi tinggi serta
menghargai tradisi dan warisan.
Memperluas dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan,
sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

Islam Hadhari
Islam Hadhari (Arab: ) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori
kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Ia
bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha
untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung
dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.Terdapat 10
prinsip dalam Islam Hadhari iaitu :1. Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.
2. Kerajaan Adil dan Beramanah.
3. Rakyat Berjiwa Merdeka.
4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan.
5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.
6. Kehidupan Berkualiti.
7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.
8. Keutuhan Budaya dan Moral.
9. Pemeliharaan Alam Semulajadi.
10. Kekuatan Pertahanan.

Sumbangan

Ekonomi

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Tun Abdullah Ahmad Badawi ( 2003 -2009 )

Memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur',

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) - South

Dasar Penswastaan, Dasar Persyarikatan

Johor Economic Region (SJER), Dasar

Dasar Perindustrian Negara dan Dasar

Bioteknologi Nasional (DBN), Dasar Biofuel

Pertanian Negara.

Nasional (DBFN), Dasar Automotif Nasional (DAN)

Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar


Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan
Sosial

Kebangsaan, Kempen Bersih, Cekap dan

Dasar Modal Insan, Islam Hadhari

Amanah, Slogan Malaysia Boleh!

Politik luar

Memprofil Malaysia, di pentas politik global,

Dasar Pandang Ke Timur, Pelaburan Keluar

sebagai sebuah middle-range power, justeru

Negara Makmurkan Jiran Anda, Penswastaan

melipat gandakan kegiatan Malaysia dalam

Malaysia, Kerjasama Selatan-Selatan, Program

ASEAN, APEC, Pergerakan Negara-negara

Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), Malaysia

Berkecuali (NAM), Mesyuarat ASEAN-Eropah

sebagai contoh terkemuka sebuah negara Islam

(ASEM) dan akhir-akhir ini OIC

yang bertoleransi dan progresif Islam Hadhari

APEC ialahsingkatan dari Asian Pasific Economic Coorporation, yang


merupakanorganisasi kerjasama ekonomi regional pada kawasan Asia Pasifik.
APEC pertama kali berdiri pada tahun 1989,pada saat pertemuan tingkat menteri
pada negara-negara Asia Pasifik diadakan di Canberra, Australia. APEC ialahforum
ekonomi untuk dapat meningkatkan kerjasama sertaliberalisasi perdagangan yang
meliputi semua ekonomi yang besar di wilayah Asia Pasifik. Perwakilan dari
Negara-negara anggota APEC ialahberjumlah 21 anggota, bertemu secara tahunan
untuk mendiskusikan isu-isu yang akan dihadapi kelompok tersebut.

Pergerakan NAM ini terbentuk hasil daripada Perang Dingin (Cold War) yang
berlaku pada lewat tahun 1940-an sehingga awal tahun 1990-an. Pergerakan
Negara-negara Berkecuali (Non-Align Movement-NAM) ditubuhkan pada tahun 1961
di Belgrade, Yugoslavia. Pergerakan ini berpegang kepada prinsip berkecuali iaitu
tidak memihak kepada mana-mana ideologi sama ada Blok Barat (demokrasi) atau
Blok Timur (komunis).

Soalan
1.

Tun Dr. Mahathir pernah mengutarakan pendapat beliau tentang Dasar


kependudukan 70 Juta menjelang 2100. Pada pendapat anda, mampukah Malaysia
mencapai sasaran ini berdasarkan perangkaan jumlah penduduk pada ketika ini.
Sekiranya dasar ini tercapai, bincangkan secara kritis impak positif atau impak
negatif yang mungkin dihadapi oleh negara.

2.

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menjadi Perdana Menteri Malaysia dalam tempoh
yang agak lama iaitu lebih kurang 22 tahun. Bincangkan secara kritis dengan
membuat perbandingan dengan negara-negara maju di dunia, adakah wajar
seseorang pemerintah diberi mandat yang lama untuk memerintah sesebuah
negara. Ulaskan dengan memberi hujah yang sesuai.

RUJUKAN

Pak Lah: Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi: Perdana Menteri Malaysia ke 5,
31.10.2003-2.4.2009, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia.

Wan Hashim Wan Teh, (1996). Kepimpinan Dr. Mahathir: Beberapa kekuatan
dan kelemahan. Seminar Kepimpinan Politik Malaysia Peringkat Kebangsaan.
16-17 Julai. Bangi : UKM.

Abdul Rahman Haji Abdullah, (1998). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan
aliran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alif AimanNasaruddin dan Zarif Azfar Zanudin, (2009). Tokoh-tokoh Pemimpin


Negara. Selangor: Sabisa Media

You might also like