Professional Documents
Culture Documents
Tun Abdullah mula menyertai UMNO pada tahun 1965. Beliau mula bergiat aktif
dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas. Pada tahun
1978, beliau telah meletak jawatan dalam perkhidmatan kerajaan untuk menjadi ahli
politik sepenuh masa. Pada tahun yang sama, beliau telah bertanding pada Pilihan
Raya Umum 1978 sebagai calon Barisan Nasional dan memenangi kerusi Parlimen
Kepala Batas di Seberang Perai Utara. Tun Abdullah telah dipilih untuk memegang
jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987, 1990, dan dipilih semula untuk
jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Tun
Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi tahun 2000-2003. Beliau memegang
jawatan sebagai Presiden UMNO sejak tahun 2003 sehingga 2008.
Pada tahun yang 1978, Tun Abdullah telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen
kepada Kementerian Wilayah Persekutuan. Pada tahun 1980, beliau kemudian
dinaikkan pangkat kepada Timbalan Menteri di Kementerian yang sama. Selepas itu,
Tun Abdullah mula memegang jawatan Menteri; bermula di Jabatan Perdana Menteri
1
(1981 – 1984); Kementerian Pendidikan (1984 – 1986); Kementerian Pertahanan
(1986-1987); dan Kementerian Luar Negeri (1991 – 1999). Pada tahun 1999, beliau
telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan Menteri Pertahanan. Beliau
akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5 pada 31 Oktober 2003
selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatannya. Tun Abdullah telah
memimpin negara selama enam tahun sebelum beliau sendiri meletakkan jawatan dan
digantikan oleh timbalannya Dato’ Seri Najib Razak pada 2 April 2009.
Tun Abdullah secara tidak rasminya digelar dengan nama timangannya iaitu Pak Lah.
Antara hobi-hobi beliau termasuklah mengumpul tongkat, bermain golf, dan
memancing. Dikenali sebagai seorang yang tidak percaya kepada kepercayaan karut,
nombor kegemaran beliau ialah nombor 13, nombor yang dianggap tidak bertuah
dalam masyarakat Barat.
Tun Abdullah telah berkahwin dengan arwah Tun Endon Mahmood pada tahun 1965.
Perkahwinan mereka namun cuma bertahan 40 tahun apabila Tun Endon Mahmood
meninggal akibat barah payu dara pada tahun 2005. Mereka dikurniakan dengan dua
cahaya mata iaitu Kamaluddin Abdullah, dan Nori Abdullah. Tun Abdullah kemudian
berkahwin dengan Tun Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007.
Kronologi
2
2005: Tun Endon Mahmood meninggal dunia akibat barah payu dara.
2006: Tun Abdullah memperkenalkan 5 Koridor Ekonomi Malaysia.
2007: Berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun.
2008: Mengumumkan tidak akan bertanding untuk jawatan Presiden UMNO, selepas
keputusan terburuk Pilihan Raya Umum dalam sejarah Barisan Nasional.
2009: Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5, dan digantikan
oleh Timbalannya, Dato’ Seri Najib Razak.
Sumbangan
Ekonomi
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan 5 Koridor Ekonomi Malaysia; 1)
Iskandar Malaysia, 2) Wilayah Ekonomi Utara; 3) Wilayah Ekonomi Pantai Timur; 4)
Koridor Pembangunan Sabah; & 5) Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak. Wilayah
ekonomi ini telah diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan pembangunan dan
ekonomi kelima-lima wilayah ini.
Menghapuskan Rasuah
Menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pasukan Petugas
Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) untuk menangani masalah rasuah di
sektor awam dan swasta.
Islam Hadhari ialah konsep yang telah diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad
Badawi. Polisi nasional ini memberi focus kepada peningkatan pembangunan dan
mutu kehidupan sesebuah masyarakat secara keseluruhan, dengan memberi penekanan
kepada penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang, dan pembangunan modal insan. 10
teras strategi telah diperkenalkan sebagai panduan untuk mencapai Islam Hadhari.