You are on page 1of 3
+ Namun, ada teori terbaharu yang menyatakan tempat asal orang Melayu ialah Pulau Borneo, dan mereka telah merebak dari situ dalam tiga kelompok yang besar melalui tiga arah, iaitu: |. Ke Barat, arah ke Sumatera Utara, 2. Ke timur Laut menghala ke Kepulauan Filipina dan Taiwan, dan satu kelompok turun ke Sulawesi dan kalimantan Timur, dan Ke Barat Daya, iaitu Sumatera Selatan dan Jawa Barat. Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar lucas di seluruh Kepulauan Melaya dan lautan Pasifik, maka berkembangiah tiap-tiap bahasa di daerch masing-masing Walau bagaimanapun, antara bahasa yang berlainan hari ini, masih dapat dilihat unsur persamaan, TEORI JAMES COLLINS, NOTHOFER, ROBERT BLUST, ADELAAR + Mewakili dua pendapat yang agak sama tetapi ada sedikit perbezaan, iaitu dari segi migrasi orang Melayu. + Namun, keempat-empat hli sarjana ini bersepakat mengatakan orang Melayu berasal dari sebelah barat Pulau Borneo. + Kerana Pulau Borneo - tempat asal-usul penutur orang Melayu. + Teori ini boleh dibahagikan kepada dua kelompok, iaitu: (1) James Collins dan Nothofer (2) Robert Blust dan Adelaar James Collins dan Nothofer berpendapat bahawa orang Melayu dipecahkan kepada tiga, iaitu: 1 Migrasi terawal - berpindah dari sebelah barat Pulau Borneo ke Sumatera dan berpecah terus ke utara dan menjadi orang Melayu di Semenanjung sekarang dan ada sebahagian yang terus berpecah terus ke utara menjadi orang Champa. Dari Champa turun balik ke Sumatera menjadi orang Acheh. Migrasi ke utara - dari sebelah barat Pulau Borneo dan menjadi orang Brunei yang ada pada masa sekarang - berpusing mengikut putaran jam terus ke utara (pantai timur)- menjadi orang 'banjarmas’ Orang-crang di sebelah barat Borneo turun ke selatan menjadi orang Melayu Jakarta sekarang. Blust dan Adelaar berpendapat migrasi bermula dari sebelah barat Pulau Borneo dan hanya berlaku sekali sahaja. Orang-orang Melayu berpindah ke Sumatera menjadi orang Melayu di kepulauan Sumatera dan berkembang maju sehingga zaman Srivijaya pada abad ke-7 > orang-orang Melayu sudah pandai belayar dan menguasai teknologi perdagangan dan berbalik semula ke Pulau Borneo - Srivijaya terkenal (bukti cerita rakyat). Setelah orang-orang Melayu berbalik ke Pulau Borneo - menghasilkan dua jenis Melayu (Adelaar PhD, 1985) > hierarki tertinggi dipanggil Melayik yang merangkumi banyak bahasa-bahasa Melayu termasuk Iban, Kedayan dan lain-lain yang sama dengan bahasa Melayu. Mewujudkan dua jenis Melayu: Melayu yang ada pada masa sekarang dan Melayu Iban. Namun, kedua-dua jenis Melayu tadi mengalami kesukaran untuk berkomunikasi antara satu dengan Iain Kerana tempoh migrasi yang terlalu pan jang/lama).

You might also like