You are on page 1of 8

5.

2 PERANCANGAN
SUMBER MANUSIA

FAKTOR-FAKTOR PENENTUAN
KEPERLUAN SUMBER
MANUSIA

DISEDIAKAN OLEH : CAROLINE ANAK NOSIE 6BS1


HASIL PEMBELAJARAN :

Dapat menghuraikan faktor-faktor penentuan


keperluan sumber manusia termasuklah
perubahan teknologi , perubahan sosioekonomi ,
pertumbuhan perniagaan , penamatan
perkhidmatan dan keadaan ekonomi.
1.PERUBAHAN TEKNOLOGI
Pengurus sumber manusia perlu menyediakan sumber
manusia yang berkebolehan secara cekap dan
berkesan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa.
Syarikat perlu memastikan peningkatan kemahiran
sumber manusia selaras perubahan teknologi dalam
industri , sentiasa memberi latihan untuk
meningkatkan kemahiran menggunakan mesin atau
robot bagi mengurangkan penggunaan kerja.
2.PERUBAHAN SOSIOEKONOMI
Perancangan sumber manusia banyak bergantung
kepada faktor demografi , peningkatan atau
pengurangan tenaga kerja , tahap pengetahuan
dan kepakaran tenaga serta faktor penglibatan
kaum wanita dalam sektor pekerjaan.
Juga dipengaruhi oleh keadaan ekonomi semasa
sebagai contoh kegawatan ekonomi menyebabkan
permintaan tenaga kerja akan berkurangan.
3.PERTUMBUHAN PERNIAGAAN
Jikabanyak syarikat yang menjalankan
perniagaan baharu,maka permintaan terhadap
tenaga kerja akan meningkat bagi memenuhi
kekosongan jawatan terutamanya pekerja
berpengetahuan dalam organisasi.
Oleh itu,organisasi akan meningkatkan bilangan
tenaga kerja yang diperlukan sejajar dengan
pertumbuhan perniagaan.
4.PENAMATAN PERKHIDMATAN
Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan staf atas
sebab persaraan atau tindakan tatatertib yang dikenakan
terhadapnya.
Contohnya,syarikat menamatkan perkhidmatan staf atas
sebab persaraan wajib iaitu mencapai umur bersara ,
secara sukarela , tindakan disiplin dan atas sebab
kesihatan.
Jika organisasi mempunyai kadar lantik henti yang tinggi
, maka organisasi tersebut perlu sentiasa mengambil
pekerja baru.
5.KEADAAN EKONOMI
Keadaan ekonomi mempengaruhi keperluan sumber
manusia.
Jika keadaan ekonomi meleset , organisasi akan
mengurangkan pekerja melalui pemberhentian
pekerja atau penamatan awal.
Sebaliknya , jika keadaan ekonomi baik dan
berkembang , pengeluaran akan meningkat dan
permintaan terhadap keperluan sumber manusia
turut meningkat.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like