You are on page 1of 8

KOD KURSUS:

SKAA3223 ORGANISASI KOMPLEKS

TAJUK TUGASAN:

ADAKAH PERSEKITARAN EKONOMI MEMBERI SUMBANGAN PENTING KEPADA


PERLAKSANAAN SESEBUAH ORGANISASI? BINCANGKAN.

AHLI KUMPULAN:

1. NUR ATIQAH BINTI KAMARULANUAR (A177144)


2. NG YONG YEE (A180115)
3. LEONG ZHEN HUI (A179389)

PENSYARAH:
PROF. MADYA DR. CHAN KIM LING @ GERALDINE

SEMESTER 2 SESI 2022/2023


1

1.0 PENGENALAN

Merujuk kepada buku Sosiologi Ekonomi (2016) oleh Sindung Haryanto, pengertian
sosiologi ekonomi ialah ilmu sosiologi yang mengkaji bagaimana manusia memenuhi
keperluan ekonomi masing-masing seperti keperluan primer sehinggalah keperluan tertier,
melalui perspektif sosial. Menurut Smelser dan Swedberg (2005) pula, ekonomi dalam
sosiologi merujuk kepada sub-disiplin sosiologi yang memfokuskan kepada bidang kajian
tentang bagaimana seseorang individu atau masyarakat dapat memenuhi keperluan mereka.
Dalam hal ini, ahli sosiologi akan menggunakan pelbagai kerangka rujukan (termasuk aspek
pengeluaran, pengedaran dan penggunaan sesebuah organisasi); penunjuk dan model bagi
memahami dan menjelaskan fenomena yang berlaku dalam masyarakat.

Pada masa yang sama perlaksanaan sesebuah organisasi akan banyak bergantung
kepada persekitaran ekonomi. Hal ini dikatakan demikian kerana ekonomi yang baik bukan
sahaja dapat menyediakan skop operasi yang cukup bagi para organisasi untuk terus
berkembang tetapi juga membuka peluang bagi sesebuah organisasi untuk menubuhkan
cawangan baharu (Ogundele 2005). Sebaliknya, kemelesetan ekonomi mungkin membawa
kepada kegagalan mahupun pembubaran sesebuah organisasi. Hal ini dapat disokong lagi
apabila Griffin (1997) dalam penulisan Akpoviroro, Owotutu & Akanmu (2018) menekankan
bahawa sesebuah sistem ekonomi yang sihat membenarkan banyak organisasi untuk
beroperasi. Faktor ekonomi yang penting dan banyak mempengaruhi perlaksanaan sesebuah
organisasi termasuklah inflasi, kadar faedah (interest rate) dan pengangguran. Hal ini kerana
bagi berkonfrontasi dengan kerugian yang dialami sewaktu kemelesetan ekonomi, sesebuah
organisasi akan menaikkan harga produk mereka yang seterusnya menjatuhkan permintaan
pengguna disebabkan oleh pengguna masih tidak bersedia untuk membayar lebih terhadap
sesuatu produk yang sama. Hal ini seterusnya meningkatkan kadar pengangguran kerana
organisasi tersebut akan menjadi selektif dalam pengambilan pekerja kakitangan dan ini
boleh menyebabkan pengeluaran rendah, yang akhirnya menyebabkan syarikat
kehilangannya permintaan pelanggan.

Dengan singkat kata, persekitaran ekonomi merujuk kepada hubungan di antara


sesebuah organisasi (seperti pembayar cukai; pembekal barangan dan perkhidmatan; pembeli
barangan dan perkhidmatan) dengan persekitaran ekonomi yang pelbagai. Sehubungan
dengan itu, kumpulan kami amat bersetuju bahawa persekitaran ekonomi memberi
2

sumbangan penting kepada perlaksanaan sesebuah organisasi dan akan mengupasnya dari
tiga aspek yang utama, iaitu dari segi pasaran buruh; pembekalan sumber mentah dan dasar
ekonomi.

2.0 PASARAN BURUH

Secara umumnya, pasaran buruh merujuk kepada penawaran dan permintaan untuk buruh,
yang mana pekerja menyediakan bekalan dan majikan menyediakan permintaan. Hal ini
dapat disokong lagi apabila Derek Bosworth, Peter Dawkins dan Thorsten Stromback (1996)
menyatakan bahawa pasaran buruh (labour market) ialah sesebuah tempat di mana
permintaan dan penawaran dipenuhi, pekerja bekerja untuk menentukan kuantiti kerja yang
perlu dijalankan adalah sepadan dengan harga yang diberi. Dalam pasaran buruh, sesebuah
organisasi bertindak sebagai pembeli dan pembida (bidders) pada suatu pihak dengan
mengambil kira pembayaran upah dan keadaan kerja seseorang pekerja manakala pekerja
bertindak sebagai penjual, menjualkan pengetahuan; kemahiran dan pengalaman yang
tersedia ada pada tangan masing-masing kepada majikan. Pasaran buruh beroperasi
berdasarkan prinsip persaingan di mana pekerja bersaing antara satu sama lain untuk
mendapatkan kedudukan. Sebaliknya, majikan bersaing untuk menarik dan mengekalkan
pekerja yang cekap bekerja dalam sesebuah organisasi bagi mendapatkan keuntungan yang
maksimum.

Dalam hal ini, persekitaran ekonomi memainkan peranan yang penting kerana
kebanyakan masa pekerja lebih cenderung untuk mencari pekerjaan yang menawarkan gaji
tinggi, kebajikan banyak dan ciri-ciri lain yang diingini manakala majikan mencari pekerja
yang produktif dan akan bekerja untuk upah yang ditawarkan. Keadaan ekonomi yang
tertentu boleh menyusahkan pemadanan seseorang pekerja dengan sesebuah organisasi dalam
pasaran buruh. Sebagai contoh, dalam ekonomi yang berkembang pesat, sesetengah
organisasi mungkin mengalami kesukaran untuk mencari individu yang berkemahiran tinggi
untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Hal ini selalunya akan diiringi dengan
kenaikan gaji dalam beberapa industri kerana mereka memerlukan pekerja yang mampu
beradaptasi untuk menghadapi dengan pengeluaran yang kian meningkat. Begitu juga dengan
kemelesetan ekonomi, ekonomi yang kurang baik boleh mengakibatkan pengangguran dan
kejatuhan gaji dalam sesebuah organisasi disebabkan oleh permintaan telah perlahan.
3

Bukan itu sahaja, persekitaran ekonomi yang baik juga membenarkan sesebuah
organisasi untuk mendapatkan kos yang lebih tinggi bagi mengupah modal sosial yang lebih
berkualiti seperti pakar bidang yang dapat melancarkan dan mempercepatkan progress
sesebuah organisasi. Hal ini seterusnya dapat meningkatkan daya persaingan sesebuah
organisasi bukan sahaja dari segi pemilikan pakar berkualiti tetapi juga dari segi pengeluaran
dan pengedaran organisasi tersebut. Strategi, perlaksanaan dan sasaran sesebuah organisasi
juga akan diubah mengikut kesesuaian persekitaran ekonomi. Selain itu, pengupahan
kepakaran dalam sesebuah bidang turut membantu organisasi tersebut untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Hal ini seterusnya membantu organisasi tersebut terus berkembang
dan maju. Sebaliknya, kemelesetan ekonomi akan menyebabkan sesebuah organisasi terpaksa
untuk menganggurkan seseorang pekerja ataupun meninggalkan pekerja yang dapat memberi
output tinggi sahaja kerana mereka perlu meminimumkan kos dan memaksimumkan
keuntungan. Dalam konteks ini, organisasi tersebut akan mengalami kekurangan tenaga
buruh dan kepakaran yang mampu menyelesaikan masalah.

Dengan contoh yang diberi pada atas, jelaslah bahawa perlaksanaan sesebuah
organisasi amat bergantung dengan persekitaran ekonomi. Persekitaran ekonomi yang
pelbagai akan mewujudkan pasaran buruh yang dinamik yang seterusnya mempengaruhi
perlaksanaan dan strategi sesebuah organisasi dalam konteks ini.

3.0 PEMBEKALAN SUMBER MENTAH

Pembekalan sumber mentah adalah satu aspek yang berkait rapat dengan sumbangan kepada
perlaksanaan sesebuah organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana sesebuah organisasi
memerlukan sumber mentah untuk menjalankan operasinya seperti dalam proses
perancangan, pengeluaran, pemasaran, pengurusan, penggunaan barang dan perkhidmatan
untuk mencapai matlamat organisasi. Tanpa bekalan bahan mentah yang stabil, organisasi
akan melewatkan pengeluaran dan mengakibatkan permintaan pelanggan terjejas disebabkan
oleh kekurangan stok. Untuk mendapatkan sumber mentah, organisasi akan melibatkan diri
dalam interaksi sosial dan ini akan mewujudkan satu hubungan antara organisasi lain dalam
rantaian bekalan (supply chain). Menurut Chopra & Meindl (2015), rantaian bekalan
merangkumi semua pihak yang terlibat dalam memenuhi permintaan pelanggan, termasuk
pengilang, pembekal, pengangkut dan peruncit dalam melakukan aktiviti pengeluaran,
pemasaran, pengedaran, kewangan dan perkhidmatan. Dengan itu, hubungan antara pembekal
4

dan pembeli iaitu organisati tersendiri dalam rantaian bekalan bukan sekadar menunjukkan
hubungan transaksi, ia juga mencerminkan rangkaian sosial dinamik yang tertanam dalam
jaringan mereka. Hubungan sosial yang kompleks dalam rantaian bekalan ini bukan sahaja
menyumbang kepada kecekapan operasi, ia juga dapat memupuk kerjasama jangka panjang
dan pada masa yang sama dapat meningkatkan pertumbuhan bersama.

Dengan itu, interaksi sosial merupakan elemen utama untuk mengekalkan hubungan
yang kukuh antara pembekal dan pembeli bagi memastikan bekalan sumber mentah yang
sentiasa mencukupi dan konsisten. Walaupun terdapat juga faktor ekonomi yang boleh
memberi kesan kepada rantaian bekalan, namun ikatan yang kuat antaranya membolehkan
mereka menghadapi cabaran dan akhirnya dapat menyumbang kepada operasi organisasi
menjalan dengan lancar. Tambahan pula, melalui interaksi sosial yang berterusan, pembekal
dan pembeli boleh membina hubungan yang saling bergantungan seperti kedua-dua pihak
memahami keperluan dan batasan masing-masing yang membolehkan mereka mengekalkan
aliran bahan yang stabil supaya dapat meminimumkan ketimbulan isu yang sangat mencabar
pada masa yang akan datang.

Tidak boleh dinafikan bahawa hubungan sosial adalah tertanam dalam pembekalan
sumber mentah yang diperlukan untuk mengoperasikan sebuah organisasi. Menurut Satya
(2019), hampir setiap hari manusia akan terlibat dalam berhubung dengan individu lain dan
manusia menggunakan perhubungan ini sama ada untuk keuntungan peribadi atau perniagaan
bagi mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks persekitaran ekonomi, harga pasaran yang
turun naik seperti inflasi yang sedang alami pada masa ini memberi kesan yang ketara kepada
rantaian bekalan. Walau bagaimanapun, melalui interaksi sosial yang berkesan dan
penubuhan hubungan yang kuat antara pembekal yang saling memahami antara satu sama
lain boleh mengharungi cabaran ekonomi ini dengan lebih cekap. Secara keseluruhannya,
pembekalan sumber mentah merupakan sumbangan yang penting daripada persekitaran
ekonomi kepada perlaksanaan organisasi dengan melalui interaksi sosial dan hubungan yang
baik.

4.0 DASAR EKONOMI

Menurut buku Menjadi Usahawan (2007) telah menyebutkan bahawa kuasa beli menentukan
corak perbelanjaan pengguna. Kuasa beli seseorang individu ataupun sesebuah organisasi
5

bergantung pada pendapatan semasa, harga barangan, simpanan yang dimilikinya dan bentuk
kemudahan kredit yang ditawarkan oleh pemasar. Misalnya jika penentu dasar ekonomi
seperti kerajaan dan syarikat-syarikat besar mengenakan kenaikan harga barangan, maka
perlaksanaan organisasi akan terkesan dari aspek dalaman seperti pembiayaan ruang
organisasi meningkat akan memberi tambahan perbelanjaan bagi kos operasi organisasi,
peningkatan bagi kos bahan-bahan mentah syarikat akan turut sama meningkat. Susulan
dengan itu, pengekalan pendapatan semasa individu sewaktu kenaikan harga barang akan
memberikan tekanan kepada pekerja-pekerja. Di samping itu, imbuhan atau insentif yang
diberikan pihak kerajaan kepada organisasi melalui bank akan meringankan beban organisasi
dalam menjalankan kegiatan produksi harian. Oleh itu, permainan kuasa ekonomi memberi
kesan pada perlaksanaan organisasi dalam kitaran perniagaan mereka.

Menurut Zulkiflee Daud & Isa Mansor (2019) dalam bukunya menyebut bahawa
tingkat ekonomi sebagai persekitaran yang senantiasa menjadi perbincangan dalam
perhubungan organisasi. Di mana pekerja dan majikan sering berunding tentang isu
pemberian gaji. Isu kos sara hidup (cost of living) akan dibangkitkan oleh pihak pekerja
sebagai sebab untuk menuntut kenaikan kadar gaji mereka manakala pihak majikan yang
mewakili organisasi akan menjadikan kos operasi yang meningkat sebagai alasan untuk tidak
memberi kenaikan gaji pada tahap yang diharapkan pekerja. Dalam hal ini, peranan pihak
kerajaan amat penting sebagai pendamai dalam perundingan antara pekerja dan majikan ke
atas isu ekonomi. Maka, gelombang persekitaran ekonomi turut mewujudkan konflik antara
majikan dan pekerja dalam sesebuah organisasi.

Persekitaran ekonomi turut memberi perubahan kepada persekitaran organisasi


melalui dua ciri perubahan iaitu persekitaran yang berubah secara perlahan atau stabil dan
persekitaran yang berubah secara mendadak. Penerangan yang diperoleh dari Usry Abdullah
(2019) mengatakan persekitaran yang berubah secara perlahan menggambarkan suasana
ekonomi yang baik meliputi kadar inflasi terkawal dan pengguna mempunyai kuasa beli yang
besar. Pengusaha atau pemilik organisasi juga mudah untuk mengandaikan jangkaan dan
rancangan perbelanjaan organisasi dengan lebih teratur dan terkawal. Bagaimanapun,
persekitaran yang bergolak (turbulent) berlaku dengan pantas dan tidak menentu. Situasi ini
menyebabkan pengusaha tidak dapat membuat jangkaan yang tepat bagi perbelanjaan
organisasi seperti jumlah pembelian stok barangan operasi yang dipesan dari pembekal
berlebihan dan menyebabkan kerugian apabila operasi perniagaan tidak berjalan dengan
6

lancar semasa pergolakan kitaran ekonomi. Secara konklusinya, perubahan corak persekitaran
ekonomi memberi impak positif atau negatif pada kadar yang banyak atau kurang ke atas
pertumbuhan organisasi.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, aspek persekitaran ekonomi saling berhubungan dan berkaitan dengan


perkembangan sesebuah organisasi dalam pasaran perniagaan. Sebarang perubahan positif
atau negatif dalam persekitaran ekonomi, termasuk kegiatan pasaran buruh yang dinamik,
pembekalan sumber mentah yang konsisten dan dasar ekonomi akan memberi kesan
sampingan atau pengaruh terhadap pertumbuhan organisasi. Interaksi antara organisasi dan
persekitaran ekonomi adalah interaksi kompleks yang memainkan peranan penting dalam
membentuk kejayaan sesebuah organisasi. Oleh itu, organisasi perlu menyesuaikan diri dan
membentuk strategi dalam menghadapi perubahan persekitarannya agar dapat berkembang
maju.
7

6.0 RUJUKAN

Abdul Kadir, S. 2012. Amalan nilai Islam dan kejayaan perusahaan kecil dan sederhana di
Kelantan dan Selangor. Tesis Dr. Fal, Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya.
Akpoviroro, K.S., Owotutu, S.O. & Akanmu, P.M. 2018. Impact of external business
environment on organizational performance. International Journal of Advance
Research and Innovative Ideas in Education 4(3): 498-505.
Derek L., Peter J. & Thorsten. 1996. The Economics Of The Labour Market. England:
Longman.
Chopra, S. & Meindl, P. 2015. Supply Chain Management: Strategy, Planning, and
Operation. Pearson Education. United States of America: Pearson.
Ogundele, O.J.K. 2005. Management and Organization: Theory and Behaviours. Lagos:
Molofin Nominees.
Pasca Cornelia Serena. 2016. Labour Market – Concepts, Functions, Features, Patterns.
http://www.strategiimanageriale.ro/images/images_site/articole/article_08344b693d58
edb238739b80e2c2d89f.pdf [28 JUN 2023].
Satya, S. 2019. Social networking for entrepreneurship. International Journal of Commerce
and Management Research 5(1): 117-122.
Smelser J. Neil and Richard Swedberg. 2005. The Handbook of Economic Sociology. Edisi
ke-2. New York: Princeton University Press.
Usry Abdullah. 2019. Strategi Menghadapi Cabaran Ekonomi Malaysia Baru 2019 Kaedah
'Survival Chain': Lapan Strategi Bagaimana Perniagaan Anda Boleh 'Survive'
Sewaktu Ketidaktentuan Ekonomi Semasa.
Zafir Mohd. Makhbul & Fazilah Mohamad Harun. 2007. Menjadi Usahawan. PTS
Professional: Selangor
Zulkiflee Daud & Isa Mansor. 2019. Teori dan Praktis Perhubungan Perusahaan di
Malaysia. Sintok: UUM Press.

You might also like