You are on page 1of 4

LATIHAN BAB 5.

1 SUMBER MANUSIA

BAHAGIAN A

1.Berikan empat kepentingan pengurusan sumber manusia kepada organisasi perniagaan.

Empat kepentingan pengurusan sumber manusia kepada organisasi perniagaan

i. Memastikan pekerja yang berkebolehan dan berkelayakan dada dalam organisasi apabila
diperlukan supaya peluang perniagaan tidak terlepas
ii. Memastikan sumber tenaga kerja sentiasa berkualiti untuk meningkatkan daya saing
iii. Memastikan organisasi mempunyai bilangan tenaga kerja yang mencukupi supaya semua
aktiviti pengeluaran atau perkhidmatan berjalan lancar
iv. Memastikan sumber dan kaedah pemilihan pekerja yang sesuai digunakan supaya calon yang
tepat dipilih menyertai organisasi

2. Huraikan tiga aspek di bawah pengurusan sumber manusia strategik.

Tiga aspek di bawah pengurusan sumber manusia strategik ialah,

i. Menarik sumber
- Perancangan keperluan sumber manusia berdasarkan keperluan dan kualiti. Pihak
pengurusan membentuk perancangan pengrekrutan dan seterusnya memilih pekerja
yang sesuai

ii. Membangunkan sumber manusia


- Perubahan persekitaran menyebabkan setiap pekerja perlu menyerap atau mengusai dan
mengasah kemahiran dan pengetahuan baharu.
- Penyediaan program latihan dan pembangunan dapat memenuhi keperluan pekerja
sesuai dengan keperluan semasa

iii. Mengekalkan sumber manusia


- Organisasi perlu menyediakan ganjaran dan faedah yang baik dan kompetetif untuk
mengekalkan sumber manusia dan setiap ganjaran yang diberi perlu sesuai dan adil

BAHAGIAN B
1.a) Terangkan pengurusan sumber manusia strategik yang dilaksanakan oleh Jcorp,

Pengurusan sumber manusia strategik yang dilaksanakan oleh Jcorp ialah seperti,

i. Menarik sumber manusia


- Membuat perancangan merekrut dan pemilihan
- Syarikat-syarikat dapat memberikan peluang pembangunan kerjaya yang sangat luas kepada
kakitangan JCorp
- Komitmen Jcorp melahirkan tenaga insan berkemahiran, cekap, utuh dan sahsiah mahupun
intergriti boleh dilihat melalui beberapa penubuhan institusi seperti Akademi JCorp, Akademi
Muttawif, KFCH International College dan Kolej Universiti

ii. Membangunkan sumber manusia


- Meningkatkan kompetensi melalui program-program latihan dan pembangunan yang
dijalankan
- JCorp menganjurkan program Jom Sihat bagi menggalakkan pekerjanya menjalani gaya
hidup sihat, ceria dan bertenaga
- Syarikat melatih semua pekerja di JCorp dan di anak syarikat untuk meningkatkan kemahiran
serta daya saing dalam persekitaran global menerusi program berstruktur, sistematik, dan
inklusif berpaksikan modal yang menjurus kepada kemahiran asas dan kecekapan
pengurusan, keusahawanan, budaya korporat, pembinaan jati diri, dan potensi kepimpinan
dalam kalangan pengurusan dan pekerja Jcorp
- Penyertaan pihak luarmenjadi medium peningkatan ilmu dan menjadi platform bagi
memperkukuhkan jaringan hubungan JCorp dengan pelbagai agensi kerajaan, badan kerajaan,
badan bukan korporat dan korporat luar

iii. Mengekalkan sumber manusia


- Menerusi ganjaran, hubungan pekerja dan peyelenggaraan pekerja
- Skim Intrapreneur diperkenalkan sejak tahun 1999 di mana para pekerja mendapat kemahiran
keusahawanan
- JCorp menganjurkan Majlis Pedoman Anggota Pekerja (PEDOMAN) setiap awal tahun
manakala PEDOMAN Eksekutif pada pertengahan tahun

2. Bagaimanakah JCorp memastikan tenaga kerjanya kompeten?


Cara JCorp memastikan tenaga kerjanya kompeten ialah,

i. Penubuhan institusi pembangunan modal insan


- Melahirkan tenaga insan berkemahiran, cekap utuh sahsiah mahupun intergriti
- Contohnya, komitmen JCorp boleh dilihat melalui penubuhan beberapan intitusinya seperti
Akademi JCorp, Akademi Mutawwif, KFCH International College (KFCHIC) dan Koleh
Univerisiti KPJ Healthcare (KPJUC)

ii. Mewujudkan program secara berstruktur, sistematik dan inklusif


- Berpaksikan modul-modul yang menjurus kepada kemahiran asa, kecekapan pengurusan,
keusahawanan, budaya korporat, dan pembinaan jati diri serta ptensi kepimpinan.
- Contohnya, antara program yang dilaksanakan ialah,
- Johor Corperation
- Leadrship Programme
- Program Penerapan Budaya
- Program Mukmin Profesional
- Program Teknikal dan Kemahiran

iii. Melengkapkan anggota pekerjanya dan pengurusannya dengan pengetahuan terhadap isu
semasa dan perkembangan terkini
- Contohnya :
- Pengendalian seminar dan persidangan Pengarah (Directors Conference)
- Mempertingkatkan kemahiran anggota pekerja dalam bidang tertentu bagi melahirkan anggota
pekerja berkemahiraan tinggi

iv. Menggalakkan anggota pekerjanya menjalani gaya hidup sihat, ceria dan bertenaga
- Contohnya :
- JCorp meganjurkan Program Jom Sihat
- Pemeriksaan kesihatan, cerama kesihatan dan aktiviti kesadaran kesihatan juga turut diadakan

2.a) Huraikan tujuh cabaran dalam pengurusan sumber manusia.


Tujuh cabaran dalam pengurusan sumber manusia ialah,

i. Teknologi
v. Persaingan pasaran menuntut syarikat melakukan automas, iaitu menggunakan teknologi
tinggi untuk kekal berdaya saing

ii. Peningkatan bilangan pekerja wanita


vi. Peningkatan dalam pendidikan dan peluang pekerjaan meningkatkan jumlah wanita

iii. Kemasukan buruh asing


vii. Untuk menampung kekurangan tenaga pekerja tempatan

iv. Perubahan ekonomi


viii. Kemelesetan ekonomi mengakibatkan pembuangan kerja dan peningkatan pengangguran

v. Kepelbagaian tenaga kerja


ix. Dalam organisasi terdapat pelbagai golongan pekerja seperti OKU, brelaian etnik, beza
umur dan jantina, taraf perkahwinan, agama dan golongan minority dalam organisasi

vi. Penstrukturan organisasi


x. Peubahan struktur organisasi kepada satu struktur baharu seperti struktur yang lebih
mendatar, penjabatanan semula, serta pewujudan anak syarikat baharu

vii. Keperluan pekerjaan


xi. Ketidaksepadanan kemahiran pekerja dengan keperluan pekerja

viii. Undang-undang dan peraturan


xii. Berlaku perubahan terhadap undang-undang buruh

2.b) Nyatakan enam tindakan yang perlu diambil oleh seseorang pengurus sumber manusia
bagi membantu stafnya menghadapi cabaran yang dikemukakan dalam (a).

Enam tindakan yang perlu diambil oleh seseorang pengurus sumber manusia bagi membantu stafnya
menghadapi cabaran yang dikemukakan dalam (a) ialah,

i. Latihan kepada para pekerja tentang teknologi atau cara kerja baharu di kilang
ii. Penyediaan pusat asuhan kanak-kanak atau bilik menyusu
iii. Kakitangan pengurusan perlu diberi latihan tengang peraturan dan prosedur imigresen
iv. Memperkenalkan dan melaksanakan skim pemisahan sukarela (MSS)
v. Latihan untuk mendapatkan kemahiran baharu atau meningkatkan kemahiran
vi. Menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan kurang berupaya

You might also like