You are on page 1of 2

PELETAKAN PASARAN

PERLETAKAN PASARAN
Peletakan pasaran merupakan proses menempatkan produk dalam satu kedudukan yang lebih baik berbanding
dengan produk pesaing dalam minda pengguna.
Pengeluar harus menggunakan strategi perletakan pasaran yang berkesan untuk membezakan produk pesaing
yang wujud dalam segmen pasaran yang sama.
Strategi perletakan pasaran yang boleh digunakan oleh pengeluar termasuklah attribut produk, manfaat produk,
kekerapan pengguna, pengguna dan klasifikasi produk.
Antara cara yang pemasar boleh lakukan ialah dengan dan mengkomunikasikan ciri-ciri produk ke dalam
pasaran iaitu:
a) Mendefinisikan produk kepada pengguna
b) menonjolkan ciri-ciri produk sesuai dengan persepsi pengguna
c) Membantu pengguna mengingati produk dengan ciri-ciri yang relevan
d) Produk dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.
e) Pengguna dapat membezakan produk syarikat dengan pesaing lain.
PROSES PERLETAKAN PASARAN
Proses perletakan pasaran terdiri daripada :a) Menentukan pasaran sasaran
Penentuan pasaran sasaran ialah proses mengenalpasti kumpulan pengguna yang disasarkan oleh
pengeluar untuk memasarkan produk.
Contoh : Pengeluar kereta Rolls-Royce ingin menembusi pasaran di Malaysia berpendapat bahawa
kereta berjenama super mewah ini mampu menarik pelanggan yang terdiri orang kaya iaitu golongan
kenamaan, kerabat diraja dan ahli perniagaan bertaraf jutawan. Salah satu cara untuk mengetahui
minat dan pilihan pelanggan di Malaysia adalah dengan melakukan penyelidikan.
b) Menyesuaikan produk dengan pasaran
Penyesuaikan produk dengan pasaran ialah pengeluar berusaha untuk mengetahui dan memahami
keperluan pengguna serta mengeluaran produk yang sesuai dengan pengguna.
Contoh : Pengguna yang berstatus tinggi akan membeli produk yang berkualiti tinggi dengan harga
yang bersesuaian dengan penggunaa produk tersebut yang melambangkan imej seseorang
c) Mengkomunikasikan ciri-ciri produk
Mengkomunikasikan ciri-ciri produk ialah memperkenalkan produk kepada penggguna melalui
komunikasi pemasaran seperti pengiklanan, promosi jualan dan jualan bersemuka. Ciri-ciri produk
seperti reka bentuk, fungsi, keistimewaan perlu disampaikan kepada pengguna sasaran menarik minat
mereka

PELETAKAN PASARAN

STRATEGI PERLETAKAN PASARAN


Strategi peletakan pasaran:
1. Atribut Produk
Atribut produk merujuk kepada peletakan produk berdasarkan ciri-ciri produk yang dapat
memberi faedah kepada pengguna
Atribut produk meliputi jenama, pembungkusan (packaging), label, jaminan (warranty) dan
produk tambahan (service).
Contoh : Ciri-ciri kereta yang dilengkapi sistem keselamatan disasarkan kepada pengguna
yang mementingkan keselamatan ketika memandu
2. Manfaat
Peletakan produk berdasarkan manfaat merujuk kepada kelebihan/faedah yang bakal
diperolehi apabila pengguna menggunakan produk.
Contohnya, dengan menggunakan LCD monitor LCD, kita akan mendapat imej yang lebih jelas
ketika menggunakan komputer
3. Kekerapan Penggunaan
Peletakan produk yang berkaitan dengan kekerapan penggunaan merujuk kepada tahap
penggunaan barangan oleh pengguna. Kekerapan penggunaan yang tinggi menyebabkan
produk tersebut mendapat permintaan yang tinggi kerana sering digunakan seperti barang
keperluan asas
4. Pengguna
Pengguna merujuk kepada fokus peletakan kepada pengguna tertentu bagi sesuatu produk.
Contohnya : McDonald membentuk menu dan restorennya untuk pelanggan yang ingin akan
suasana makan selesa dan servis yang cepat
5. Klasifikasi Produk
Iaitu perletakan mengikut kelas / kategori-kategori tertentu seperti produk istimewa dan
sebagainya.
Contohnya : KTM cuba menyediakan perkhidmatan / servis di dalam di dalam gerabak seperti
yang terdapat dalam kapal terbang.

You might also like