You are on page 1of 5

KAEDAH PEMERIKSAAN

o Kaedah pemeriksaan merupakan satu kaedah pantas untuk mengesan


kecacatan proses pengeluaran dengan melakukan aktiviti pengujian produk,
aktiviti pengukuran dan aktiviti sentuh.
o Tujuan pemeriksaan adalah untuk mengesan kecacatan padaproses
pengeluaran dan produk serta melakukan penambahbaikan.
o Kaedah pemeriksaan boleh dibuat secara pemeriksaan menyeluruh dan pelan
pensampelan.
Pemeriksaan Menyeluruh
o Tujuannya adalah untuk mengesan item yang rosak atau cacat dengan
segera.
o Pemeriksaan ini melibatkan pengambilan setiap sampel output untuk dikaji
dan diperiksa satu demi satu.
o Kaedah ini hanyasesuai untuk pengeluaran kuantiti yang kecil sahaja kerana
pemeriksaan setiap sampel melibatkan masa yang lama dan kospemeriksaan
yang tinggi.
Pelan Pensampelan
o Pelan pensampelan merupakan kaedah yang digunakan oleh pembeli dan
penjual untuk memeriksa kualiti proses pengeluaran produk dan produk siap
yang sedia untuk dipasarkan dan keputusannya menggambarkan keseluruhan
produk.
o Beberapa sampel produk diambil secara rawak bagi mewakili satu kumpulan
produk.
o Sekiranya sampel yang diperiksa mematuhi piawaian yang ditetapkan,
kumpulan produk tersebut akan diterima.
o Sebaliknya, jika sampel didapati mempunyai kecacatan, kumpulan produk
tersebut berhak ditolak oleh pembeli.
o Terdapat dua jenis pelan pensampelan yang lazim digunakan iaitu:
a) Pelan pensampelan tunggal
i. Pelan pensampelan tunggal akan menetapkan saiz sampel
danbilangan kecacatan.
ii. Jika bilangan kecacatan yang diperiksa daripadasaiz sampel
yang diambil melebihi bilangan yang telah ditetapkan, maka

keseluruhan produk tersebut tidak mencapai kualiti yang


ditetapkan.
iii. Sebaliknya, jika bilangan kecacatan kurang daripada bilangan
yang ditetapkan, maka keseluruhan produk tersebut mencapai
tahap kualiti.
iv. Sebagai contoh, jikasaiz sampel adalah 100 unit, kecacatan
kurang daripada 10 menggambarkan keseluruhan produk
tersebut mencapai tahap kualiti.
v. Jika pemeriksaan yang dilakukan mendapati kecacatan produk
melebihi 10 unit, maka keseluruhan produk tidakmencapai
tahap kualiti.
b) Pelan pensampelan berganda dua
i. Pelan pensampelan berganda dua ialah pemeriksaan produk
yang dibuat sebanyak dua kali jika pemeriksaan kali pertama
gagal mengukur tahap kualiti sebenar produk tetapi ia bukan
menggambarkan bahawa keseluruhan produk tersebut tidak
berkualiti.
ii. Dengan itu, pemeriksaan kali kedua perlu dibuat.
iii. Jika pemeriksaan kali kali kedua mendapati bilangan kecacatan
produk mencapai tahap kualiti, maka keseluruhan produk
tersebut diterima.
iv. Sebaliknya, jika pemeriksaan kali kedua mendapati kecacatan
produk tidak mencapai tahap kualiti, maka keseluruhan produk
akan ditolak.
ALAT KAWALAN KUALITI
Kawalan Proses secara Statistik (Statistical Process Control-SPC)
o Kawalan Proses secara Statistik (Statistical Process Control-SPC) merujuk
kepada proses pengawalan kualiti berdasarkan kaedah statistic yang
dijalankan sepanjang aktiviti pengeluaran.
o Sampel atau contoh produk akan diambil secara rawak daripada keseluruhan
produk bagi memastikan kualitinya.
o Carta kawalan yang dibentuk dengan menggunakan kaedah grafik
merupakan elemen penting dalam SPC.

i.
ii.

iii.
iv.
v.

Berdasarkan rajah tersebut, setiap titik pada carta kawalan mewakili


satu sampel produk daripada keseluruhan produk yang dikeluarkan.
Garisan tengah menunjukkan kualiti sebenar yang ingin dicapai.
Sebaliknya, had kawalan atas dan had kawalan bawah menunjukkan
standar kualiti yang masih dapat diterima walaupun tidak ememnuhi
piawaian yang ditetapkan.
Oleh itu, berdasarkan rajah, semua sampel yang diambil didapati
berada pada paras kualiti yang dapat diterima.
Sampel yang tidak berada dalam lingkungan had kawalan bawah
menunjukkan kualiti sampel yang tidak dapat diterima.
Apabila hal ini berlaku, beberapa tindakan boleh diambil seperti yang
berikut:
Menahan semua keluaran daripada dipasarkan
Mengkaji punca masalah kualiti yang wujud
Mengatasi masalah kualiti
Mengulang proses pengeluaran

Analisis Nilai Tambah


o Satu proses menilai ke atas aktiviti proses pengeluaran yang boleh
mewujudkan peningkatan faedah ke atas produk yang dihasilkan berbanding
dengan perubahan kos yang dihadapi.
o Memberi tumpuan ke atas bandingan melibatkan faedah dan kos.
o Setiap tindakan yang dilakukan dalam proses pengeluaran memberi faedah
yang tinggi berbanding dengan kos yang terlibat.
o Mewujudkan pembaziran koskerana tiada faedah yang diperoleh ke atas
produk perlu disingkirkan, manakala aktiviti yang meningkatkan nilai
produk yang berguna kepada pengguna dijalankan.
o Contohnya, aktiviti meringkaskan manual penggunaan produk oleh
pengguna dapat menjimatkan kos percetakan. Hal ini seterusnya berupaya
membantu menjimatkan kos pengeluaran dan memberi kefahaman yang

lebih kepada pengguna. Tindakan ini juga boleh membantu meningkatkan


nilai tambah kepada pengguna.
Carta Kawalan
o Data kualiti digambarkan melalui grafik melalui msa yang menunjukkan had
atas dan had bawah dalam proses pengawalan kualiti.
o Unit yang digunakan ialah suhu, tekanana, berat dan panjang.
o Terdapat dua halangan berkaitan dengan kualiti produk iaitu penyimpangan
daripada spesifikasi sasaran dan kebolehubahan yang melebihi had
spesifikasi sasaran.
o Sepanjang tahap awal pembangunan proses pengeluaran, aktiviti kawalan
dijalankan untuk meminimumkan halangan-halangan tersebut.
o Pendekatan umum untuk mengawal kualiti adalah dengan mengambil
sampel dalam bilangan tertentu daripada proses pengeluaran yg sedang
berjalan. Kemudian, penghasilan rajah garis pemboleh ubah contoh tersebut
dilakukan untuk dibandingkan dengan spesifikasi sasaran.

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Terdapat dua had kawalan kualiti, iaitu had kawalan atas dan had
kawalan bawah.
Garisan tengah menunjukkan spesifikasi kualiti yang diterima.
Jika sampel berada di luar had yang ditetapkan, maka tindakan untuk
mencari punca masalah akan diambil.
Rajah ini dikenali sebagai Shewhart charts yang diperkenalkan pada
tahun 1931.
Menunjukkan paksi xsebagai contoh produk yang digunakan untuk
menguji kualiti.
Sampel I, II, III, V dan IV berada dalam had akwalan.
Hal ini menunjukkan produk tersebut mencapai spesifikasi sasaran,
iaitu berada pada tahap kualiti yang ditetapkan.

viii.

Sampel yang tidak mencapai spesifikasi sasaran ialah VI kerana


kurang dairpada had kawalan bawah dan sampel VII kerana melebihi
had kawalan atas.

You might also like