You are on page 1of 5

BAB 3 : REKA BENTUK DALAM PERNIAGAAN

3.1 : REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

3.1.1 Menyatakan Maksud Pemasaran


Pemasaran
– aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar
kepada pengguna
– proses atau aktiviti yang dilakukan oleh pengeluar untuk memasar dan menyampaikan
maklumat tentang sesuatu produk bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

Peta alir bidang pemasaran

Aliaran Pemasaran Produk


3.1.2 Menerangkan Peranan Reka Bentuk Dalam Pemasaran

Peranan reka bentuk dalam pemasaran


1) Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
– produk yang dicipta ialah sesuatu yang boleh ditawarkan kepada pengguna

Ciri-ciri produk
a) fungsi produk
b) reka bentuk produk
c) kekuatan dan kelemahan produk
d) nilai produk
e) trend

2) Merupakan saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna


Komunikasi – proses untuk menyampaikan maklumat dan peihal mengenai produk dan
perkhidmatan

Pengenalan diri produk


a) Penjenamaan
– pemberian jenama kepada sesuatu barang yang dihasilkan
Jenis: bentuk nama, bentuk cap, bentuk cap dagangan, bentuk persendirian

b) Kesetiaan
– pilihan pengguna untuk terus kekal dengan produk dan jenama tertentu

c) Boleh Diingat
– produk yang mempunyai identiti boleh diingat oleh pengguna

d) Dikenali
– produk telah lama berada dipasaran dan boleh dikenali walaupun hanya melalui bentuk
fizikalnya sahaja

e) Kebolehpercayaan kepada jenama


– pengguna akan memilih produk yang mempunyai jenama yang boleh dipercayai dan
mempunyai ciri-ciri yang terbaik dari segi kualiti, fungsi, jaminan keselamatan dan reka
bentuk.

3) Mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk


– cara meningkatkan kualiti produk, perkhidmatan dan keuntungan adalah dengan
melibatkan kegiatan rakan strategik

a) Rakan perkongsian teknologi dan produk


– gabungan teknologi dan produk daripada pengeluar yang berlainan digabungkan untuk
menghasilkan reka bentuk produk baharu

b) Rakan strategik perniagaan


– dapat mewujudkan kerjasama dengan rakan niaga strategik yang berdaya maju,
berpengalaman dan menguntungkan kedua-dua belah pihak
3.1.3 Mengenal pasti kaedah reka bentuk pengiklanan
Pengiklanan – sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak
peribadi dan ditujukan kepada golongan sasaran
– mempromosikan. memperkenalkan, meningkatkan atau melariskan jualan sesuatu
produk, perkhidmatan atau idea penaja yang tertentu

A) Kaedah reka bentuk pengiklanan


– karya dalam bentuk audio dan visual yang dicipta serta disusun untuk digunakan dalam
iklan dengan tujuan untuk memasarkan produk

Kaedah
i) Matlamat produk
– bagi memperkenalkan ciri-ciri atau keistimewaan produk yang dapat memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna

ii) Penyampaian fakta


– fakta yang disampaikan berkaitan fungsi yang memerlukan bantuan teknikal dari segi
penggunaan dan pengendalian produk

iii) Demonstrasi
– disampakan melalui rakaman yang ditayangkan di media massa atau secara langsung di
hadapan pengguna

iv) Perbandingan
– perbandingan antara produk baharu dengan produk yang telah lama berada di pasaran

v) Kiasan atau ibarat


– untuk menegaskan kelebihan yang akan diperoleh pengguna sekiranya menggunakan
produk mereka

vi) Kenyatan merangsang


– untuk membuatkan pelanggan berfikir dan tertarik dengan produk

vii) Gambar pegun


– titik fokus atau tumpuan pada bahagian tertentu produk

B) Media Pengiklanan
– saluran, atau perantaraan yang digunakan untuk menyampaikan iklan kepada pengguna

1) Media cetak
– dilakukan melalui surat khabar, majalah, brosur, katalog, poster dan lain-lain

2) Media elektronik
– menggunakan lakonan, gambar, perkataan, suara dan muzik untuk menjadikan iklan
tersebut lebih menarik
– radio, televisyen, dan papan digital

3) Media sosial
– kemudahan internet di hujung jari membolehkan pengeluar menggunakan media sosial
sebagai platform untuk memperkenalkan produk mereka di serata dunia

C) Faktor pemilihan media pengiklanan


1) Jenis dan sifat produk
– setiap produk yang akan diiklankan perlu sesuai dengan media pengiklanannya

2) Kos pengiklanan
– pengeluar perlu mengetahui jumlah keseluruhan kos pengiklanan yang dipilih supaya
sesuai dengan kemampuan dan saiz operasi perniagaan mereka

3) Luas pasaran
– luas pasaran sesuatu produk akan mempengaruhi jenis media yang akan dipilih

4) Sasaran pengguna
– pengeluar perlu memastikan media pengiklanan yang betul untuk menyampaikan
maklumat kepada kumpulan sasarannya.

5) Saiz perniagaan
– pengeluar yang mempunyai perniagaan bersaiz besar mampu memilih media
pengiklanan yang lebih berkesan dan mahal berbanding dengan penriagaan yang bersaiz
kecil

3.1.4 Memilih Kaedah Reka Bentuk Pengiklanan yang sesuai Untuk Memasarkan
Produk yang Dihasilkan

3.1.5 Menganalisis kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih


Ciri-ciri pengiklanan yang berkesan
1) Kreatif
– gabungan ilustrasi dan perkataan menghasilkan daya penarik yang memberikan kesan
psikologi kepada pengguna

2) Memberi impak
– mempunyai reka bentuk yang membuat pengguna terpuka dan teruja untuk mengetahui
lebih lanjut tentang produk yang diiklankan

3) Mesej yang jelas


– mesej yang hendak disampaikan kepada pengguna mestilah jelas supaya pengguna
sasaran lebih tertarik dengan produk

4) Maklumat yang tepat


– mempunyai maklumat tepat dan telut untuk mendapatkan kepercayaan pengguna
terhadap produk

5) Mudah diingat
– gabungan ilustrasi, tema dan slogan yang sesuai akan menghasilkan visual yang menari,
mudah diingat dan dikenali oleh pengguna

6) Unsur unik dan tersendiri


– unsur unik dan tersendiri amat penting bagi iklan sesuatu produk untuk menarik
perhatian pengguna
3.1.6 Membuat rumusan kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai
– perlu dilakukan agar penambahbaikan dapat dilaksanakan sebelum reka bentuk
pengiklanan dihasilkan

3.1.7 Menghasilkan reka bentuk pengiklanan


– penghasilan iklan produk

You might also like