You are on page 1of 12

BAB 1 : APLIKASI TEKNOLOGI

3.1 : REKA BENTUK MEKATRONIK

1.1.1 Menyatakan maksud Reka bentuk mekatronik 


Reka bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu elektrik, mekanikal,
elektronik, kawalan dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan yang dikenhendaki

Sejarah Perkembangan Revolusi Industri


1) Revolusi Industri 1.0
– penggunaan reka bentuk mekanikal bagi menggantikan tenaga manusia untuk
menghasilkan suatu produk

2) Revolusi Industri 2.0


– penemuan tenaga elektrik yang membolehkan produk dihasilkan dalam kuantiti lebih
besar dan cepat

3) Revolusi Industri 3.0


– penggunaan meluas reka bentuk elektronik dan seterusnya penggabungan reka bentuk
bagi menghasilkan reka bentuk mekatronik

4) Revolusi Industri 4.0


– penggabungan reka bentuk mekatronik bersama Internet benda, data raya dan
pengkomputeran awan bagi membentuk sistem pengeluaran pintar
Elemen @ Teras Revolusi Industri 4.0

1.1.2 Mengenal pasti Elemen Mekatronik 


Gabungan semua elemen asas iaitu elektrik, mekanikal, elektronik dan kawalan dan
pengaturcaraan
a) Sistem Elektrik
– sistem yang menggunakan arus elektrik, sama ada arus terus atau ulang-alik sebagai
sumber bekalan kuasa
– berfungsi untuk membekalkan arus elektrik bagi membolehkan peranti mekatronik
menjalankan fungsi yang ditetapkani) 

b) Sistem Mekanikal
– gabungan beberapa komponen mekanikal yang berfungsi sebagai penghantar untuk
memindahkan suatu sumber geraka kepada bentuk yang lain
– membolehkan produk berfungsi sama ada secara bergerak atau berputar

c) Sistem Elektronik
– susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik dalam suatu litar bagi
menjalankan operasi suatu sistem

d) Sstem Kawalan dan pengatucaraan


Sistem Kawalan – satu kaedah kawalan sistem yang digunakan untuk mengurus,
mengarah atau mengawal atur tindakan bagi memastikan reka bentuk mekatronik
berfungsi secara automatik dengan sempurna

Pengaturcaraan – proses untuk membangunkan atur cara komputer dengan


menggunakan bahasa pengaturcaraan.

1.1.3 Menerangkan fungsi elemen mekatronik pada produk sedia ada


1) Kereta kawalan Jauh

Sistem Mekanikal – gear berfungsi untuk mengurangkan atau meningkatkan halaju dan
menambah daya kilas motor
Sistem Elektronik – menerima dan menukarkan isyarat input dari alat kawalan jauh
kepada isyarat elektrik bagi memacu motor AT
Sistem Elektrik – bateri sebagai sumber tenaga elektrik
Sistem Kawalan dan pengaturcaraan – terdiri daripada mikropengawal dan sistem
kawalan yang diatur cara. Berfungsi untuk mengawal halaju dan arah putaran motor AT

2) Pintu gelangsar automatik


Sistem Mekanikal – terdiri daripada takal dan tali sawat yang berfungsi untuk membuka
dan menutup pintu. Gear pada motor membantu memudahkan pergerakan.
Sistem Elektronik – komponen elektronik disatukan di dalam litar pemacu motor.
Penderia gerakan mengesan sebarang pergerakan dan memberikan isyarat kepada sistem
kawalan
Sistem Elektrik – terdiri daripada motor AT dan pengubah. Berfungsi untuk
membekalkan tenaga elektrik pada keseluruhan sistem
Sistem kawalan dan pengaturcaraan – terdiri daripada sistem kawalan yang telah diatur
cara. berfungsi untuk memproses isyarat input dari penderia gerakan dan menghantar
isyarat output kepada pemacu motor AT untuk membuka dan menutup pintu

3) Mesin basuh automatik

Sistem mekanikal – antara komponen mekanikal ialah tali, takal, sawat, gear, dram dan
galas bebola. Gabungan komponen ini menghasilkan putaran pada dram ketika mencuci
pakaian
Sistem Elektronik – butang pada panel kawalan digunakan oleh pengguna untuk
memberikan arahan
Sistem Elektrik – membekalkan tenaga elektrik kepada sistem kawalan motor dan motor
AU.
Sistem kawalan dan pengaturcaraan – untuk menghasilkan tindakan kawalan terhadap
sistem elektrik, elektronik dan mekanikal dalam mesin basuh automatik. Fungsi kawalan
bergantung kepada pengaturcaraan yang direka dan tindakan kawalan yang dimasukkan
pada panel kawalan mesin basuh automatik
1.1.4 Menghasilkan Gambar Rajah Blok (Block diagram)Produk Mekatronik sedia ada

1) Kereta Kawalan Jauh

– panel kawalan pada telefon pintar bertindak sebagai pemancar isyarat (transmitter) menghantar
isyarat input kepada mikropengawal (receiver) pada kereta kawlaan jauh melalui sambungan
Bluetooth
– pemacu motor dan motor AT akan menggerakkan roda seperti diarahkan oleh mikropengawal

2) Pintu Gelangsar Automatik


– penderia gerakan pada pintu gelangsar automatik akan mengesan sebarang pergerakan di
hadapannya
– isyarat input akan dihantar kepada sistem kawalan yang terdiri daripada mikropengawal.
– isyarat kawalan diterima daripada mikropengawal akan menggerakkan motor AT yang
digabungkan bersama mekanisme takal dan tali sawat untuk mengerakkan pintu
– pintu akan sentiasa dalam keadaan tertutup jika tiada sebarang pergerakan dikesan oleh
penderia gerakan

3) Mesin Basuh Automatik

– isyarat input daripada mod pilihan pada panel kawalan akan dihantar kepada sistem kawalan
yang terdiri daripada mikropengawal.
– penderiak juga akan memberikan isyarat input apabila air di dalam dram telah penuh
– isyarat kawalan yang diterima akan menggerakkan motor AU yang digabungkan bersama
mekanisme takal dan tali sawat setelah menerima isyarat input.

1.1.5 Menghasilkan Lakaran Bahagian Reka Bentuk Produk yang akan Diubah Suai
Berdasarkan Gambar Rajah Blok yang Terlibat

Kereta Kawalan Jauh


1) Model Fungsi – mengenal pasti masalah suatu produk
2) Analisis berantai punca-kesan

3) Cadangan penyelesaian masalah inventif (kaedah pemisahan masa)


4) Gambar rajah blok yang telah diubah suai

5) Lakaran idea
6) Lakaran 3D Bermaklumat
1.1.6 Membuat Penambahbaikan Kepada Produk Berdasarkan Lakaran yang telah
dibuat
– lakaran perkembangan idea yang telah dihasilkan dan dipilih perlu dianalisis
keberkesanannya
– merujuk pada lakaran perkembangan idea yang diplih, justifikasi terhadap idea, bahan
dan teknologi yang dipilih perlu dilakukan bagi menentukan sama ada menghasilkan
produk berfungsi sebahagian atau produk berfungsi sepenuhnya
– penambahbaikan dan pengubahsuaian yang dicadangankan pada lakaran perkembangan
idea akan dibangunkan melalui proses pembangunan produk.

Langkah proses penambahbaikan


1) Membuat lakaran
2) Memilih bahan
3) Membuat pengaturcaraan
4) Membina dan memasang
5) Membuat kemasan
6) Produk akhir
Membuat penilaian
– penilaian merupakan perkara penting untuk membuat pertimbangan terhadap hasil
penambahbaikan yang telah dilakukan terhadap produk
– beberapa ujian parameter digunakan bagi menilai kefungsian produk mengikut objektif
yang telah ditetapkan
– keputusan pengujian akan direkodkan dalam bentuk laporan

You might also like