You are on page 1of 25

RBT TINGKATAN 1

BAB 3

PROSES REKA BENTUK- PROJEK BRIEF


3.1.1 MENTAKRIFKAN MAKSUD PROJEK BRIEF
3.1.2 MENGENAL PASTI CIRI DALAM PROJEK BRIEF
3.1.2.2.1: CIRI-CIRI PROJEK BRIEF

◼ Tajuk Projek
➢ Merujuk kepada produk yang ingin dihasilkan.
➢ Mesti spesifik dan bukan dinyatakan secara umum.
➢ Memberi gambaran awal bentuk dan fungsi produk.

◼ Gambaran keseluruhan Projek


➢ Pengurus projek mesti memahami gambaran awal keseluruhan projek berdasarkan borang projek brief.

◼ Kriteria Produk
➢ Melibatkan elemen dan prinsip reka bentuk.
➢ Kriteria akan mengambil kira produk sedia ada dalam pasaran sebagai rujukan
3.1.2.2.1: CIRI-CIRI PROJEK BRIEF

▪ Perancangan Pengurusan Projek


➢ Merangkumi skop projek, kos pengeluaran, masa, perancangan jadual kerja dan pembentukan
kumpulan kerja.
➢ Kertas kerja perlu dihasilkan bagi membuat perancangan masa, jadual kerja, kos pengeluaran dan
pembentukan kumpulan kerja.

▪ Analisis Kajian
➢ Dua perkara penting yang mesti dilakukan, iaitu :
➢ (i) Kajian Reka Bentuk Produk : perbandingan produk sedia ada dalam pasaran
➢ (ii) Kajian Pasaran : kajian terhadap kehendak kumpulan sasaran produk dan persaingan sedia
ada yang dapat dilakukan melalui soal selidik dan pemerhatian.
3.1.2.2.1: CIRI-CIRI PROJEK BRIEF

◼ Lakaran Idea
➢ Dilukis oleh pereka bentuk untuk dipersembahkan kepada pengurus projek dan pelanggan.
➢ Dalam bentuk visual yang menarik dan memenuhi kehendak pelanggan.

◼ Penghasilan Mock-up atau Model


➢ Mock-up ialah model olokan yang diperbuat daripada bahan yang mudah didapati, bahan kitar semula,
dan mudah dibentuk.
➢ Boleh dihasilkan dalam bentuk model berfungsi sepenuhnya atau separa berfungsi.
➢ Dibuat selepas lakaran persembahan idea dipersetujui oleh pelanggan.
3.1.3 PERANCANGAN PROJEK BRIEF

Langkah-langkah dalam perancangan projek brief


3.1.3 PERANCANGAN PROJEK BRIEF

◼ Senarai Semak Kriteria Pertimbangan Utama borang projek brief (TP3)


◼ Persoalan dalam jadual kriteria pertimbangan utama perlu diambil perhatian oleh pengurus projek.
◼ Persoalan ini akan memberikan fokus dari aspek perancangan keseluruhan projek dan reka bentuk projek.
◼ Kriteria pertimbangan utama tidak boleh diubah .Namun begitu persoalan yang berkaitan boleh dikemukakan
mengikut kesesuaian produk yang akan dibina.
SENARAI SEMAK KRITERIA PERTIMBANGAN UTAMA BORANG PROJEK BRIEF (TP3)
Kriteria Pertimbangan  
Utama Persoalan
  • Apakah kegunaan produk ini?
Fungsi • Di manakah produk ini digunakan?
Persembahan • Bagaimanakah cara produk ini dipersembahkan?
  • Siapakah yang akan menggunakannya?
Tujuan Pasaran • Siapakah pesaing yang wujud?
• Pengguna bagaimanakah yang akan menggunakan produk ini?

Kuantiti • Berapakah jumlah yang diperlukan?


  • Bagaimanakah reka bentuk produk ini?
Stail/Gaya • Adakah reka bentuk ini akan mendapat perhatian di pasaran?
  • Bagaimanakah kualitinya?
Kualiti • Adakah pelanggan mempunyai sebarang permintaan yang istimewa?
• Apakah paiwaian kualiti yang perlu dipatuhi

  • Berapakah kos untuk menghasilkan satu unit produk?


Kos • Apakah tahap keuntungan yang dikehendaki?
• Berapakah anggaran kos terakhir?

  • Bilakah pelanggan ingin projek ini disiapkan?


Jangka masa • Apakah produk sampingan yang perlu siap dalam jangka masa yang sama?
B: BORANG PROJEK BREIF
B: BORANG PROJEK BREIF
3.1.4: MENYARING MAKLUMAT DALAM PROJEK BRIEF

◼ Maklumat dari Borang Berief yang lengkap perlu disaring untuk memudahkan
pengurus projek dan pereka bentuk melaksanakan tugas masing-masing.
◼ Maklumat pada borang brief perlu diringkaskan dalam bentuk jadual atau gambar
rajah bermaklumat.
◼ Proses menyaring maklumat boleh dibuat melalui kaedah:
a) Sesi Perbincangan lanjutan dengan pelanggan
b) Video Conference untuk mendapatkan maklumat tambahan dari pelanggan.
c) Maklum Balas betulis daripada pelanggan.
JADUAL MAKLUMAT PROJEK BRIEF (SARINGAN MAKLUMAT)
Kriteria Catatan
Fungsi · Membawa barang-barang serba guna
Persembahan · Pelbagai jenis warna.
· Mudah disimpan kerana saiz boleh diubah suai.
Tujuan Pasaran · Suri rumah.
· Pengguna lain yang berminat.
Kuantiti · 100 unit ( fasa pertama )
Stail/Gaya · Bentuk asas geometri
· Bersaiz sederhana
· Ringan
· Mudah dibawa ke mana-mana
· Boleh diubah saiznya
Kualiti •  100 unit (fasa 1)
Kualiti · Berkualiti tinggi
· Dapat membawa barangan tidak melebihi 15 unit bersaiz sederhana
· Memenuhi piawaian kualiti SIRIM.

Kos · Kos pembuatan minimum ialah RM20.00.


· Kos maksimum ialah RM30.00.
· Untung RM10.00 seunit.
Jangka masa · Jangka waktu 40 jam.
· Boleh dibuat penambahbaikkan.
3.1.5 MENGAPLIKASIKAN PROJEK BRIEF DALAM BENTUK
JADUAL DAN LAKARAN (TP5)

◼ Setelah proses saringan maklumat selesai, proses yang seterusnya adalah


mengaplikasikan semua data dalam bentuk jadual dan lakaran.
◼ Aplikasi projek brief dalam bentuk jadual melibatkan semua ciri-ciri
projek brief.
◼ Lakaran melibatkan penggunaan prinsip, elemen dan idea inovasi.
APLIKASI PROJEK BRIF DALAM BENTUK JADUAL

Tajuk: BAKUL SERBAGUNA


A. Fungsi Projek  
•Apakah jenis produk dan perkhidmatan? •Bakul serba guna. 
•Apakah kegunaan produk ini? •Membawa barangan bersaiz sederhana dan bekas simpanan
•Dimanakah produk ini akan digunakan? barangan.
•Di rumah atau di tempat yang sesuai.
B. Gambaran keseluruhan projek  
•Siapakah yang akan menggunaknnya? •Sasaran utama ialah suri rumah. Namun boleh
•Apakah tujuan produk ini dihasilkan? digunakan oleh pengguana lain.
•Adakah produk ini diperlukan oleh pelanggan? •Memudahkan pengguna membawa barangan atau
•Bagaimanakah produk ini digunakan dan sebagai tempat bekas simpanan.
dipersembahkan? •Ya, amat diperlukan.
•Dipersembahkan dalam pelbagai warna.
APLIKASI PROJEK BRIF DALAM BENTUK JADUAL
• Reka bentuk produk
 
• Apakah elemen dan prinsip reka bentuk yang •Elemen yang akan digunakan ialah saiz,warna dan
akan digunakan? bentuk. Prinsip yang digunakan ialah keseimbangan dan
• Apakah kriteria reka bentuk yang ingin pengulangan.
diterapkan? •Kriteria yang ingin diterapkan ialah fungsi yang
• Adakah produk ini inovasi daripada produk pelbagai.
sedia ada atau produk yangbaharu •Inovasi yang terdapat pada produk ini ialah pelaras saiz
dibangunkan? bakul.
• Perancangan dalam pengurusan projek
 
1. Pembahagian kumpulan kerja. •Pembahagian kerja kumpulan, jadual kerja dan kos
2. Jadual kerja pengeluaran dinyatakan dalam kertas kerja.
3. Kos pengeluaran •Kuantiti penghasilan ialah 100 unit bagi fasa awal
4. kuantiti penghasilan dan bergantung pada kehendak pelanggan.
APLIKASI PROJEK BRIF DALAM BENTUK JADUAL

E. Analisis kajian reka bentuk • Jadual perbandingan.


produk dan  
pasaran.
•Membuat perbandingan dari segi
fungsi, persembahan, tujuan
pasaran, kuantiti, kualiti, kos, dan
jangka masa.
•Adakah produk ini akan mendapat
permintaan di pasaran?
 
 
 
 
 
 
 
APLIKASI PROJEK BRIF DALAM BENTUK JADUAL
F. Lakaran idea  
•Bagaimanakah rupa bentuk •Lakaran 3D yang mempamerkan rupa
produk dalam bentuk 3 dimendi sebenar produk.
(3D) dan 2 dimensi (2D)? •Lakaran unjuran ortografik
  mempamerkan pandangan 2D.

G. Penghasilan mock-up • Menggunakan kertas mounting board, gam


•Bahan dan peralatan yang perekat panas, penyedut minuman,
diperlukan untuk menghasilkan pembaris, gunting, pisau pemotong dan
mock-up. sebagainya.
LAKARAN IDEA BAKUL SERBA GUNA BERDASARKAN BORANG PROJEK BRIEF
3.1.6 PEMBINAAN MOCK-UP ATAU MODEL (TP6)

•Model olokan
•Dibuat sebelum menghasilkan model
sebenar.
(a) Mock-up •Dibina untuk memberi gambaran awal
◼ Mock-up atau model akan produk dari segi keseimbangan, rupa
bentuk, warna dan ergonomik.
dibangunkan setelah selesai membuat
saringan borang projek brief. P Pembinaan
Model separa berfungsi (model blok)
◼ roses membina mock-up atau model Mock-up
•Dihasilkan secara berskala atau bersaiz
atau Model
akan menggunakan bahan-bahan dan sebenar.
alatan cantuman yang sesuai. •Bahan penghasilan tidak semestinya
menggunakan bahan sebenar namun
◼ Pemilihan bahan perekat yang tepat, (b) Model beberapa komponen pada model
kaedah cantuman yang baik dan tersebut dapat berfungsi seperti produk
pemilihan bahan yang sesuai perlu sebenar.
ditekankan untuk memastikan mock-
up atau model dapat bertahan semasa Model berfungsi sepenuhnya
proses pengujian dijalankan. •Dibina menyerupai objek sebenar.
•Berfungsi mengikut tujuan asal.
•Dibina menggunakan bahan dan dan
kaedah cantuman yang sebenar.
MODEL OLOKAN MODEL PROTOTAIP

Dibuat sebelum model sebenar dibina. Dibuat selepas model olokan dibina. Dibuat selepas model dibina.

Tidak mengikut ukuran atau skala sebenar. Dibuat mengikut skala atau saiz sebenar. Dibuat mengikut saiz sebenar.

Dibina menggunakan bukan bahan sebenar Tidak semestinya menggunakan bahan Dibina daripada bahan sebenar.
seperti kadbod, plastersin, kayu, polisterin, sebenar.
foam, dawai kasa dan lain-lain.
Tidak berfungsi. Spara berfungsi atau tidak berfungsi. Berfungsi sepenuhnya.
3.1.7 PENILAIAN HASIL MOCK-UP ATAU MODEL

• Penilaian hasil mock-up atau model merupakan proses terakhir untuk mengukur tahap
keberkesanan produk.
• Tahap keberkesanan produk diukur berdasarkan tiga faktor penting iaitu mematuhi
kriteria projek brief, mematuhi kehendak pelanggan dan ketepatan rupa bentuk.
• Terdapat dua kaedah yang biasa digunakan untuk menguji produk iaitu pengujian
lapangan(parameter) dan pengujian di makmal. Sebelum melakukan pengujian,
parameter perlu ditetapkan terlebih dahulu. Parameter bermaksud sesuatu ukuran
yang ingin dijadikan piawaian contohnya masa selama 30 saat, ketinggian 50 cm dan
berat beban 50 gram.
• Semua parameter yang ditetapkan haruslah boleh diukur. Item yang bersifat subjektif
tidak boleh dijadikan parameter kerana penilaian tersebut bergantung kepada individu
penilai dan bukan pada produk. Contoh parameter subjektif ialah cantik, menarik dan
kemas.
PENILAIAN MOCK UP
· Pengujian bagi mock-up dibuat berdasarkan kepada kesesuaian bahan yang digunakan. Pengujian mock-up tidak
boleh digunakan untuk mengukur fungsi produk. Sebelum ujian dilakukan, parameter perlu ditetapkan terlebih
dahulu. Keputusan terhadap ujian yang dilakukan perlu dicatatkan sebagai rujukan untuk tujuan penambahbaikan.
· Contoh laporan pengujian Mock-up
Jenis ujian Parameter Keputusan
  • Berat beban 100 gram Mock-up dapat bertahan tanpa rosak
Ujian • Masa beban diletakkan di dalam mock-upselepas 10 minit jika menggunakan beban
kekuatan ialah 10 minit. 100 gram
cantuman  
  • Sudut condongan permukaan ialan 450. Mock-up tidak jatuh dan kukuh pada
  • Mock-up diletakkan pada satu tapak ratatapaknya.
Ujian dan dilekatkan dengan perekat yang sesuai.
kesetabilan
PENILAIAN MODEL
· Pengujian bagi model dibuat bergantung kepada jenis model sama ada model separa berfungsi atau model berfungsi
sepenuhnya. Pengujian model adalah dari segi kefungsian. Sepeti penilaian mock-up, parameter juga perlu ditetapkan
terlebih dahulu.
SEKIAN, TERIMA KASIH

DISEDIAKAN OLEH: EN. NATHAN


BALAKHRISNAN
012-3027250

You might also like