You are on page 1of 4

BAB 3: PROSES REKA BENTUK

3.1 PROJEK BRIEF


Projek Brief adalah perbincangan awal antara
dua pihak iaitu pengurus projek dengan
pelanggan.
Sepanjang proses ini, pelanggan berbincang
dengan pereka bentuk berkaitan dengan
produkyang bakal dihasilkan.
Tujuannya ialah untuk mendapatkan
maklumat berkaitan dengan reka bentuk
produk.
3.1.2 CIRI PROJEK BRIEF
Tajuk Projek harus spesifik dan dapat
memberikan gambaran awal bentuk dan fungsi
produk yang dihasilkan.
Gambaran Keseluruhan Projek terbahagi
kepada pengurusan projek dan gambaran awal
produk yang ingin dihasilkan.
Kriteria Produk melibatkan elemen dan prinsip
yang diaplikasikan pada produk.
Perancangan Pengurusan Projek- merangkumi
skop projek, masa, kos, perancangan jadual kerja
serta pembentukan kumpulan kerja
Analisis kajian meliputi kajian reka bentuk
produk dan kajian pasaran.
Lakaran Idea dilukis oleh pereka bentuk
dalam bentuk visual yang menarik
Mock- Up atau Model model olokan yang
dapat berfungsi sepenuhnya atau separa
berfungsi.

You might also like