You are on page 1of 9

Institut Kemahiran MARA

TSYA , Pekan , Pahang.

INFORMATION SHEET

PROGRAM : SIJIL TEK.KEJ. ELEKTRIK KUASA (SEP)


SESSION : SEMESTER : 6AB
CEV 60032 INDUSTRIAL
CODE/COURSE : SHEET NO : IS 1
AUTOMATION
LECTURER : WEEK : 1

TOPIC : UNIT 1: PENGENALAN KEPADA KAWALAN INDUSTRI


SUB-TOPIC : PENGENALAN KEPADA KAWALAN INDUSTRI

Di akhir sesi pembelajaran, pelajar-pelajar seharusnya boleh:

1. Nyatakan tujuan penggunaan kawalan automatik dalam


LEARNING industri
OUTCOME : 2. Nyatakan maksud sistem kawalan
3. Nyatakan bahagian, komponen-komponen dan peranti
sistem kawalan
4. Nyatakan evolusi sistem kawalan

CONTENT :

1.0 : PENGENALAN KEPADA KAWALAN INDUSTRI

1.1 TUJUAN PENGGUNAAN KAWALAN AUTOMATIK DALAM INDUSTRI

Di dalam persaingan dan pembangunan sektor industri pada masa kini,


kecekapan produksi adalah sangat diutamakan. Oleh sebab itulah kebanyakkan sektor
perindustrian kini menggunakan sistem kawalan automatik. Terdapat banyak tujuan atau
kebaikan menggunakan sistem kawalan automatik di antaranya adalah seperti berikut:
1. Mempercepatkan proses pengeluaran.
2. Mengurangkan kos bahan dan tenaga kerja.
3. Memperbaiki kualiti pengeluaran.
4. Mengurangkan pembaziran masa.
5. Mengurangkan kos peralatan untuk proses pengeluaran.

Page 1 of 9
1.2 SISTEM KAWALAN

Sistem kawalan merupakan himpunan peranti dan peralatan elektronik yang


digabungkan untuk tujuan memastikan kestabilan, ketepatan dan kelancaran proses
atau aktiviti pengeluaran. Perkembangan pesat dalam bidang teknologi bagi kawalan
yang lebih kompleks memberi ruang kepada penciptaan sistem kawalan automatik yang
lebih canggih yang mana boleh juga dikenali sebagai Programmable Logic Controller
(PLC)

Pengawal(Controller) adalah merupakan suatu alat bagi mengawal sesuatu


sistem. Contoh sistem pengawal adalah seperti Mekanikal, Pneumatic, Hydraulic,
Electrikal, Electronik Analog, Electronic Digital, PLC, PID dan sebagainya.

Terdapat 3 jenis system kawalan yang berasaskan kepada sumber bekalan.


Sistem-sistem tersebut adalah seperti berikut :

a. Sistem Kawalan Pneumatik


b. Sistem Kawalan Hidraulik
c. Sistem Kawalan Elektrik

a. SISTEM KAWALAN PNEUMATIK

Sistem kawalan pneumatic ialah satu system yang menggunakan udara yang
dimampatkan untuk menghasilkan daya/tenaga untuk menjalankan kerja.
Sistem pneumatic banyak di dapati dalam system perindustrian seperti industri
makanan, petrokimia, semikonduktor dan industri yang menggunakan robotic.
Secara amnya system pneumatic memerlukan

 Bekalan Udara Pemampat


 Injap Kawalan
 Tiub Penghubung
 Pemindaharuh (Transducer)

Page 2 of 9
Sistem kawalan pneumatik ini boleh dikawal secara insani dan automatic.
Sistem-sistem ini boleh diwakili oleh gambarajah blok asas pada rajah di bawah.

Insani

Keluaran
Penapis Injap Tiub
Pemampat
Kawalan Penghubung

Rajah: Gambarajah Blok Asas Sistem Kawalan Pneumatik Secara Insani

PLC

Keluaran
Penapis Injap Tiub
Pemampat
Kawalan Penghubung

Rajah: Gambarajah Blok Asas Sistem Kawalan Pneumatik Secara Automatik


dengan menggunakan PLC

b. SISTEM KAWALAN HIDRAULIK

Sistem kawalan hidraulik ialah satu system yang menggunakan bendalir untuk
menghasilkan daya/tenaga untuk menjalankan kerja. Sistem hidraulik banyak
di gunakan di dalam industri automobile seperti system kuasa, system brek,
kren, jek kereta, satelit, moulding dan sebagainya. Bendalir yang biasa
digunakan adalah minyak. Secara amnya system hidraulik memerlukan

 Bekalan Bendalir Hidraulik


 Injap Kawalan
 Silinder

Page 3 of 9
Sistem kawalan hidraulik ini boleh dikawal secara insani dan automatik. Sistem-
sistem ini boleh diwakili oleh gambarajah blok asas seperti di bawah :

Rajah: Gambarajah Blok Sistem Kawalan Hidraulik Secara Insani

Rajah: Gambarajah Blok Sistem Kawalan Hidraulik Secara Automatik dengan


menggunakan PLC.

Page 4 of 9
c. SISTEM KAWALAN ELEKTRIK

Sistem Kawalan Elektrik ialah satu system kawalan yang menggunakan arus
elektrik samada terus (AT) atau arus ulang alik (AU) sebagai sumber bekalan.
Secara amnya Sistem Kawalan Elektrik memerlukan :

 Bekalan Elektrik (AT) atau (AU)


 Elemen masukan (suis, sensor, transducer, injap, komponen-
komponen elektronik dan sebagainya)
 Elemen Keluaran (motor, lampu dan sebagainya
 Kabel penyambung

Sistem Kawalan Elektrik ini boleh dikawal secara insani dan automatic.
Sistem-sistem ini boleh diwakili oleh gambarajah blok asas seperti di bawah

Suis

Lampu
VB

Rajah: Litar Sistem Kawalan Elektrik Secara Insani

Lampu
Suis
PLC

Rajah: Litar Sistem Kawalan Elektrik Secara Automatik dengan


menggunakan PLC

Page 5 of 9
Berikut adalah perbandingan antara sistem kawalan pneumatik, sistem kawalan
hidraulik dan sistem kawalan elektrik:

a. Sistem Kawalan Pneumatik

 Sistem Pemasangannya Mudah


 Rekabentuk Sistemnya Ringkas
 Menggunakan udara pemampat sebagai sumber bekalan untuk
melakukan kerja.

b. Sistem Kawalan Hidraulik

 Sistem Pemasangan Rumit


 Menggunakan bendalir seperti minyak sebagai sumber bekalan untuk
melakukan kerja.
 Jika berlaku kebocoran akan menyebabkan kekotoran

c. Sistem Kawalan Elektrik

 Sistem Yang Mudah


 Menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber bekalan untuk
melakukan kerja
 Penggunaan yang meluas

Page 6 of 9
1.3 BAHAGIAN, KOMPONEN-KOMPONEN DAN PERANTI SISTEM KAWALAN

Sistem kawalan melibatkan perpindahan isyarat kepada peranti (seperti panel


operator, motor, sensor, suis, gegelung dan sebagainya). Keupayaan berkomunikasi
dalam sistem rangkaian membolehkan gabungan yang lebih besar dan lebih fleksibel
dalam penghasilan sistem kawalan yang praktikal.

Setiap komponen dalam sistem kawalan memainkan peranan yang penting.


Rajah di bawah ini menunjukkan komponen-komponen dan peranti yang terdapat pada
sistem kawalan.

Rajah: Komponen Dan Peranti Sistem Kawalan

Saluran kawalan komputer ditempatkan sekali dalam kawasan sistem kawalan


untuk menghubungkan sebarang aktiviti di sesuatu tempat tertentu seperti antara
tingkat-tingkat bangunan (bagi bangunan yang dipasang sistem kawalan)

Page 7 of 9
1.4 EVOLUSI SISTEM KAWALAN

Perkembangan sistem kawalan bermula sejak dahulu lagi sehingga penemuan


kepada Programmable Logic Controller.

Aliran sistem kawalan bermula dengan peranti kawalan yang menggunakan


geganti atau relay termasuk geganti elektromagnet dan panel kawalan geganti. Di mana
dari segi saiznya ianya adalah besar. Kewujudan transistor, menyebabkan ianya turut
digunakan bersama dengan geganti elektromagnet untuk penghasilan kawalan yang
lebih baik.

Penemuan Programmable Logic Controller menyebabkan penggunaan sistem


kawalan begitu meluas terutama dalam bidang industri. Kebanyakkan industri juga
menggabungkan sistem kawalan dengan kawalan balas, pemprosesan data dan pusat
kawalan sistem untuk kawalan yang lebih cekap.

Sistem kawalan biasanya digunakan dalam pembuatan terutamanya di kilang


mempunyai baris penghimpunan yang melalui pelbagai peringkat. Keadaan automatik
penting dalam proses pemasangan, penyusunan, penyemakan, kawalan mutu,
pengisihan dan pemberhentian operasi apabila berlaku ketidakserasian atau
ketidakseragaman. Contohnya kilang di Malaysia yang menggunakan sistem automatik
ialah HICOM, MOTOROLA, CANON, SONY dan banyak lagi. Contoh aplikasi sistem
automatik digunakan di kilang ini ialah penggunaan robot dalam proses penyemburan
cat dan pengendalian kargo.

Page 8 of 9
EXERCISE :

1. Nyatakan 5 tujuan menggunakan sistem kawalan automatik di dalam industri?

i. _______________________________________________________
ii. _______________________________________________________
iii. _______________________________________________________
iv. _______________________________________________________
v. _______________________________________________________

2. Terangkan maksud Sistem Kawalan?

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

3. Sebutkan 3 jenis system kawalan yang berasaskan kepada sumber bekalan?

i. _______________________________________________________
ii. _______________________________________________________
iii. _______________________________________________________

4. Nyatakan perbezaan bagi ketiga-tiga jenis system kawalan.

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

5. Terangkan perkembangan evolusi system kawalan di negara ini?

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

REFERENCE :

1) A Beginner’s Guide To PLC, OMRON


2) Kawalan Motor Elektrik, ABS BUKU SDN. BHD.

Page 9 of 9

You might also like