You are on page 1of 20

1 : AP LI KA SI T E KN O L O GI

BA B
KA BE NT UK ME KA T RO NI K
1.1 RE
1 .1 .1 Me n ya ta ka n Maksud Re ka Be n tu k Me ka tro n ik

ISTILAH MEKATRONIK:
MEKA – MEKANIKAL
+
TRONIK – ELEKTRONIK
MAKSUD MEKATRONIK
Aplikasi elektronik dan teknologi komputer untuk
mengawal pergerakan sistem mekanikal suatu
produk.
MAKSUD REKA BENTUK MEKATRONIK
Reka bentuk mekatronik bermaksud reka bentuk produk atau sistem yang
menggabungkan disiplin Ilmu elektrik, mekanikal, elektronik, Kawalan dan
pengaturcaraan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki.
Beberapa Contoh Reka Bentuk Mekatronik
Revolusi Industri 4.0
REVOLUSI INDUSTRI 1.0

Bermula dengan penggunaan reka bentuk


mekanikal bagi menggantikan tenaga
manusia untuk menghasilkan suatu produk.
REVOLUSI INDUSTRI 2.0

Bermula dengan penemuan tenaga elektrik yang


membolehkan produk dihasilkan dalam kuantiti
lebih besar dan cepat.
REVOLUSI INDUSTRI 3.0

Bermula dengan penggunaan meluas reka bentuk


elektronik dan setereusnya penggabungan reka
bentuk bagi menghasilkan reka bentuk mekatronik.
REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Melibatkan penggabungan reka bentuk mekatronik


bersama internet benda, data raya dan pengkomputeran
awan bagi membentuk sistem pengeluaran pintar.
Revolusi industri 4.0 merupakan kemajuan sistem industri
yang berkembang dengan lebih hebat menerusi konsep
cyberphysical.
Konsep cyberphysical ialah mengawal dan mengurus
operasi industri dengan mengguna pakai sistem mekatronik,
internet benda, data raya, pengkomputeran awan dan
kecerdasan buatan (artificial intelligence ).
1.1.2 MENGENAL PASTI ELEMEN MEKATRONIK
ELEMEN ASAS
1. SISTEM ELEKTRIK
2. SISTEM MEKANIKAL
3. SISTEM ELEKTRONIK
4. SISTEM KAWALAN DAN PENGATURCARAN
Digabung dengan kawalan bagi membolehkan produk mekatronik yang direka
bentuk berfungsi dengan sempurna, cekap, produktif dan berkesan sama ada
secara automatik atau separa automatik.
SEMBILAN TERAS DALAM REVOLUSI INDUSTRI 4.0
1. ROBOT BERAUTONOMI
2. PERSEPADUAN SISTEM
3. INTERNET BENDA
4. SIMULASI
5. PEMBUATAN BAHAN MENTAH
6. PENGKOMPUTERAN AWAN
7. REALITI TERIMBUH
8. DATA RAYA
9. KESELAMATAN SIBER
1.1.2 MENGENAL PASTI ELEMEN MEKATRONIK
A Sistem elektrik

Sistem elektrik dalam reka bentuk mekatronik berfungsi untuk


membekalkan arus elektrik, sama ada arus terus (AT) atau arus
ulang-alik (AU) bagi membolehkan peranti mekatronik
menjalankan fungsi yang ditetapkan.
Sistem ini mengambil kira aspek keselamatan, kedudukan peranti
dalam litar dan sambungan litar.
A SISTEM ELEKTRIK
Contoh elemen sistem elekrik

Panel Solar

Pengawal pengecas solar

Lampu pengesan pergerakan


Bateri
B Sistem mekanikal

Sistem mekanikal mengabungkan beberapa


komponen mekanikal yang berfungsi sebagai
penghantar untuk memindahkan suatu sumber
gerakan (motor) kepada bentuk yang lain.
Sistem mekanikal ini membolehkan produk
berfungsi, sama ada secara bergerak atau berputar.
C Sistem elektronik

Sistem elektronik merupakan susunan dan


sambungan fizikal komponen elektronik dalam
suatu litar bagi menjalankan operasi sesuatu
sistem.
C Sistem elektronik

Lampu LED

Peringtang

Kapasitor

CONTOH ELEMEN SISTEM ELEKTRONIK


D Sistem kawalan dan pengaturcaraan

Sistem kawalan merupakan satu kaedah kawalan sistem


yang digunakan untuk mengurus, mengarah atau
mengawal atur tindakan bagi memastikan reka bentuk
mekatronik berfungsi secara automatik dengan
sempurna.
TUGASAN ANDA HARI INI :
LENGKAPKAN NOTA ANDA :

 Maksud mekatronik ( ms 3 buku teks )


 Maksud reka bentuk mekatronik ( ms 3 buku teks )
 Sembilan teras revolusi industri 4.0 ( ms 5 buku teks )
 Tajuk 1.1.2 : mengenal pasti elemen mekatronik
o Rajah 1.2 ( ms 7 )
o a. Sistem elektrik
o B. Sistem mekanikal Buku Teks page 7 -10
o C. Sistem elektronik
o D. Sistem kawalan dan pengaturcaraan

You might also like