You are on page 1of 2

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

BAB 3 RBT TINGKATAN 3

TAJUK PROJEK: Iklan Produk


TAJUK BAB: Reka Bentuk Dalam Perniagaan
STANDARD KANDUNGAN : 3.1 Reka Bentuk Sebagai Instrumen Pemasaran
STANDARD PEMBELAJARAN :
3.1.3 Mengenal pasti kaedah reka bentuk pengiklanan
3.1.4 Memilih kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai
3.1.5 Menganalisis kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih
3.1.6 Membuat rumusan kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai dengan produk
3.1.7 Menghasilkan reka bentuk pengiklanan
TEMPOH: 3 hingga 28 Oktober 2022
TARIKH AKHIR HANTAR: 31 Oktober 2022
DISEDIAKAN OLEH: Pn. Zaitu Akma Mustaffa
____________________________________________________________________________________

TUGASAN PROJEK:

1. Tugasan terbahagi kepada tiga komponen:


i. Menyediakan folio tentang penghasilan iklan produk yang telah anda hasilkan di Bab 2.
ii. Menghasilkan iklan produk mengikut kreativiti masing-masing (individu/kumpulan).
iii. Membuat pembentangan hasil kerja.

 Folio
- Anda boleh menggunakan komputer atau tulisan tangan untuk menghasilkan folio.
- Folio anda mesti mengandungi:

a) Muka depan
- mesti ada nama penuh murid, kelas, subjek, nama guru, nama sekolah dan tajuk folio.
- susun atur ilustrasi muka depan bergantung kepada kreativiti murid.

b) Kandungan

i. Pengenalan – terangkan secara ringkas tentang pemasaran, pengiklanan dan produk anda.
ii. Nama produk (berserta jenama) dan gambar produk.
iii. Kaedah reka bentuk pengiklanan – menyatakan kaedah yang sesuai digunakan untuk iklan produk
anda (rujuk buku teks ms.139-142 dan ms.148-159).
iv. Media pengiklanan – menyatakan sekurang-kurangnya dua media yang sesuai digunakan untuk
mengiklan produk anda (rujuk buku teks ms.143-145).
v. Analisis reka bentuk iklan yang telah dihasilkan – membuat analisis dari segi ciri-ciri pengiklanan yang
berkesan dalam bentuk jadual (rujuk buku teks ms.160-163).
vi. Rumusan iklan – membuat rumusan reka bentuk pengiklanan berdasarkan analisis iklan dengan
memberi pendapat anda (rujuk buku teks ms. 165-167).
vii. Cadangan penambahbaikan – memberi cadangan penambahbaikan kepada iklan produk yang telah
anda hasilkan.

c) Kesimpulan

 Iklan Produk
a) Reka bentuk iklan yang ingin dihasilkan bergantung kepada media pengiklanan yang anda pilih.
Contoh:Media elektronik iaitu televisyen. Anda boleh hasilkan iklan dalam bentuk video.
Media cetak iaitu brosur. Hasilkan brosur menggunakan komputer atau tulisan tangan.
 Kaedah Pembentangan:

- Anda boleh mempersembahkan folio dan iklan produk anda dalam mana-mana bentuk:

1. Pembentangan video
2. Slaid Powerpoint
3. Buku skrap
4. Laporan bertulis
5. Lain-lain cara pembentangan mengikut kreativiti anda.

HADIAH PENGHARGAAN:
1. Hadiah daripada Panitia RBT. Hadiah istimewa untuk tempat 1 hingga 20 dan 30 hadiah saguhati.

RUBRIK PENILAIAN:

Bil Kriteria Peratus Markah


.
1. Muka depan 5%
2. Kandungan
a) Pengenalan 5%
b) Nama dan gambar iklan produk 15%
c) Kaedah reka bentuk pengiklanan 15%
d) Media pengiklanan 10%
e) Analisis 10%
f) Rumusan 10%
g) Cadangan penambahbaikan 10%
h) Kesimpulan 5%
4. Kreativiti (keseluruhan folio, iklan produk dan pembentangan) 15%
Jumlah Markah 100%

You might also like