You are on page 1of 4

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

POSTER SAINTIFIK

1.0 PENDAHULUAN

Poster Saintifik adalah pertandingan yang dilaksanakan dalam Karnival


Kemahiran Digital KPM Tahun 2023, anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum
dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan
kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Pertandingan Poster Saintifik dilaksanakan untuk mengasah bakat murid dalam


kemahiran teknologi digital selain meningkatkan minat murid dalam Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui penyediaan dan
pembentangan poster. Pertandingan ini juga mampu mencungkil kreativiti dan
penerokaan dalam STEM berdasarkan tema Sustainable Development Goals
(SDG). Disamping itu, pertandingan ini juga diharap dapat mengukuhkan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid.

2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN

2.1 Tiga (3) projek terbaik bagi setiap kategori daripada setiap negeri
layak untuk bertanding pada peringkat kebangsaan.

2.2 Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori:

2.2.1 Sekolah rendah (Murid tahun 4 hingga 6)


2.2.2 Sekolah menengah (Murid tingkatan 1 hingga 5)

2.3 Penyertaan kategori sekolah rendah terdiri daripada tiga (3) orang
murid dan seorang (1) guru pembimbing.

2.4 Penyertaan kategori sekolah menengah terdiri daripada dua (2) orang
murid dan seorang (1) guru pembimbing.

2.5 Peserta mestilah daripada sekolah yang sama.

2.6 Projek penyelidikan atau inovasi yang pernah dipertandingkan dan


memenangi anugerah boleh menyertai pertandingan ini dengan syarat
projek tersebut telah diubahsuai atau ditambahbaik.

2.7 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar maksimum 2 penyertaan


sahaja.

3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN

3.1 Peserta perlu menghasilkan satu poster saintifik dengan


menggunakan sebarang perisian dan satu video pembentangan
inovasi atau penyelidikan.
3.2 Tema

Persembahan yang dihasilkan mestilah berdasarkan satu (1) tema


sahaja. Pemilihan tema adalah seperti yang berikut:

3.2.1 SDG 6: Clean Water and Sanitation;


3.2.2 SDG 7: Affordable and Clean Energy;
3.2.3 SDG 9: Industry, Innovation and Infrastructure;
3.2.4 SDG 11: Sustainable Cities and Communities; dan
3.2.5 SDG 12: Responsible Consumption and Production.

4.0 FORMAT PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian. Semua


penyertaan perlu;

4.1.1 dimuatnaik ke Google drive peserta sebelum dihantar kepada


penganjur; dan

4.1.2 menghantar pautan Google drive yang mengandungi video


pembentangan dan poster melalui google form yang disediakan
oleh pengelola peringkat kebangsaan.

4.2 Pertukaran atau penambahbaikkan poster saintifik dan video


pembentangan tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran
yang telah ditetapkan.

4.3 Format poster saintifik

4.3.1 Peserta hendaklah menyediakan satu poster saintifik bersaiz A4


dalam format .pdf sahaja.

4.3.2 Murid dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa


Inggeris dalam penyediaan poster saintifik.

4.3.3 Kandungan poster saintifik


4.3.3.1 Pengenalan
4.3.3.2 Penyataan masalah
4.3.3.3 Metodologi
4.3.3.4 Data / Analisis
4.3.3.5 Perbincangan
4.3.3.6 Kesimpulan
4.3.3.7 Rujukan

4.4 Berikut ialah contoh reka letak kandungan poster saintifik sebagai
panduan. Peserta boleh menyediakan poster saintifik mengikut
kesesuaian dan kreativiti masing-masing.
4.5 Format rakaman video pembentangan;

4.5.1 Durasi pembentangan mestilah tidak melebihi lima (5) minit.

4.5.2 Peserta perlu menerangkan projek mereka secara ringkas.

4.5.3 Rakaman video perlu dilaksanakan secara ‘one take’ atau sekali
ambil dalam bentuk landskap. Video berbentuk persembahan
slaid berserta voice over adalah tidak dibenarkan.

4.5.4 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa


Inggeris dalam video pembentangan.

5.0 PROSES PENILAIAN

Penilaian poster saintifik dan video pembentangan akan dilaksanakan


secara dalam talian oleh tiga (3) orang hakim. Keputusan hakim adalah
muktamad.
6.0 KRITERIA PENILAIAN

6.1 Proses penilaian dibuat berdasarkan dua (2) kriteria utama iaitu;

6.1.1 Penilaian poster saintifik (70 markah).

6.1.2 Penilaian video pembentangan (30 markah).

6.2 Kriteria penghakiman terperinci untuk setiap kategori


projek adalahseperti berikut:

KOMPONEN KRITERIA MARKAH


Kandungan poster
a. Pengenalan
b. Penyataan masalah
c. Metodologi
25
d. Data / Analisis
e. Perbincangan
f. Kesimpulan
g. Rujukan
Poster Saintifik
Aplikasi elemen-elemen reka bentuk
grafik (garisan, rupa, warna, tipografi, 10
visual, ruang, nilai dll)
Kreativiti dari segi reka letak 10
Daya tarikan poster 10
Maklumat jelas dan mudah difahami 10
Bebas kesalahan ejaan / mempunyai
5
kapsyen dan label pada gambar / rajah
Kreativiti dari segi penyampaian 10
Video Menguasai kandungan inovasi / 10
Pembentangan penyelidikan
Bahasa / Pertuturan / Ekspresi / Gaya 10
JUMLAH 100

You might also like