You are on page 1of 2

SMK SEKSYEN 16 SHAH ALAM

MINGGU AKADEMIK TAHUN 2021


(PANITIA SAINS)

1. TAJUK :
PERTANDINGAN BOT SOLAR

2. TEMA :
TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKAN ALAM

3. AKTIVITI:
Menghasilkan satu reka bentuk bot yang dilengkapi dengan ciri-ciri kecekapan
tenaga dan menggunakan sumber semulajadi secara optimum.

4. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:
a) Terbuka kepada semua murid Tingkatan 1, 2, 3 dan 4.
b) Pertandingan terbuka secara berpasukan serta setiap pasukan terdiri tidak
lebih daripada 3 orang peserta.
c) Reka bentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri
aerodinamik. Konsep kelajuan juga akan diambil kira semasa penghakiman.
d) Pertandingan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
i. Kertas kerja projek (slide Power Point)
ii. Pembentangan

5. KAEDAH PENGHAKIMAN
Bahagian 1 – Kertas Kerja Projek :

Kertas Kerja Projek mesti menggunakan slide powerpoint dan disediakan


dalam Bahasa Melayu.

Format Kriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek berikut:

 Objektif
 Teori Saintifik
 Reka bentuk
 Inovasi

Bahagian 2 – Persembahan :
Setiap pasukan akan dihadkan masa persembahan selama 10 minit sahaja.
(termasuk sesi soal jawab)

6. TARIKH TUTUP
Tarikh akhir penghantaran slide powerpoint kertas kerja projek adalah selewat-
lewatnya pada 16 April 2021 (Jumaat).
Pernyataan Masalah:

Lebih kurang 60% petroleum yang merupakan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui di
dunia digunakan dalam sektor pengangkutan iaitu kenderaan bermotor termasuk bot.
Berdasarkan tema pertandingan iaitu TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKAN ALAM,
cipta sebuah bot solar yang mempunyai beberapa kriteria seperti kecekapan menggunakan
tenaga, bahan binaan daripada sumber semulajadi, kreatif serta berinovasi. Pertandingan
diadakan untuk menghasilkan ciptaan bot berteknologi hijau dan berkelajuan tinggi.

Rubrik pemarkahan bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:

KRITERIA RUBRIK PEMARKAHAN (%)

Adakah murid merancang projek secara


REKABENTUK 20%
terperinci dengan tujuan yang jelas?

Adakah murid melaksanakan langkah


PROSES 20%
yang betul dalam melengkapkan projek?

Adakah murid menggunakan pelbagai


kemahiran dan strategi untuk
APLIKASI 20%
mengaplikasikan pengetahuan kepada
masalah dalam projek?

Adakah murid berjaya berkomunikasi


PERSEMBAHAN secara efektif mengenai idea utama 20%
dalam projek?

Adakah murid menunjukkan pemahaman


PENGETAHUAN idea melalui kaedah inkuiri, kajian, 20%
analisis atau pengalaman?
JUMLAH 100%

Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh rujuk kepada En Aliff, En


Munawar, Pn Shuhaini dan Cik Norzanadiyah.

You might also like