You are on page 1of 14

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

POSTER SAINTIFIK

1.0 PENDAHULUAN

Poster Saintifik adalah pertandingan yang dilaksanakan dalam Karnival


Kemahiran Digital Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) Tahun
2023, aktiviti anjuran Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum),
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dengan kerjasama semua
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang akan dilaksanakan secara dalam
talian.

Pertandingan Poster Saintifik dilaksanakan untuk mengasah bakat murid


dalam kemahiran teknologi digital selain meningkatkan minat murid dalam
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui penyediaan
dan pembentangan poster. Pertandingan ini juga mampu mencungkil
kreativiti dan penerokaan dalam STEM berdasarkan tema Sustainable
Development Goals (SDG). Disamping itu, pertandingan ini juga diharap
dapat mengukuhkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan
murid.

2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori:

2.1.1 Sekolah rendah (Murid tahun 4 hingga 6 di


bawah Kementerian Pendidikan Malaysia)

2.1.2 Sekolah menengah (Murid tingkatan 1 hingga 5 di


bawah Kementerian Pendidikan Malaysia)

1
2.2 Penyertaan kategori sekolah rendah terdiri daripada tiga (3) orang
murid dan seorang (1) guru pembimbing.
2.3 Penyertaan kategori sekolah menengah terdiri daripada dua (2)
orang murid dan seorang (1) guru pembimbing.
2.4 Peserta mestilah daripada sekolah yang sama.
2.5 Penyertaan maksimum daripada satu sekolah adalah Tiga (3)
pasukan sahaja.
2.6 Projek penyelidikan atau inovasi yang pernah dipertandingkan dan
memenangi anugerah boleh menyertai pertandingan ini dengan
syarat projek tersebut telah diubahsuai atau ditambahbaik.

3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN

3.1 Peserta perlu menghasilkan satu poster saintifik dengan


menggunakan sebarang perisian dan satu video pembentangan
inovasi atau penyelidikan.
3.2 Pengelola Peringkat Negeri : Pejabat Pendidikan Daerah Bau
3.3 Tarikh Akhir Penyertaan : 25 Ogos 2023
3.4 Tema Persembahan yang dihasilkan mestilah berdasarkan satu (1)
tema sahaja. Pemilihan tema adalah seperti yang berikut:

3.4.1 SDG 6: Clean Water and Sanitation;


3.4.2 SDG 7: Affordable and Clean Energy;
3.4.3 SDG 9: Industry, Innovation and Infrastructure;
3.4.4 SDG 11: Sustainable Cities and Communities; dan
3.4.5 SDG 12: Responsible Consumption and Production.

2
3.5 Pautan pendaftaran

PERTANDINGAN PAUTAN DAN QR CODE PENDAFTARAN

Poster Saintifik
Sekolah Rendah

https://bit.ly/PSSRSWK

Poster Saintifik
Sekolah Menengah

https://bit.ly/PSSMSWK

3
4.0 FORMAT PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian.


4.2 Semua penyertaan perlu menghantar video pembentangan dan poster
saintifik melalui Google form yang disediakan oleh pengelola peringkat
negeri (PPD Bau).
4.3 Peserta tidak dibenarkan memaparkan identiti sekolah atau negeri
pada semua bahan pertandingan yang dihantar untuk dinilai (poster
saintifik dan video pembentangan).
4.4 Pertukaran atau penambahbaikkan poster saintifik dan video
pembentangan tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran
yang telah ditetapkan.
4.5 Format poster saintifik;
4.5.1 Peserta hendaklah menyediakan satu poster saintifik bersaiz A4
dalam format .pdf sahaja.
4.5.2 Murid dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris dalam penyediaan poster saintifik.
4.5.3 Kandungan poster saintifik
4.5.3.1 Pengenalan
4.5.3.2 Penyataan masalah
4.5.3.3 Metodologi
4.5.3.4 Data / Analisis
4.5.3.5 Perbincangan
4.5.3.6 Kesimpulan
4.5.3.7 Rujukan

4
4.6 Berikut ialah contoh reka letak kandungan poster saintifik sebagai
panduan. Peserta boleh menyediakan poster saintifik mengikut
kesesuaian dan kreativiti masing-masing.

4.7 Format rakaman video pembentangan;

4.7.1 Durasi pembentangan mestilah tidak melebihi lima (5) minit.


4.7.2 Peserta perlu menerangkan projek mereka secara ringkas.
4.7.3 Rakaman video perlu dilaksanakan secara ‘one take’ atau sekali
ambil dalam bentuk landskap. Video berbentuk persembahan
slaid berserta voice over adalah tidak dibenarkan.
4.7.4 Format yang dibenarkan bagi rakaman video adalah WMV/
MP4/MOV. Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD –
1080p.
4.7.5 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris dalam video pembentangan.

5
5.0 PROSES PENILAIAN PERINGKAT NEGERI

5.1 Bahan yang diterima akan dinilai oleh panel hakim peringkat negeri secara
dalam talian; dan
5.2 Saringan dan penilaian poster saintifik dan video pembentangan akan
dilaksanakan oleh pengelola peringkat negeri;
5.3 Semua poster saintifik dan video pembentangan akan disahkan/diperiksa
oleh pihak penganjur peringkat negeri untuk memastikan bahawa
pendaftaran memenuhi syarat penyertaan.
5.4 Tiga (3) projek terbaik bagi setiap kategori layak untuk bertanding pada
peringkat kebangsaan.

6
6.0 KRITERIA PENILAIAN
6.1 Proses penilaian dibuat berdasarkan dua (2) kriteria utama iaitu;
6.1.1 Penilaian poster saintifik (70 markah).
6.1.2 Penilaian video pembentangan (30 markah).
6.2 Kriteria penghakiman terperinci untuk setiap kategori projek adalah
seperti berikut:
KOMPONEN KRITERIA MARKAH
Kandungan poster
a. Pengenalan
b. Penyataan masalah
c. Metodologi
25
d. Data / Analisis
e. Perbincangan
f. Kesimpulan
g. Rujukan
Poster Saintifik
Aplikasi elemen-elemen reka bentuk
grafik (garisan, rupa, warna, tipografi, 10
visual, ruang, nilai dll)
Kreativiti dari segi reka letak 10
Daya tarikan poster 10
Maklumat jelas dan mudah difahami 10
Bebas kesalahan ejaan / mempunyai
5
kapsyen dan label pada gambar / rajah
Kreativiti dari segi penyampaian 10
Video Menguasai kandungan inovasi / 10
Pembentangan penyelidikan
Bahasa / Pertuturan / Ekspresi / Gaya 10
JUMLAH 100

7
BORANG PENILAIAN POSTER SAINTIFIK & VIDEO PEMBENTANGAN

NO
POSTER

MARKAH
KOMPONEN KRITERIA PEMBERATAN HAKIM

Kandungan poster
a. Pengenalan
b. Penyataan masalah
c. Metodologi
d. Data / Analisis 25
e. Perbincangan
f. Kesimpulan
g. Rujukan

Aplikasi elemen-elemen reka bentuk grafik


Poster Saintifik (garisan, rupa, warna, tipografi, visual, 10
ruang, nilai dll)

Kreativiti dari segi reka letak 10

Daya tarikan poster 10

Maklumat jelas dan mudah difahami 10

Bebas kesalahan ejaan / mempunyai 5


kapsyen dan label pada gambar / rajah

Kreativiti dari segi penyampaian 10

Video Menguasai kandungan inovasi / 10


Pembentangan penyelidikan

Bahasa / Pertuturan / Ekspresi / Gaya 10

JUMLAH 100
RUMUSAN :_______________________________________________________________

..................................

TANDATANGAN : NAMA HAKIM : ................................................

8
7.0 PROSEDUR PENDAFTARAN DAN PENYERTAAN

7.1 Semua urusan pendaftaran dan penyertaan mesti dibuat secara dalam
talian melalui Google Forms yang disediakan oleh Pengelola Peringkat
Negeri (PPD Bau).
7.2 Semua butiran dalam Google Forms mesti diisi dengan lengkap dan
betul.
7.3 Poster Saintifik Dan Video Pembentangan mesti dimuat naik ke
Google Form yang disertakan dengan caption:
NamaSekolah_NamaPertandingan
Contoh:

SMKBatuLintang_PSSM
SKJalanArang_PSSR

7.4 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh
pihak sekolah. (Lampiran 1(a) atau Lampiran 1(b)).
7.5 Pengelola berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak
lengkap atau lewat.

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Lantikan panel hakim Peringkat Negeri adalah di bawah penyelarasan


Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan
Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
8.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan
berkaitan dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

9
9.0 TUNTUTAN HAK CIPTA

Sektor Pembangunan Bakat Murid (SPbM), Jabatan Pendidikan Negeri


Sarawak (JPNS) memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap karya yang
dihasilkan.

10.0 CADANGAN HADIAH PERTANDINGAN

BIL PERKARA CATATAN


1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
3. Tempat ke-3 Hadiah dan Sijil Pencapaian
4. Tempat ke-4 Hadiah dan Sijil Pencapaian
5. Tempat ke-5 Hadiah dan Sijil Pencapaian
6. Tempat ke-6 hingga seterusnya Sijil Penyertaan

11.0 AM
11.1 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak.
11.2 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui laman Facebook
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan laman Facebook Unit Koku
JPN Sarawak.
11.3 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi:

PUAN MARJOLYN MICHAEL


Penolong Pengarah (STEM)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473670

PUAN CHUNG SOK LIAN


Penolong PPD (Kokurikulum)
Pejabat Pendidikan Daerah Bau
082-763124

10
ENCIK AZLIZAN BIN ZAINUDDIN
Pegawai Teknikal Negeri Poster Saintifik
Sekolah Rendah
SK Mubok Berawan, Serian
012-8719843

PUAN BONG SZE SZE


Pegawai Teknikal Negeri Poster Saintifik
Sekolah Menengah
SMK DPHA Gapor, Kuching
010-9580725
12.0 PENUTUP
Kertas Konsep Pertandingan Poster Saintifik Peringkat Negeri Sarawak 2023
sah digunakan mulai Mei 2023 sehingga pemberitahuan lanjut oleh Unit
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) Sektor Pembangunan Murid, Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak.

11
Lampiran 1(a)
BORANG PENYERTAAN

Pertandingan Poster Saintifik Karnival eMAS 4.0


Sekolah Rendah
Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2023

PPD

Nama
Sekolah
Alamat
Sekolah

No. Tel E-mel


Sekolah Sekolah

Maklumat Bil Nama No. Kad


Murid Pengenalan
1.

2.

3.

Nama
Guru
No. Telefon Guru

Pengesahan Sekolah:
Dengan ini, saya/kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal murid
berkenaan. Saya/kami bersetuju dengan semua syarat-syarat pertandingan ini.

………………………………… Tarikh: ……………………


(Tandatangan Guru Pembimbing)

Pengesahan Guru Besar: ……………………………. Cap Rasmi Sekolah


Catatan:
Salinan Borang penyertaan perlu dihantar kepada:
Unit Pembangunan Bakat (Kokurikulum) PPD ………………….. (sekolah peserta) sebagai rujukan
PPD masing-masing.

12
Lampiran 1(b)
BORANG PENYERTAAN

Pertandingan Poster Saintifik Karnival eMAS 4.0


Sekolah Menengah
Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2023

PPD

Nama Sekolah

Alamat Sekolah

No. Tel Sekolah E-mel


Sekolah

Maklumat Murid Bil Nama No. Kad


Pengenalan
1.

2.

Nama Guru

No. Telefon Guru

Pengesahan Sekolah:
Dengan ini, saya/kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal murid
berkenaan. Saya/kami bersetuju dengan semua syarat-syarat pertandingan ini.

………………………………… Tarikh: ……………………


(Tandatangan Guru Pembimbing)

Pengesahan Pengetua: ……………………………. Cop Rasmi Sekolah


Catatan:
Salinan Borang penyertaan perlu dihantar kepada:
Unit Pembangunan Bakat (Kokurikulum) PPD ………………….. (sekolah peserta) sebagai rujukan
PPD masing-masing.

13

You might also like