You are on page 1of 3

SEKOLAH : SEK MEN IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU MARANG

SUBJEK : SAINS
TINGKATAN :1
JENIS PENTAKSIRAN : PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)
TEMA 1 : KAEDAH SAINTIFIK
BIDANG PEMBELAJARAN : BAB 1 - PENGENALAN KEPADA PENYIASATAN SAINTIFIK
STANDARD KANDUNGAN : 1. 5 – KETUMPATAN
TEMPOH PELAKSANAAN : 5 MINGGU
TARIKH HANTAR : 4 JULAI 2017 (SELASA)
NAMA GURU : CIK NORLAINI BT MOHAMAD
(norlainimohamad@gmail.com / 013-899 5910)

DISKRIPSI PROJEK :

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan satu keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi
kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir.

Terdapat beberapa strategi dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan antaranya ialah
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL). Pembelajaran Berasaskan Projek atau Project Based Learning
(PBL) ini menjurus kepada penghasilan produk bagi menyelesaikan masalah kehidupan sebenar.
Pelajar juga digalakkan melakukan pembelajaran berasaskan projek sekurang-kurangnya dua kali
setahun.

PBL ialah satu aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan pelajar untuk mencapai sesuatu
tujuan tertentu. Projek mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang
formal untuk dilengkapkan. Hasil projek ialah dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu
dibentangkan kepada guru dan pelajar lain. Kerja projek menggalakkan perkembangan kemahiran
penyelesaian masalah, kemahiran pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.

Bagi kurikulum baru KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah), PBL menyumbang 20% kepada
markah akhir pelajar bagi setiap tingkatan untuk Peperiksaan Akhir Tahun (PAT). Oleh itu,
pelaksanaannya tidak boleh dipandang mudah namun perlu dijalankan sebaik mungkin untuk
mendapat markah yang tinggi dan boleh membantu bagi peperiksaan akhir tahun nanti.

TUGASAN :

Pelajar diminta untuk menyediakan satu produk atau hasil kerja secara individu berasaskan konsep
ketumpatan. Anda perlulah membina satu produk yang boleh terapung di atas permukaan air dan
tidak mudah tenggelam dengan menggunakan bahan-bahan mesra alam dan bahan terpakai.

Peringatan:

Elakkan untuk membeli bahan-bahan yang mahal dan boleh mengundang pembaziran. Sekiranya ada
sebarang pembelian bahan, sila rekodkan laporan anda bagi kos perbelanjaan produk.

1
Panitia Sains SMIYT Marang
KRITERIA PENTAKSIRAN : 100%

a) Reka bentuk projek : 20%


b) Pengetahuan : 20%
c) Aplikasi : 20%
d) Persembahan/ Pembentangan : 20%
e) Proses Penyediaan Laporan/ Folio : 20%

HURAIAN KRITERIA PENTAKSIRAN

KRITERIA ASPEK YANG DINILAI


Produk yang dihasilkan kemas (5 m)
Produk yang dihasilkan kreatif (5 m)
Reka bentuk 20% Tahan lasak & tidak mudah rosak (5 m)
Mesra pengguna (5 m)

Produk yang dihasilkan menepati


konsep ketumpatan (10 m)
Sumber maklumat atau rujukan dalam
Pengetahuan 20%
menghasilkan produk (5 m)
Penghasilan folio & Penghasilan projek (5 m)

Kemahiran yang terlibat :-


 Penyelesaian masalah (4 m)
 Kemahiran mengeksperimen (4 m)
Aplikasi 20%  Kemahiran mengukur (4 m)
 Kemahiran berkomunikasi (4 m)
 Kemahiran membuat keputusan (4 m)

Kelancaran komunikasi (5 m)
Pembentangan berkeyakinan (5 m)
Persembahan/ Pembentangan 20% Penyampaian ilmu yang bermaklumat (5 m)
Gaya bahasa yang sesuai (5 m)

Kekemasan laporan/ folio (5m)


Proses Penyediaan Laporan/ Folio
Kreativiti laporan/ folio (5 m)
(20%)
Format laporan/folio (15m)

JUMLAH MARKAH 100%

FORMAT LAPORAN/ FOLIO

1. Penghargaan
2. Tajuk/ nama produk
3. Pengenalan produk
4. Senarai bahan yang digunakan
5. Kelebihan & kelemahan produk
6. Kos perbelanjaan produk
7. Sumber rujukan
8. Lampiran (gambar produk)

2
Panitia Sains SMIYT Marang
3
Panitia Sains SMIYT Marang

You might also like