You are on page 1of 11

SEKOLAH RENDAH

PERINGKAT DAERAH KANOWIT


Anjuran
Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit

Kelolaan
SJKC Chih Mong Kanowit
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN
GAMI-CODE

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Gami-code menjadi platform dalam inovasi gamification


dalam kalangan murid sekolah rendah menghasilan projek
Permainan menggunakan SCRATCH bagi menyelesaikan masalah
kehidupan seharian mengikut tema yang ditetapkan.

Pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran murid


tentang kepentingan pembelajaran digital dalam pembangunan
kemahiran sempena abad ke-21. Salah satu kemahiran ialah
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang seiring
dengan perkembangan pendidikan masa kini. Kecanggihan teknologi
maklumat dari segi perkakasan dan perisian dapat
memperkembangkan keupayaan kognitif dan kemahiran psikomotor
murid dari pelbagai aspek.

Objektif pertandingan ini adalah untuk menyediakan murid


berkemahiran dalam pengaturcaraan, serta merangsang minda kritis
dan kreatif secara unik, dalam penyelesaian masalah harian. Selain
itu, pertandingan ini mewujudkan budaya persaingan yang sihat di
kalangan murid dan melahirkan murid fasih digital. Ia juga selari
dengan hasrat kerajaan yang mahu melihat murid kita bersedia ke
arah era IR 4.0. Kemahiran pengaturcaraan juga merupakan asas
kepada ilmu kejuruteraan dan robotik. Kelak, murid-murid inilah yang
akan mencorakkan kemajuan negara di masa hadapan.

2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.

2.2 Pertandingan ini melibatkan pembangunan projek


permainan menggunakan perisian Scratch 3.0 dan
mengikut tema yang ditetapkan. Kandungan projek adalah
bebas dan mengikut kreativiti murid.

2.3 Bahasa yang digunakan di dalam projek mestilah Bahasa


Melayu atau Bahasa Inggeris di mana penggunaannya
difahami oleh ahli masyarakat secara umum.

2.4 Pertandingan ini terbuka kepada murid Sekolah rendah (Murid


Tahun 4 hingga 6)

1
2.5 Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan
seorang (1) guru pembimbing.

2.6 Setiap sekolah dibenarkan menghantar maksimum tiga


(3) projek sahaja untuk bertanding di peringkat daerah

2.7 Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.

2.8 Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak


dibenarkan.

2.8 Projek mestilah asli dan tidak pernah dikomersialkan.


Permainan yang dihasilkan mestilah bersifat baharu. Bagi
permainan yang telah dipertandingkan dan memenangi
sebarang anugerah mesti melakukan pengubahsuaian ke
atas projek berkenaan.

3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN

3.1 Peserta perlu menghasilkan satu permainan yang menarik


merangkumi pelbagai aras kesukaran yang dapat
meningkatkan penguasaan murid dalam sesuatu mata
pelajaran.

3.2 Tema

3.2.1 Permainan yang dihasilkan mestilah berdasarkan tema


berikut :

“Gamifikasi Pembelajaran Abad ke-21”


ke arah Pendidikan Berkualiti

3.3 Pengelola Peringkat Daerah : SJKC Chih Mong

3.4 Tarikh Akhir Penyertaan : 14 Julai 2023

2
3.5. Pautan Pendaftaran :

PERTANDINGAN PAUTAN DAN QR CODE PENDAFTARAN

Gami-Code
Sekolah Rendah

https://forms.gle/6NbkFahR7jJeuKnUA

3
4.0 FORMAT PERTANDINGAN

4.1 Projek mesti selari dengan tema pertandingan.

4.2 Peserta perlu menghantar pautan projek Scratch shared secara


dalam talian di laman sesawang https://scratch.mit.edu/.

4.3 Peserta perlu remix template projek dan membangunkan


projek permainannya pada akaun Scratchnya sebelum tarikh
tutup pertandingan (14 Julai 2023) di pautan
https://scratch.mit.edu/projects/822051651 (Lampiran 1).

4.4 Projek perlu mempunyai arahan kepada pengguna cara-cara


memainkan permainan yang diciptakan mengikut kreativiti
masing-masing.

4.5 Permainan mestilah sekurang-kurangnya mempunyai aras


mudah, sederhana dan sukar serta penggunaan struktur
kawalan (Control Structure) yang pelbagai.

5.0 PROSES PENILAIAN

5.1 Penilaian projek akan dilaksanakan oleh pengelola peringkat


daerah dan dinilai oleh tiga (3) panel hakim.

5.2 Bahan yang diterima akan dinilai oleh panel hakim peringkat
daerah secara dalam talian.

5.3 Semua bahan dalam pembangunan Gami-Code yang akan mewakili


negeri akan disahkan/diperiksa oleh pihak penganjur peringkat negeri
untuk memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat penyertaan.

5.4 Tiga (3) penyertaan terbaik daripada peringkat negeri layak untuk
bertanding pada peringkat kebangsaan.

4
6.0 KRITERIA PENILAIAN

Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria berikut:

BIL KOMPONEN KRITERIA MARKAH

1. TEMA • Tema 5

2. KREATIVITI • Kreativiti 20
• Keaslian
• Daya tarikan
3. PENGATURCARAAN • Kecekapan pengaturcaraan 25
• Kompleksiti
• Pepijatan dan
penyahpepijatan ralat
4. REKA BENTUK • Latar Belakang ( Backdrop) 25
• Sprites (karakter )
• Audio dan suara latar
(sound)
• Reka letak props dan susun
atur penceritaan,
• Kepelbagaian tahap
kesukaran
5. PENGENALAN • Arahan cara-cara atau 10
PERATURAN peraturan permainan
PERMAINAN

6. KEBERKESANAN • Kebolehfungsian 15
PROJEK • Estetika projek

JUMLAH 100

7.0 Rujukan :

7.1 Remix Template Projek - https://scratch.mit.edu/projects/822051651

7.2 Scratch – https://scratch.mit.edu

5
8.0 PROSEDUR PENDAFTARAN DAN PENYERTAAN

8.1 Semua urusan pendaftaran dan penyertaan mesti dibuat secara


dalam talian melalui Google Forms yang disediakan oleh
Pengelola Peringkat Daerah

8.2 Semua butiran dalam Google Forms mesti diisi dengan lengkap
dan betul.
8.3 Pautan projek Scratch shared secara dalam talian di laman
sesawang https://scratch.mit.edu/ perlu dicatatkan dalam Google
Forms.
Contoh: https://scratch.mit.edu/projects/844014766/
8.4 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan
oleh pihak sekolah. (Lampiran 2)
8.5 Pengelola berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang
tidak lengkap atau lewat.

9.0 PENGHAKIMAN
9.1 Lantikan panel hakim Peringkat daerah dilantik adalah di bawah
penyelarasan Pembangunan Bakat Murid PPD Kanowit (UpbM) dan
Sektor Pembangunan bakat Murid (SPbM).

9.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan


berkaitan dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

10.0 TUNTUTAN HAK CIPTA


10.1 Sektor Pembangunan Bakat Murid (SPbM), Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak (JPNS) memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap karya yang
dihasilkan.

11.0 PEMARKAHAN
11.1 *****RUJUK BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN GAMI-CODE****

6
12.0 CADANGAN HADIAH PERTANDINGAN
BIL PERKARA CATATAN
1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
3. Tempat ke-3 Hadiah dan Sijil Pencapaian
4. Tempat ke-4 Sijil Pencapaian
5. Tempat ke-5 Sijil Pencapaian
6. Tempat ke-6 hingga seterusnya Sijil Penyertaan

13.0 AM
13.1 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak.
13.2 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui telegram
Pembangunan Bakat Murid PPD Kanowit (UpbM) dan Sektor
Pembangunan bakat Murid (SPbM).
13.3 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi:

CIK MARDHIAH BINTI YUSOF


Pegawai Teknikal Daerah STEM Sekolah Rendah
SK RANTAU DILANG, KANOWIT
017-4919147

14.0 PENUTUP

Kertas Konsep Gami-Code Peringkat Daerah Kanowit 2023 sah digunakan


mulai Jun 2023 sehingga pemberitahuan lanjut oleh Unit Pembangunan
Bakat Murid (Kokurikulum) Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak.

7
BORANG PENILAIAN GAMI-CODE

MARKAH
BIL KOMPONEN KRITERIA MARKAH
PENUH
Projek menepati dengan tema
1 TEMA yang diberi 5

Kreativiti
Projek dibangunkan atas kreativiti peserta 10
sendiri
Keaslian
2 KREATIVITI 5
Projek asli dan tidak ditiru dari sumber lain
Daya Tarikan
Hasil akhir projek menarik perhatian dan 5
unik
Kecekapan pengaturcaraan
Keupayaan peserta dalam memahami
setiap baris coding, penggunaan loop, if- 15
3 PENGATURCARAAN else, variable, complicity dan amalan
terbaik pengaturcaraan
Kompleksiti 5
Pepijatan dan penyahpepijatan ralat 5

Latar Belakang ( Backdrop) 5

Sprites (karakter ) 5
Audio dan suara latar ( sound) 5
4 REKA BENTUK
Reka letak props dan susun atur
5
penceritaan
Kepelbagaian tahap kesukaran
Projek dibangunkan mempunyai tahap 5
mudah, sederhana, sukar
Pengenalan
PENGENALAN
5 Arahan dan cara-cara permainan dan 10
PERMAINAN
peraturan permainan
Kebolehfungsian
Pengaturcaraan dapat menjayakan
misi/tugas yang ditetapkan menggunakan 10
algoritma yang baik. Struktur projek yang
KEBERKESANAN kukuh dan menggunakan konsep
6
PROJEK Astetika projek
Elemen mekanikal terdapat nilai astetik,
terdapat bukti pasukan berkaitan berusaha 5
untuk memastikan projek yang dihasilkan
kelihatan professional sebaik mungkin.

JUMLAH MARKAH 100

8
Lampiran 1

https://scratch.mit.edu/projects/822051651

9
Lampiran 2
BORANG PENYERTAAN

Pertandingan Gami-Code Karnival eMAS 4.0 SekolahRendah Peringkat Daerah


Kanowit
PPD
Nama
Sekolah
Alamat
Sekolah
No. Tel E-mel
Sekolah Sekolah

Maklumat Bil Nama No. Kad Pengenalan


Murid 1.
2.
3.

Nama Guru
No. Telefon
Guru

Pengesahan Sekolah:
Dengan ini, saya/kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal
murid berkenaan. Saya/kami bersetuju dengan semua syarat-syarat pertandingan ini.

………………………………… Tarikh: ……………………


(Tandatangan Guru Pembimbing)

Pengesahan Pengetua/ Guru Besar: …………………… Cop Rasmi Sekolah


Catatan:
Salinan Borang penyertaan perlu dihantar kepada:
Unit Pembangunan Bakat (Kokurikulum) PPD ………………….. (sekolah peserta) sebagai
rujukan PPD masing-masing.

10

You might also like