You are on page 1of 4

MALAYSIA TECHLYMPICS 2023

Cabaran Binaan Virtual Kreatif Malaysia Madani (Redbrick)


MALAYSIA TECHLYMPICS 2023
Cabaran Binaan Virtual Kreatif Malaysia Madani (Redbrick)

Pertandingan Cabaran Binaan Virtual Kreatif Malaysia Madani (Redbrick)

Penyertaan
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah (Kanak-kanak, Remaja)
Pelajar

Peringkat Kebangsaan

Penglibatan Terbuka kepada semua sekolah di seluruh Malaysia

Bidang
Pengfokusan Reka bentuk kreatif & animasi
Teknologi

Teknologi Metaverse merujuk kepada teknologi yang


menghubungkan interaksi antara satu sama lain di dalam dunia
metaverse. Peserta akan mereka cipta produk, membina bilik
darjah virtual atau menghasilkan sekolah virtual mereka di dunia
metaverse. Di peringkat sekolah mereka akan dilatih untuk
Penerangan
menghasilkan objek-objek berbeza di platform metaverse.
Pertandingan
Peserta juga perlu membuat promosi atau “pitching” untuk
mendapat undian bilik darjah metaverse terbaik untuk berjaya
ke peringkat seterusnya. Kemudahan yang ada di “World
Creator Red Brick” boleh digunakan oleh semua peserta secara
percuma.

1. Membawa kreativiti peserta ke bilik darjah.


2. Menggabungkan kreativiti peserta dan mencungkil kemahiran
peserta.
3. Menyediakan platform untuk peserta mencipta produk
Objektif
berasaskan digital grafik.
Pertandingan
4. Mendidik peserta tentang cara memanipulasi dan mencipta
objek dalam persekitaran 3D.
5. Melahirkan bakal “content creator” yang berdaya saing.
6. Memperkenalkan ekosistem industri kreatif digital

Tarikh Tutup
30 September 2023
Penyertaan

Mod
Fizikal (Negeri dan Kebangsaan)
Pertandingan
MALAYSIA TECHLYMPICS 2023
Cabaran Binaan Virtual Kreatif Malaysia Madani (Redbrick)

Sekolah
Peserta akan belajar menggunakan medium Redbrick.land untuk
mereka bentuk objek-objek (idea hendaklah realistik) yang
boleh digunakan di laman web Redbrick.

Negeri
Peserta hendaklah membina sebuah bilik darjah pintar (Smart
Aktiviti Setiap Classroom) yang realistik serta berfungsi bagi menjalankan kelas
Peringkat harian.

Kebangsaan
Di peringkat kebangsaan peserta akan mereka bentuk bilik
darjah pintar mereka tadi menggunakan Lego secara realiti
berdasarkan tema yang diberikan oleh pihak penganjur. Peserta
akan menggunakan kreativiti dan kemahiran yang telah ditunjuk
ajar untuk mereka bentuk bandar futuristik yang realistik.

Peringkat Sekolah: Guru akan membimbing dan menyampaikan


program kepada pelajar.
Penglibatan Guru
Peringkat Negeri & Kebangsaan: Guru akan memantau tugas
pelajar

Peringkat Sekolah: Guru perlu mempunyai satu komputer riba


sebagai peranti pembelajaran
Keperluan
Peringkat Negeri & Kebangsaan: Setiap Kumpulan yang
menyertai pertandingan perlu juga mempunyai Peranti Pintar
MALAYSIA TECHLYMPICS 2023
Cabaran Binaan Virtual Kreatif Malaysia Madani (Redbrick)

1. Pertandingan ini adalah untuk :-


a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4 sehingga Tahun 6).
b. Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1 sehingga tingkatan 5).
2. Penyertaan peserta adalah secara BERKUMPULAN (4 peserta).
3. Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
4. Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama
yang tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam
talian.
5. Wakil sekolah ke peringkat seterusnya, dibenarkan dalam kalangan
peserta yang telah mendaftar dan guru pembimbing boleh memilih
peserta terbaik dalam kalangan peserta yang telah mendaftar.
6. Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran TIDAK DIBENARKAN
semasa peringkat negeri dan kebangsaan.
Syarat & 7. Peralatan dan komponen UTAMA dalam pertandingan akan
Peraturan Khas disediakan oleh pihak penganjur. Sebarang keperluan tambahan
daripada peserta yang difikirkan perlu akan dinyatakan dalam
Pertandingan
maklumat pertandingan.
8. Penjurian pertandingan akan dibuat berdasarkan skala pemarkahan
yang disediakan oleh pihak penganjur dan keputusan juri adalah
muktamad. Sebarang aduan dan bantahan perlu dimaklumkan pada
ketua juri dengan mengisi satu borang bantahan beserta dengan Wang
Bantahan sebanyak RM300 dalam masa 10 minit setelah pertandingan
tamat. Wang ini akan dipulangkan sekiranya bantahan diterima dan
tidak dipulangkan sekiranya bantahan tidak berasas setelah
ditentukan oleh ketua juri.
9. Kumpulan-kumpulan yang layak ke peringkat kebangsaan akan
diumumkan oleh pihak penganjur.

LAMPIRAN

You might also like