You are on page 1of 4

MALAYSIA TECHLYMPICS 2023

Cabaran Kereta Roket


MALAYSIA TECHLYMPICS 2023
Cabaran Kereta Roket

Pertandingan Cabaran Kereta Roket

Penyertaan Pelajar Sekolah Menengah

Peringkat Sekolah, Negeri & Kebangsaan

Penglibatan Terbuka kepada semua sekolah di seluruh malaysia

Bidang Pengfokusan 1. Reka bentuk kreatif


Teknologi
2. Sains
3. Teknologi
4. Kejuruteraan
5. Matematik

Penerangan Untuk cabaran ini, peserta akan belajar tentang daya dan gerakan
Pertandingan dengan cara yang menarik. Dalam projek ini, peserta akan menggunakan
prinsip keabadian momentum (prinsip disebalik teknologi roket) untuk
membina kereta roket. Pecutan udara yang dikeluarkan dari belakang
kereta roket akan menghasilkan satu momentum ke arah belakang. Ini
memberikan satu momentum berlawanan kepada kereta roket pada
kuasa yang sama dan akan mengakibatkan kereta roket meluncur ke
hadapan.

Objektif 1. Mendorong dan memupuk minat peserta dalam bidang sains,


teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dengan
Pertandingan
memberikan mereka pengalaman praktikal dalam merancang,
membina, dan menguji kereta roket yang boleh berfungsi.
2. Menggalakkan peserta untuk berfikir secara kreatif dan
mengaplikasikan prinsip-prinsip sains dan matematik dalam
kehidupan mereka.
3. Membantu meningkatkan kemahiran kejuruteraan peserta
seperti mereka bentuk dan melaksanakan ujian kaji selidik.

Tarikh Tutup 15 Julai 2023


Penyertaan

Mod Pertandingan Fizikal


MALAYSIA TECHLYMPICS 2023
Cabaran Kereta Roket

Aktiviti Setiap Sekolah


Peringkat Pelajar akan diberi latihan mengenai prinsip-prinsip kejuruteraan, reka
bentuk, dan bahan-bahan yang sesuai untuk membina kereta roket.
Pelajar akan melukis dan melakar bentuk kereta dalam bentuk lukisan
dengan menyatakan ciri-cirinya.
Negeri
Setiap kumpulan akan merancang dan membina kereta roket
berdasarkan prinsip-prinsip yang dipelajari semasa latihan. Setelah
kereta siap dibina, setiap kumpulan akan bersaing dalam perlumbaan.
Perlumbaan akan dijalankan dengan mengukur kelajuan kereta.
Kebangsaan
Pelajar akan mereka bentuk kereta sebelum memasuki pertandingan.
Pelajar akan menggunakan 3D printer untuk membina badan kereta.

Penglibatan Guru Peringkat Sekolah: Guru akan membimbing dan menyampaikan program
kepada murid.
Peringkat Negeri & Kebangsaan: Guru akan memantau sesi latihan
bersama murid.

Keperluan Peringkat Sekolah: Guru perlu mempunyai satu komputer riba sebagai
peranti pembelajaran
Peringkat Negeri dan Kebangsaan: Peralatan akan disediakan

1. Pertandingan ini adalah untuk :-


Syarat dan Peraturan a. Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1 sehingga tingkatan 5).
khas Pertandingan 2. Penyertaan peserta adalah secara BERKUMPULAN (4 peserta).
3. Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
4. Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang
tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.
5. Wakil sekolah ke peringkat seterusnya, dibenarkan dalam kalangan peserta
yang telah mendaftar dan guru pembimbing boleh memilih peserta terbaik
dalam kalangan peserta yang telah mendaftar.
6. Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran TIDAK DIBENARKAN semasa
peringkat negeri dan kebangsaan.
7. Peralatan dan komponen UTAMA dalam pertandingan akan disediakan oleh
pihak penganjur. Sebarang keperluan tambahan daripada peserta yang
difikirkan perlu akan dinyatakan dalam maklumat pertandingan.
8. Penjurian pertandingan akan dibuat berdasarkan skala pemarkahan yang
disediakan oleh pihak penganjur dan keputusan juri adalah muktamad.
Sebarang aduan dan bantahan perlu dimaklumkan pada ketua juri dengan
mengisi satu borang bantahan beserta dengan Wang Bantahan sebanyak
RM300 dalam masa 10 minit setelah pertandingan tamat. Wang ini akan
dipulangkan sekiranya bantahan diterima dan tidak dipulangkan sekiranya
bantahan tidak berasas setelah ditentukan oleh ketua juri.
9. Kumpulan-kumpulan yang layak ke peringkat kebangsaan akan diumumkan
oleh pihak penganjur.
MALAYSIA TECHLYMPICS 2023
Cabaran Kereta Roket

LAMPIRAN

You might also like