You are on page 1of 5

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MPU 3183/MPU 2173


SEMESTER 1, 2022

TUGASAN BERKUMPULAN: REFLEKSI

SKEMA
PERMARKAHAN
MARKAH
(DIISI OLEH
PENSYARAH)
KRITERIA
KANDUNGAN /10
KREATIVITI /10
BAHASA /10
PEMBAHAGIAN /10
KERJA
TOTAL /40
TUGASAN BERKUMPULAN: REFLEKSI (VIDEO)

Setiap kumpulan hendaklah menyediakan satu video berdurasi 25-30 minit yang menerangkan
tentang pembelajaran dan pengalaman pelajar berkenaan subjek ‘Penghayatan Etika dan
Peradaban’. Pelajar boleh memilih salah satu tajuk yang tersenarai dalam subjek ini untuk
dibincangkan. Pelajar boleh memasukkan gambar, video atau melakonkan semula pengalaman
berkaitan.

Di dalam tugasan ini, pelajar haruslah mempamerkan keaslian video dengan menghuraikan
refleksi mereka hasil daripada pembelajaran dan pengalaman harian berkaitan tajuk yang dipilih.
Pelajar perlu menjelaskan serta membincangkan refleksi mereka daripada aspek berikut:

i. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari
daripada tajuk tersebut?

ii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu-isu etika?

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika
serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

iv. Berikan contoh pengalaman harian anda berkaitan tajuk yang dibincangkan.

v. Apakah hasil pembelajaran yang pelajar dapati berkenaan tajuk tugasan video ini?
Sinopsis Modul

Kursus ini mempersiapkan pelajar untuk menghayati etika dan peradaban yang wujud dalam
masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia untuk memperteguhkan pemikiran kritikal dan
analitikal mereka bagi menangani kehidupan yang lebih mencabar. Pengisian kursus ini
memfokuskan kepada penghayatan etika dan peradaban dalam acuan Malaysia.

Hasil Pembelajaran Course Learning Outcome (CLO)

1. Menjelaskan konsep etika dan peradaban dalam konteks penghayatannya mengikut


acuan Malaysia. (C1,PLO1)
2. Membandingkan sistem, tahap perkembangan, kemajuan sosial dan kebudayaan
merentas etnik. (C3, PLO4)
3. Membincangkan isu kontemporari berkaitan ekonomi, politik, sosial, budaya dan
alam sekitar daripada perspektif etika dan peradaban . (A2,PLO5)

Kriteria Penilaian:

Pelajar dikehendaki menyediakan tugasan dalam kumpulan yang terdiri dari 10 pelajar bagi satu
kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan tugasan berdasarkan tarikh yang ditetapkan
oleh pensyarah dan turut membentangkan tugasan secara lisan dalam bentuk video. Durasi bagi
video setiap kumpulan adalah 25 minit hingga 30 minit. Anda digalakkan menggunakan kreativiti
anda sebaik mungkin semasa pembentangan di dalam video tersebut. Sila pastikan bahawa
pembentangan anda menarik dan menyeronokkan diri dan pendengar. Setiap ahli kumpulan mesti
menyumbang secara aktif dalam penyediaan video.

Anda akan dinilai berasaskan perkara-perkara berikut:

ii. Pembentangan (Penilaian Individu) – 30%

iii. Tugasan Refleksi berbentuk video (Penilaian Kumpulan) – 40%


Ciri-ciri Tugasan Refleksi (Video):

Isi kandungan perlulah selaras dengan soalan yang diberikan. Pelajar perlu membuat refleksi bagi
setiap soalan yang diajukan dan menyokong setiap perbincangan dengan bukti-bukti yang relevan
dalam bentuk gambar/video klip/ keratan akhbar dan sebagainya.

SKEMA PEMARKAHAN

1. Tugasan (Refleksi berbentuk video)


(Bahagian ini dinilai secara kumpulan: 40 markah)

Kriteria penilaian video adalah seperti berikut:

a) Isi Kandungan (10 markah)


- Isi kandungan mestilah konsisten dengan rakaman setiap pembentang. Setiap bahagian
soalan perlu disertakan dengan bahan bukti.
b) Kreativiti (10 markah)
- Pelajar perlu mempamerkan kreativiti dalam menyediakan video. Video yang menarik
perhatian perlulah disertakan elemen muzik, image berwarna dan sebagainya.
c) Bahasa (10 markah)
-Penggunaan bahasa yang tersusun, perkataan yang baik dan mengelakkan dari
penggunaan tatabahasa yang salah di dalam video.
d) Pembahagian kerja yang sama rata (10 markah)
- Pelajar dikehendaki membahagi tugasan secara saksama di dalam video. Durasi setiap
pembentang adalah tertakluk kepada bilangan ahli setiap kumpulan.

2. Pembentangan (Penilaian Individu): ( 30 markah )


(Bahagian ini dinilai secara individu)

Kriteria Penilaian
 Penyampaian (10 markah)
 Penguasaan isi kandungan (10 markah)
 Kebolehan membentangkan idea dengan jelas (10 markah)
Penilaian ini adalah berasaskan pembentangan pelajar di dalam video. Pembentangan harus
memaparkan hasil kajian setiap ahli kumpulan. Setiap ahli kumpulan mesti memainkan
peranan yang sepadan semasa sesi pembentangan. Had masa yang ditetapkan mesti
dipatuhi dengan tegas.

TAJUK TUGASAN

Berikut adalah tajuk tugasan:

1. Perayaan / Sambutan
2. Tanggungjawab sosial di peringkat individu
3. Tanggungjawab sosial di peringkat keluarga
4. Tanggungjawab sosial di peringkat masyarakat
5. Urusniaga
6. Perubatan
7. Alam sekitar
8. Teknologi
9. Agama
10. Politik
11. Pendidikan secara fizikal
12. Pendidikan secara atas talian
13. Perkahwinan
14. Kepelbagaian kaum

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah tentang format tugasan ini, sila hubungi saya

lecturer@apu.edu.my

You might also like