You are on page 1of 4

THOMASIAN WIDAD CO-OPBANK PERTAMA DIGITAL FEST

2021/20211

KERTAS KERJA PERTANDINGAN

TIK TOK AMALAN BAIK

Objektif:

1. Memberi pendedahan kepada murid tentang amalan baik.


2. Menyuntik sikap positif dalam diri murid.
3. Mewujudkan nilai-nilai dalam tingkah laku harian .

Syarat-syarat pertandingan:

1. Peserta perlu menghasilkan video tik tok berdurasi 2 hingga 3 minit


2. Kandungan Tik Tok mesti jelas dan berfokus
3. Penyampaian Tik Tok mengikut kreativiti masing-masing.
4. Video yang dihasilkan boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris
5. Video perlu diletakkan #abthomasian
6. Pautan video perlu dihantar ke link yang disediakan.
7. Tema:
a) Amalan Jimat Cermat
b) Budaya Kerjasama
c) Kebersihan Alam Sekitar
d) Bersama Mencegah Covid-19
*Pilih satu tema di atas

Contoh :

Gotong-royong Bersama keluarga di masa lapang


CARTA RUTIN HARIAN

Objektif:

1. Melahirkan peserta yang boleh memanfaatkan waktu dengan aktivti harian


yang seimbang, sihat dan positif.
2. Melatih murid menyampaikan maklumat secara jelas dan tepat.
3. Mencungkil bakat kreatif murid dalam menghasilkan persembahan secara
digital.

Syarat-syarat pertandingan:

1. Carta mestilah berukuran A3 dan dalam bentuk digital.


2. Rekaan carta mestilah mengikut kreativiti sendiri.
3. Susunan langkah-langkah mestilah jelas dan mudah difahami.
4. Boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
5. Rakaman video pendek menerangkan carta secara ringkas berdurasi 3 hingga
5 minit.
6. Penggunaan video dalam bentuk MP4
7. Susunan maklumat carta mestilah mengikut turutan yang jelas dan ringkas.
8. Hantar Carta Digital berukuran A3 dan video pendek penerangan carta ke link
yang disediakan.

Tema:

Aktiviti/Amalan Harian di Rumah.


MOTIVATOR MUDA

Objektif:

1. Melahirkan peserta yang boleh berkomunikasi dengan baik dan boleh


menyampaikan maklumat dengan tepat.
2. Mengcungkil bakat dan kebolehan dalam kalangan murid.
3. Mencari pelbagai sumber maklumat bagi menghasilkan bahan penyampaian
yang berinformatif.
4. Melatih murid dalam penggunaan alatan digital masa kini.
5. Merapatkan hubungan kekeluargaan melalui penglibatan ahli keluarga,
sekolah dan komuniti.
6. Merangka sinopsis dan produksi kerja dalam penghasilan video.
7. Penyampaian video memberi manfaat kepada semua.

Syarat-syarat pertandingan:

1. Peserta perlu menghasilkan video pendek berdurasi 3 hingga 5 minit


2. Video mesti dihasilkan dalam bentuk syarahan secara individu.
3. Penggunaan video dalam bentuk MP4.
4. Syarahan mestilah mengikut tema yang ditetapkan.
a. Kerjaya Masa Depan
b. Yang Muda Disayangi, Yang Tua Dihormati
c. Otak Cerdas Minda Sihat
5. Setiap video mestilah mempunyai produksi kerja dari segi pengarahan dan
teknikal.
6. Isi penyampaian mestilah tidak menyentuh isu politik, sensitiviti perkauman
dan agama

7. Boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

8. Peserta perlu memuat naik video ke dalam pautan youtube ( nyatakan nama
penuh, nama sekolah dan tajuk yang dipilih)

9. Pautan youtube hendaklah di hantar ke link yang disediakan.


HOBI KREATIF

Objektif:

1. Menjelaskan tentang hobi yang memberi manfaat kepada semua orang.


2. Menunjukkan kemahiran teknologi dengan mempamerkan hobi tersebut secara
kreatif .
3. Mewujudkan budaya berfikir secara kreatif dan inovatif.

Syarat-syarat pertandingan:

2. Peserta perlu menghasilkan video pendek berdurasi 2 hingga 3 minit


3. Hobi yang dipilih mestilah menarik dan luar biasa.
4. Hobi mesti jelas dan berfokus
5. Penyampaian video mengikut kreativiti masing-masing.
6. Penggunaan video dalam bentuk MP4.
7. Video tersebut perlu ada penglibatan anggota keluarga, sekolah atau komuniti.
8. Peserta perlu menyatakan nilai-nilai dan amalan baik dalam video tersebut
9. Penggunaan bahan mestilah selamat tanpa melibatkan bahan-bahan toksik dan
tidak memberi kesan kepada alam sekitar. (kitar semula)
10. Boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
11. Video hendaklah di hantar ke link yang disediakan dengan disertakan nama
peserta dan sekolah serta tajuk yang dipilih.

Contoh :

Menghasilkan rantai kunci dari bahan terbuang sebagai aktiviti di masa lapang.

You might also like