You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT THOMAS


(SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI)
JALAN BUKIT SEKILAU Tel : 09-517 8857
25000 KUANTAN Faks : 09-514 3440
PAHANG DARUL MAKMUR Email : cbb4027@moe.edu.my

Ruj. Kami : CBB4027.100-16/1/4 Jld.2 (31)


Tarikh : 12 Mac 2019

Guru Besar,
SK. Teruntum
SK. Galing
SK. Air Putih

Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI ACARA 4x100 METER (LELAKI) SEMPENA KEJOHANAN


SUKAN OLAHRAGA SK. SAINT THOMAS KALI KE-46 TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah akan mengadakan Kejohanan Sukan Olahraga kali ke-46
tahun 2019 seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 21 Mac 2019 (Khamis)


Masa : 09.00 pagi
Tempat : Padang SK. Teruntum, Kuantan

3. Sehubungan dengan itu, sekolah tuan dijemput untuk menyertai acara 4 x 100 meter (Lelaki) (4
peserta) bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut.

4. Segala kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan kejohanan ini amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

MOHD RAZALI BIN A RAHMAN,PKC.


Guru Besar
SK. Saint Thomas

S.k. : Fail Timbul

You might also like