You are on page 1of 8

Model ASSURE Reka bentuk Pengajaran

Bidang Tajuk Guru Tahun Mata Pelajaran Tempoh Masa Analisis Pelajar a.Ciri-ciri umum: 32 orang murid. ( 19 lelaki dan 13 perempuan ) Berumur 11 tahun. Aliran Perdana. Murid yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang berbeza-beza. Murid-murid luar bandar yang terdiri daripada keluarga miskin dan sederhana dari segi pendapatan keluarganya. Semua murid berbangsa melayu dan beragama Islam. : : : : : : 5 Ibnu Sina Pendidikan Islam 60 minit Ulum Syariah ( Akidah ) Allah Bersifat Hayyat

b. Kompetensi khusus: Murid-murid sudah biasa mendengar Nasyid Sifat Wajib Allah. Murid-murid sudah belajar Sifat-sifat wajib bagi Allah di kelas KAFA.

c. Gaya pembelajaran Murid-murid mempunyai gaya pembelajaran yang pelbagai. Samada gaya pembelajaran auditori , kinestatik dan juga visual. Keseluruhan murid dalam kelas tersebut mudah belajar menggunakan bahan audio visual . Murid-murid juga menyukai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan menarik seperti aktiviti soal jawab dan perbincangan.

Page 1 of 8

January 2008: VTDI

Nyatakan Objektif Pada akhir pembelajaran, murid-murid dijangka dapat : i. Menyatakan pengertian Hayyat dengan betul. ii. Menyatakan hukum mempercayai sifat Hayyat Allah. iii. Membaca Dalil Naqli Allah bersifat Hayyat dengan betul dan jelas. iv. Memahami maksud Dalil Naqli Allah bersifat Hayyat. v. Menyatakan 2 daripada 3 Dalil Aqli bahawa Allah bersifat Hayyat. Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan a. Set induksi Media : Audio visual

Kaedah : Soal jawab Bahan : Klip video Nasyid Sifat Wajib Allah. Penggunaan klip video dapat menarik perhatian murid

Rasional pemilihan :

tentang tajuk yang akan dipelajari. Penggunaan klip video yang dilengkapi dengan visual yang berwarna-warni dan audio yang jelas mampu membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri murid-murid. Teks yang berkaitan dengan Sifat Wajib Allah jelas ditunjukkan. b. Langkah 1 Media : Visual ( teks )

Kaedah : Perbicangan dan penerangan Bahan : Slaid teks ( Pengertian Hayyat, Pengertian Hayyat Allah, Hukum , Dalil

Naqli dan maksud Dalil Naqli Allah bersifat Hayyat ) Rasional pemilihan : Murid lebih berminat belajar secara auditori iaitu membaca teks pada slaid berbanding dengan hanya membaca teks daripada buku teks. Dengan penggunaan slaid, murid akan lebih berminat untuk belajar dan memberi tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. seperti ini juga mudah untuk disediakan oleh guru. Slaid

Page 2 of 8

January 2008: VTDI

c. Langkah 2 Media : Audio Visual

Kaedah : Soal jawab dan perbincangan Bahan : Klip Video : 4D Ultrasound Sonogram, Baby in Womb YouTube Day and Night and Earth's Rotation YouTube Our Solar System - Size Of Planets and Stars to Scale - YouTube Rasional Pemilihan : Klip video ini mampu menarik minat murid kerana mempunyai gambar visual yang menarik dan sumber audio yang mampu menarik perhatian murid. Kaedah soal jawab dan perbincangan akan menyediakan ruang dan peluang bagi murid-murid untuk menyatakan pendapat masing-masing. Selain itu, murid juga boleh bertukar-tukar idea dan pendapat dengan rakan-rakan agar idea yang lebih bernas diperoleh.

d. Langkah 3 Media : Visual ( teks )

Kaedah : Soal Jawab / bertulis Bahan : Slaid powerpoint Soalan kuiz dan Lembaran Kerja Rasional pemilihan : Murid dapat memahami dengan lebih jelas tentang isi kandungan pelajaran berdasarkan pada lembaran kerja yang di paparkan pada slaid. Slaid yang turut dilengkapi dengan visual yang menarik serta audio yang jelas akan menarik minat murid terhadap pembelajaran. Lembaran kerja yang dibina dengan menggunakan perisian power point juga lebih menarik, jelas serta mudah difahami oleh murid.

e. Penutup Media : Visual ( teks )

Kaedah : Soal Jawab Bahan : Perisian Power Point mengenai isi kandungan pelajaran. Rasional pemilihan : Penggunaan slaid dapat menarik minat murid mencari dan

Page 3 of 8

January 2008: VTDI

membuat kesimpulan tentang isi kandungan pelajaran.

Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah a. Set induksi Media audio visual mampu menarik minat murid untuk mengikuti isi pelajaran berikutnya. Bagaimana disemak/dipratonton : Guru perlu memastikan klip video yang ditayangkan jelas sama ada dari segi visual atau audio. Klip video yang digunakan juga perlulah bersesuaian dengan peringkat umur dan tahap kefahaman murid. Ia juga perlu mampu menarik minat murid. Persediaan persekitaran: Pastikan murid berada dalam keadaan yang selesa dan pencahayaan di dalam bilik sesuai untuk tayangan klip video. Persediaan pengalaman pembelajaran: Pembelajaran ini lebih berpusatkan murid dan bahan. Murid perlu fokus kepada bahan dan dapat mengaitkan bahan dengan isi pelajaran. b. Langkah 1 Guru menayangkan slaid teks mengenai isi kandungan pelajaran. Dalam aktiviti berkumpulan murid diminta untuk membincangkan isi kandungan teks yang dipaparkan. Seterusnya wakil dari setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan. Bagaimana disemak/dipratontonkan : Guru perlu memastikan slaid yang digunakan jelas dari segi visual supaya murid dapat membaca dan memahami teks dengan baik. Persediaan persekitaran: Guru perlu memastikan murid dapat melihat slaid yang dipaparkan di skrin dalam keadaan selesa seperti sistem pencahayaan yang tidak terlalu cerah yang boleh menganggu paparan slaid. Jarak di antara murid juga perlu diambilkira bagi memastikan keselesaan semasa proses pembelajaran. Persediaan pengalaman pembelajaran: Pembelajaran adalah berpusatkan murid dan bahan. Murid perlu fokus kepada bahan yang ditayangkan bagi memudahkan

Page 4 of 8

January 2008: VTDI

mereka memahami isi-isi penting yang terdapat dalam teks. Langkah 2 Guru memaparkan klip video yang berkaitan dengan Dalil Aqli Allah bersifat Hayyat satu persatu. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kaitan Dalil Aqli tersebut dengan klip video yang dipaparkan. Bagaimana disemak/dipratonton : Murid perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada klip video tersebut. Guru perlu menyediakan set-set soalan yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran dan guru memastikan jawapan jawapan yang diberikan oleh murid tidak terpesong dari jawapan yang dikehendaki oleh guru. Persediaan persekitaran Pastikan murid berada dalam keadaan yang selesa dan pencahayaan di dalam bilik sesuai untuk tayangan klip video. Persediaan pengalaman pelajaran: Pembelajaran adalah berpusatkan murid dan bahan. Murid perlu fokus kepada bahan yang ditayangkan bagi memudahkan mereka memahami isi-isi penting yang terdapat dalam isi kandungan pelajaran. Langkah 3 Guru membuat soalan kuiz dalam perisian power point. Secara rawak guru akan meminta murid-murid menjawab soalan kuiz tersebut. Seterusnya guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid dan memberikan masa 5 minit untuk murid menjawab . Guru akan memaparkan jawapan sebenar dengan menggunakan slaid dan minta murid-murid menyemak jawapan bersama guru. Bagaimana disemak/dipratonton: Guru perlu memastikan soalan kuiz yang disediakan bersesuaian dengan tahap murid dan slaid yang disediakan dalam keadaan baik dari segi visual dan audio. Murid dipilih secara rawak untuk memberikan jawapan dan jawapan yang dibuat di lembaran kerja dengan menggunakan perisian power point perlu tepat dan tidak mengelirukan murid. Persediaan persekitaran: Murid duduk dalam keadaan yang selesa ketika menonton tayangan slaid. Persekitaran juga harus berada dalam keadaan yang

Page 5 of 8

January 2008: VTDI

sesuai untuk tayangan slaid. Persediaan pengalaman pembelajaran: Pembelajaran berpusatkan bahan dan murid. Murid perlu fokus ketika tayangan untuk memastikan mereka memahami isi pelajaran yang hendak disampaian. Penutup Guru meminta murid membuat kesimpulan tentang isi kandungan pelajaran dengan menggunakan perisian power point . Bagaimana disemak/dipratonton: Guru memaparkan perisian power point dan secara rawak meminta murid untuk membuat kesimpulan. Persediaan persekitaran: Persekitaran perlulah sesuai dengan keadaan murid. Persediaan pengalaman pembelajaran: Murid melakukan aktiviti secara individu.

Penglibatan Pelajar a. Set induksi (5 minit) Murid menonton klip video Nasyid Sifat Wajib Allah. Guru bersoal jawab dengan murid tentang video yang ditayangkan. Guru meminta murid mengaitkan klip video dengan tajuk dan isi pelajaran.

b. Langkah 1 (15 minit) Murid melihat slaid teks tentang isi kandungan pelajaran iaitu tentang perkaraperkara yang berkaitan tentang Sifat Hayyat Allah. Dalam aktiviti berkumpulan murid-murid dikehendaki berbincang tentang isi kandungan teks . Setiap dari wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka dan guru akan melakukan aktiviti soal jawab bagi melihat kefahaman murid tentang tajuk ini.

Page 6 of 8

January 2008: VTDI

Dalam pada yang sama guru akan memberikan sedikit penerangan tentang manamana isi kandungan pelajaran yang tidak difahami murid.

c. Langkah 2 (20 minit) Murid akan melihat tayangan video klip yang berkaitan tentang Dalil Aqli Allah bersifat Hayyat satu persatu. Murid-murid memberikan perhatian sepenuhnya kepada klip video tersebut dan bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh guru. Sekiranya jawapan yang yang diajukan oleh murid tidak bertepatan dengan kehendak guru, guru perlu memandu jawapan murid agar ianya bertepatan dengan isi kandungan pelajaran. d. Langkah 3 (15 minit) Murid menonton slaid soalan-soalan kuiz yang dibuat oleh guru dalam perisian power point. Murid-murid dipilih secara rawak untuk menjawab soalan kuiz tersebut. Seterusnya secara individu , murid-murid akan menjawab soalan-soalan dilembaran kerja yang diedarkan kepada guru, murid dan guru akan menyemak jawaban bersama-sama melalui jawapan yang telah disediakan oleh guru pada lembaran kerja di power point.

e. Penutup (5 minit) Murid melihat slaid isi kandungan pelajaran untuk dijadikan rumusan isi pelajaran. Murid akan dipilih secara rawak untuk membuat kesimpulan tentang isi kandungan pelajaran. Murid diterapkan dengan nilai-nilai murni.

Page 7 of 8

January 2008: VTDI

Menilai dan Menyemak Semula Penilaian Pelajar : Murid dapat mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan dengan baik dan mereka bersungguh-sungguh dalam melakukan aktiviti. Penilaian murid berdasarkan pemerhatian semasa aktiviti, hasil perbincangan kumpulan dan lembaran kerja. Penilaian Media: Keseluruhan media dan bahan dapat berfungsi dengan baik. Murid menunjukkan minat terhadap paparan dan slaid yang ditayangkan. Penilaian Guru : Pada keseluruhannya, sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat mencapai objektif yang dirancangkan berdasarkan hasil dapatan dan tindakbalas murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Impak/Keberkesanan : Murid dapat membaca dan memahami teks isi kandungan pelajaran dengan betul. Menyatakan pengertian Hayyat dengan betul. Menyatakan hukum mempercayai sifat Hayyat Allah. Membaca Dalil Naqli Allah bersifat Hayyat dengan betul dan jelas. Memahami maksud Dalil Naqli Allah bersifat Hayyat. Menyatakan 2 daripada 3 Dalil Aqli bahawa Allah bersifat Hayyat.

Page 8 of 8

January 2008: VTDI

You might also like