You are on page 1of 2

Gengsterisme adalah sejenis tingkah laku yang sudah lama wujud dikalangan pelajar

dan masih berterusan hingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila
pelajar perempuan dan murid sekolah di kesan terlibat dengan gejala samseng yang
dikenali sebagai gengsterisme.

Maksud gengsterisme
- Sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri seperti mengikut tingkah laku
yang sama, perjumpaan secara bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan
mempunyai perancangan.

Faktor-faktor gengsterisme
- Keluarga-kegagalan ibu bapa memberikan bimbingan dan perhatian terhadap
anaknya –kesibukan mereka mencari rezeki untuk menampung keluarga-terdapat
juga ibu bapa yang menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik kepada guru
dan pihak sekolah.
- Media-perkembangan teknologi maklumat dan siber telah membolehkan manusia
berhubung antara satu sama lain. Mediamassa yang berbentuk cetak atau elektronik
semakin sukar dikawal. Remaja terpengaruh dengan denganfilem yang tidak
bermoral-budaya orang barat yang tidak beretika

- Rakan sebaya-semakin kuatnya pengaruh rakan sebaya yang sebilangan kecil


menjurus kepada pembentukan atau geng samseng-membawa pembentukan gaya
sendiri dalam kalangan mereka

- Pencapaian akademik yang rendah-pelajar yang lemah dalam bidang


akademik mempunyai risiko yang tinggi untuk menyertai kumpulan gangster.-
penglibatan tersebut mendapat sokongan moral yang membolehkan diri mereka
mempunyai identity yang tersendiri

Kesan-kesan
1. Membawa kesan negatif kepada sekolah
2. Mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran

3. Mewujudkan budaya takut bagi masyarakat untuk melakukan aktiviti harian


4. Berlakunya vandalisme dan merosakkan harta benda awam

You might also like