You are on page 1of 22

GANGSTERISME

Farah Nazira Binti Md Yaziz Nor Aireen Binti Mohd Nor Nurlisa Binti Zahari

1. Kawasan persekitaran dan tempat kediaman yang tidak kondusif


Kawasan persekitaran tempat tinggal yang tidak kondusif untuk pembesaran dan perkembangan diri pelajar. Sesetengah daripada kawasan tempat tinggal ini menimbulkan perasaan tidak selamat. Hal ini menyebabkan pelajar lebih suka menghabiskan sebahagian besar masanya di luar rumah. Perkampungan baru Cina di mana pelajar tinggal mudah terdedah kepada gangsterisme Tempat kediaman rumah pangsa dan petempatan terancang seperti FELDA juga didapati pembabitan pelajar dalam akiviti bersifat negatif kerana pergaulan sesama sendiri. Aktiviti gangsterisme yang memang telah berakar umbi di kawasan persekitarannya sebagai tempat berlindung

2. Ibu bapa gagal memberikan bimbingan dan perhatian


Kegagalan ibu dan bapa telah menyebabkan berlakunya kerosakan akhlak anakanaknya. Kesibukan ibu bapa mencari rezeki untuk menampung kehidupan yang semakin mendesak. Keadaan ini mengakibatkan sesetengah pelajar hidup dalam keadaan terbiar. Terdapat ibu bapa menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik kepada guru dan pihak sekolah. Sesetengah ibu bapa langsung tidak mangambil tahu tentang kegiatan dan kawankawan anaknya. Kurangnya penglibatan ibu bapa dengan kegiatan sekolah kerana kadar ibu bapa yang bekerja di luar meningkat.

3. Pengaruh media massa


Media massa sama berbentuk bercetak, ataupun elektronik yang kini semakin sukar untuk dikawal pengedarannya. Pengaruh negatif yang dibawa oleh media massa dalam kalangan pelajar memang susah dikawal. Remaja atau pelajar terpengaruh dengan filem yang tidak bermoral dan ganas yang diimport dari negara-negara barat. Budaya dan gaya orang barat yang tidak beretika, iaitu sedikit sebanyak telah merubah cara hidup remaja kita. Media massa juga patut dipersalahkan. Keutamaan majalah-majalah hiburan yang tidak bermoral dan beretika.

4. Pengaruh rakan sebaya


Semakin kuatnya pengaruh rakan sebaya yang sebilangan kecil mengurus kepada pembentukan kumpulan geng dan samseng. Pembentukan kumpulan-kumpulan ini secara umumnya telah membawa kepada pembentukan budaya sendiri dalam kalangan remaja. Dalam kalangan remaja tersebut, mereka ingin memelihara budaya khususnya kumpulan masing-masing. Penglibatan pelajar untuk mendapatkan sokongan moral membolehkan diri mereka berasa mempunyai identiti yang tersendiri. Sesetengah pelajar tersebut untuk mendapatkan perhatian, pengiktirafan, mempunyai kuasa untuk memenuhi cita rasa masing-masing.

1. Membawa kesan negatif kepada sekolah


Kewujudan kumpulan-kumpulan gangster di sekolah memberi impak dan pengaruh negatif kepada para pelajar. Ahli-ahli kumpulan gangster sering melakukan kegiatan-kegiatan ganas di sekolah. Sekiranya ahli geng dapat menubuhkan satu jaringan aktiviti yang amat kuat di sekolah ia boleh mengganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah. Ini seterusnya memberi kesan negatif kepada pelajar-pelajar, pihak pengurusan, keselamatan sekolah, dan juga proses penyampaian pendidikan amnya.

2. Mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran


Salah laku pelajar memberi impak secara langsung ke atas kualiti pendidikan yang diberikan di sekolah. Kumpulan-kumpulan ini mencurahkan perasaan benci dan tidak puas hati dengan mengganggu proses P&P. Berasaskan perkembangan ini, aktiviti gengsterisme yang wujud di sekolah-sekolah jika tidak dikawal akan menimbulkan gangguan terhadap P&P di dalam dan di luar sekolah. Unsur-unsur gengsterisme itu juga memesongkan kumpulan pelajar daripada terlibat secara aktif dan bersungguh-sungguh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan menangani secara segera dan berkesan bolah menggagalkan usaha mencapai matlamat pendidikan negara.

3. Mewujudkan budaya takut


Kehadiran geng di sekolah menyebabkan pelajar-pelajar di sekolah berkenaan menjadi 2 kali ganda lebih takut. Para pelajar takut menjadi mangsa keganasan. Iklim di sekolah menjadi tidak selamat dan pihak pengurusan, guru-guru dan pelajarpelajar sering berada dalam keadaan ketakutan kerana ada yang tidak bersalah menjadi mengsa ganas geng. Pelajar-pelajar hilang semangat untuk belajar dan mengajar bagi guru-guru. Masalah banyak pelajar yang tidak bersalah menjadi mangsa ugutan secara langsung atau tidak langsung akan mengganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah.

4. Vandalisme dan merosakkan harta benda sekolah


Jenis vandalisme meninggalkan kesan buruk dan bahagian-bahagian sekolah, harta guru dan pelajar lain dengan sengaja dirosakkan. Ahli-ahli geng juga melakukan contengan grafik pada harta sekolah. Grafik-grafik tersebut sukar dipadam dan menggangu pembelajaran untuk membersihkan. Terdapat kejadian di mana bangunan sekolah dibakar oleh pelajarpelajar yang dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.

1. Kuasa pihak sekolah


Pihak sekolah perlu diberikan peruntukan kuasa yang lebih besar untuk mengambil tindakan yang setimpal terhadap kesalahan dan masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar.

GANGSTERISME !

Kumpulan gangster.

Kumpulan gangster sering dikaitkan dengan pergaduhan.

Gangsterisme di sekolah melibatkan golongan yang ber kuasa ini melakukan penindasan terhadap golongan lemah.

Pengaruh rakan sebaya menyebabkan kegiatan ini semakin berleluasa.

Dua gengster ditahan polis Oleh AZIZI MAJID utusanjohor@utusan.com.my JOHOR BAHRU 6 April - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang daripadanya warga Singapura selain merampas sepucuk pistol, 41 butir peluru dan 46 bilah pedang dan parang yang disyaki digunakan dalam kegiatan gangsterisme, penculikan dan peras ugut di negeri ini. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, lelaki tempatan berusia 33 tahun dan lelaki warga jiran berusia 40 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, pukul 12.30 tengah hari, Sabtu lalu. Beliau berkata, dalam serbuan oleh sekumpulan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di rumah itu pihaknya turut merampas barangan lain antaranya tiga topeng muka dan meja mengasah pedang. "Kedua-dua suspek disyaki terlibat dalam beberapa kes jenayah di negeri ini termasuklah gangsterisme, peras ugut, samun dan kemungkinan juga kes culik. "Kita percaya dengan tertangkapnya kedua-dua suspek itu dapat menyelesaikan beberapa kes jenayah yang melibatkan suspek sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini hari ini. Mohd. Mokhtar berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis republik berkenaan untuk menyiasat latar belakang suspek warganegara berkenaan. Katanya, kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971, Seksyen 3(1) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Bersamalah kita elakkan diri daripada terjebak dengan gejala negatif seperti ini.

Terima Kasih

You might also like