You are on page 1of 13

GEJALA BULI Azneezal Ar-Rashid Bin Mohd Ramli Nora Binti Mislan Siti Mislia Binti Selamat ABSTRAK

Gejala perlakuan ganas di kalangan pelajar yang semakin hangat dibicarakan di dada-dada akhbar sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa ianya perlu tindakan segera oleh pihak-pihak tertentu agar ianya tidak terus menular. Perlakuan buli merupakan sejenis perlakuan salah laku yang boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan emosi dan kemajuan akademik pelajar yang dibuli. Kertas kerja ini selain membincangkan tentang jenis-jenis perlakuan buli, juga akan mengutarakan aspek-aspek penting yang mempengaruhi dan yang berkaitan dengan tingkah laku buli ini. Buli dikatakan sering berlaku di dalam bilik darjah, di padang, di koridor, di dalam dewan, di kantin dan juga di dalam tandas. Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada perlakuan yang tidak sihat ini umpamanya pengaruh persekitaran dan rakan-rakan. Langkah-langkah pencegahan turut diketengahkan yang dirasakan sesuai dilakukan oleh pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam membendung keadaan ini. Persekitaran sekolah yang selesa dan selamat amat diperlukan dapat menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna bagi pelajar.

PENGENALAN Dewasa ini gejala buli di kalangan pelajar sekolah begitu hangat diperkatakan. Berita Harian bertarikh 13 Ogos 2005 melaporkan pada tahun 2003, peratusan salahlaku disiplin pelajar termasuklah kes buli adalah sebanyak 2.11 % dan pada tahun 2004, sebanyak 2.07%. Samada tingkahlaku buli itu berlaku secara langsung atau tidak langsung, ciri penting tentang buli ialah ugutan berlaku secara berterusan, mewujudkan satu pola gangguan fisikal dan psikologi (Batsche & Knoff, 1994; Olweus, 1993). Di Amerika Syarikat misalnya, bentuk buli yang paling banyak berlaku ialah buli bahasa (Hoover, Oliver & Thompson, 1993). Di Itali pula, kanak-kanak sekolah telah didapati sering memanggil rakan-rakan lain dengan nama ejekan, selain daripada berlakunya buli fizikal dan peras ugut (Genta, Menesini, Fonzi, Costabile & Smith 1996). Naluri peraga diri dan keinginan menjadi wira atau hero yang digeruni sesama rakan sebaya antara punca pencambahan kegiatan membuli di kalangan pelajar. Masalah ini merupakan perkara yang perlu difikirkan secara serius dan terperinci memandangkan mereka merupakan bakal pemimpin negara. Negara memerlukan bakal pemimpin yang mempunyai keperibadian yang mulia untuk merealisasikan Wawasan 2020. Tindakan sewajarnya amat penting untuk menangani salah laku yang semakin membimbangkan ini.

Muka surat 1/13

Semua pihak harus mengembeling tenaga bagi memastikan masalah ini tidak berterusan atau menjadi lebih parah lagi. Pengembelingan tenaga semua pihak seperti ibu bapa, guru, kaunselor, guru disiplin, pengubalan kurikulum dan pihak polis dilihat mampu mengatasi masalah ini.

Sehubungan dengan itu, Berita Harian bertarikh 11 Ogos 2005 melaporkan Kementerian Pelajaran Malaysia bercadang melatih guru disiplin ketika menjalani latihan di maktab agar dapat dibekalkan dengan pelbagai pendekatan seperti kaunseling dan lebih bersedia menghadapi sebarang cabaran dan masalah pelajar.

Apakah Yang Dikatakan Sebagai Buli? Buli pada asasnya adalah penyalahgunaan kuasa. Ia adalah operasi psikologikal atau fizikal yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah oleh individu atau kumpulan yang lebih berkuasa. Ia adalah kehendak atau keinginan untuk mencederakan seseorang dan meletakkan mangsa tersebut dalam situasi yang tertekan (Tattum, 1988). Ianya diarahkan kepada individu yang tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya dalam situasi yang sebenar. Menurut Smith dan Thompson (1991), buli didefinisikan sebagai satu set tingkah laku yang mana dilakukan secara sengaja dan menyebabkan kemudaratan secara fizikal serta psikologi penerimanya. Tingkah laku buli termasuklah tindakantindakan yang bersifat mengejek, penyisihan sosial dan memukul. Perlakuan buli telah dikenal pasti sebagai salah satu saluran dalam rantaian perlakuan ganas daripada zaman kanak-kanak kepada alam kedewasaan. Menurut Farrington (1993), pemangsaan remaja di sekolah mungkin merupakan salah satu tingkah laku awal yang menyumbang kepada perkembangan jangka panjang pola tingkah laku anti sosial, dan ianya boleh juga menjadi perintis kepada tingkah laku anti sosial dan jenayah. Perlakuan buli dan pemangsaan di sekolah telah dikenal pasti secara universal sebagai perosak psikologi, sosial dan perkembangan kanak-kanak. Buli boleh didefinisikan sebagai keinginan untuk mencederakan atau meletakkan seseorang kepada situasi dalam tekanan. Banks (2000), menghuraikan perlakuan buli sebagai mempersendakan, menghina, mengancam, memukul, mencuri dan serangan-serangan langsung yang dimulakan oleh seorang atau lebih terhadap mangsa. Perlakuan buli adalah tingkah laku agresif yang dikategorikan sebagai ketidakimbangan kuasa antara pembuli dengan mangsa. Perlakuan buli juga menggabungkan julat tingkah laku yang luas seperti panggilan nama yang bersifat menghina, peras ugut, perlakuan ganas, fitnah, penyisihan daripada kumpulan, merosakkan harta benda orang lain dan ancaman verbal. Daripada ulasan-ulasan tadi, dapat dirumuskan bahawa buli ialah sejenis tingkah laku keganasan dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan oleh seorang atau sekumpulan individu ke atas individu lain yang tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya dengan niat untuk menyakiti, mengancam, menakutkan atau meletakkannya dalam keadaan yang tertekan secara sengaja.

Muka surat 2/13

Kategori Tingkah Laku Buli Tingkah laku buli boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu bentuk fizikal dan juga verbal serta psikologi. Perlakuan ini boleh dialirkan secara langsung ataupun tidak langsung. Tingkah laku buli dalam bentuk fizikal adalah perbuatan yang melibatkan pukul-memukul atau sepak terajang. Ianya juga boleh melibatkan penggunaan senjata, ugutan serta ancaman. Buli bentuk verbal dan psikologi pula lebih kepada ejek-mengejek misalnya jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa; maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli. Pelajar yang mempunyai paras rupa tidak menarik atau berkulit gelap juga kerap menjadi mangsa. Sungguhpun kes buli secara verbal dan psikologi ini kurang mendapat perhatian media, ia sebenarnya lebih serius berlaku di sekolah berbanding kes buli secara fizikal. Walaupun perbuatan seperti ejek-mengejek itu pada pandangan orang dewasa merupakan perkara biasa di kalangan kanak-kanak atau remaja; namun ianya boleh menjerumus kepada akibat yang lebih buruk iaitu pergaduhan yang melibatkan aksi memukul. Verbal Menggelar dengan nama yang buruk Bercakap dengan bahasa kesat Menyebarkan fitnah Secara Tidak Menyembunyikan atau merosakkan harta Menghina mangsa di Langsung Penyisihan daripada kumpulan belakangnya Jadual: Jenis-Jenis Tingkah Laku Membuli (Sumber: Stephenson and Smith, 1989) Secara Langsung Elemen-Elemen Berkaitan Tingkah Laku Membuli Secara umumnya, elemen-elemen berikut adalah berkaitan dengan tingkah laku membuli iaitu: Buli melibatkan ketidakseimbangan kuasa di mana kanak-kanak atau remaja yang membuli lebih berkuasa dari segi umur, saiz, sokongan rakan sebaya atau status. Membuli adalah perlakuan yang diulang-ulang di mana seseorang kanak-kanak itu disisihkan lebih daripada sekali dan lazimnya dalam keadaan yang kronik. Tujuan membuli adalah untuk memudaratkan mangsa. Keagresifan secara fizikal, penghinaan berbentuk verbal atau lisan, penyebaran fitnah atau gosip dan penyisihan daripada kumpulan sebaya termasuk dalam tingkah laku membuli. Fizikal Serangan dalam bentuk fizikal

Muka surat 3/13

Mengapa buli berlaku di sekolah? Ada yang menyalahkan ibu bapa kerana dianggap cuai mendidik anak-anak mereka di rumah. Sering kali pula guru-guru dipersalahkan kerana tidak dapat mendisiplinkan pelajar mereka di sekolah. Bagi menangani masalah ini, kita perlu memahami apakah punca yang menyebabkan perlakuan buli ini wujud di kalangan pelajar? Isu buli kini mula mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Ramai di kalangan pakar-pakar dalam bidang pendidikan dan psikologi mula memperkembangkan kajian serta definisi mereka terhadap isu-isu keganasan dan masalah buli di sekolah. Kajian yang dijalankan oleh Persatuan Kebangsaan PengetuaPengetua Sekolah Menengah Amerika Syarikat pada tahun 1984 mendapati bahawa 25 peratus daripada pelajar yang dikaji menyatakan bahawa salah satu perkara yang paling merisaukan mereka adalah takut dibuli (Batsche & Knoff, 1994). Punca Pelajar Menjadi Pembuli Banyak punca yang menyumbang kepada perlakuan tidak sihat ini. Faktor rakan sebaya adalah pengaruh yang paling kuat dalam mengubah tingkah laku pelajar. Jika diperhatikan kejadian membuli melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya. Tekanan rakan sebaya akan mendorong pelajar terpengaruh untuk mengikut tingkah laku rakan mereka yang suka membuli. Faktor lain ialah dari segi fizikal. Pelajar yang bertubuh besar dan tegap suka membuli pelajar yang saiz tubuhnya lebih kecil bagi menunjukkan `kuasa' dan kekuatan fizikal. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan pelajar membuli kerana berasa dirinya tidak selamat jika tidak berbuat sesuatu yang boleh melindungi dirinya daripada perkara yang tidak diingini. Mereka kerap berasa curiga dan tidak selamat berada di sekolah dan untuk mengatasi perasaan itu, mereka mula membuli pelajar junior. Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak. Pendapat lain pula mengatakan ianya adalah disebabkan pihak sekolah dan kementerian yang terlalu menekankan program-program bercorak akademik. Tujuan program ini adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Namun aspek pendidikan sosial agak dipinggirkan. Maka lahirlah pelajar yang cemerlang dalam akademik tetapi menjadi pembuli ketika di sekolah. Misalnya, pelajar sekolah berasrama penuh yang keputusan peperiksaan mereka amat baik tetapi menjadi pembuli. Oleh itu, di samping aktiviti akademik sekolah juga seharusnya menyediakan premis untuk para pelajar mendalami hal-hal sosial agar insan yang keluar kelak adalah insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Faktor lain yang mungkin menjadi punca ialah sikap guru yang suka memuji pelajar tertentu pandai di dalam kelas. Walaupun ianya kelihatan remeh namun sikap guru ini boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati dan cemburu pelajar lain yang kurang pandai. Kesibukan para guru juga dikatakan merupakan salah satu penyebab berleluasanya kegiatan membuli di sekolah termasuklah sekolah-sekolah berasrama penuh. Guru dan pengetua tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengawasi
Muka surat 4/13

dan mendisiplinkan pelajar kerana dibebani dengan tugas-tugas sampingan yang banyak. Faktor persekitaran turut menyumbang kepada perlakuan agresif tersebut. Faktor persekitaran ini membabitkan sikap ibu bapa dan masyarakat yang kurang berdisiplin hingga menyebabkan penerapan nilai-nilai ini dalam diri para remaja. Selain itu, pengaruh media seperti televisyen, filem dan juga Internet juga tidak boleh diketepikan dalam memperkatakan tentang isu ini. Buli juga mungkin berkaitan dengan emosi para pelajar. Pelajar-pelajar sekolah menengah yang sedang meniti alam remaja mudah terbawa-bawa dengan emosi terutamanya yang bersifat negatif. Sesetengah pelajar atau remaja ini mempunyai emosi dan ego yang tinggi manakala yang lain pula mempunyai perasaan rendah diri (inferiority complex). Kurangnya hubungan komunikasi antara pelajar dengan orang dewasa menjadi faktor penyumbang kepada tingkah laku buli. Perlakuan membuli yang berlaku di sekolah adalah perkara yang lumrah berlaku di kalangan pelajar. Golongan ini sedang mengalami proses menuju kedewasaan dan mula hendak mengenali isu-isu yang berhubung dengan bahasa, hak asasi, pengaruh dan penegakan prinsip. Proses ini menyebabkan mereka mudah terjebak dengan perlakuan yang ganas dan agresif sebagai satu cara fizikal untuk mengawal emosi.

Teori Psikososial Erikson: Krisis Identiti Remaja Erik Erikson ialah seorang ahli psikologi personaliti yang telah dilahirkan di Jerman pada tahun 1902. Beliau telah diabaikan oleh bapanya sejak dia masih dalam kandungan lagi dan telah dibesarkan oleh bapa tirinya, Dr. Theodore Homburger yang berbangsa Yahudi. Erikson merupakan seorang kanak-kanak yang mengadapi dilema identiti. Beliau lebih menyayangi bapa tirinya daripada ayah kandungnya sendiri lalu meletakkan nama Homburger sebagai nama keluarganya. Mengikut teori perkembangan psikososial Erikson, setiap individu akan melalui lapan peringkat perkembangan iaitu: 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) Peringkat Oral-sensori (tahun pertama kelahiran) Peringkat Muskular-Anal (2 hingga 3 tahun) Peringkat Lokomotor-Genital (4 hingga 5 tahun) Peringkat Latency (6 hingga 12 tahun) Peringkat Remaja (13 hingga 19 tahun) Peringkat Awal Dewasa (20 hingga 24 tahun) Peringkat Pertengahan Dewasa (25 hingga 64 tahun) Peringkat Tua (65 tahun hingga meninggal dunia)

Setiap peringkat ditentukan oleh pelbagai krisis psikososial yang mana perlu diselesaikan oleh individu sebelum bergerak ke peringkat yang seterusnya. Sekiranya

Muka surat 5/13

individu tersebut menangani krisis-krisis yang berlaku dalam keadaan yang tidak sesuai, maka ia akan mengalami kesusahan untuk menanganinya pada masa akan datang. Berdasarkan kepada teori Erikson, peringkat kelima iaitu remaja berlaku pada usia antara 13 hingga 19 tahun. Di negara kita usia ini adalah usia pelajar pada peringkat sekolah menengah. Proses memasuki alam remaja ini adalah satu transisi yang sangat rumit bagi sesiapa sahaja. Krisis identiti kerap berlaku pada peringkat ini. Krisis identiti ini timbul daripada kekeliruan peranan (role confusion). Remaja keliru tentang siapa diri mereka sebenarnya dan bagaimanakah kehidupan mereka pada masa hadapan. Remaja akan berusaha untuk menyelesaikan krisis identiti ini dengan menguji pelbagai peranan, nilai dan perhubungan. Dalam tahap inilah remaja akan mudah terikut-ikut dengan ideologi yang difikirkan betul tanpa mengira ianya positif atau negatif seperti menganggotai kumpulan tertentu, tidak bertoleransi dan membuli remaja yang berlainan identiti untuk mempertahankan identiti sendiri daripada lenyap. Namun demikian, Erikson mempunyai pandangan positif terhadap remaja. Menurutnya, kegagalan dan keraguan remaja bukan salah mereka tetapi faktor politik, budaya dan teknologi yang menjadikan mereka keliru. Untuk mengatasi krisis ini, sekolah wajar menyediakan premis untuk pelajar mendalami hal-hal sosial selain akademik. Hubungan Buli Dan Konsep Kendiri Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang rendah mungkin melibatkan diri dalam perlakuan membuli dalam usaha mereka untuk meningkatkan konsep kendiri mereka. Staub (1999), menyatakan bahawa kanak-kanak mungkin tidak mempunyai niat nilai sosial untuk mencapai imej positif melalui kompeten dan pencapaian yang baik. Oleh yang demikian mereka akan mengarahkan estim kendiri mereka dalam lingkungan kekuatan, kuasa dan kekuasaan fizikal terhadap orang lain. Mengancam orang lain mungkin akan menjadi satu cara mengukuhkan identiti kendiri dan untuk memenuhi atau menampung kekecewaan dalam bidang-bidang yang lain. Pengalaman dibuli akan mengundang masalah emosi yang besar. Selain mengalami trauma, penghargaan kendiri (self-esteem) individu yang dibuli akan menurun. Mangsa buli lazimnya akan menyalahkan diri sendiri di atas apa yang berlaku dan melihat diri mereka sebagai orang yang mengalami kegagalan sosial. Percubaan untuk membunuh diri juga mungkin akan dilakukan oleh individu ini. Emosi negatif ini akan terbawa-bawa apabila individu tersebut berkembang ke alam dewasa di mana penghargaan kendiri mereka rendah dan akan menyumbang kepada masalah mental yang lain seperti kemurungan. Peranan Orang Signifikan Peranan orang signifikan juga tidak boleh dinafikan dalam mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar di sekolah. Didikan guru melalui penerapan nilaiMuka surat 6/13

nilai murni serta pematuhan peraturan dan undang-undang sekolah memainkan peranan yang penting dalam membentuk identiti dan konsep kendiri pelajar. Pengabaian aspek-aspek ini di sekolah akan menyebabkan para pelajar di sekolah menengah mengambil tindakan sendiri mengikut logik dan kepercayaan mereka. Penerapan nilai-nilai yang betul melalui program-program intervensi dapat membantu para pelajar dan guru membentuk etos yang betul terhadap identiti, konsep kendiri, jenis perlakuan buli dan persepsi yang betul terhadap perlakuan buli di sekolah. Buli Dan Kaitannya Dengan Perbezaan Jantina Dari aspek jantina, perlakuan buli dilihat lebih cenderung berlaku di kalangan pelajar lelaki. Namun menurut Roberts (1988), perlakuan buli di kalangan pelajar perempuan tidak harus diketepikan malah ada yang merasakan bahawa kekerapan perlakuan buli di kalangan pelajar perempuan semakin meningkat. Walaupun beberapa insiden yang berlaku sejak akhir-akhir ini membabitkan hanya pelajar lelaki, namun ianya tidak membuktikan bahawa pelajar perempuan sebenarnya bebas daripada tingkah laku ini. Pelajar lelaki dan pelajar perempuan sebenarnya mempunyai potensi yang sama untuk dibuli. Secara amnya, pelajar lelaki dilihat lebih gemar untuk membuli secara fizikal. Berbeza dengan remaja perempuan yang lebih suka membuli secara verbal dan psikologi seperti menyisihkan mangsa dari segi sosial. Namun tidak mustahil juga bagi segolongan pelajar perempuan yang boleh bertindak agresif secara fizikal khususnya mereka yang gemar berlagak atau berkelakuan seperti lelaki. Faktor-faktor berikut mungkin menyumbang kepada situasi ini: kurang didikan ibu bapa terpengaruh dengan media yang memaparkan wanita yang beraksi ganas adalah hebat; misalnya dalam gusti dengan bertindak agresif akan memberikan satu nilai status yang tinggi buat diri mereka keliru antara tindakan agresif atau asertif

Mengapa buli perlu dicegah bermula daripada sekolah? Kesan terhadap perlakuan buli ini boleh membawa kepada tahap yang paling memudaratkan. Olweus (1991) menyatakan bahawa pembuli lazimnya akan menjadi penjenayah pada masa akan datang. Lazimnya mereka tidak dapat menumpukan perhatian mereka terhadap kerja dan tugasan di sekolah. Mangsa buli juga bertindak tidak mahu ke sekolah. Mangsa buli juga menurut Olweus (1991) lagi akan mengalami tekanan yang hebat. Kajian Alsaker dan Valkanover (2001), melaporkan bahawa 16 peratus kanak-kanak lelaki yang berumur antara 5 tahun hingga 7 tahun 11 bulan boleh diklasifikasikan sebagai mangsa buli dan mereka ini seterusnya membuli kanak-kanak lain. Terdapat juga kajian-kajian lepas yang mendapati bahawa perlakuan buli dalam bentuk mengejek, merupakan peristiwa yang sering dialami oleh para remaja dan boleh membawa akibat yang serius. Kajian serta penyelidikan yang sistematik tentang perlakuan buli di sekolah sebenarnya telah bermula sejak akhir tahun 1970 an oleh Dan Olweus (1991), yang telah menjalankan beberapa siri kajian terhadap tingkah laku buli di sekolah-sekolah di
Muka surat 7/13

negara-negara Scandinavia dan seterusnya kajian tentang perlakuan buli di sekolah ini mula disebarkan ke serata dunia. Tingkah laku buli telah dikenal pasti sebagai suatu masalah yang besar di Amerika, di Australia, di Jepun dan di negara Britain. Keagresifan semasa zaman kanak-kanak dan remaja telah menjadi fokus utama kepada banyak kajian empirikal sejak beberapa dekad ini. Buli yang merupakan subset kepada agresif telah dikenal pasti sebagai masalah yang boleh memberi impak kepada kesihatan fizikal dan psikologikal individu yang kerap dibuli dan juga kepada mereka yang membuli rakan sebaya semasa usia muda (Batsche & Knoff, 1994). Lokasi Kegemaran Pembuli Kajian-kajian yang dijalankan mendapati bahawa bilik darjah merupakan lokasi di mana perlakuan buli paling kerap berlaku. Perkara ini boleh berlaku sekiranya guru lewat masuk ke kelas. Oleh sebab itu, pihak pengurusan sekolah sangat menitikberatkan ketepatan waktu untuk guru. Kelewatan walaupun seminit boleh mengundang bencana. Selain itu lokasi seperti padang permainan, koridor sekolah, dewan, kantin dan tandas turut menjadi pilihan pembuli untuk melakukan kegiatan mereka. Jika di sekolah menengah biasa buli lazimnya berlaku pada waktu rehat, dalam perjalanan pulang dari sekolah dan juga ketika dalam perjalanan ke sekolah. Manakala di sekolah berasrama penuh pula, didapati dometri/asrama merupakan lokasi yang paling biasa perlakuan buli ini dilakukan oleh para pelajar, diikuti dengan padang permainan, tandas dan bilik darjah.

Di mana buli berlaku? Kajian Olweus (1991), mendapati bahawa bilik darjah merupakan lokasi yang paling banyak dilaporkan masalah perlakuan buli dilakukan dan para pelajar merasakan bahawa mereka merasa kurang selamat dan tidak selesa dengan kehidupan di sekolah. Didapati di sekolah rendah dan menengah bahawa padang permainan dan bilik darjah merupakan lokasi paling kerap berlakunya perlakuan buli diikuti dengan dalam perjalanan dari sekolah dan di koridor sekolah. Kajian yang dijalankan oleh Blatchford (1998), terhadap situasi bermain di sekolah mendapati bahawa waktu rehat boleh merupakan masa berlakunya tingkah laku-tingkah laku agresif, mencemuh, dan buli. Waktu rehat juga boleh merupakan masa berlakunya peluang kepada pelajar membentuk ikatan persahabatan, pembentukan kompeten sosial dan budaya. Sekolah kini menghadapi cabaran besar bagi mencapai imbangan antara mengawal tingkah laku pelajar sambil membekalkan para pelajar mereka dengan perkembangan sosial dan berdikari. Kajian untuk melihat semula peranan padang permainan sebagai kawasan atau agen untuk menghentikan perlakuan buli di sekolah telah dijalankan oleh Pereira et, al (2002). Mereka mendapati bahawa ruang fizikal mewakili salah satu keadaan yang paling menonjol apabila menganalisa pembelajaran di sekolah secara keseluruhan yang mana meliputi sosial, hubungan dan persahabatan dimensi pembelajaran.

Muka surat 8/13

Dalam kawasan sekolah, padang permainan merupakan kawasan yang paling biasa perlakuan buli dilakukan, diikuti oleh kawasan dewan, bilik darjah, kantin dan tandas. Manakala di asrama penuh pula, didapati dometri merupakan lokasi yang paling biasa perlakuan buli ini dilakukan oleh para pelajar, diikuti dengan padang permainan, tandas dan bilik darjah Strategi menangani buli di sekolah Batsche dan Knoff (1994), mencadangkan beberapa strategi untuk menangani masalah tingkah laku buli di sekolah. Cadangan-cadangan yang telah dikemukakan itu termasuklah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Menyediakan fakta-fakta berkenaan perlakuan buli kepada para pelajar Menghapuskan kepercayaan berkenaan tingkah laku agresif di kalangan pelajar Menjalankan penilaian berkenaan kes-kes buli di sekolah. Membentuk kod tingkah laku pelajar. Menyediakan khidmat kaunseling kepada mangsa buli dan pembuli. Melibatkan ibu bapa dalam program-program intervensi. Mengimplimentasikan strategi-strategi intervensi khusus kepada para pelajar yang aggresif. Memperkemaskan lagi sistem penilaian dan akauntabiliti.

Tanda-tanda awal perlakuan buli di sekolah Pihak pentadbir dan kakitangan termasuk guru di sekolah perlu peka dan sentiasa sedar tentang kewujudan tanda-tanda awal bahaya dan ancaman di sekolah. Antara tanda-tanda awal menurut Tucker et al. (2002), ialah; i. ii. iii. iv. Ancaman dan ugutan. Aktiviti-aktiviti yang tidak sah dan mencurigakan di sekolah. Cemuhan. Aktiviti-aktiviti yang tidak sah dan mencurigakan dalam komuniti.

Sekolah seharusnya selamat, aman, tenteram dan dilindungi daripada sebarang gangguan dan ancaman. Proses pembelajaran tidak akan berlaku dengan baik dan sempurna apabila para pelajar yang belajar di sekolah merasa bimbang dan takut kepada keganasan sama ada dalam bentuk fizikal atau ancaman verbal. Keselamatan adalah keperluan asas dan hak yang perlu dipertahankan. Senario Buli di Malaysia Adakah sekolah-sekolah di negara kita ini merupakan institusi yang menyediakan persekitaran yang selamat kepada pelajar-pelajar untuk menjalani proses pembelajaran yang sihat dan selamat? Dalam kajian ini penyelidik menggunakan penilaian persepsi kelaziman perlakuan buli bagi mengukur persepsi guru berkenaan perlakuan buli dan persekitaran sekolah yang selamat. Peranan kurikulum pencegahan Wise (1999), menyatakan bahawa komitmen yang tetap kepada kurikulum pencegahan dan penjagaan di sekolah oleh para pendidik merupakan langkah yang terbaik bagi melindungi kanak-kanak daripada tingkah laku ganas di sekolah. Kajian beliau mendapati bahawa hanya beberapa orang guru sahaja yang mempunyai latihan
Muka surat 9/13

bagi memenuhi kehendak psikologikal atau teknik-teknik untuk menangani kemarahan dan kekecewaan di kalangan pelajar sekolah. Anda dan Diane (1999), telah menjalankan kajian penilaian terhadap program pencegahan tingkah laku ganas untuk pelajar remaja di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kesedaran pelajar yang signifikan terhadap keselamatan persekitaran dan sikap terhadap tingkah laku ganas di sekolah. Bagaimana membentuk persekitaran yang selamat? Kajian tentang keupayaan sekolah untuk menangani tingkah laku ganas di sekolah telah dijalankan oleh Banks dan Stephanie (2000). Mereka mendapati bahawa pihak Sekolah Virginia Beach berjaya membentuk persekitaran selamat dengan menyediakan program-program serta polisi-polisi yang positif melalui kerjasama antara yang erat antara komuniti sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Pelajar-pelajar Bosnia pula dikatakan akan berasa selamat sekiranya mereka dapat ke sekolah dan dapat tinggal bersama keluarga dalam keadaan yang selesa dan tenteram. Cabaran sekolah mengekalkan persekitaran selamat Cabaran yang besar juga dihadapi oleh pihak sekolah dewasa ini untuk mengekalkan kehalusan imbangan di antara melindungi hak-hak individu dan memastikan kebajikan keseluruhan dengan mengekalkan sekolah sebagai persekitaran yang selamat dan selesa untuk kegiatan pembelajaran (McCarthy et al., 2000). Bagi mencapai hasrat ini sekolah perlu mencari formula serta kaedah untuk menangani tingkah laku berisiko tinggi di kalangan pelajar dengan menyediakan pelbagai program intervensi dan pencegahan. Untuk itu sekolah perlu berupaya untuk mengesan dan bertindak balas terhadap tanda-tanda awal risiko masalah akademik dan salah laku pelajar di sekolah. Tanda-tanda awal ini dapat digunakan oleh pihak sekolah untuk merangka serta membentuk program-program intervensi dan pencegahan awal bagi menangani masalah-masalah tersebut. Ciri-ciri sekolah yang selamat Menurut Murphy et al. (1985), menyatakan bahawa sekolah yang berkesan dan efektif adalah sekolah yang berupaya untuk mengekalkan persekitaran yang selamat dan teratur untuk persekitaran pembelajaran. Beliau merujuk kepada keupayaan sekolah untuk menyediakan suasana di mana pelajar, guru dan kakitangan sekolah adalah bebas daripada ancaman bahaya yang boleh memudaratkan mereka serta harta benda mereka di sekolah. Adalah disarankan supaya dengan menfokuskan kepada penyertaan sosial, sekolah boleh memainkan peranan yang penting bagi mencegah tingkah laku anti sosial dan kewujudan kumpulan samseng di sekolah. Sekolah seharusnya mengambil usaha untuk meningkatkan pengalaman pendidikan yang positif di kalangan para remaja dengan mendedahkan mereka kepada pelbagai aktiviti perkaitan sosial yang positif. Tucker et al. (2002), telah menjalankan kajian penilaian pencegahan keganasan serta keperluan kemahiran sosial, bagi menilai tahap persekitaran selamat di sekolah. Kajian yang menggunakan soal selidik persepsi sekolah selamat ini cuba menyiasat kepercayaan guru kaunseling sekolah tentang persekitaran sekolah dengan matlamat untuk meningkatkan program sedia dan strategi yang dilaksanakan di sekolah
Muka surat 10/13

berkenaan keselamatan di sekolah. Dapatan kajian mendapati bahawa kaunselor sekolah mempunyai persepsi yang positif terhadap persekitaran yang selamat di sekolah mereka. Masalah paling serius yang dihadapi oleh para kaunselor adalah perlakuan ejek-mengejek di kalangan pelajar, perlakuan buli dan ancaman verbal.

KESIMPULAN Kita sesungguhnya tidak boleh melihat kes-kes buli yang berlaku di sekolah sebagai satu masalah terpinggir. Walaupun nisbah kejadian adalah sangat kecil tetapi ia boleh menjadi satu barah dalam usaha membentuk masyarakat madani. Malah perlu dilihat semula sejauh manakah keseimbangan antara tumpuan kepada akademik dan hal-hal sosial. Adakah kita mahu berbangga dengan pelajar yang mendapat keputusan akademik terbaik tetapi hidupnya dipenuhi dengan budaya memukul, membuli dan sebagainya? Seberapa segera pihak Kementerian Pelajaran digesa dapat merangka dan mewujudkan model program anti-buli yang khusus bagi mencegah dan menangani masalah perlakuan buli di sekolah-sekolah. Model ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada setiap sekolah di seluruh negara. Ianya dapat dijadikan sebagai asas kepada pembentukan program anti-buli yang disalurkan melalui kurikulum sekolah. Ianya juga dapat dijadikan sebagai garis panduan umum kepada semua sekolah tentang perlakuan buli serta bagaimana pihak sekolah dapat menangani masalah tersebut di sekolah. RUJUKAN Alsaker, FD dan Valkanover, S (2001). Early diagnosis and prevention of victimization in kindergarten in J Juvonen & S Graham (eds), Peer harassment in school, Guilford Press, New York, 175-195. Anda de dan Diane. (1999), The Evaluation of a Skill-Based Violence Prevention Program for High School Adolescents. Social Work in Education, v21 n3 p13749 Banks, R. (2000). Bullying in schools. Eric Review, 7(1), 12-14. Banks dan Stephanie M. (2000). Addressing Violence in Middle Schools. Clearing House, v73 n4 p209-10 Batsche, G.M. dan Knoff, H.M. (1994). Bullies and their victims: Understanding a pervasive problem in the schools. School Psychology Review, 23, 165-174. Blatchford P. (1998). The State of Play in Schools. Child and Adolescent Mental Health, vol. 3, no. 2,58-67(10) Genta, N.G., Fonzi, A., Costabile, A., and Smith, P.K (1996). Bullies and victims in school in central and southern Italy. European Jpurnal of Psychology of Education, 11 (1): 97-110

Muka surat 11/13

Farrington, D.P. (1993). Understanding and preventing bullying. In M. Tonry (Ed.), Crime and Justice, Chicago: University of Chicago, Vol. 17, pp. 381-458. Hoover, J.H., Oliver, R.L., and Thomson, K.A (1993). Perceived victimzation by school bullies: New research and future direction McCarthy, Martha M., Webb dan Dean L. (2000). Legal Principles in Preventing and Responding to School Violence. NASSP Bulletin, Mar, v84 n614 p32-45 Murphy, J., Weil, M., Hallinger, R., dan Mitman, A. (1985). School effectiveness: a conceptual framework. The Educational Forum, 49(3), 361-374. Olweus, D. (1991) Bully/victim problems among schoolchildren: basic facts and effects of a school-based Intervention programme. In D. Pepler & K. Rubin, (Eds.) The Development and Treatment of Childhood Aggression.Hillsdale, NJ: Erlbaum. Pereira B.O., Neto C., Smith P. dan Angulo J.C. (2002). Reinventing playgrounds to stop school bullying. Cultura y Educacin , October,14,3,297-311(15) Roberts, M. (1988). Schoolyard menace. Psychology Today, February, 54-56. Smith, P.K. dan Thompson, D. (1991). Practical Approaches to Bullying. London: David Fulton. Staub. E. (1999). The roots of evil: Social conditions, culture, personality, and basic human needs. Personality and Social Psychology Review, 3, 179-192. Stephenson, P. dan Smith, D. (1989). Bullying in the Junior school. In D.P. Tattum & D.P. Lane (Eds.), Bullying in Schools (pp. 45-57). Stoke-on-Kent: Trentham Books. Tattum, D. (1988). Violence and aggression in schools. In D. Tattum and D. Lane. (eds). Bullying in schools. Stoke-on-Trent: Trentham Books. Tucker, J., Henson, K., Santoro, G., Massey, O., dan Armstrong, K. (2002). The Violence Prevention/Social Skills Needs Assessment Survey: Year 1 of the School Safety Survey. Tampa, FL: The Louis de la Parte Florida Mental Health Institute, University of South Florida. FMHI Publication #207-1. First in the Series "Evaluation of the Pinellas County Safe Schools/Healthy Students Initiative". Wise, B. J. (1999). Vaccinating Children against Violence. Principal, v79 n1 p14,17,20 Sep 1999

Muka surat 12/13

Muka surat 13/13

You might also like