You are on page 1of 2

Pengurusan pembelajaran

Pada era globalisasi ini, isu buli semakin menjadi perbualan yang hangat dalam
kalangan pelajar dan kanak-kanak di Malaysia. Pengarah Jabatan Pendidikan Siasatan
Jenayah (JSJ) telah mengatakan kes buli dikalangan pelajar sering terjadi disekolah
berbanding Kawasan luar. Sekolah merupakan institusi yang mulia untuk mendidik atau
menimba ilmu tetapi jelaslah disini terdapat pelajar yang tidak mempunyai akhlak yang baik
telah merosakkan imej sekolah dengan pelbagai masalah yang berat antaranya buli. Buli
merupakan perbuatan yang negetif dan buli juga adalah perbuatan yang mengasari orang
yang lemah untuk memperlihatkan kekuatan atau keganasan seseorang. Antara faktor yang
mempengaruhi pelajar untuk menjadi seorang pembuli adalah akibat daripada kekurangan
pengawasan atau disiplin yang longgar disekolah. Seterusnya, terdapat beberapa jenis buli
yang sering berlaku dikalangan remeja sekolah iaitu, buli fizikal, buli lisan, buli mental, dan
buli siber. (Ransohoff,& Brown. 2006). Buli fizikal terdiri daripada memukul, memeras ugut,
dan perkara yang melihatkan kecederaan seseorang yang dibuli. Menurut (McGuiness
2007), kaedah buli lisan yang paling biasa adalah fitnah, iaitu kenyataan palsu dan beriat
jahat, mengejek dan memanggil orang itu dengan mengunakan nama samaran yang jahat
atau ganas. Bagi buli secara mental pula ia lebih merujuk kepada kata-kata penghinaan dan
kata-kata yang boleh menjadikan mental seseorang itu menjadi lemah. Buli siber, kegiatan
buli yang menjadi budaya buruk pada kalangan pelajar di sekolah, buli siber didefinisikan
sebagai pengunaan komunikasi berasaskan teknologi termasuk telefon selular, emel, mesej
segara, dan jaringan sosial yang bertujuan menimbulkan gangguan atau ugutan kepada
individu melalui mesej atau ekspresi secara dalam talian.Oleh itu, apakah tindakan yang
perlu diambil oleh pihak tertentu tentang isu buli dalam kalangan pelajar dan kanak-kanak di
Malaysia.

Antara fungsi yang boleh dimainkan oleh egen sosiolisasi ialah ibu bapa. Ibu bapa
adalah golongan yang penting dalam mencorak akhlak dan sahsiah yang murni serta
merupakan salah satu contoh teladan yang baik terhadap diri anak-anak. Imam Al Ghazali
menjelaskan kebahagian ditafsirkan sebagai penyatuan antara ilmu, amal, rohani dan
jasmani (Muhammad 1923). Terdapat segelintir penjaga atau ibu bapa yang kurang
memberi perhatian untuk anak-anak mengadu tentang masalah-masalah yang dihadapi di
sekolah. Hal ini demikian kerana, ibu bapa yang terlampau sibuk denga hal dunia sehingga
mengabaikan tangggungjawap sebagai ibu bapa. Menurut Puan Siti Shamsiah Binti Md Supi
iaitu Pensyarah di Institute of Islamic Understanding Malaysia berkata “ terdapat murid yang
mempunyai masalah buli di sekolah berasrama, masalah ini sering terjadi kerana berjauhan
dengan penjaga atau ibu bapa”. Oleh itu, peranan dan tanggungjawap ibu bapa ialah
membina kepercayaan seorang anak dalam menerima kasih sayang ibu bapa. Sepanjang
perjalanan anak menuju kea lam dewasa biasanya boleh menimbulkan masalah yang
tersendiri bagi setiap masa. hubungan anak-anak terhadap ibu bapa yang tidak harmoni
akan menyebabkan keganasan anak-anak yang boleh mencacatkan perkembangan
seorang anak didalam keluarga dan juga dipersekitaran seperti peningktan kes keganasan
dan jenayah sosial. Seterusnya ialah kefungsian institusi kekeluargaan dimana proses
sosialisasi dan pembesaran. Keluarga Bahagia ialah satu keluarga yang dapat merasa
senang terhadap satu sama lain sekaligus terhadap diri sendiri serta mempunyai objektif
pembinaan keluarga yang jelas dan positif. Kajian oleh (Bronstein 1994) menunjukkan ibu
bapa yang mesra dan menyokong akan memberi kesan terhadap tingkah laku positif dalam
kalangan anak-anak.

Fungsi kedua yang dimainkan oleh agen sosialisasi adalah guru di sekolah. Sekolah
merupakan tempat untuk menimba ilmu

You might also like