You are on page 1of 21

Pendedahan Pendidikan Seksual Dalam Kefahaman Bagi Murid Sekolah

Rendah di Kawasan Segamat, Johor.

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendedahan dan perspektif dalam pendidikan
seksual bagi murid sekolah rendah. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti
tahap pendedahan mereka mengenai penganiayaan seksual, mengenalpasti perbezaan
tahap pendedahan berdasarkan tahun pembelajaran dan jantina. Dua ratus tiga puluh
sembilan murid-murid Tahun Empat, Lima dan Enam dari sebuah sekolah di
kawasan Hulu selangor telah terlibat di dalam kajian ini. Inventori Children’s
Knowledge of Abuse (CKAQ) – Revision III telah digunakan sebagai instrumen
utama kajian. Keputusan kajian mendapati tahun pembelajaran dan jantina tidak
membezakan tahap pengetahuan kanak- kanak. Walau bagaimanapun, terdapat
perbezaan yang signifikan untuk tahun pembelajaran apabila dikaji subskala
Inappropriate Touch di mana murid- murid Tahun Empat didapati mempunyai
pengetahuan yang lemah berbanding Tahun Enam. Terdapat perbezaaan skor
berdasarkan pembolehubah jantina apabila dikaji subskala Appropriate Touch di
mana murid perempuan didapati skor subskala ini yang lebih rendah berbanding
murid lelaki.

Kata Kunci: Penganiayaan Kanak-Kanak, Penganiayaan Seksual, Pengetahuan


Kanak-Kanak

Abstract

This study aims to examine the exposure and perspective in sexual education for
primary school students. The objective of this study is to identify the level of their
exposure to sexual abuse, identify the difference in the level of exposure based on
the year of study and gender. Two hundred and thirty nine Year Four, Five and Six
students from a school in the Hulu selangor area were involved in this study. The
Children's Knowledge of Abuse Inventory (CKAQ) - Revision III was used as the
main instrument of the study. The results of the study found that the year of study
and gender did not differentiate the level of children's knowledge. However, there
was a significant difference for the year of study when the Inappropriate Touch
subscale was studied where Year Four students were found to have poor knowledge
compared to Year Six. There is a difference in scores based on gender variables
when studying the Appropriate Touch subscale where female students are found to
have lower scores on this subscale than male students.

Keywords: Child Abuse, Sexual Abuse, Child Knowledge

Latar Belakang Kajian

Pendidikan seksual merujuk kepada pengajaran pembiakan atau reproduktif.


Pendidikan seksual pada asasnya bertujuan untuk mengenali diri sendiri dari aspek
seksual dan membolehkan seseorang itu memahami apa proses yang berlaku dalam
dirinya sejak dilahirkan sehinggalah menggapai alam dewasa. Pendidikan awal
seksual kepada kanak-kanak pula merupakan suatu bentuk pendidikan formal atau
tidak formal dari segi seksual manusia yang memfokuskan aspek reproduktif,
perlindungan dan keselamatan fizikal kanak-kanak.

Pendidikan ini berobjektif menyediakan informasi, membina nilai dan jati


diri, membina kemahiran interpersonal serta mengukuhkan konsep tanggungjawab
terhadap tubuh badan sendiri (Wazakili, 2010). Ia merangkumi pelbagai skop
seksualiti iaitu pembangunan seksual kanak-kanak, proses pembiakan manusia,
kesihatan fizikal, mental, emosi dan rohani, hubungan interpersonal, cinta bersama,
hubungan rapat, bahasa tubuh dan juga peranan jantina seseorang serta merupakan
suatu proses pembelajaran sepanjang hayat (Ang, 2014). Kanak-kanak merupakan
aset negara terpenting kerana mereka ini yang akan meneruskan segala
pembangunan dan rancangan yang telah diatur oleh kerajaan.

Banci penduduk bagi tahun 2019 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019)


mendapati jumlah kanak-kanak bawah 18 tahun di Malaysia pada 2019 adalah
sebanyak 9.4 juta orang iaitu 29.4% daripada keseluruhan 32 juta penduduk, iaitu
sedikit menurun berbanding 29.9% pada 2016. Pendidikan seksualiti kanak-kanak
adalah ditakrifkan sebagai pendidikan seks yang dikatakan lebih memfokuskan
aspek reproduktif, perlindungan dan keselamatan fizikal (Tin, 2014). Ianya turut
diberi penambahan aspek dalam pendidikan seksual di mana pendidikan seksualiti
juga mengambil kira aspek agama, nilai dan budaya masyarakat Malaysia (Shariza,
2017).
Pendidikan seksualiti manusia adalah amat penting dan merupakan satu topik
yang kompleks (Hatta Sidi, Mohamed Hatta Shaharom & Ramli Hassan, 1999).
Namun begitu, pengetahuan dan penyelidikan mengenai seksualiti dalam kalangan
pelajar di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang rendah. Masih banyak kajian
diperlukan bagi menangani pelbagai persoalan yang berkaitan. Apabila anak-anak
meningkat remaja dan menuju ke arah kedewasaan, mereka semakin dipengaruhi
oleh rakan sebaya dan pengaruh keluarga menjadi semakin berkurangan (Whitehead,
2009). Ibu bapa memainkan peranan yang penting sebagai ejen dalam
menyampaikan maklumat kepada anak.

Menurut Jin, Chen dan Yu (2019), ibu bapa merupakan pengajar yang paling
berkesan di rumah di mana ibu bapa boleh mendidik anak-anak mereka tentang
keselamatan diri dengan mengajar mereka mengenali sentuhan selamat dan tidak
selamat. Setiap ibu bapa juga haruslah melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan
pendidikan seksual supaya mereka lebih bersedia dalam menjalankan tugas
mendidik. Terdapat lima komponen yang patut ibu bapa gunakan sebagai
pembelajaran asas bagi latihan mempertahankan diri kepada kanak-kanak iaitu
komponen perhubungan dalam keluarga, kesihatan emosi dan sosial, kesihatan
fizikal dan reproduktif, hubungan dengan orang luar dan keselamatan diri.

Walaupun kepentingan penglibatan ibu bapa telah dijelaskan, namun masih


terdapat segolongan besar ibu bapa yang tidak cenderung untuk mendidik anak-anak
mereka tentang pendidikan seksual di rumah. Kebanyakan golongan di Malaysia
masih melihat wanita yang sering menghadapi gangguan seksual sebagai pesalah
walaupun sudah jelas bahawa mereka merupakan mangsa dalam situasi itu
terutamanya dalam situasi yang mana kanak-kanak yang masih tidak mengenal erti
kata seksualiti menjadi mangsa. Bagi mengelakkan kes-kes seperti ini daripada terus
berlaku, ibu bapa perlu mengubah gaya fikiran yang hanya memandang negatif
terhadap perkataan “pendidikan seksual” dan seterusnya harus melihat subjek ini
sebagai pendidikan yang sangat wajar didedahkan kepada kanak-kanak sejak usia
yang muda demi keselamatan mereka sendiri.
Permasalahan Kajian

Di sekolah, pendidikan seksualiti dikenali sebagai Pendidikan Kesihatan Keluarga


(PKK) yang bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan
bertanggungjawab. Unsur-unsur PKK ini telah diajarkan di sekolah menengah
melalui subjek-subjek seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sains, Sains
Tambahan, Biologi, Moral dan Pendidikan Islam sejak perlaksanaan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah pada 1989. Untuk murid-murid Islam pula, aspek
kesihatan seksual dan reproduktif juga diajarkan melalui subjek Pendidikan Islam. Ia
merangkumi penerapan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik serta Fardhu Ain
(Low, 2009). Di sekolah rendah pula pendidikan seksualiti diperkenalkan pada 1994
(Jaafar, Siew Lee, & Mat Zin, 2012).

Kebanyakan kes penderaan seksual yang berlaku adalah dari kalangan


mereka yang rapat dan dikenali kanak-kanak, namun punca yang paling utama ialah
tiadanya pendedahan tentang penjagaan keselamatan diri kepada kanak-kanak.
Didapati, ibubapa merupakan pengajar keselamatan diri yang berkesan di rumah, di
mana anak- anak yang diajar oleh ibubapa menunjukkan peningkatan yang lebih
besar dalam mengenali sentuhan selamat dan tidak selamat serta penglibatan ibubapa
juga amat berkesan dalam penerapan kemahiran keselamatan diri (Prasitnok et al.,
2017).

Terkini, semakin ramai di kalangan kanak-kanak di negara kita yang didapati


dianiaya dari segi kesalahan seksual seperti pornografi, pangantunan (sexual
grooming) dan amang seksual (Norazla Abdul Wahab & Mohd Farok Mat Nor,
2018). Mengikut perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 13,272 kes
rogol atau 59.7% direkodkan bagi tempoh berkenaan, manakala cabul (6,014 kes
atau 27.04%), sumbang mahram (1,766 kes atau 8.07%) dan luar tabii (1,152 kes
atau 5.18%) (Online BH, 2017). Pada masa yang sama, negara juga sedang
menghadapi dilema sosial yang melibatkan peningkatan kes penderaan seksual di
kalangan kanak-kanak (Kili, 2017).

Pada 2006, Kerajaan Malaysia menyediakan Garis Panduan Pendidikan


Kebangsaan Seksualiti (GPPKS) (Jaafar, Siew Lee, & Mat Zin, 2012). Ia bertujuan
untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran bagi memenuhi keperluan fizikal,
pertukaran emosi serta mengekalkan perhubungan yang sihat dengan keluarga dan
ahli masyarakat yang lain. GPPKS juga bertujuan untuk mengelakkan 4M iaitu salah
maklumat (misinformation), salah faham konsep (misconception), salah laku
(misconduct) dan salah bimbing (misguided).

Walau bagaimanapun, GPPKS hanya merupakan satu garis panduan dan


bukan satu subjek yang diajar secara tersendiri. Pendidikan seksual di sekolah-
sekolah ini diajarkan merentas kurikulum dan dari segi perlaksanaannya, ia memiliki
kekangan-kekangannya yang tersendiri yang menjejaskan keberkesanan pendidikan
seks tersebut menggunakan kaedah berteraskan multimedia. Kajian ini bertujuan
untuk pendedahan pendidikan seksual dalam kefahaman bagi murid sekolah rendah,
khususnya murid itu sendiri serta ibubapa agar mereka dapat diperkasakan untuk
melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan seksual ini
sebaik mungkin.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah:

a) Mengenalpasti tahap pendedahan murid mengenai penganiayaan seksual


b) Mengenalpasti perbezaan tahap pendedahan berdasarkan tahun pembelajaran
dan jantina

Tinjauan Literatur

Pendedahan Seksual Di Malaysia

Kajian mengenai seksualiti di Malaysia, khususnya pengetahuan seksual mereka


mendapati bahawa pengetahuan seksual dalam kalangan remaja adalah rendah (Y, et
al., 2010). Abd Manaf, et al. (2013) pula mendapati bahawa tahap pengetahuan
seksualiti pelajar adalah sederhana. Dari segi sumber maklumat mengenai seksualiti,
sumber rujukan utama pelajar adalah kawan-kawan; televisyen/wayang dan internet
manakala pengalaman seksualiti mereka adalah dengan menonton filem atau video
lucah; keluar temujanji; dan, membaca bahan lucah (Abd Manaf, et al., 2013).
Kajian ke atas remaja yang hamil luar nikah pula mendapati bahawa mereka
mendapat maklumat mengenai seksualiti daripada kawan-kawan, teman
lelaki/perempuan, CD dan VCD, internet serta buku dan majalah (Jamaluddin, Abd
Manaf, Sayuti, Md Zain, & Ahmad, 2018). Ternyata bahawa tahap pendidikan
seksual dalam kalangan remaja perlu dipertingkatkan dan ia perlu dipertingkatkan
melalui sumber-sumber yang berautoritatif. Maka, usaha untuk memberikan
pendidikan seksual di sekolah dianggap dapat memenuhi kedua-dua objektif ini.
Namun, usaha untuk memberikan pendidikan seksual di sekolah bukanlah sesuatu
yang mudah. Usaha ini memiliki kekangan-kekangannya yang tersendiri.

Pemantauan oleh Kementerian Pendidikan mendapati bahawa para guru sama


ada malu untuk mengajar subjek ini atau tidak berkemahiran untuk mengajarkan
perkara yang sensitif ini (Low, 2009). Kajian juga mendapati bahawa guru-guru
belum bersedia untuk melaksanakan kurikulum baru itu (Ruskam, Kadir, Haiyon, &
Shamugam, 2012). Maka, untuk memastikan guru-guru menggunakan kaedah
pengajaran yang berkesan dalam pelaksanaannya, semua guru tersebut perlu diberi
kursus dan bukan terhad kepada panitia atau pentadbir sekolah sahaja (Mohd Yusof,
Razali, Rosman, & Mustafa, 2012).

Ihwani, et al. (2015) mengulas literatur terkini mengenai pendidikan seks di


sekolah dan peranan yang dimainkan oleh faktor-faktor sosial dalam tingkahlaku
seksual remaja. Kajian ini mendapati bahawa pendidikan seks yang diajarkan di
sekolah masih belum boleh dianggap berkesan. Selain daripada hakikat bahawa tiada
satu mata pelajaran khusus mengenainya (pendidikan seks diajar merentas
kurikulum), para guru juga didapati keberatan untuk mengajar topik berkaitan seks
kerana kurang bersedia dan tidak terlatih. Maka, institusi sosial yang lain dirasakan
perlu turut sama terlibat dalam memberi pendidikan seks kepada anak-anak.
Institusi-institusi sosial itu ialah keluarga; agama; rakan sebaya; dan, media.

Kajian ke atas para guru Pendidikan Islam juga mendapati bahawa mereka
perlu diberi latihan agar mereka faham peranan mereka dalam memberikan
pendidikan kesihatan seksual ini dan seterusnya dapat mengajar pendidikan seks
berdasarkan nilai-nilai agama (Ihwani, et al., Attititudes of Islamic Education
Teachers towards Sex Education, 2016) Kajian juga dibuat untuk melihat perspektif
guru-guru Malaysia mengenai kekangan mengajar pendidikan kesihatan seksual dan
reproduktif di sekolah menengah di Lembah Kelang, Malaysia dan didapati bahawa,
antara kekangannya ialah: (i) strategi mengajar dan kapasiti guru; (ii) kurang
kerjasama dari sekolah dan ibu bapa; (iii) sumber yang terhad; dan (iv) faktor para
pelajar itu sendiri (Akbari Kamrani & Syed Yahya, 2016).

Perspektif Ibubapa Tentang Pendidikan Seksual

Kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan seksual ini memainkan


peranan penting bagi mengelakkan kejadian kes-kes jenayah seksual berlaku kepada
kanak- kanak. Jenayah ini amat serius kerana melibatkan kesihatan mental dan
fizikal kanak- kanak. Oleh itu, perkara ini tidak boleh dipandang enteng oleh ibu
bapa. Sikap, kefahaman dan penglibatan ibu bapa dalam pendedahan kepada anak-
anak amat penting bagi mengelakkan kanak-kanak menjadi mangsa jenayah seksual
dalam diam.

Menurut Kee-Jiar dan Shih-Hui (2020), sikap ibu bapa terhadap pelaksanaan
pendidikan seksual memberikan impak yang besar kepada kesejahteraan anak-anak
mereka. Menurut kajian yang dijalankan oleh Zarina dan Azizah (2019), sejumlah 44
peserta (97.8%) bersetuju bahawa pendidikan seksualiti di kalangan kanak-kanak
prasekolah membantu mencegah kanak-kanak daripada penderaan seksual atau
tingkah laku jenayah yang berkaitan dengan seksualiti. Manakala 42 peserta (93.4%)
bersetuju bahawa kanak-kanak prasekolah perlu diajar secara lisan berkaitan dengan
bahagian tubuh badan seksual dan keperluan untuk menjaga alat sulit. Seramai 36
orang peserta (80%) bersetuju bahawa peranan ibu bapa adalah penting untuk
memastikan kejayaan pendidikan seksualiti untuk membantu sekolah.

Di Arab Saudi, kanak-kanak menyedari kekurangan kefahaman ibu bapa


mereka dalam topik pendidikan seksual dan berpendapat bahawa ibu bapa mereka
tidak bersedia untuk mengadakan perbincangan tentang isu tersebut dengan mereka.
Mereka juga bimbang akan potensi ibu bapa mereka memberi reaksi negatif
sekiranya mereka bertanya tentang isu pendidikan seksual yang berpunca daripada
kekurangan kefahaman mereka terhadap topik tersebut (Othman et al., 2021). Di
Jordan, kanak- kanak yang melaporkan bahawa mereka mendapatkan maklumat
tentang isu HIV daripada ibu bapa mereka mempunyai tahap kefahaman yang lebih
rendah dalam isu tersebut berbanding mereka yang mendapatkan maklumat tersebut
daripada bahan bacaan dan guru-guru (Al-Khasawneh, 2013).

Sementara itu, di Korea Selatan, bilangan ibu bapa yang tidak pernah
memberi didikan seksual kepada anak-anak mereka sebanyak (59.9%) melebihi
mereka yang pernah memberi didikan seksual (40.1%). Apabila kanak-kanak ditanya
soalan berkaitan seksual, 35.5% daripada mereka menjawab bahawa ibu bapa
mereka akan mendidik mereka dengan terperinci tentang topik tersebut diikuti
dengan 33.3% yang menjawab bahawa ibu bapa mereka akan mengajar perkara asas
tentang topik tersebut dan 8.3% berkata bahawa ibu bapa akan berkata bahawa
mereka akan belajar tentang topik tersebut secara semula jadi ketika mereka
membesar (Shin, Lee & Min, 2019).

Di Australia, daripada 342 orang ibu bapa, 71% daripada jumlah tersebut
menyatakan bahawa pendidikan seksual merupakan topik yang penting bagi kanak-
kanak. Hanya 13.5% yang menyatakan bahawa topik tersebut tidak relevan dengan
umur mereka manakala 15.5% tidak mempunyai pandangan yang tetap terhadap isu
tersebut (Robinson et al., 2017). Di United Kingdom pula, seramai 95% ibu bapa
berpendapat bahawa perbincangan tentang kontrasepsi merupakan agenda yang
penting, namun hanya 58% daripada responden tersebut telah benar-benar
melakukan perkara tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan ibu
bapa mempunyai pendapat yang cenderung ke arah memberikan pendidikan seksual
kepada anak-anak mereka, mereka tidak semestinya mempraktikkan pendapat
mereka tersebut (Stone & Ingham, 2002).

Hal ini juga menjadi isu bagi kebanyakan ibu bapa di Namibia yang tidak
mengambil bahagian dalam perbincangan seksual dengan anak-anak mereka kerana
mereka berpendapat bahawa diri mereka sendiri tidak mempunyai ilmu yang cukup
dalam topik tersebut bagi mendidik anak-anak mereka tentang pendidikan seksual.
Kebanyakan ibu bapa tidak bercerita dengan terbuka kepada anak-anak mereka
tentang pendidikan seksual. Apabila subjek tersebut disentuh, ibu bapa akan
memberikan jawapan kepada persoalan mereka tanpa penjelasan yang lengkap. Hal
ini kerana topik seksualiti ini merupakan topik yang sangat sensitif dan dianggap
oleh ramai sebagai topik yang mempunyai pelbagai pantang larang dan dosa.
Oleh itu, ramai ibu bapa berasa tidak cekap dan tidak bersedia sama ada dari
segi ilmu pengetahuan, emosi atau kedua-duanya bagi mendidik anak-anak mereka
tentang perkembangan seksual, hubungan seksual dan kesihatan reproduktif dengan
segala implikasi dan akibat fisiologi, fizikal dan etika yang dibawanya (Lukolo &
van Dyk, 2015).

Children’s Knowledge of Abuse Questionnaire (CKAQ)

Tutty (1997) telah melakukan kajian terhadap 231 kanak-kanak yang berada di
sekolah rendah di antara Gred 1 dan Gred 6 menggunakan inventori Children’s
Knowledge of Abuse Questionnaire (CKAQ) yang dibentuk oleh beliau pada tahun
1996. Beliau mendapati tahap pengetahuan kanak-kanak mengenai sentuhan yang
selamat dan tidak selamat berbeza berdasarkan gred pembelajaran. Kanak-kanak
yang lebih kecil didapati kurang memahami konsep-konsep sentuhan tersebut
berbanding kanak-kanak yang lebih berusia. Beliau mendapati dalam dapatan pra-
kajian, kanak-kanak Gred 1 hanya memperolehi purata skor sebanyak 22.6 (atau 68.5
peratus jawapan yang betul) berbanding kanak-kanak Gred 4 (87.3 peratus betul),
Gred 5 (91.5 peratus betul) dan Gred 6 (92.0 peratus betul).

Dapatan pasca kajian beliau pula mendapati terdapat peningkatan purata skor
untuk setiap gred selepas mereka menghadiri program pencegahan penganiayaan
seksual kanak-kanak. Sementara itu, Ghetti, Goodman, Eisen, Qin dan Davis (2002)
telah menemubual 222 kanak-kanak berumur antara 3 hingga 16 tahun yang pernah
mengalami penderaan fizikal dan seksual. Mereka mendapati kanak-kanak yang
lebih berusia adalah lebih konsisten dalam melaporkan penderaan fizikal dan
seksual. Walau bagaimanapun, kajian Gallagher, Bradford dan Pease (2002) di
United Kingdom mendapati tiada hubungan di antara umur kanak-kanak dengan
kecenderungan melaporkan kes penderaan.

Kajian mereka tidak membuktikan andaian bahawa semakin meningkatnya


usia seorang kanak- kanak, semakin tinggi kebarangkalian kanak-kanak berkenaan
melaporkan kes kejadian. Salah satu penjelasan Gallagher berkenaan keputusan di
atas adalah kanak-kanak yang lebih tinggi usia mereka mungkin memendamkan
masalah masing-masing dan mengambil keputusan tidak melaporkan penganiayaan.
Manakala kanak-kanak yang lebih muda pula mungkin tersilap membuat intepretasi
tentang soalan-soalan penyelidikan yang dikemukakan sehingga terjadi “over-
reporting”. Menurut Saito (2000), umur kanak-kanak yang paling berisiko
menghadapi penganiayaan seksual adalah antara 4 tahun hingga 12 tahun.

Tambah beliau, tempoh umur 4 tahun hingga 9 tahun adalah tempoh paling
kerap berlakunya kes penganiayaan. Manakala menurut Capital Area Human
Services District, 25 hingga 35 peratus daripada kes penganiayaan seksual kanak-
kanak berlaku ke atas kanak-kanak di bawah umur 7 tahun. Sementara itu terdapat
kajian yang mendapati risiko penganiayaan kanak-kanak secara seksual meningkat
dengan peningkatan umur kanak-kanak (Putnam, 2003). Di Amerika Syarikat, data
pada tahun 1996 menunjukkan bahawa hampir 10 peratus mangsa penganiayaan
terdiri daripada kanak-kanak yang berumur di antara 0 hingga 3 tahun, manakala di
kalangan kanak-kanak yang berada pada peringkat umur 4 hingga 7 tahun,
peratusannya meningkat hampir tiga kali ganda iaitu 28.4%.

Kes kanak-kanak yang berumur 8 hingga 11 tahun meliputi 25.5 peratus


sementara kes kanak-kanak 12 tahun ke atas meliputi 35.9 peratus kes. Namun
begitu, satu peringatan yang perlu diambil ialah kemungkinan terjadinya korelasi
peningkatan kes dengan peningkatan umur adalah disebabkan keupayaan kanak-
kanak yang lebih berusia untuk memahami salah laku yang dialami dan melaporkan
kepada orang lain. Umur merupakan faktor risiko bagi penganiyaan seksual kanak-
kanak dan operasinya adalah berbeza di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan di
mana kanak-kanak perempuan berisiko untuk menghadapi penganiayaan lebih awal
dan tempoh penganiayaan yang dihadapi kanak-kanak perempuan adalah lebih lama
berbanding kanak-kanak lelaki (Putnam, 2003).

Oleh itu, umur kanak-kanak adalah isu penting dalam kaitannya dengan
penganiayaan kanak- kanak. Satu kepentingan umur kanak-kanak ialah mengenai
aspek pemahaman mereka terhadap perbuatan yang bersifat penganiayaan seksual
yang boleh mendorong mereka untuk melaporkan perbuatan tersebut. Selain itu,
faktor umur juga mungkin menjadi faktor mengapa pendera memilih kanak-kanak
yang lebih muda. Ini kerana mangsa mungkin lebih lemah serta lebih mudah diugut
atau dipujuk.

Pengaruh Jantina Dalam Penganiayaan Seksual

Dalam kes penganiayaan seksual, kanak-kanak perempuan mempunyai risiko yang


lebih tinggi untuk didera iaitu 2.5 hingga 3 kali ganda berbanding kanak-kanak lelaki
(Putnam, 2003; Kassim & Kasim, 1995). Kanak-kanak lelaki tidak banyak yang
melaporkan mengenai penganiayaan yang dialami mungkin kerana keengganan
mereka untuk membawa penganiayaan yang dilakukan ke muka pengadilan. Selain
itu, sesetengah mereka mungkin menjadi devian dan terlibat dalam salah laku dan
penyalahgunaan bahan sehingga menyebabkan sukar untuk mendapat maklumat
mengenai penganiayaan yang terjadi ke atas diri mereka (Putnam, 2003).

Selain itu, kajian penderaan dan pengabaian kanak-kanak di Kanada pada


tahun 1998 ke atas mangsa penganiayaan seksual kanak-kanak bawah 16 tahun,
mendapati 69 peratus daripadanya adalah kanak-kanak perempuan (Wilken, 2002).
Kajian Gallagher dan rakan-rakan (2002) ke atas 2420 kanak- kanak yang berusia di
antara 9 hingga 16 tahun pula mendapati, kanak-kanak perempuan adalah lebih
cenderung melaporkan insiden ancaman seksual berbanding kanak-kanak lelaki
dengan perbezaan sebanyak 6 peratus.

Laporan Wilken (2002) mendapati mangsa perempuan lebih kerap dicabul


(fondled) berbanding mangsa lelaki. Tambah Wilken lagi, mangsa lelaki dan
keluarganya biasanya akan cuba meminimumkan kesan penderaan yang berlaku.
Malah, mangsa lelaki kurang menganggap pengalaman seksual pada zaman kanak-
kanak mereka adalah suatu penganiayaan seksual berbanding mangsa perempuan.
Hal ini mencerminkan kemungkinan wujud kefahaman yang berbeza tentang jenis-
jenis tindakan yang boleh disifatkan sebagai penganiayaan seksual antara kanak-
kanak lelaki dan perempuan.

Tutty (1995, 1997) telah menjalankan dua kajian untuk menguji perbezaan
pengetahuan kanak-kanak lelaki dan perempuan menggunakan inventori Children’s
Knowledge of Abuse Questionnaire (CKAQ) yang telah dibentuk oleh beliau untuk
mengukur keberkesanan program pencegahan penganiayaan seksual. Di dalam
kedua-dua kajian tersebut, beliau mendapati jantina bukanlah faktor yang signifikan
dalam menentukan perbezaan tahap pengetahuan kanak-kanak mengenai
penganiayaan seksual.

Metadologi Kajian

Kajian ini adalah satu kajian penerokaan (exploratory study) berbentuk kuantitatif
dengan menggunakan kaedah tinjauan. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah
rendah di Segamat, Johor. Responden kajian ini terdiri daripada murid-murid Tahun
Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam. Seramai 239 murid telah telah terlibat di
dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 75 murid adalah daripada Tahun
Empat, 85 murid adalah daripada Tahun Lima dan 79 murid adalah daripada Tahun
Enam (rujuk Jadual 1).

Pengkaji telah menggunakan borang soal selidik yang mengandungi


Bahagian A, B dan C. Bahagian A mengandungi soalan yang menanyakan maklumat
demografi responden iaitu tahun, jantina dan ahli keluarga yang tinggal bersama
responden. Bahagian B mengandungi inventori “Children’s Knowledge of Abuse”
(CKAQ-Revision III) oleh Tutty (1996) yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu.
Bahagian ini mengandungi 33 soalan mengenai sentuhan yang baik (“appropriate
touch”) dan sentuhan yang tidak baik (“inappropriate touch”).

Penterjemahan semula (back translation) inventori ini juga telah dilakukan.


Bahagian C mengandungi satu set soalan berkenaan pihak-pihak yang selalunya
dirujuk oleh kanak-kanak sekiranya mereka memerlukan pertolongan. Pengkaji
merasakan soalan ini penting untuk melihat pandangan kanak-kanak mengenai orang
yang dapat membantu mereka terutamanya di waktu berlakunya penganiayaan.

Jadual 1: Bilangan responden mengikut Tahun

Tahun Bilangan murid Peratusan (%)


Tahun 75 31.4 %
Empat
Tahun Lima 85 35.6 %
Tahun Enam 79 33.0 %
Jumlah 239 100.0 %
Hasil Analisis Kajian

Pendedahan Mengenai Penganiayaan Seksual

Jadual 2 menunjukkan skor pendedahan responden mengenai penganiayaan seksual


berdasarkan demografi. Pengkaji mendapati responden Tahun Empat mempunyai
purata skor pendedahan sebanyak 19.24 atau 58.31 peratus jawapan yang betul.
Responden Tahun Lima mempunyai purata skor pendedahan sebanyak 19.81 (60.04
peratus jawapan betul) manakala responden Tahun Enam mempunyai min skor
pendedahan sebanyak 20.61 (62.44 peratus jawapan betul).

Responden lelaki mempunyai purata skor pendedahan sebanyak 20.09 (60.89


peratus jawapan betul). Manakala responden perempuan mempunyai purata skor
sebanyak 19.79 (59.97 peratus jawapan betul). Secara keseluruhan, purata skor
keseluruhan responden yang menjawab soal selidik terjemahan CKAQ-Revision III
dengan lengkap ialah 19.90 atau 60.31 peratus jawapan yang betul. Ini menunjukkan
secara keseluruhan purata skor pendedahan responden mengenai penganiayaan
seksual berada dalam lingkungan 60 peratus.

Perbezaan Pendedahan Berdasarkan Tahun Pembelajaran

Ujian Analisis Varians Sehala (one-way ANOVA) telah dijalankan untuk


mengenalpasti sama ada wujud perbezaan pendedahan mengenai pendedahan seksual
yang signifikan berdasarkan tahun pembelajaran (rujuk jadual 3). Hasil ujian
mendapati tidak terdapat perbezaan pendedahan yang signifikan berdasarkan tahun
pembelajaran (F(2,224) = 2.15, p >.05).

Jadual 2: Skor Pendedahan Responden Mengenai Penganiayaan Seksual


Berdasarkan Demografi

Demog. Frekuensi Purata % Frekuensi Purata Skor %


Skor betul Demog. betul
Tahun 4 70 19.24 58.31 Lelaki 89 20.09 60.89
Tahun 5 81 19.81 60.04 Peremp 138 19.79 59.97
.
Tahun 6 76 20.61 62.44
Keseluruhan 227 19.90 60.31
Jadual 3: Pendedahan dan Tahun Pembelajaran

Tahun Frekuensi Purata Sisihan F p


Pembelajaran
Piawai

Tahun Empat 70 18.74 4.02 2.15 .12


Tahun Lima 81 19.10 3.99
Tahun Enam 76 19.76 3.67

Walau bagaimanapun, apabila data dianalisis berdasarkan subskala


“Inappropriate Touch” dan “Appropriate Touch”, didapati terdapat perbezaan purata
skor untuk subskala “Inappropriate Touch” yang signifikan berdasarkan tahun
pembelajaran (rujuk jadual 4). Didapati nilai F(2,226) = 6.52 (p <.01). Analisis Post-
Hoc mendapati Tahun Empat dan Tahun Enam adalah berbeza secara signifikan (p =
.001) di mana responden Tahun Empat mempunyai purata skor yang lebih rendah
yang signifikan berbanding Tahun Enam.

Jadual 4: Subskala “Inappropriate Touch” dan Tahun Pembelajaran

Subskala “Inappropriate Touch” dan Tahun Pembelajaran

Tahun Sisihan
Frekuensi Purata F p
Pembelajaran Piawai
Tahun Empat 70 13.77 3.41 6.52 .002*
Tahun Lima 82 14.54 3.30
Tahun Enam 77 15.71 3.19
*p<.01

Perbezaan Pendedahan Berdasarkan Jantina

Ujian-t telah digunakan untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan pendedahan
mengenai penganiayaan seksual yang signifikan berdasarkan jantina (rujuk jadual 5).
Hasil ujian mendapati tidak terdapat perbezaan purata skor pendedahan antara
responden lelaki dan perempuan (t(218) = .54, p >.05).
Jadual 5: Pendedahan dan Jantina

Sisihan Piawai
Jantina Frekuensi Purata t p
Lelaki 86 20.09 4.03 .54 .59
Perempuan 134 19.79 4.03

Namun begitu, analisis mengikut subskala “Appropriate Touch”


menunjukkan terdapat perbezaan purata skor pendedahan yang signifikan
berdasarkan jantina (t(225)= 3.02, p<.01). Didapati purata skor responden lelaki
lebih tinggi berbanding perempuan (rujuk jadual 6).

Jadual 6: Subskala “Appropriate Touch” dan Jantina

Sisihan
Jantina Frekuensi Purata t p
Piawai
Lelaki 89 5.07 1.64 .3.02 ..003*
Perempuan 138 4.97 1.84
*p <.01

Perbincangan

Pihak-pihak bertanggungjawab seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan


Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Kesihatan dan sekolah boleh digerakkan untuk
memastikan ibu bapa berupaya untuk berinteraksi dengan anak-anak dengan lebih
selesa berkaitan isu seksual. Kecenderungan yang berlaku dalam keluarga untuk
mendiamkan diri tentang isu seks perlu diperbaiki bagi membolehkan anak-anak
tidak merasa takut atau malu mengemukakan soalan atau kebimbangan tentang aspek
berkait seksualiti. Ramai ibu bapa yang keberatan untuk memperkatakan mengenai
seksualiti dengan anak-anak mereka kerana malu.

Maka mereka mahu sekolah yang membangunkan kurikulum yang lengkap


mengenai pendidikan seksual dan mengajarkannya kepada anak-anak (Makol-Abdul,
Nurullah, Imam, & Abd. Rahman, 2009). Namun, dari perspektif Islam, ibu bapalah
yang bertanggunjawab untuk memberikan pendidikan seksual ini kepada anak-anak.
Tambah pula kajian menunjukkan bahawa remaja seringkali mendapatkan maklumat
tentang seks dari kawan-kawan dan internet yang mungkin memberikan maklumat
yang salah. Oleh itu, ibu bapa perlu berperanan dalam hal ini agar anak-anak mereka
tidak mendapat maklumat yang salah tentang seksualiti (Jamaluddin, Abd Manaf,
Sayuti, Md Zain, & Ahmad, 2018).

Apatah lagi apabila ada kajian yang mendapati bahawa pendidikan seksual
di sekolah tidak berkesan dan mencadangkan agar ibu bapa dilibatkan dalam proses
memberi pendidikan seksual kepada anak-anak dengan mewujudkan kerjasama
antara ibu bapa dan sekolah untuk tujuan ini (Ihwani, Muhtar, Musa, Ab Rahim, &
Rashed, Sex Education Beyond School: Implications for Practice and Research,
2015). Maka, untuk meningkatkan peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan
seksual kepada anak-anak mereka, berikut adalah beberapa cadangan. Pertama, perlu
ada usaha untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa mengenai tanggungjawab ini.

Ibu bapa perlu disedarkan bahawa memberikan pendidikan seksual kepada


anak-anak adalah tanggungjawab mereka dan bukannya tanggungjawab guru atau
ustaz dan ustazah serta pihak sekolah. Dengan meningkatnya kesedaran, ibu bapa
akan berusaha untuk mencari ilmu ini bagi membolehkan mereka melaksanakan
tanggungjawab ini dengan baik. Kedua, perlu ada usaha untuk meringkas,
memperbanyak dan mempelbagaikan bahan mengenai intipati pendidikan seks
menurut Islam untuk kegunaan ibu bapa. Karya Abdullah Nasih Ulwan, walaupun
telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, merupakan sebuah kitab yang tebal
mengandungi dua jilid.

Tajuk “Tanggungjawab Pendidikan Seks” merupakan Fasal 7 buku ini yang


berada di Jilid 2 yang merangkumi 132 mukasurat. Melihat kepada kandungan dan
bahasanya, ia bukanlah bahan bacaan umum. Maka, kandungan Fasal 7 ini perlu
diringkaskan menjadi buku bacaan umum agar lebih mudah dibaca dan difahami
oleh orang awam. Buku ringkas ini pula perlu diperbanyakkan dan disebarkan secara
meluas untuk kegunaan semua keluarga Muslim di Malaysia. Selari dengan
perkembangan ICT, intipati pendidikan seksual ini juga boleh dipersembahkan
dalam bentuk-bentuk lain seperti audio dan video untuk manfaat semua pihak.

Ketiga, perlu ada usaha untuk memperkasa ibu bapa untuk melaksanakan
tanggungjawab ini. Selain menyediakan bahan bacaan, usaha memperkasa ibu bapa
dalam hal ini adalah penting agar mereka tahu tanggungjawab mereka; mereka tahu
intipati pendidikan seksual dalam Islam; dan, mereka tahu bagaimana untuk
menyampaikan pendidikan seksual ini kepada anak-anak mereka. Walaupun terdapat
pelbagai kaedah dalam mendidik anak-anak, namun masih terdapat juga ibu bapa di
Malaysia yang masih tidak selesa untuk mendidik anak-anak mereka sendiri tentang
pendidikan seksual di rumah.

Berdasarkan pandangan responden, salah satu faktor utama yang


menyebabkan ibu bapa tidak selesa untuk mendidik anak-anak mereka tentang
pendidikan seksual di rumah ialah ibu bapa tiada keyakinan untuk mendedahkan isu
seksual ini kepada anak-anak kecil mereka. Hal ini demikian kerana mungkin
sesetengah ibu bapa tiada ilmu berkaitan pendidikan seksual ini dan khuatir mereka
mendidik anak mereka dengan cara yang salah. Sehubungan dengan itu, antara
cadangan untuk meningkatkan kesedaran tentang pendidikan awal seksual kanak-
kanak dalam kalangan ibu bapa yang diberikan oleh responden ialah pihak
kementerian dan organisasi bukan kerajaan perlulah memainkan peranan mereka
dalam isu pendidikan seksual ini.

Contohnya dengan melakukan kempen dan menerangkan erti pendidikan


seksual kepada kanak-kanak serta menyediakan alat bantu untuk mengajar/kit
mengajar. Bukan itu sahaja, segelintir responden pula mencadangkan bahawa cara
yang berkesan untuk meningkatkan kesedaran ialah dengan menggunakan media
sosial dan multimedia kerana berpendapat kanak-kanak generasi zaman sekarang
lebih terdedah kepada media sosial dan lebih mahir dalam teknologi. Contohnya,
memaparkan jumlah kes gangguan seksual kanak- kanak, memaparkan iklan dan
mengajar tentang pendidikan seksual secara digital.

Kesimpulan

Seksualiti dalam kalangan murid sekolah merupakan satu isu yang kompleks.
Pengetahuan, sumber rujukan dan pengalaman pelajar tentang seksualiti dalam
kajian ini sedikit sebanyak menggambarkan satu keperluan yang mendesak untuk
semua pihak menangani permasalahan yang berlaku. Ia perlu diberi penekanan
segera agar tidak menjadi semakin parah sekaligus menjadi barah dalam masyarakat
di negara ini. Pelbagai usaha dan tindakan yang sewajarnya perlu diperkemas dan
diperkasa dalam menangani isu seksualiti ini bagi menjamin kesejahteraan keluarga
dan keharmonian masyarakat dapat dipelihara.
Jika tidak diendahkan, tidak mustahil ia akan merebak dan membawa kepada
berlakunya pelbagai masalah sosial yang akhirnya mungkin akan menjejaskan
pembangunan negara. Oleh itu, program-program yang dilaksanakan oleh pelbagai
pihak perlu menumpukan bukan sahaja kepada anak-anak tetapi juga perlukan
penglibatan aktif daripada keluarga. Penggembelengan usaha pelbagai pihak ini juga
boleh mengatasi masalah sesuatu pihak hanya menyerahkan tugas pendedahan isu
seksualiti ini kepada pihak lain. Contohnya ibu bapa menyerahkan tugas tersebut
kepada guru agama atau guru sekolah. Jurang komunikasi di antara ibu bapa dan
anak-anak dalam hal ini perlu diperbaiki selaras dengan salah satu alasan rasional
pembentukan Dasar Keluarga Negara iaitu untuk merapatkan jurang generasi.

Khidmat nasihat dan penerapan kemahiran asertif perlu diperkasa secara


berterusan kepada anak-anak remaja agar mereka mampu mengelak dan menjauhi
ajakan mahupun perbuatan yang tidak bermanfaat temasuk hubungan seksual oleh
rakan sebaya. Berdasarkan situasi tersebut, pengkaji mencadangkan agar pemdidikan
kesihatan reproduktif perlu diperkenalkan dan didedahkan kepada pelajar di semua
peringkat. Pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk memberikan pendedahan
tersebut perlulah sesuai, kreatif dan melibatkan pelbagai pihak bagi menarik minat
para murid memperolehi pengetahuan tesebut.

Kesibukan ibu bapa mencari nafkah hidup berkemungkinan menyebabkan


ibu bapa kurang memberi perhatian kepada laman-laman web yang dilayari oleh
anak-anak. Keadaan mungkin disulitkan lagi dengan peningkatan jumlah pusat-pusat
video atau pusat komputer yang memberi ruang kepada pelajar-pelajar menyaksikan
video lucah tanpa sekatan. Oleh itu, kawalan ke atas penggunaan internet dan video
perlu dipertingkatkan bukan sahaja dalam kalangan ibu bapa malahan pihak berkuasa
bagi memastikan para pelajar tidak dengan mudah boleh memperolehi sumber-
sumber tersebut.

Justeru, usaha dan tindakan yang padu dan jitu perlu disusun, diperkemas
dan diperkasa dalam menangani isu seks dalam kalangan pelajar sekolah ini. Sudah
tiba masanya pendidikan seks diperkenalkan di peringkat sekolah yang mana
mekanismenya perlu disesuaikan dan diperhalusi agar tidak menyentuh mahupun
menyinggung sensitiviti agama, bangsa dan kaum demi menjamin kesejahteraan dan
keharmonian masyarakat dan negara.
Rujukan

Al-Khasawneh, E. M., Ismayilova, L., Seshan, V., Hmoud, O., & El-Bassel, N.
(2013). Predictors of human immunodeficiency virus knowledge among
Jordanian youths. Sultan Qaboos University Medical Journal, 13(2), 232.
Akbari Kamrani, M., & Syed Yahya, S. (2016). Bringing X, Y, Z Generations
Together to Facilitate School-Based Sexual and Reproductive Health. Global
Jurnal of Health Science, 8(9), 132-138.
Ang, C. T. (2014). Pembinaan modul pendidikan seksualiti masalah pembelajaran
peringkat menengah: Satu kajian berdasarkan analisis keperluan. (Doctoral
dissertation, Universiti Sains Malaysia).
Bagley, C. 2000. Child sexual abuse. Dalam Martin D. (Ed), The Blackwell
Encyclopaedia of Social Work (pp. 58-60). Oxford: Blackwell Publishers Inc
Capital Area Human Services District. tidak bertarikh. Taking a closer look at
substance abuse, domestic violences & child sexual abuse. Baton Rouge, LA:
Department of Health and Hospitals/Bureau of Communications & Inquiry
Services. Diperolehi daripada http://www.dhh.state.la.us/
offices/publications/pubs-87/599_ ABUSE.pdf.
Child abductions raise concerns. 2010, Januari 17. New Straits Times. Diperolehi
daripada http://www.nst.com.my/Current_News/NST/
articles/20100117075800/Article
Dewan Rakyat: Sebanyak 9,575 Kes Rogol Bawah Umur Direkod Sejak 2005
Hingga 2010. Bernama. Diperolehi daripada http://web6.bernama.
com/bernama/v3/bm//news_lite.php?id=570803
Finkelhor, D., Asdigian, N., & Dziuba-Leatherman, J. 1995. Victimization
prevention programs for children: a follow up. American Journal of Public
Health, 85(12), 1684-1689.
Gallagher, B., Bradford, M. & Pease, K. 2002. The sexual abuse of children by
strangers: Its extent, nature and victims’ characteristics. Children & Society,
16, ms. 346-359.
Ghetti, S., Goodman, G. S., Eisen, M. L., Qin, J. & Davis, S. L. 2002. Consistency in
children’s reports of sexual and physical abuse. Child Abuse & Neglect, 26,
ms. 977-995.
Ihwani, S., Muhtar, A., Musa, N., Ab Rahim, N., & Rashed, Z. (2015). Sex
Education Beyond School: Implications for Practice and Research. Journal of
Advanced Review on Scientific Research, 14(1), 12-16.
Ihwani, S., Muhtar, A., Musa, N., Rashed, Z., Tamuri, A., & Hamzah, M. (2016).
Attititudes of Islamic Education Teachers towards Sex Education. Tinta
Artikulasi Membina Ummah, 2(1), 124-133.
Jaafar, A., Siew Lee, C., & Mat Zin, N. (2012, June). Pembangunan dan Penilaian
Kepenggunaaan Perisian Kursus Pendidikan Seksualiti Malaysia. Asia-
Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 1(1), 1-20.
Jamaluddin, Z., Abd Manaf, A., Sayuti, R., Md Zain, R., & Ahmad, A. (2018, Nov
23). Sexuality and Sources of Information: A study of Unwed Teenage
Mother's in Women's Shelter in Malaysia. International Journal of Academic
Research in Business & Social Sciences, 8(11), 67-75.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. tidak bertarikh. Penganiayaan kanak-kanak
mengikut jenis penderaan.
Jin, Y., Chen, J., & Yu, B. (2019). Parental practice of child sexual abuse prevention
education in China: Does it have an influence on child's outcome? Children
and Youth Services Review, 96, 64-69.
Kee-Jiar, Y., & Shih-Hui, L. (2020). A Systematic Review of Parental Attitude and
Preferences towards Implementation of Sexuality Education. International
Journal of Evaluation and Research in Education, 9(4), 971-978.
Khadijah, S. (2018, March 2). Retrieved january 2020, from islamika.com.my:
http://islamika.com.my/2018/03/02/dr-abdullah-nasih-ulwan-1928-1987/
Low, W. Y. (2009). Malaysian Youth Sexuality: Issues and Challenges. JUMMEC,
12(1), 3- 14.
Lukolo, L. N., & van Dyk, A. (2015). Parents’ participation in the sexuality
education of their children in rural Namibia: a situational analysis. Global
Journal of Health Science, 7(1), 35.
Kassim, K., & Kasim, M. S. 1995. Child sexual abuse: Psychological aspects of 101
cases seen in an urban Malaysian settings. Child Abuse & Neglect, 19(17),
793-799.
Mohd Yusof, F., Razali, K., Rosman, A. S., & Mustafa, Z. (2012). Pelaksanaan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seksualiti dan Kekeluargaan Merentasi
Kurikulum Sekolah Menengah: Satu Analisis. Prosiding Seminar
Antarabangsa Perguruan & Pendidikan Islam: Pengajaran dan Pembelajaran
Realistik Dalam Pendidikan islam - Penerokaan Terhadap Kandungan &
Kaedah (pp. 601-608). Bandar Seri Begawan: Psat Penerbitan Kolej
Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Ruskam, A., Kadir, A., Haiyon, S., & Shamugam, M. (2012). Pandangan guru
Sekolah Menengah terhadap cadangan pelaksanaan pendidikan seks di
peringkat sekolah. Prosiding Seminar Antarabangsa Perguruan dan
Pendidikan Islam (SEAPPI2012), (pp. 569-574).
Nazura Ngah, Hazwan Faisal Mohamad & Fahmy Azril Rosli. (2017, Julai 27).
13,272 Kes rogol kanak-kanak dilaporkan. Berita Harian. Dicapai daripada
https://www.bharian.com.my/
Othman, A., Abuidhail, J., Shaheen, A., Langer, A., & Gausman, J. (2021). Parents’
perspectives towards sexual and reproductive health and rights education
among adolescents in Jordan: content, timing and preferred sources of
information. Sex Education, 1-12.
Over 700 child rape cases last year. 2004, Mac 26. New Straits Times, ms. 15.
Putnam, F. W. 2003. Ten-year research update review: child sexual abuse.
Journal of the American Academy of Child & Adolescent Psychiatry.42(3),
ms. 269-278.
Saito, S 2000. Child abuse (Chinese version). Taipei: Linyu. (original published in
Japan by Kodansha Ltd).
Robinson, K. H., Smith, E., & Davies, C. (2017). Responsibilities, tensions and ways
forward: parents’ perspectives on children’s sexuality education. Sex
Education, 17(3), 333-347.
Shin, H., Lee, J. M., & Min, J. Y. (2019). Sexual knowledge, sexual attitudes, and
perceptions and actualities of sex education among elementary school
parents. Child Health Nursing Research, 25(3), 312.
Stone, N., & Ingham, R. (2002). Factors affecting British teenagers' contraceptive
use at first intercourse: The importance of partner communication.
Perspectives on sexual and reproductive health, 191-197.
Tutty, L.M. 1995. The revised Children’s Knowledge of Abuse Questionnaire:
development of a measure of children’s understanding of sexual abuse
prevention concepts. Social Work Research, 19(2), ms. 112-118.
Tutty, L.M. 1996. Children’s Knowledge of Abuse Questionnaire – Revision III.
Tutty, L.M. 1997. Child sexual abuse preventions programs: evaluating “who do you
tell.” Child Abuse & Neglect: The International Journal, 21(9), ms. 869-881.
Wazakili, M. (2010). Sexuallity Education in HIV and AIDS Prevention: The case of
disabled young people in Nyanga, South Africa.
Yunus, N. K. M., Yazid, Z. N. A., Abd Aziz, N. N., Ali, R., & Ahmad, S. H. (2018).
Influences of paedophilic and family environmental factors on paedophilia: A
preliminary study. In Proceeding–6 th Putrajaya International Conference on
Children, Women, Elderly and People with Disabilities (PICCWED 6) (pp.
63-69).
Zarina Eshak, & Azizah Zain (2019). The Importance of Sexuality Education to
Preschool Children in Malaysia. In 13th ICLEHI 2019 Osaka Conference
058-049 Dicapai daripada https://icsai.org/procarch/13iclehi2icolet/13iclehi-
058-049.pdf
Wilken, T. R. 2002. Adult survivors of child sexual abuse. Ottawa: National
Clearinghouse on Family Violence.

You might also like