You are on page 1of 8

Topik : Masa Dan Waktu Standard Kandungan : 5.

1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit Standard Pembelajaran: 5.1.1 Menyatakan setengah dan suku berdasarkan muka jam Tahun : Harapan Gemilang 2 LANGKAH ASSURE A- Analyze learner (Analisis ciri-ciri pelajar) Ciri umum : i) Umur - Murid-murid berumur lingkungan 10 tahun ke 12 tahun ii)Tahun - Harapan Gemilang 2 iii) Aliran -Pendidikan Khas iv)Jantina -Terdiri daripada 1 murid perempuan dan 6 murid lelaki v)Petempatan/kawasan -Semua murid merupakan penduduk pinggir bandar vi)Budaya -Semua murid berbangsa melayu dan beragama Islam Pengetahuan sedia ada : i) Murid menguasai kemahiran penambahan nombor ii) Murid dapat menyatakan sifir 5 iii) Murid pernah didedahkan bahawa ukuran masa diukur dengan menggunakan jam Gaya pembelajaran i) Gaya pembelajaran visual - Murid menjalani pembelajaran

HURAIAN LANGKAH

melalui penglihatan bahan-bahan ii) Gaya pembelajaran auditori - Murid menjalani pembelajaran S- State objectives (Menyatakan objektif) melalui pendengaran Pada akhir pembelajaran murid dapat : i) Menyatakan setengah dan suku berdasarkan muka jam dengan tepat sekurang-kurangnya 4 daripada lima soalan yang terdapat pada slide power point ii)Mewarnakan kawasan setengah dan suku pada gambar muka jam dengan tepat yang diberikan di dalam lembaran kerja dan berjaya menjawab 8 daripada 10 soalan secara S- Select Methods, Media & Meterials (Memilih Kaedah, Media & bahan) Penyelesaian masalah -Kaedah penyelesaian masalah menggalakkan murid berfikir dan peka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran Media : i) Media pameran : Model jam -Media pengajaran berupa model jam ini digunakan sebagai aktiviti hands-on. Murid akan lebih memahami konsep setengah dan suku dalam masa sekiranya dapat menerokainya dengan bahan konkrit. iii) Tayang gerak : Perbincangan -Aktiviti perbincangan menggalakkan interaksi antara murid secara bermakna serta menggalakkan pertukaran idea dan pandangan dalam kalangan murid lisan dalam Power Point Slide yang ditunjukkan. Kaedah :

Video -Video digunakan kerana murid lebih gemar mendengar. -Video Sungai digunakan untuk menjada fikiran murid dalam membuat perkaitan antara alam dan masa. Microsoft PowerPoint. -Penggunaan tayangan slide membantu guru menerangkan konsep setengah dan suku dalam masa melalui bantuan visual.

Bahan : Lembaran kerja -Lembaran kerja dibina dengan menggunakan perisian Microsoft Office Word. Penggunaan Microsoft ini mudah dan sesuai bagi membina soalan-soalan untuk diedarkan kepada murid. U- Utilize Media & Materials (Menggunakan media & bahan) Semak / pratonton / kaji sumber bahan sebelum digunakan: Guru menonton video lagu dan menyemak bahan sumber yang lain sebelum digunakan di dalam kelas. Guru memastikan bahan yang digunakan berada dalam keadaan yang baik Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas : i)Video -Dalam menghasilkan video ini, perisian yang digunakan ialah video converter dan window media player. - Proses yang terlibat semasa penghasilan video penggunaan video converter dan proses download video dalam youtube. Guru menggunakan video yang dihasilkan sebagai set induksi untuk

memperkenalkan topik masa kepada murid ii)Power Point -Penghasilan Power Point ini melibatkan perisian Microsoft Power Point dan Microsoft Office Publisher Documen serta melibatkan proses pengeditan grafik -Guru menggunakan persembahan elektronik ini sebagai bahan tambahan ketika menerangkan kepada murid konsep setengah dan suku dalam masa. Selain daripada itu, persembahan elektronik juga digunakan guru sebagai satu medium latih-tubi dan penilaian kepada murid-murid. iii)Lembaran kerja -Lembaran kerja dihasilkan dengan menggunakan perisian Microsoft Office Word -Lembaran ini digunakan sebagai pengukuhan di mana murid perlu menjawab soalan berkaitan topik masa. Sediakan persekitaran yang sesuai : Guru memastikan LCD dan radio berfungsi dengan baik. Sekiranya tidak, guru menggunakan makmal komputer atau bilik tayang Guru menyusun atur kedudukan meja murid dalam bentuk berkumpulan bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang Sediakan murid untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber : Tayangan video di dalam set induksi merangsang murid untuk berfikir mengenai topik masa di samping menarik minat murid terhadap aktiviti pembelajaran seterusnya.

Sediakan pengalaman pembelajaran bagi murid : Guru menggunakan alat bantu mengajar yang dapat membantu murid memahami isi pengajaran dan menggalakkan murid berfikir. Penggunaan model jam membolehkan murid meneroka kedudukan jarum jam yang betul. R- Require Learner Participation (Memerlukan Penyertaan Pelajar) Langkah 1( 10 minit) -Murid melihat muka jam yang dipamerkan oleh guru. -Murid bersoal jawab dengan guru tentang muka jam yang ditunjukkan. Cadangan soalan: a) Jarum panjang menunjukkan apa? b) Jarum pendek menunjukkan apa? c) Jam menunjukkan pukul berapa? d) Pukul berapa kamu bangun pagi? e) Apakah yang kamu lakukan selepas kamu bangun pagi? Langkah 2 ( 15 minit) - Murid diberikan kertas berbentuk muka jam. -Murid diminta melipatkan kertas kepada dua bahagian membentuk separuh bulatan seperti yang ditunjukkan dalam Power Point Slide. - Murid diminta mewarnakan setengah bulatan dalam kawasan nombor 12,1,2,3,4,5,6. Set induksi (5 minit) -Murid menonton tayangan video Sungai. -Murid perlu membuat perkaitan antara sungai dan masa.

-Murid diminta menunjukkan bahagian gambar muka jam yang telah diwarnakan. -Murid diperkenalkan dengan konsep setengah berdasarkan bahagian gambar muka jam yang telah diwarnakan. -Murid diperjelaskan konsep setengah dalam kawasan lipatan nombor 12,1,2,3,4,5,6 dengan menggunakan Power Point Slide. Contoh:
Pukul 4 setengah

Langkah 3 ( 15 minit) -Aktiviti 2 diulang. Melipat kertas menjadi empat bahagian. -Murid diminta melipat kertas kepada empat bahagian seperti yang ditunjukkan dalam Power Point Slide. -Murid mewarna suku daripada kertas tersebut dalam kawasan lipatan nombor 12,1,2,dan 3.

-Murid diminta bahagian gambar muka jam yang telah diwarnakan. -Murid diperkenalkan konsep suku berdasarkan bahagian gambar muka jam yang telah diwarnakan dan Power Point Slide. -Murid menyatakan suku dalam kawasan lipatan nombor 12,1,2,dan 3. -Murid menyatakan waktu dalam suku jam. Contoh:

Pukul 5 suku

Langkah 4 ( 10 minit ) -Murid diberi lembaran kerja yang mengandungi gambar muka jam. -Murid diminta mewarnakan setengah dan suku dari muka jam. -Murid diminta menyatakan setengah atau suku pada muka jam yang telah diwarnakan. Penutup ( 5 minit ) -Murid melihat gambar muka jam yang dipamerkan oleh guru daripada Power Point Slide. -Murid menyatakan atau menyebut setengah atau suku berdasarkan slide yang ditunjukkan oleh guru. E- Evaluate & Revise (Menilai & Mengulang kaji) Penilaian pelajar - Lembaran kerja, pemerhatian terhadap aktiviti perbincangan Penilaian media -Guru bertanya kepada murid mengenai pemahaman mereka terhadap media yang digunakan -Guru bertanya kepada murid sama ada video dapat didengar dengan jelas atau tidak Penilaian guru i)Pemerhatian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran. iii)Guru mengedarkan borang penilaian guru kepada murid bagi mengetahui keberkesanan pengajaran

You might also like