You are on page 1of 32

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH


SEMESTER 2 2020/2021
DT50502 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
SEKSYEN 3

TAJUK KAJIAN:
PEMBANGUNAN DAN KEBOLEHGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN
KOPERATIF UNTUK PELAJAR KECERDASAN
INTERPERSONAL DALAM MATA PELAJARAN
SUBJEK PERNIAGAAN TINGKATAN EMPAT.
NAMA PENYELIDIKAN:

NAMA NO MATRIK

DG NURAIN BINTI DAUD PP2012034T

MASRIAH BINTI KISUN PP2012046T

NUR ATIKAH BINTI RAMLY PP2012075T

PUJA BINTI MAJOK PP2012076T

SAKINAH BINTI TANSI PP2012027T PP2012027T


ISI KANDUNGAN HALAMAN

Abstrak ……..……………………………………………………………………… 1

1.0 Pengenalan …………………………………………………………………. 2

2.0 Objektif Kajian ……………….........…..……………………………..…. 2

3.0 Metodologi …….………………………………………………………..…. 3

4.0 Dapatan Kajian…….…...……………………………………………….... 3-18

5.0 Sumbangan dan Implikasi Kajian ….………………………………... 18

6.0 Kesimpulan …………………………………………………………………. 19

7.0 Rujukan ………………………………………………………………….….. 20

9.0 Lampiran .…….……………………………………………………………… 21-32


ABSTRAK

Artikel ini melaporkan proses pembangunan dan penilaian kebolehgunaan Modul


Pembelajaran Koperatif Untuk Kecerdasan Interpersonal dalam mata pelajaran
Perniagaan Tingkatan 4. Proses pembangunan melibatkan penyediaan bahan dan
penilaian. Beberapa cadangan dikenal pasti hasil bacaan kajian-kajian lepas sehingga
terhasilnya modul ini. Modul yang dimurnikan di nilai ketepatan kandungannya oleh
30 orang pelajar program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang mana
merupakan pelajar dan bakal guru kelak. Kaedah pengumpulan data dibuat
menggunakan kaedah soal selidik dan sampel kerja pelajar. Dapatan menunjukkan
interaksi dengan bahan bantu mengajar telah membantu pelajar menguasai
kemahiran kolaboratif. Hasil kajian ini dijangka berupaya menjadikan pembelajaran
perniagaan ini lebih bermakna dan menarik minat pelajar untuk belajar

1
1.0 PENGENALAN

Soal selidik kebolehgunaan inovasi Modul Pembelajaran Koperatif Untuk


Kecerdasan Interpersonal dalam mata pelajaran Perniagaan Tingkatan 4. Soal selidik
ini telah dijalankan dengan menilai beberapa aspek utama kepada seramai 30 orang
pelajar atau responden, dan 15 orang pelajar DPLI UMS. Di dalam soal selidik yang
telah diedarkan terdapat 3 bahagian iaitu bahagian A, B, dan C, berserta 2 soalan
terbuka yang perlu dijawab oleh pelajar, manakala, 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C,
dan D, berserta 2 soalan terbuka yang perlu dijawab oleh pelajar DPLI
pengkhususan mata pelajaran Perniagaan.
Di dalam bahagian A adalah berkaitan dengan maklumat responden,
bahagian B adalah berkaitan dengan penilaian kebolehgunaan reka bentuk inovasi
modul yang dihasilkan yang berfokuskan kepada 6 aspek iaitu aspek berkaitan reka
bentuk inovasi, pedagogi dan strategi, kualiti kandungan modul, berkaitan
kefungsian, dan berkaitan dengan hasil pembelajaran. Manakala bahagian C pula
adalah berkaitan dengan penilaian kepada pembelajaran bermakna yang
berfokuskan 4 aspek iaitu pembelajaran aktif, koperatif, integrasi, dan konstruktif.
Bahagian D pula merupakan bahagian yang hanya dijawab oleh pelajar DPLI di ia
berkaitan dengan penilaian kebolehgunaan modul inovasi sebagai bahan bantu
mengajar. Soalan terbuka pula adalah bertujuan untuk mendapatkan lagi pandangan
responden secara terbuka untuk penambahbaikan inovasi Modul Pembelajaran
Koperatif Untuk Kecerdasan Interpersonal dalam mata pelajaran Perniagaan yang
dibangunkan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai kebolehgunaan modul koperatif
untuk diaplikasikan kepada pelajar perniagaan berasaskan kepada kecerdasan
interpersonal. Bagi memenuhi tujuan ini, objektif kajian yang hendak dicapai melalui
kajian ini adalah:
1. Membangunkan modul pengajaran berfokuskan pembelajaran koperatif
untuk diaplikasikan kepada pelajar perniagaan berasaskan kepada
kecerdasan interpersonal.
2. Menilai kebolehgunaan aktiviti di dalam modul terhadap pembelajaran pelajar.

2
3.0 METODOLOGI

Metodologi yang digunakan oleh pengkaji adalah menggunakan kuantitatif


yang mengaplikasikan instrumen soal selidik. Seramai 45 orang responden yang
telah menjawab soal selidik tersebut. 30 orang pelajar daripada SMK Bandaraya yang
merupakan pelajar tingkatan 4 dengan aliran perniagaan. 15 orang pelajar DPLI
yang mengambil pengkhususan mata pelajaran Perniagaan. Pelajar DPLI ini dipilih
kerana mereka merupakan bakal pendidik dan juga merupakan pelajar yang sudah
terbiasa dengan kaedah-kaedah yang terkandung dalam inovasi modul ini. Data
telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan MS Excel untuk melihat peratusan
dan frekuensi dengan respon daripada responden. Dapatan kajian akan di terangkan
dengan terperinci di bahagian seterusnya.

4.0 DAPATAN KAJIAN

BAHAGIAN A : MAKLUMAT RESPONDEN

Bahagian A adalah analisis bagi kebolehgunaan pelajar berkaitan reka bentuk


inovasi Modul Pembelajaran Koperatif Untuk Kecerdasan Interpersonal dalam mata
pelajaran Perniagaan Tingkatan 4. Kami telah menetapkan beberapa aspek untuk
diberi perhatian untuk mengumpul maklumat mengenai kebolehgunaan modul ini
kepada pelajar iaitu dengan mengetahui latar belakang pelajar dari segi pelajar
sekolah terpilih dan pelajar DPLI UMS sesi 20/21, apakah alat komunikasi yang
digunakan untuk mengakses internet dan rangkaian yang digunakan semasa
mengakses internet. Ini adalah penting untuk mengetahui sejauh mana Modul
Pembelajaran Koperatif Untuk Kecerdasan Interpersonal dalam mata pelajaran
Perniagaan Tingkatan 4 boleh digunakan kepada pelajar untuk tujuan pembelajaran.
Daripada soal selidik yang telah diedarkan sebanyak 30 orang pelajar sekolah terpilih
dan 15 orang pelajar DPLI UMS yang telah menjawab soal selidik ini. Berikut adalah
dapatan yang diperolehi berdasarkan respon yang diterima.

Pelajar Responden Peratusan


Sekolah 30 67%
DPLI UMS 15 33%
Jadual 1 : Status Pelajar

3
Berdasarkan maklumat yang diperolehi seperti yang ditunjukkan dalam jadual
1. Pelajar yang telah menjawab soal selidik mengenai kebolehgunaan modul ini
adalah pelajar yang berada di tingkatan 4 dan pelajar DPLI pengkhususan
perniagaan. Sebanyak 30 orang pelajar tingkatan 4 iaitu mewakili 67 % dan 15
orang pelajar DPLI iaitu sebanyak 33% yang telah terdedah dan menggunakan
aktiviti dalam modul ini.

Alat Komunikasi Mengakses Internet Responden Peratusan


Telefon Pintar 29 64%
Laptop 16 36%
Jadual 2 : Alat Komunikasi Mengakses Internet

Dari segi pemilikan alat komunikasi yang digunakan oleh pelajar untuk
mengakses internet ini adalah dengan menggunakan telefon pintar. Telefon pintar
adalah alat komunikasi yang paling banyak dimiliki oleh pelajar dan meskipun aktiviti
dalam modul ini mudah dan senang diakses oleh pelajar menggunakan telefon pintar
mereka namun kepuasan menggunakan laptop lebih kerana paparan lebih besar.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi 29 orang pelajar mengakses laman web ini
menggunakan telefon pintar iaitu sebanyak 64% dan 16 orang pelajar sahaja yang
menggunakan laptop dan mewakili 36%. 16 orang pelajar itu terdiri daripada pelajar
DPLI dan 29 orang adalah pelajar sekolah menengah. Hal ini menunjukan pelajar
sekolah menengah mempunya kekurangan alat keperluan belajar seperti laptop,
namun begitu penggunaan telefon pintar itu sudah memadai namun sekiranya
pelajar memiliki laptop hal ini akan lebih baik untuk proses pembelajaran mereka.

Rangkaian Responden Peratusan


Telco (Celcom, Digi, Maxis) 27 60%
Unifi/ wifi 18 40%
Jadual 3 : Rangkaian Internet yang digunakan

Seterusnya, adalah dari segi rangkaian internet yang digunakan oleh pelajar.
Kebanyakan pelajar menggunakan rangkaian Telco seperti Celcom, Digi, Maxis dan
lain-lain untuk mengakses aktiviti dalam modul ini seperti Quizizz ini iaitu sebanyak
27 orang pelajar iaitu 60%. Selain itu, terdapat pelajar yang menggunakan
rangkaian Unifi atau wifi untuk mengakses internet, ini adalah disebabkan kediaman

4
mereka mempunyai jaringan internet wifi di rumah. Pelajar yang menggunakan wifi
adalah 18 orang dan sebanyak 40%. Hal ini membukti bahawa aktiviti seperti Quizizz
ini senang untuk diakses menggunakan semua jenis rangkaian.

BAHAGIAN B: Penilaian Kebolehgunaan Modul Pembelajaran Koperatif


Untuk Kecerdasan Interpersonal dalam mata pelajaran Perniagaan

Bahagian B : Reka Bentuk Inovasi Modul

Item Sangat Setuju Setuju Kurang Tidak Sangat


Setuju Setuju Tidak
Setuju

F % F % F % F % F %

1 Tajuk modul sesuai 25 56% 15 33 5 11 0 0 0 0


dengan tujuan modul. % %
2 Persembahan modul 28 62% 15 33 2 4% 0 0 0 0
ini sesuai untuk guru %
subjek Perniagaan
3 Susunan isi kandungan 30 67% 12 27 3 7% 0 0 0 0
modul mudah diikuti %
guru
4 Aktiviti-aktiviti di dalam 29 64% 15 33 1 2% 0 0 0 0
modul meningkatkan %
guru pembelajaran
berkesan .
5 Persembahan modul ini 24 53% 20 44 1 2% 0 0 0 0
mesra pengguna %

Jumlah Purata 27 60% 15 34 2 5% 0 0 0 0


%

Jadual 4: Bahagian B, Reka Bentuk Inovasi Modul

Jadual di atas menunjukkan hasil dapatan soal selidik kebolehgunaan modul


berdasarkan respon responden, berdasarkan aspek pertama iaitu Reka Bentuk
Inovasi. Hasil dapatan menunjukkan purata angka yang baik di mana seramai 27
orang pelajar iaitu bersamaan dengan 60% pelajar telah menyatakan sangat
bersetuju dengan reka bentuk inovasi modul yang telah dibangunkan. Manakala
secara purata seramai 15 orang pelajar bersamaan dengan 34% telah menyatakan
setuju dengan reka bentuk inovasi modul yang dibangunkan. Hal ini menunjukkan
bahawa kebanyakan responden tertarik dan bersetuju dengan item-item seperti
aktiviti yang terkandung dalam modul menarik, susunan modul sesuai dengan tajuk

5
modul, aktiviti yang dimasukkan mesra pengguna serta yang mudah untuk diakses.
Penggunaan item-item yang dinyatakan di atas menjadi faktor bahawa reka bentuk
inovasi ini adalah sangat mudah dan menarik untuk digunakan.

Bahagian B : Pedagogi/ Strategi


Item Sangat Setuju Kurang Tidak Sangat
Setuju Setuju Setuju Tidak
Setuju

F % F % F % F % F %

1 Penggunaan kad ‘Traffic Light’ perlu 22 49 18 40 5 11 0 0 0 0


bagi mendapatkan respon pelajar % % %
tentang kefahaman terhadap topik
yang diajar.

2 Penggunaan kad ‘Traffic Light’ 19 42 22 49 4 9 0 0 0 0


membantu mengawal kelas dan % % %
memupuk disiplin dalam diri pelajar.

3 Pendekatan pembelajaran 20 44 22 49 3 7 0 0 0 0
menggunakan ‘Powtoon’ sesuai % % %
untuk pembelajaran secara atas
talian.
4 Pendekatan pembelajaran ‘Powtoon’ 26 58 15 33 4 9 0 0 0 0
lebih menarik. % % %
5 Penggunaan ‘Quizizz’ dapat
meningkatkan kefahaman berkaitan 25 56 17 38 3 7 0 0 0 0

topik yang diajar. % % %

6 Penggunaan ‘Quizizz’ boleh 30 67 12 27 3 7 0 0 0 0


digunakan sebagai alat pentaksiran % % %
guru.
7 Penggunaan Peta I-think dapat 25 56 15 33 5 11 0 0 0 0
meningkatkan kemahiran berfikir % % %
pelajar

8 Penggunaan Peta I-think dalam


aktiviti berkumpulan mewujudkan 28 62 15 33 2 4 0 0 0 0

kolaborasi antara pelajar % % %

Jumlah Purata 24 54 17 38 4 8 0 0 0 0
% % %

Jadual 5: Bahagian B , Pedagogi/ Strategi

Seterusnya, jadual di atas pula menunjukkan aspek yang kedua dinilai iaitu aspek
berkaitan pedagogi dan strategi pula, hasil dapatan telah menunjukkan bahawa
kebanyakkan pelajar sangat bersetuju dengan penggunaan modul ini yang
berkonsepkan elemen pedagogi dan strategi. Secara puratanya terdapat 24 orang

6
iaitu bersamaan dengan 54% menyatakan sangat setuju dengan aspek pedagogi
dan strategi yang terdapat di dalam modul yang telah dibangunkan ini. Manakala
seramai 18 orang iaitu sebanyak 38% pelajar yang telah menyatakan setuju dengan
inovasi modul ini.

Secara keseluruhan yang bersetuju seramai 82% membuktikan pedagogi dan


strategi yang dibangunkan dalam modul ini sangat menarik dan terkini yang mana
menepati ciri-ciri pembelajaran abad ke 21. Pelajar sangat bersetuju dan bersetuju
dengan penggunaan modul ini di mana ianya dapat menggalakkan pembentukan
konsep pembelajaran, memudahkan pembelajaran berkesan, meningkatkan
kefahaman melalui aktiviti penilaian Quizizz, serta dapat meningkatkan interaksi dan
kolaborasi dengan menggunakan elemen aktiviti Peta I-think dan akhir sekali dapat
mendisiplinkan dan mengawal pelajar dengan menggunakan kaedah kad Traffic Light.
Modul ini tidak dinafikan sesuai untuk digunakan dalam proses pembelajaran dan
relevan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai satu
strategi dan pedagogi.

Bahagian B : Kualiti Isi kandungan Modul

Item Sangat Setuju Kurang Tidak Sangat Tidak


Setuju Setuju Setuju Setuju

F % F % F % F % F %

1 Cadangan aktiviti memudahkan guru 27 60 13 29 3 7% 2 4% 0 0%


melakukan perancangan pengajaran. % %
2 Susunan isi cadangan aktiviti disusun 25 56 18 40 2 4% 0 0% 0 0%
daripada mudah ke susah % %
3 Cadangan aktiviti (Powtoon) berupaya 26 58 15 33 3 7% 1 2% 0 0%
meningkatkan kemahiran guru dalam % %
pengajaran.
4 Cadangan aktiviti (Quizizz) berupaya 29 64 14 31 2 4% 0 0% 0 0%
meningkatkan penguasaan terhadap subjek % %
perniagaan pelajar.
5 Cadangan aktiviti sesuai dengan tahap 30 67 13 29 0 0% 2 4% 0 0%
perkembangan pelajar tingkatan 4 % %

6 Lembaran kerja (Peta I-Think) pelajar 25 56 16 36 4 9% 0 0% 0 0%


berupaya membantu guru melakukan aktiviti % %
pengukuhan dengan pelajar
Jumlah Purata 27 60 15 33 2 5% 1 2% 0 0%
% %

Jadual 6: Bahagian B , Kualiti Isi kandungan Modul

7
Jadual di atas menunjukkan aspek ketiga yang dinilai yang berkaitan dengan
kualiti isi kandungan modul yang dibangunkan. Hasil dapatan menunjukkan seramai
27 orang iaitu bersamaan 60% pelajar yang menyatakan sangat bersetuju dengan
kandungan yang terdapat di dalam inovasi yang dibangunkan ini. Manakala, seramai
15 orang iaitu bersamaan 33% pelajar juga telah menyatakan setuju dengan
kandungan inovasi yang telah dibangunkan.

Kebanyakan responden bersetuju dan sangat bersetuju dengan kandungan


pembelajaran di dalam modul ini di mana ianya ianya bersesuaian dengan topik
kandungan pembelajaran yang disampaikan dan dibincangkan. Selain itu, responden
juga sangat bersetuju dengan isi kandungan inovasi ini yang sesuai dengan sesuai
dengan tahap perkembangan pelajar tingkatan 4. Responden juga menyatakan
sangat setuju dan setuju dengan aktiviti Quizizz dan Powtoon mana ia sangat
menarik dan tidak membosankan. Bukan itu sahaja, responden juga sangat setuju
dan tertarik dengan modul ini mampu meningkatkan kefahaman dan penguasaan
pelajar terhadap isi kandungan pembelajaran. Pautan forum sangat membantu
responden untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan lebih efektif.

Bahagian B : Kefungsian Modul

Item Sangat Setuju Kurang Tidak Setuju Sangat


Setuju Setuju Tidak Setuju

F % F % F % F % F %

1 Saya mudah menggunakan modul ini 26 58% 14 31% 4 9% 1 2% 0 0%


untuk subjek pengajaran saya.

2 Saya mudah menghasilkan video 27 60% 14 31% 2 4% 1 2% 1 2%


animasi menggunakan “Powtoon”
3 Saya suka menggunakan “Quizizz” 30 67% 13 29% 2 4% 0 0% 0 0%
sebagai alat penilaian di zaman serba
canggih ini.
4 Penggunaan Peta I-Think bertujuan 23 51% 19 42% 2 4% 1 2% 0 0%
untuk merangsang aktiviti koperatif dan
kolaborasi pelajar.
5 Saya mudah mengetahui keberkesanan 27 60% 15 33% 1 2% 1 2% 1 2%
pengajaran saya menggunakan kaedah
Kad ‘Traffic Light”
Jumlah Purata 27 59% 15 33% 2 5% 1 2% 1 2%

Jadual 7: Bahagian B , Kefungsian Modul

8
Manakala aspek keempat yang dinilai di dalam kebolehgunaan reka bentuk
modul ini ialah aspek yang berkaitan dengan kefungsian di yang terdapat pada
aktiviti-aktiviti yang terkandung. Hasil dapatan telah ditunjukkan di dalam jadual di
atas mendapati bahawa seramai 27 orang iaitu bersamaan 59% pelajar yang
menyatakan sangat bersetuju dengan kefungsian yang terdapat di dalam modul
yang telah dibangunkan. Selain itu, seramai 15 orang bersamaan dengan 33% telah
menyatakan setuju dengan aspek kefungsian yang terdapat di dalam inovasi ini.

Kebanyakkan responden sangat bersetuju dengan item yang menyatakan


mereka mudah untuk menggunakan modul ini di dalam pembelajaran. Responden
juga bersetuju dengan penggunaan Powtoon untuk menghasilkan video
pembelajaran dan menggunakan “Quizizz” sebagai platform penilaian menarik minat
pelajar. Selain itu, Peta I-think dapat merangsang kolaborasi dalam aktiviti
berkumpulan selain dapat merangsang minda untuk berfikir. Kad Traffic Light sangat
membantu pelajar dalam mengenal pasti tahap kefahaman pelajar. Secara
keseluruhannya aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam modul ini memainkan
kefungsian seperti yang diharapkan oleh pengkaji

Bahagian B : Hasil pembelajaran

Item Sangat Setuju Setuju Kurang Tidak Sangat


Setuju Setuju Tidak
Setuju

F % F % F % F % F %

1 Saya mendapat bimbingan nota yang 30 67% 13 29% 2 4% 0 0% 0 0%


lengkap untuk menjawab soalan-soalan
kuiz yang disediakan di dalam modul ini
seperti nota dalam bentuk Peta I-think.

2 Saya memperolehi kemahiran 25 56% 18 40% 2 4% 0 0% 0 0%


mengaplikasikan cara Peta I-Think dalam
membuat nota perniagaan di dalam topik
pembelajaran seterusnya.
3 Saya dapat meningkatkan kefahaman 27 60% 15 33% 1 2% 2 4% 0 0%
berkaitan dengan topik pembelajaran
dengan menggunakan Quizizz yang
disediakan secara dalam talian.
4 Saya seronok dengan kandungan aktiviti 29 64% 14 31% 2 4% 0 0% 0 0%
yang disediakan dalam modul ini.
5 Aktiviti dalam modul ini meningkatkan 23 51% 19 42% 2 4% 1 2% 0 0%
motivasi saya untuk belajar.
Jumlah Purata 27 60% 16 35% 2 4% 1 1% 0 0%

9
Jadual 8: Bahagian B , Hasil Pembelajaran Menggunakan Modul

Seterusnya, jadual di atas telah menunjukkan hasil dapatan kebolehgunaan


modul yang telah dibangunkan berdasarkan aspek yang kelima iaitu berkaitan
dengan hasil pembelajaran. Terdapat seramai 27 orang iaitu bersamaan dengan
60% pelajar telah menyatakan sangat setuju dengan aspek hasil pembelajaran yang
terdapat di dalam inovasi modul ini. Manakala 16 orang iaitu bersamaan dengan
35% telah menyatakan setuju. Hal ini menunjukkan bahawa pembangunan modul ini
membantu pembelajaran yang dijalankan lebih efektif dan bermakna.

Kebanyakkan responden sangat bersetuju dengan item-item yang dinyatakan


di dalam soal selidik berkaitan hasil pembelajaran. Mereka bersetuju dengan
penggunaan modul ini mampu memberikan bimbingan cara membuat nota yang
lengkap dan menarik dengan menggunakan teknik Peta I-think. Selain itu dengan
modul ini pelajar lebih seronok dan dapat meningkatkan kefahaman berkaitan
dengan topik pembelajaran dengan adanya kuiz-kuiz interaktif yang disediakan oleh
menggunakan platform Quizizz yang disediakan secara dalam talian. Responden juga
sangat bersetuju dengan aplikasi aktiviti-aktiviti yang ada dalam modul yang
dibangunkan responden dapat meningkatkan motivasi dalam pembelajaran.

Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa penilaian kebolehgunaan modul


ini berdasarkan lima aspek yang telah dinyatakan di atas telah menunjukkan
maklum balas yang positif di mana inovasi ini sangat berguna untuk pembelajaran
terutama di dalam subjek yang difokuskan iaitu Perniagaan. Hal ini terbukti apabila
secara keseluruhannya, responden telah menyatakan sangat bersetuju dan setuju
dengan item-item yang dinilai dan memberi gambaran positif bahawa kebolehgunaan
inovasi pembangunan modul ini adalah sesuai digunakan untuk pembelajaran sama
ada secara dalam talian ataupun di dalam bilik darjah. Bahkan responden atau
pelajar boleh menggunakan Quizizz dan video animasi Powtoon yang disediakan
guru membantu dalam proses pembelajaran kendiri sebagai sumber rujukan dan
sebagai alat pengukuhan di dalam topik pembelajaran. Inovasi yang dibangunkan ini
juga telah menarik perhatian responden dengan pelbagai aktiviti, antaranya seperti
kuiz interaktif, video pengajaran yang berbentuk animasi, nota dalam bentuk peta I-
think dan fungsi kad Traffic Light yang membantu pelajar lebih berani menyatakan
tahap kefahaman mereka terhadap topik-topik yang kurang difahami. Semua aktiviti
yang dimasukkan dalam modul ini mencakupi keperluan pelajar abad ke-21 ini.

10
BAHAGIAN C : PEMBELAJARAN BERMAKNA

Aktif

Item Sangat tidak Tidak setuju Kurang Setuju Sangat setuju


setuju setuju

F % F % F % F % F %

1 Saya dapat mewujudkan proses 0 0 0 0 2 4.44 18 40.00 25 55.60


pembelajaran yang aktif.

2 Saya dapat memantau proses 0 0 0 0 2 4.44 15 33.30 28 62.20


pembelajaran saya berkaitan topik
perniagaan

3 Saya mempunyai peranan yang 0 0 0 0 3 6.67 25 55.60 17 37.80


dinamik dalam aktiviti pembelajaran.

JUMLAH PURATA 0 0 0 0 2.33 5.18 19.3 43.00 23.3 51.90

Koperatif

4 Saya bersedia untuk berkongsi 0 0 0 0 0 0 21 46.70 24 53.30


pengalaman saya dengan rakan-rakan
yang lain.

5 Saya bersedia untuk berkongsi 0 0 0 0 0 0 15 33.30 30 66.70


pengetahuan saya dengan rakan-
rakan yang lain

6 Saya dan rakan-rakan dapat 0 0 0 0 0 0 20 44.40 25 55.60


berbincang tentang topik
pembelajaran dengan lebih aktif.

JUMLAH PURATA 0 0 0 0 0 0 18.7 41.50 26.3 58.50

Integrasi

7 Aktiviti dalam modul mempunyai 1 2.22 2 4.44 2 4.44 15 33.3 25 55.6


fungsi yang mencukupi.

8 Modul adalah stabil dan boleh di 0 0 0 0 0 0 15 33.33 30 66.7


aplikasikan dalam apa sahaja bidang
pembelajaran

9 Modul ini mengintegrasikan teknologi 0 0 0 0 0 0 13 28.89 32 71.1


dan pengetahuan.

JUMLAH PURATA 0.33 0.74 0.67 1.48 0.67 1.48 14.3 31.78 29 64.5

11
Konstruktif

10 Saya boleh memasukkan idea-idea 0 0 0 0 0 0 18 40 27 60


baru ke dalam pengalaman sedia ada.

11 Saya faham apa yang perlu dipelajari 0 0 0 0 0 0 20 44.4 25 55.5


dalam topik pembelajaran.

JUMLAH PURATA 0 0 0 0 0 0 19 42.2 26 57.75

Jumlah purata keseluruhan 0.08 0.19 0.17 0.37 0.75 1.67 17.83 39.62 26.15 58.16
pembelajaran bermakna aktif,
integrasi, koperatif dan
konstruktif

Jadual 9: Bahagian C , Pembelajaran Bermakna

Jadual 9 diatas menunjukan analisis deskriptif untuk kebolehgunaan Modul


Pembelajaran Koperatif untuk Kecerdasan Interpersonal dalam mata pelajaran
Perniagaan Tingkatan 4 dari aspek pembelajaran bermakna mencakupi empat
elemen seperti pembelajaran bermakna aktif, pembelajaran bermakna koperatif,
pembelajaran bermakna integrasi dan pembelajaran bermakna konstruktif. Seramai
45 orang dijadikan sebagai responden dimana 30 orang adalah dari kalangan pelajar
sekolah menengah manakala 15 orang adalah daripada kalangan pelajar Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

Hasil dapatan analisis bagi aspek pembelajaran bermakna aktif didapati


mempunyai pengaruh yang positif kerana jumlah purata yang paling tinggi adalah
item sangat setuju iaitu 51.9 peratus berbanding jumlah purata item kurang setuju
iaitu 5.18 peratus. Hal ini kerana, responden berpendapat bahawa modul
pembangunan ini dapat memantau proses pembelajaran berkaitan topik perniagaan.
Walaubagaimanapun, terdapat segelintir responden tidak bersetuju bahawa modul
ini mempunyai kebolehgunaan pembelajaran bermakna aktif disebabkan responden
berasa kurang yakin dapat memainkan peranan yang dinamik dalam aktiviti
pembelajaran.

Seterusnya adalah dapatan analisis dari aspek pembelajaran bermakna


koperatif didapati bahawa aspek ini juga mempunyai pengaruh yang positif dalam
kebolehgunaan pembelajaran bermakna dimana hanya terdapat jumlah purata item
sangat setuju dan jumlah purata item setuju dengan masing-masing 58.5 peratus

12
dan 41.5 peratus. Bagi jumlah purata item kurang setuju dan jumlah purata sangat
tidak setuju adalah sifar yang menunjukan responden sangat bersetuju bahawa
modul ini dapat meningkatkan kecerdasan interpersonal dalam mata pelajaran
perniagaan melalui pembelajaran bermakna koperatif. Hal ini kerana, responden
bersedia untuk berkongsi pengetahuan yang dimiliki dengan rakan-rakan lain dan
berbincang tentang topik pembelajaran dengan lebih aktif.

Hasil dapatan analisis bagi aspek pembelajaran bermakna integrasi


menunjukan terdapat pengaruh yang positif kerana majoriti responden berpendapat
bahawa modul ini dapat mengintegrasikan teknologi dan pengetahuan seperti yang
ditunjukan dalam jadul deskriptif seramai 32 orang responden bersamaan 71.1
peratus yang sangat setuju dan diikuti oleh responden yang setuju adalah 13 orang
bersamaan 28.89 peratus. Bagi jumlah purata item menunjukan responden yang
sangat bersetuju masih mendominasi namun terdapat peratus kecil iaitu 0.74
peratus yang kurang setuju kebolehgunaan modul ini dari aspek pembelajaran
bermakna integrasi kerana berpendapat bahawa aktiviti yang terdapat dalam modul
ini masih tidak mempunyai fungsi yang mencukupi dan harus dilakukan
penambahbaikan.

Seterusnya adalah hasil dapatan analisis aspek terakhir iaitu aspek


pembelajaran bermakna konstruk juga memberikan hasil yang positif di mana jumlah
purata item sangat setuju mendominasi peratus tertinggi iaitu 57.75 peratus diikuti
jumlah purata item setuju iaitu 42.2 peratus manakala jumlah purata item kurang
setuju dan jumlah purata item sangat tidak setuju adalah mempunyai nilai yang
sama iaitu sifar. Hal ini bermaksud, aspek konstruktif dalam pembangunan modul
koperatif adalah mencakupi kriteria-kriteria yang diperlukan di mana dengan adanya
modul ini responden berasa pengembangan idea akan berlaku dan lebih mudah
untuk memahami tentang apa yang ingin dipelajari.

Secara keseluruhan, analisis kebolehgunaan dari aspek pembelajaran


bermakna yang merangkumi elemen seperti aktif, koperatif, integrasi dan konstruktif
mempunyai pengaruh yang positif untuk mendorong agar pembangunan modul
koperatif terlaksana. Hal ini kerana, daripada hasil analisis yang telah dijelaskan
pembangunan modul koperatif ini akan memberi kesan yang positif sekiranya
diamalkan atau digunakan dalam proses pembelajaran mata pelajaran perniagaan
tingkatan empat.

13
BAHAGIAN D : KEBOLEHGUNAAN MODUL (DI ISI OLEH PELAJAR DPLI
SAHAJA)

Kesenangan penggunaan

Item Sangat tidak Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju
setuju

F % F % F % F % F %

1 Saya seronok menggunakan Modul ini 0 0 0 0 0 0 10 66.70 5 33.3

2 Saya mudah menerangkan isi 0 0 0 0 0 0 9 60.00 6 40.0


pembelajaran menggunakan modul ini
kepada murid

3 Saya pasti akan memperkenalkan modul 0 0 0 0 0 0 11 73.33 4 26.77


ini kepada rakan pengajar lain

4 saya dapat menggunakan modul dengan 0 0 0 0 0 0 3 20.00 12 80.00


baik

5 Modul sangat membantu saya dalam 0 0 0 0 0 0 2 13.33 13 86.67


proses pengajaran

JUMLAH PURATA 0 0 0 0 0 0 7 46.7 8 53.3

Kesesuaian sebagai BBM

6 Selain penggunaan buku teks, video 0 0 0 0 0 0 0 0 15 100


animasi “Powtoon” juga boleh dijadikan
sebagai bahan rujukan murid

7 Saya lebih suka menggunakan ‘Powtoon’ 0 0 0 0 5 33.33 10 66.67 0 0


dan “Quizizz” sebagai BBM

8 Modul ini membantu saya menjimatkan 0 0 0 0 0 0 0 0 15 100


masa dalam menyediakan bahan
pengajaran

Dengan menggunakan modul ini murid


9 saya tidak bosan semasa proses 0 0 0 0 0 0 5 33.33 10 66.67

pengajaran dan pembelajaran

14
Modul menjadikan suasana pengajaran 0 0 0 0 0 0 5 33.33 10 66.67
10 menjadi lebih menarik

JUMLAH PURATA 0 0 0 0 1 6.67 4 26.7 10 66.7

Kepuasan penggunaan

13. Secara keseluruhannya, adakah anda 0 0 0 0 0 0 0 0 15 100


berpuas hati dengan modul ini

JUMLAH PURATA 0 0 0 0 0 0 0 0 15 100

Jumlah purata keseluruhan bagi 0.00 0.00 0.00 0.00 0.33 2.22 3.67 24.47 11.00 73.33
kesenangan penggunaan, dan
kesesuaian sebagai BBM, dan
kepuasan penggunaan

Jadual 10: Bahagian D , Kebolehgunaan Modul (Hanya pelajar DPLI)

Jadual di atas merupakan hasil analisis deskriptif berkaitan kebolehgunaan


Modul yang dinilai dari tiga aspek iaitu kesenangan penggunaan, kesesuaian sebagai
bahan bantu mengajar (BBM) dan kepuasan penggunaan.Penilaian ini dilakukan
bertujuan untuk mendapatkan hasil keberkesanan modul ini untuk dilaksanakan
secara sepenuhnya. Oleh itu , hanya 15 orang pelajar DPLI sahaja yang dijadikan
responden kerana pelajar DPLI akan menjadi bakal guru yang berpotensi sebagai
pengguna modul ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka kelak.

Bagi menguji kebolehgunaan modul dari segi kesenangan penggunaan


terdapat lima item yang telah disoal selidik iaitu ‘saya seronok menggunakan modul
ini’ memiliki 33.3% (5 orang ) sangat setuju dan 66.7% (10 orang )setuju , ‘Saya
mudah menerangkan isi pembelajaran menggunakan modul ini kepada murid’
memiliki 40% (6 orang) sangat setuju 60% (9 orang) setuju , ‘Saya pasti akan
memperkenalkan modul ini kepada rakan pengajar lain’ memiliki 22.7% (4 orang)
sangat setuju 73.3% (11 orang) setuju, saya dapat menggunakan modul dengan
baik memiliki 80% (12 orang) sangat setuju 20% (2 orang) setuju, dan Modul
sangat membantu saya dalam proses pengajaran memiliki 86.7% (13 orang) sangat
setuju 13.3% (2 orang) setuju. Oleh yang demikian hasil dapatan kajian menunjukan
bahawa pembangunan modul koperatif ini senang digunakan di mana rata-rata

15
pelajar DPLI sangat bersetuju yang dibuktikan dengan jumlah purata item sangat
setuju mempunyai peratus tertinggi iaitu 53.3% diikuti item setuju kedua tertinggi
iaitu 46.7% manakala tiada pelajar DPLI tidak bersetuju kerana peratus jumlah
purata menunjukan sifar peratus bagi kedua-dua item sangat tidak setuju dan
kurang setuju.

Seterusnya, aspek kesesuaian sebagai bahan bantu mengajar juga dinilai


dengan mengutarakan lima item soalan iaitu ‘Selain penggunaan buku teks, video
animasi “Powtoon” juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan murid’ , Saya lebih
suka menggunakan ‘Powtoon’ dan “Quizizz” sebagai BBM, Modul ini membantu saya
menjimatkan masa dalam menyediakan bahan pengajaran,Dengan menggunakan
modul ini murid saya tidak bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan
Modul menjadikan suasana pengajaran menjadi lebih menarik. Item yang memiliki
kadar peratus tertinggi adalah ‘Selain penggunaan buku teks, video animasi
“Powtoon” juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan murid’ dan Modul ini
membantu saya menjimatkan masa dalam menyediakan bahan pengajaran iaitu
keduanya memiliki 100 % sangat setuju yang menunjukan kesemua pelajar DPLI
sangat bersetuju bahawa modul yang dibangunkan ini sesuai dijadikan sebagai
bahan bantu mengajar kerana perisian yang terdapat dalam modul ini sangat
interaktif contohnya penggunaan aplikasi Powtoon menggantikan buku teks. Selain
daripada itu, kesemua pelajar DPLI sepakat mengatakan pembangunan modul ini
dapat menjimatkan masa mereka dalam penyediaan bahan bantu mengajar. Hal ini
juga disokong dengan jumlah purata item sangat setuju iaitu 66.7 % yang
merupakan peratus tertinggi berbanding item-item yang lain.

Bagi secara keseluruhan untuk kepuasan penggunaan modul ini menunjukkan


bahawa semua pelajar DPLI sangat berpuas hati dengan kebolehgunaan Modul
koperatif ini dan penggunaan modul ini juga mudah untuk digunakan.Perkara ini
dibuktikan dengan jumlah purata item sangat setuju iaitu 100% yang menjelaskan
bahawa semua pelajar DPLI (15 orang) mempunyai pandangan dan kata sepakat
yang sama bahawa sangat berpuas hati dengan pembangunan modul ini dari segi
pelaksanaan yang mudah dilakukan dan modul ini sangat sesuai digunakan sebagai
bahan bantu mengajar baharu yang menggantikan bahan bantu tradisional seperti
penggunaan buku teks.

16
ANALISIS SOALAN TERBUKA.

Tujuan soalan terbuka ini dirangka dan dianalisis bertujuan untuk


mendapatkan pandangan responden mengenai adakah penggunaan ‘MODUL
PEMBELAJARAN KOPERATIF UNTUK PELAJAR KECERDASAN
INTERPERSONAL DALAM SUBJEK PERNIAGAAN’ dapat menghasilkan
pembelajaran yang bermakna dan untuk mendapatkan cadangan penambahbaikan
sekiranya terdapat kelemahan dalam pembangunan modul ini.

Rata-rata responden berpendapat bahawa pembangunan modul koperatif ini


merupakan satu usaha yang sangat berguna untuk digunakan sebagai wadah
pembelajaran koperatif bagi meningkatkan kecerdasan interpersonal pelajar
khususnya dalam mata pelajaran perniagaan. Hal ini kerana, satu perubahan harus
dilakukan untuk mencari satu solusi untuk pembelajaran mata pelajaran Perniagaan
yang lebih segar dan menarik agar tahap penguasaan pelajar terhadap subjek ini
tidak bertambah buruk lagi pada masa hadapan kerana mereka menganggap mata
pelajaran Perniagaan ini sangat membosankan. Amat melegakan apabila tercetusnya
satu idea pembangunan modul ini untuk mengatasi masalah yang membimbangkan
ini.

Selain daripada itu, terdapat beberapa responden memberi pandangan yang


positif dari segi aspek pembelajaran bermakna dimana dengan pelaksanaan modul
ini adalah mewujudkan pembelajaran yang aktif kerana pelajar tertarik untuk turut
serta dalam sesi pembelajaran kerana kaedah dan strategi yang digunakan sangat
menarik dan menyeronokkan. Hal tersebut membuatkan pelajar tidak lagi berasa
bosan dan mengantuk ketika terlibat dalam sesi pembelajaran mata pelajaran
perniagaan. Sebagai tambahan, pengintegrasian teknologi digital dalam modul ini
memberi dampak yang sangat berkesan dan bermakna kerana pelajar lebih mudah
memahami topik pelajaran dan dapat mengembangkan idea-idea lama menjadi idea
yang segar dan berinovasi. oleh itu, pembangunan modul ini dapat memberikan satu
kejayaan yang luar biasa kepada mata pelajaran perniagaan menurut responden
yang lain.

Walaupun bagaimanapun terdapat kekurangan yang telah dikenalpasti oleh


segelintir responden dan diharapkan pembangun dapat melakukan penambahbaikan
dalam modul tersebut. Menurut responden tersebut, kebolehgunaan pembelajaran
bermakna dari aspek integrasi di mana responden tersebut kurang bersetuju

17
terhadap aktiviti yang dibangunan dalam modul tersebut bersifat menyeluruh kerana
masih terdapat fungsi yang belum mencukupi dan beranggapan bahawa aktiviti-
aktiviti yang masih belum lengkap dan seharusnya dapat divariasikan lagi atau
mencipta sesuatu aktiviti lebih kreatif dan kritikal lagi untuk memberi nilai tambah
kepada modul tersebut.

Secara kesimpulannya, pembangunan modul koperatif ini boleh melangkah


lebih jauh lagi dengan penanganan yang lebih sistematik dan komprehensif.
Diharapkan usaha untuk melaksanakan modul ini akan berterusan dan tidak hanya
bersifat hangat-hangat tahi ayam sahaja kerana modul ini dilihat mempunyai potensi
yang sangat tinggi dalam pembelajaran yang menarik dalam mata pelajaran
perniagaan untuk digunakan pada masa hadapan.

5.0 SUMBANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Berdasarkan analisis kebolehgunaan modul koperatif yang telah dilakukan


dimana menunjukan hasil dapatan yang positif dijangka akan memberi impak
perubahan kepada amalan yang digunakan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sedia ada kepada cara baharu. Hal ini kerana, pengembangan idea
yang ditonjolkan dalam modul koperatif ini dapat mengubah amalan guru sedia ada
dalam menggunakan bahan bantu mengajar subjek perniagaan berbanding
sebelumnya yang lebih kepada penggunaan bahan bantu mengajar secara
tradisional seperti penggunaan buku teks. Hasil kajian ini, boleh dijadikan rujukan
kepada pihak-pihak yang ingin terlibat dalam aktiviti pembangunan kurikulum baharu
bagi mengembangkan dan mempertingkatkan kurikulum sedia ada khususnya dalam
mata pelajaran Perniagaan. Selain daripada itu, Pengisian aktiviti yang terdapat
dalam modul ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada para pendidik dan pelajar
agar dapat mewujudkan suasana sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih
efisien ,berkesan dan menyeronokan.

18
6.0 KESIMPULAN

Bagi mewujudkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih


berkesan pada peringkat sekolah menengah, usaha yang ingin dilakukan perlulah
mengambil kira apa yang diinginkan oleh para pelajar agar pelajar tersebut dapat
belajar dengan lebih berkesan dan efisen dengan mengetahui gaya pembelajaran
mereka. Oleh yang demikian, pembangunan modul yang ingin dilaksanakan
hendaklah mencakupi semua aspek agar dapat memberikan satu impak yang
menyeluruh sekaligus memberikan kelebihan kepada guru dan pelajar khususnya
dalam mata pelajaran perniagaan. Hal ini kerana, punca utama pembangunan modul
koperatif ini dilakukan kerana penglibatan pelajar di dalam kelas mata pelajaran
Perniagaan dilihat kurang memberangsangkan dimana pelajar tidak berminat untuk
terlibat secara aktif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran subjek perniagaan
dilakukan. Selain daripada itu, guru juga dilihat tidak menghargai kepelbagaian
pelajar dan tidak membuat perancangan sesi pengajaran mereka dengan mengambil
kira semua kecerdasan atau mana-mana kecerdasan yang cenderung dimiliki oleh
pelajar mereka. Dengan pembangunan modul yang telah dirancang dan dianalisis
menunjukan bahawa modul koperatif ini dapat memberikan pengalaman
pembelajaran bermakna kepada pelajar dan juga kaedah pengajaran berkesan yang
boleh digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran dilakukan.

19
7.0 RUJUKAN

Zuraidah Abdullah, Mohamed Kassim, J., & Ahmad Fazil, Q. A. A. (2010). Pengujian
Kebolehgunaan Perpustakaan Digital. Jurnal Teknologi Maklumat &
Multimedia, 9(1), 71–82. http://ejournals.ukm.my/apjitm/article/view/1375

Ang, C. T., & Lee, L. W. (2016). Instrumen penilaian kualiti untuk modul
pengajaran: Pengujian ciri psikometrik. Jurnal Kurikulum Pengajaran Asia
Pasifik, 4(4), 25–43.

Aliza Ali, & Zamri Mahamod. (2016). Pembangunan dan kebolehgunaan modul
berasaskan bermain bagi pembelajaran kemahiran Bahasa Melayu kanak-
kanak prasekolah. Malay Language Education Journal – MyLEJ, 6(1), 2180–
4842.

Irwan Mahazir Ismail. (2015). Pembangunan Pengujian Pembelajaran Mobile


Berasaskan Prestasi (MOBICAD) Dalam Kursus Reka Bentuk Berbantu
Komputer (CAD). Tesis PhD. UKM.

20
8.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN 1: SOAL SELIDIK

DT50202 : REKABENTUK PENGAJARAN TOPIK TERPILIH


SEMESTER II SESI 2020/2021
SOAL SELIDIK MODUL PEMBELAJARAN KOPERATIF UNTUK PELAJAR
KECERDASAN INTERPERSONAL DALAM MATA PELAJARAN SUBJEK
PERNIAGAAN TINGKATAN EMPAT

SEKSYEN :3
PENSYARAH : DR. MUSIRIN MOHSIN
NAMA PENYELIDIKAN :

NAMA NO MATRIK

DG NURAIN BINTI DAUD PP2012034T

MASRIAH BINTI KISUN PP2012046T

NUR ATIKAH BINTI RAMLY PP2012075T

PUJA BINTI MAJOK PP2012076T

SAKINAH BINTI TANSI PP2012027T

21
SOAL SELIDIK MODUL PEMBELAJARAN KOPERATIF UNTUK PELAJAR
KECERDASAN INTERPERSONAL DALAM MATA PELAJARAN PERNIAGAAN
TINGKATAN EMPAT.

Penerangan Borang Soal Selidik :


Borang soal selidik ini bertujuan untuk menilai kebolehgunaan Modul
Pembelajaran Koperatif Untuk Pelajar Kecerdasan Interpersonal dalam Mata
Pelajaran Perniagaan Tingkatan Empat. Melalui Kaedah Traffic Light, Powtoon,
Quizizz dan Peta I-think

Modul Inovasi yang dihasilkan mengandungi aktiviti:

Bahan Bantu Prototaip video animasi berasaskan PowToon


Belajar dibangunkan. Video animasi yang dikembangkan
mengandungi beberapa bahagian seperti pembukaan,
objektif pembelajaran, isi pembelajaran dan penutup.
Isi pembelajaran tertumpu kepada topik yang dipilih
iaitu Bentuk Pemilikan Perniagaan.
Powtoon

E-penilaian Aplikasi kuiz berasaskan permainan Quizizz


yang merupakan medium pilihan bagi pendekatan E-
Penilaian alternatif. Kaedah ini memerlukan pendidik
untuk memiliki akaun aplikasi Quizizz. Pendidik akan
berkongsi kata laluan untuk membolehkan pelajar
mencapai kuiz melalui https://quizizz.com/join. Pelajar
boleh menjawab kuiz itu di mana-mana sahaja melalui
peranti elektronik masing-masing. Ciri Quizizz
membolehkan pelajar melihat soalan di skrin peranti
masing-masing dan menjawab soalan mengikut
tempoh masa yang diberikan. Dari sudut penggunaan
Quizizz aplikasi ini kepada Pendidik, skrin memaparkan papan
mata yang memberikan maklumat tentang peserta
yang menyertai kuiz, jumlah soalan yang telah
dijawab, jumlah soalan yang betul atau salah dan
siapa yang telah selesai menjawab atau sedang dalam
proses menjawab.
Aplikasi Quizizz ini juga membenarkan ubah
suai untuk kedudukan soalan. Dalam hal ini, jika ada
antara pelajar yang tidak menyertai kuiz pada sesi
pertama, pendidik boleh menggunakan fungsi ini untuk
mengubah kedudukan soalan agar kadar kerahsiaan
kuiz dapat dikekalkan. Pada akhir kuiz, pelajar akan
memperoleh maklum balas segera seperti jumlah
markah serta jawapan betul untuk soalan yang salah
dijawab.

22
Pengisian Peta buih berganda digunakan untuk
kurikulum membandingkan atau membezakan sesuatu perkara.
Modul peta buih berganda digunakan sebagai latihan
murid sebagai aktiviti pengukuhan yang menggalakkan
pembelajaran kooperatif.

Traffic Light Setiap pelajar diberi 1 set kad yang terdiri


daripada warna hijau, merah dan kuning. Warna warna
ini mempunyai maksud yang tersendiri. Warna hijau
bermaksud pelajar sudah faham mengenai objektif
pembelajaran pada hari tersebut. Warna kuning adalah
pelajar masih keliru dengan pembelajaran. Dan warna
merah bermaksud pelajar tersebut langsung tak faham
dengan pembelajaran pada hari tersebut.

2. Borang Soal selidik ini mengandungi Tiga bahagian seperti berikut :


Bahagian A : Maklumat Responden
Bahagian B : Tahap persetujuan penilai terhadap isi kandungan modul
Bahagian C : Pembelajaran Bermakna
Bahagian D : Kebolehgunaan Modul Pengajaran

BAHAGIAN A : MAKLUMAT RESPONDEN


Status Responden :
Pelajar Sekolah T4
Pelajar DPLI

Saya mengakses internet menggunakan :


Telefon Pintar
Tablet/ ipad
Laptop

Rangkaian yang saya gunakan untuk mengakses internet :


Telco (celcom, digi, maxis,
dan lain-lain)
Unifi / wifi
BAHAGIAN B : PENILAIAN KEBOLEHGUNAAN ISI KANDUNGAN MODUL

23
Jawapan berlandaskan skala likert 5 seperti berikut :
Bahagian B dan C :
Skala Interpretasi Tahap
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Kurang Setuju
4 Setuju
5 Sangat Setuju

BAHAGIAN B : PENILAIAN TAHAP PERSETUJUAN PENILAI BERKAITAN


KEBOLEHGUNAAN ISI KANDUNGAN MODUL
Reka Bentuk Modul

(1) (2) (3) (4) (5)


Item Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat
tidak Setuju Setuju Setuju
setuju
1 Tajuk modul sesuai dengan tujuan
modul.
2 Persembahan modul ini sesuai
digunakan oleh guru subjek
Perniagaan
3 Susunan isi kandungan modul
mudah diikuti oleh guru
4 Aktiviti-aktiviti di dalam modul
meningkatkan keberkesanan
pengajaran guru.
5 Persembahan modul ini mesra
pengguna.
Pedagogi/ Strategi
(1) (2) (3) (4) (5)
Item Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat
tidak Setuju Setuju Setuju
setuju

24
1 Penggunaan kad ‘Traffic Light’
perlu bagi mendapatkan respon
pelajar tentang kefahaman terhadap
topik yang diajar.
2 Penggunaan kad ‘Traffic Light’
membantu mengawal kelas dan
memupuk disiplin dalam diri pelajar.
3 Pendekatan pembelajaran
menggunakan ‘Powtoon’ sesuai
untuk pembelajaran secara atas
talian.
4 Pendekatan pembelajaran ‘Powtoon’
lebih menarik.
5 Penggunaan ‘Quizizz’ dapat
meningkatkan kefahaman berkaitan
topik yang diajar.
6 Penggunaan ‘Quizizz’ boleh
digunakan sebagai alat pentaksiran
guru.
7 Penggunaan Peta I-think dapat
meningkatkan kemahiran berfikir
pelajar
8 Penggunaan Peta I-think dalam
aktiviti berkumpulan mewujudkan
kolaborasi antara pelajar

Isi Kandungan Modul


(1) (2) (3) (4) (5)
Item Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat
tidak Setuju Setuju Setuju
setuju
1 Cadangan aktiviti memudahkan
guru melakukan perancangan
pengajaran.

25
2 Susunan isi cadangan aktiviti
disusun daripada mudah ke susah
3 Cadangan aktiviti (Powtoon)
berupaya meningkatkan kemahiran
guru untuk melakukan pengajaran.
4 Cadangan aktiviti (Quizizz) berupaya
meningkatkan penguasaan terhadap
subjek perniagaan pelajar.
5 Cadangan aktiviti sesuai dengan
tahap perkembangan pelajar
tingkatan 4 & 5
6 Lembaran kerja (Peta I-Think)
pelajar berupaya membantu guru
melakukan aktiviti pengukuhan
dengan pelajar
Kefungsian
(1) (2) (3) (4) (5)
Item Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat
tidak Setuju Setuju Setuju
setuju
1 Saya mudah menggunakan modul ini
untuk subjek pengajaran saya.
2 Saya mudah menghasilkan video
animasi menggunakan “Powtoon”
3 Saya suka menggunakan “Quizizz”
sebagai alat penilaian di zaman
serba canggih ini.
4 Penggunaan Peta I-Think bertujuan
untuk merangsang aktiviti koperatif
dan kolaborasi pelajar.
5 Saya mudah mengetahui
keberkesanan pengajaran saya
menggunakan kaedah Kad ‘Traffic
Light”

26
Hasil Pembelajaran
(1) (2) (3) (4) (5)
Item Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat
tidak Setuju Setuju Setuju
setuju
1 Saya mendapat bimbingan nota yang
lengkap untuk menjawab soalan-
soalan kuiz yang disediakan di dalam
modul ini seperti nota dalam bentuk
Peta I-think.
2 Saya memperolehi kemahiran
mengaplikasikan cara Peta I-Think
dalam membuat nota perniagaan di
dalam topik pembelajaran
seterusnya.
3 Saya dapat meningkatkan
kefahaman berkaitan dengan topik
pembelajaran dengan menggunakan
Quizizz yang disediakan secara
dalam talian.
4 Saya seronok dengan kandungan
aktiviti yang disediakan dalam modul
ini.
5 Aktiviti dalam modul ini
meningkatkan motivasi saya untuk
belajar.

BAHAGIAN C : PEMBELAJARAN BERMAKNA


Bahagian ini bertujuan untuk menilai pembelajaran bermakna.

Aktif
(1) (2) (3) (4) (5)
Item Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat

27
tidak Setuju Setuju Setuju
setuju
1 Saya dapat mewujudkan proses
pembelajaran yang aktif.
2 Saya dapat memantau proses
pembelajaran saya berkaitan topik
perniagaan
3 Saya mempunyai peranan yang
dinamik dalam aktiviti pembelajaran.
Koperatif
4 Saya bersedia untuk berkongsi
pengalaman saya dengan rakan-
rakan yang lain.
5 Saya bersedia untuk berkongsi
pengetahuan saya dengan rakan-
rakan yang lain
6 Saya dan rakan-rakan dapat
berbincang tentang topik
pembelajaran dengan lebih aktif.
Integrasi
7 Aktiviti dalam modul mempunyai
fungsi yang mencukupi.
8 Modul adalah stabil dan boleh di
aplikasikan dalam apa sahaja bidang
pembelajaran
9 Modul ini mengintegrasikan
teknologi dan pengetahuan.
Konstruktif
10 Saya boleh memasukkan idea-idea
baru ke dalam pengalaman sedia
ada.
11 Saya faham apa yang perlu
dipelajari dalam topik pembelajaran.

28
BAHAGIAN D : KEBOLEHGUNAAN MODUL (DI ISI OLEH PELAJAR DPLI
SAHAJA)

BI (1) (2) (3) (4) (5)


L. Item Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat
tidak Setuju Setuju Setuju
setuju
Kesenangan penggunaan
1. Saya seronok menggunakan Modul
ini
2. Saya mudah menerangkan isi
pembelajaran menggunakan modul
ini kepada murid
3. Saya pasti akan memperkenalkan
modul ini kepada rakan pengajar
lain
5. saya dapat menggunakan modul
dengan baik
6. Modul sangat membantu saya
dalam proses pengajaran
Kesesuaian sebagai BBM
7. Selain penggunaan buku teks, video
animasi “Powtoon” juga boleh
dijadikan sebagai bahan rujukan
murid
8. Saya lebih suka menggunakan
‘Powtoon’ dan “Quizizz” sebagai
BBM
9. Modul ini membantu saya
menjimatkan masa dalam
menyediakan bahan pengajaran
10 Dengan menggunakan modul ini
. murid saya tidak bosan semasa
proses pengajaran dan

29
pembelajaran
11 Modul menjadikan suasana
. pengajaran menjadi lebih menarik
12 Modul memudahkan saya
. mewujudkan pembelajaran yang
interaktif walaupun pembelajaran
atas talian
Kepuasan penggunaan
13 Secara keseluruhannya, adakah
. anda berpuas hati dengan modul ini

SOALAN TERBUKA

1. Adakah penggunaan ‘MODUL PEMBELAJARAN KOPERATIF


UNTUK PELAJAR KECERDASAN INTERPERSONAL DALAM SUBJEK
PERNIAGAAN’ dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna untuk anda? Sila
beri pandangan anda.

2. Apakah cadangan anda untuk penambahbaikan modul pada masa


hadapan?

30

You might also like