You are on page 1of 4

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

DT50502
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM

TUGASAN INDIVIDU
(SEKSYEN 3)

PENSYARAH: DR. DG NORIZAH AG. KIFLEE

NAMA NO MATRIK
NUR ANA ZILAH BINTI TAMONONG PP1912029T
MINIT MESYUARAT AJK PERSATUAN BAHASA MELAYU KALI PERTAMA
2019

SMJK © LOK YUK

Tarikh : 02 Oktober 2019

Masa : 2.00 -. 3.00 petang

Tempat : Makmal Sains

Pengerusi : Nur Ana Zilah binti Tamonong (Ketua Persatuan)

Kehadiran:

1. Cik Nur Ana Zilah binti Tamonong Ketua Pemimpin ……….

2. Cik Zulaikha Firdaus Guru Penasihat ……….

3. Cik Farah Raidah Hamid Guru Penasihat ……….

4. Puan Vernie Edmund Guru Penasihat ………..

5. Pelajar tingkatan 4 & 5

AGENDA

1. UCAPAN KETUA PEMIMPIN

Guru Penasihat dan juga Ketua Panitia Bahasa Melayu, Cik Nur Ana Zilah binti
Tamonong mengalu-alukan kedatangan guru-guru yang menghadiri Mesyuarat
AJK Persatuan Bahasa Melayu kali pertama pada tahun 2019. Beliau juga
merakamkan selamat datang kepada ahli persatuan pelajare tingkatan 4 & 5.

2. UCAPAN PENGERUSI PERSATUAN

Nur Shafirah dari Tingkatan 5 selaku Pengerusi Persatuan mengucapkan


terima kasih kepada Guru Penasihat dan rakan-rakan persatuannya yang hadir.
3. MERANCANG AKTIVITI

i. Guru Penasihat, Cik Nur Ana memaklumkan setiap aktiviti perlu ada
penyertaan daripada setiap ahli dan perlu mengandungi elemen Kemahiran
Pendidikan abad ke 21.

ii. Cik Zulaikha mencadangkan pertandingan menulis esei Bahasa Melayu dan
disokong oleh Cik Farah.

iii. Puan Vernie mencadangkan aktiviti yang berkaitan simpulan Bahasa dan
peribahasa. Disokong oleh Pengerusi Nur Shafirah.

iv. Cik Zanariah mencadangkan Pertandingan bercerita/berdialog dengan gaya


berdasarkan gambar secara berpasangan. Cadangan disokong oleh ajak
pelajar tingkatan 4 Mohd Eqmal.

Tindakan:Makluman

4. MENENTUKAN TARIKH PERTANDINGAN

Pertandingan menulis esei Bahasa Melayu dipersetujui pada mana-mana bulan


semester pertama dan aktiviti simpulan bahasa dan peribahasa pada semester
kedua. Pertandingan bercerita/berdialog akan diadakan pada bulan November.

Tindakan:Makluman

5. KEWANGAN

Setiap ahi perlu membayar yuran keahlian selama setahun sebanyak RM5
ringgit seorang untuk melakukan aktiviti yang dilakukan.

Tindakan:Makluman

6. PENETAPAN WAKTU PERJUMPAAN

Setiap Rabu jam 2.00 hingga 3.00 petang di Makmal Sains.


Tindakan:Makluman

7. HAL-HAL LAIN

Tiada.

Tindakan:Makluman

8. PENANGGUHAN MESYUARAT

Puan Vernie mencadangkan mesyuarat kali pertama ini ditangguhkan dan


disokong oleh Cik Farah. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh, 04 Oktober 2019

_____________________

(Cik Farah Raidah Hamid)

Setiausaha,

Persatuan Bahasa Melayu 2019.

Disemak oleh,

________________________

(Nur Ana Zilah Binti Tamonong)

Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu 2019.

You might also like