You are on page 1of 1

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

DT50002 Teknologi Digital dan Inovasi Dalam Pendidikan

Tugasan 1 (Individu) (10%) (Konsep/Kaedah)


Buat rujukan kepada 5 (atau lebih) sumber-sumber bacaan (Jurnal Penyelidikan/
Majalah Pendidikan / Buku Rujukan / Suratkhabar / Artikel internet ) mengenai salah
satu tajuk berikut:
 Bincangkan jenis-jenis aktiviti pembelajaran berasaskan multimedia yang sesuai
untuk mengajar satu topik mata pelajaran sekolah (Tingkatan 1 – 5) yang anda
pilih.
 Semua kaedah pembangunan perisian pengajaran mempunyai langkah
penilaian. Bincangkan mengapa penilaian amat diperlukan dalam perancangan
pengajaran dan pembelajaran?
 Apakah kebaikan utama penggunaan rangkaian sosial kepada pelajar sekolah
dari segi pembelajaran?
Berdasarkan kepada rujukan-rujukan tersebut, sediakan satu laporan mengenai tajuk
yang anda kaji. Panjang laporan adalah antara 8 hingga 10 mukasurat bersaiz kertas A4
(double spacing) (Jenis fon = Times New Roman, saiz = 12). Tarikh serah: Minggu 5

Tugasan 2 (Kumpulan) (15%) (Multimedia)


Bangunkan satu bahan pembelajaran multimedia berbentuk video untuk mengajar satu
tajuk dalam bidang pengkhususan anda. Video yang dibangunkan mesti boleh mencapai
hasil pembelajaran video tersebut. Panjang video tidak boleh melebihi 5 minit.
Kandungan video: tajuk pembelajaran, satu hasil pembelajaran, input/nota
pembelajaran dan aktiviti penilaian. Video tersebut perlu dimuat naik ke YouTube
terlebih dahulu sebelum pembentangan. Senarai hantaran dalam folder: (1) video
(format mpg atau mp4) (2) Rancangan Mengajar untuk video tersebut. Tarikh serah:
Minggu 9

Projek Inovasi PdPc Digital (Kumpulan) (15%)


Hasilkan satu modul pembelajaran berbentuk dalam talian (online) untuk satu tajuk kecil
(tajuk tidak boleh sama dengan Tugasan 2) dalam bidang pengkhususan anda
yang mengandungi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran seperti berikut:
 Nota pembelajaran untuk satu tajuk kecil yang mengandungi elemen multimedia
 Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang sesuai (kuiz, blog, e-book, kahoot, dll)
 Penilaian untuk topik berkenaan
Platform dalam talian akan ditentukan oleh pensyarah kursus. Senarai hantaran dalam
folder: (1) bahan-bahan pembelajaran dalam talian (2) Rancangan Mengajar untuk tajuk
tersebut. Tarikh serah: Minggu 13

You might also like