You are on page 1of 18

1.

PENDAHULUAN

Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu (PNGK Bersepadu) yang juga disebut
sebagai Integrated Cumulative Grade Point Average (ICGPA) merupakan sistem
gred yang baharu di perkenalkan sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) (Kementerian Pendidikan
Tinggi Malaysia, 2015). Sehubungan dengan itu, Fakulti Teknologi Sains dan
Maklumat (FTSM) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi merupakan
fakulti yang pertama dipilih menjadi perintis dalam mengimplementasikan sistem ini.
PNGK Bersepadu (ICGPA) adalah satu sistem pentaksiran bersepadu yang
mentaksir pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperolehi daripada mata
pelajaran asas, khusus dan umum serta aktiviti kokurikulum yang disokong oleh
aktiviti luar kurikulum dan keusahawanan.
Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, (2015) PNGK
Bersepadu dapat mengatasi masalah ketidaksepadanan antara kualiti graduandan
kehendak majikan memandangkan sistem sedia ada hanya mengukur kemampuan
akademik pelajar.
Sehubungan dengan itu, antara aspek yang tidak seharusnya dipandang
enteng dalam melaksanakan PNGK Bersepadu ini ialah kefahaman akademik,
kemahiran akademik, pemikiran kritikal dan saintifik, kemahiran berkomunikasi,
kemahiran sosial, etika, moral dan profesionalisme. Selain itu, pengurusan
maklumat,

pembelajaran

sepanjang

hayat,

pengurusan

kepimpinan juga diambil berat dalam melaksanakan sistem ini.

keusahawanan

dan

2.0

PENYATAAN MASALAH

Masalah yang didapati dari kajian ini ialah cara dapatan dan sumber yang boleh
dipercayai dalam mengetahui dengan lebih mendalam mengenai PNGK Bersepadu.
Menyedari masalah tersebut, satu borang soal selidik telah dibuat kepada pensyarah
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) dalam mengenalpasti tahap
penerimaan dan pemahaman sistem PNGK Bersepadu ini.
3.0

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejauh mana tahap
penerimaan dan pemahaman pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Bangi, khasnya di Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat (FTSM), dalam
mengimplementasikan sistem PNGK Bersepadu (ICGPA) terhadap pelajar.
4.0

OBJEKTIF KAJIAN

Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengetahui dengan lebih terperinci
mengenai ICGPA. Bagi mencapai matlamat tersebut, beberapa objektif ditetapkan
seperti berikut:
i. Mengenalpasti corak ataupun kaedah pelaksanaan sistem PNGK Bersepadu.
ii. Mengetahui perbezaan antara PNGK dan PNGK Bersepadu.
5.0

PERSOALAN KAJIAN

i. Apakah corak ataupun kaedah yang akan digunakan untuk melaksanakan sistem
PNGK Bersepadu?
ii. Apakah perbezaan di antara PNGK dengan PNGK Bersepadu?

6.0

METODOLOGI KAJIAN

i. Kajian soal selidik


Kaedah yang kami jalankan ialah dengan mengedarkan borang soal selidik kepada
30 orang responden iaitu Pensyarah Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat untuk
menjawabnya.
ii. Kaedah rujukan
Kami memperoleh sumber rujukan daripada artikel dan jurnal dari internet, buku
buku untuk menghasilkan soalan-soalan kajian dan mencari sumber-sumber
maklumat yang boleh dijadikan bahan perbincangan dan sokongan. Selain itu, kami
juga turut menemuramah Pensyarah Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat bagi
mendapatkan dan memahami dengan lebih jelas mengenai pelaksanaan PNGK
Bersepadu.

7.0

DAPATAN KAJIAN

Analisa borang soal selidik


Bahagian A Kajian demografi
Daripada 30 orang responden dalam kalangan Pensyarah yang telah kami soal
selidik, 17 orang adalah perempuan manakala baki 13 orang adalah lelaki.

2 orang responden berumur diantara 25 30 tahun. Manakala umur diantara 31 35


tahun seramai 11 orang responden. Responden yang berumur 36 sehingga 40 tahun
merupakan yang paling ramai iaitu 15 orang responden dan umur 40 tahun keatas
ialah 2 orang sahaja.

Melayu merupakan responden yang paling ramai iaitu seramai 26 orang responden
dan bagi bangsa Cina dan India masing-masing seramai 2 orang responden.

Responden yang disoal selidik bagi bidang Teknologi Maklumat ialah seramai 11
orang respondan, manakala Sains Komputer seramai 9 orang responden. Responden
dari bidang Multimedia dan Kejuruteraan Perisian masing-masing seramai 5 orang
responden.

Bahagian B Soalan Kajian


Bahagian B adalah berkenaan tahap pengetahuan Pensyarah mengenai PNGK
Bersepadu. Selain itu, antara perkara yang turut dikaji adalah mengenai objektif
PNGK Bersepadu samada dapat dicapai atau sebaliknya.
1. PNGK Bersepadu (ICGPA) adalah satu sistem pentaksiran bersepadu yang
mentaksir pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperolehi daripada mata
pelajaran asas, khusus dan umum serta aktiviti kokurikulum yang disokong oleh
aktiviti luar kurikulum dan keusahawanan.
2. Objektif PNGK Bersepadu dilaksanakan adalah untuk membentuk graduan yang
holistik, seimbang dan berciri keusahawanan sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Negara (FPN).
3. Pelaksanaan PNGK Bersepadu memudahkan gred pemarkahan diberikan kepada
pelajar.

4. Pelaksanaan PNGK Bersepadu akan membuatkan pelajar terganggu dengan


aktiviti Kurikulum.
5. Pelaksanaan PNGK Bersepadu akan memberi impak yang positif kepada pelajar
mahupun pensyarah.
Bahagian C Kajian
Bahagian C merupakan kajian yang diuji berkenaan persoalan samada pensyarah dan
pelajar bersedia untuk melaksanakan kaedah PNGK Bersepadu tersebut. Persoalan
yang dikaji adalah seperti berikut:
Soalan 1
Adakah anda tahu Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat (FTSM) merupakan fakulti
yang pertama di UKM menjadi perintis dalam melaksanakan PNGK Bersepadu?

Soalan 2

Adakah anda faham bagaimana kaedah untuk melaksanakan PNGK Bersepadu?


8

Soalan 3
Adakah corak pengajaran dan pembelajaran akan berubah sekiranya PNGK
Bersepadu dilaksanakan?

Soalan 4
Adakah pelajar mampu mencapai objektif PNGK Bersepadu?

10

Soalan 5
Adakah anda bersedia untuk melaksanakan PNGK Bersepadu?

Bahagian D Pendapat
Bahagian D merupakan soalan temubual iaitu pandangan atau pendapat daripada
Pensyarah Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat. Antara soalan yang dikemukakan
ialah:
1. Adakah anda setuju dengan pelaksanaan PNGK Bersepadu?
2. Apakah perbezaan mengenai PNGK dan PNGK Bersepadu?
Berikut merupakan diantara maklum balas atau jawapan yang diterima oleh kami.
Soalan 1:
1. Ya, lebih micro detail tentang menilai kemampuan pelajar.
2. Ya, pelajar akan mampu membahagikan masa.
3. Ya, pensyarah mampu memantau pelajar dengan lebih baik.
4. Ya, pengiraan PNGK Bersepadu akan lebih sistematik dan baik.
11

5. Ya, menunjukkan pelajar mampu berdikari, proaktif dan berdaya saing.


Soalan 2:
1.
2.
3.
4.
5.

Lebih detail.
Lebih daripada sekadar akademik.
Lebih praktikal.
Dapat mengetahui prestasi pelajar.
Dapat mengetahui kelebihan dan kelemahan pelajar.

12

8.0

PERBINCANGAN

Melalui kajian yang telah dijalankan didapati bahawa kesemua responden


mengetahui mengenai PNGK Bersepadu yang akan dilaksanakan di Malaysia.
Mereka juga tahu objektif PNGK Bersepadu dilaksanakan. Hal ini kerana para
pensyarah di universiti telah didedahkan dengan maklumat untuk pelaksanaan PNGK
Bersepadu di negara ini melalui pelbagai saluran. Majoriti para pensyarah bersetuju
bahawa ia dapat memudahkan gred pemarkahan yang akan dinilai apabila PNGK
Bersepadu dilaksanakan nanti. Namun, bagi reponden yang tidak bersetuju pula,
mungkin berpendapat bahawa kesukaran untuk menilai para pelajar apabila terdapat
pembahagiaan dan perbezaan dalam akademik dan juga aktiviti kurikulum.
Pelaksanaan PNGK Bersepadu akan membuatkan pelajar terganggu dengan aktiviti
kurikulum, majorioti responden bersetuju dengan pernyataan tersebut, mungkin
kerana pelajar terpaksa membahagikan masa dengan diantara akademik dan aktiviti
kokurikulum. Malah ia juga dan memberi kesukaran kepada pelajar untuk
menumpukan masa lebih kepada akademik. Hampir kesemua responden bersetuju
bahawa pelaksanaan PNGK Bersepadu akan memberi impak yang positif kepada
pelajar mahupun pensyarah dan hanya segelintir tidak bersetuju.
Kajian juga dilakukan untuk mengetahui sama ada para pensyarah di Fakulti
Teknologi Sains dan Maklumat(FTSM) bersedia untuk melaksanakan kaedah PNGK
Bersepadu di negara ini. Kesemua responden mengetahui bahawa Fakulti Teknologi
Sains dan Maklumat (FTSM) merupakan fakulti yang pertama di UKM menjadi
perintis dalam melaksanakan PNGK Bersepadu. Berkenaan kaedah untuk
melaksanakan PNGK Bersepadu pula, majoriti responde memahami mengenai
kaedah pelaksanaannya. Namun terdapat minoriti responden tidak pasti tentang
kefahaman dalam kaedah untuk melaksanakan PNGK Bersepadu. Ini adalah
kemungkinan tiada maklumat yang menyeluruh dalam pelaksanaan PNGK
Bersepadu tersebut.
Bagi persoalan adakah corak pengajaran dan pembelajaran akan berubah sekiranya
PNGK Bersepadu dilaksanakan, majoriti responden tidak pasti manakala minoriti
bersetuju dengan persoalan tersebut. Para pensyarah ramai yang bersetuju bahawa
pelajar mampu mencapai objektif PNGK Bersepadu apabila dilaksanakan kelak.
Hanya segelintir yang tidak bersetuju mungkin tidak yakin bahawa dengan

13

pelaksanaan PNGK Bersepadu, pelajar tidak dapat mencapai objektifnya. Didapati


kebanyakan pensyarah bersedia untuk melaksanakan PNGK Bersepadu dan sedikit
sahaja yang tidak pasti sama ada bersedia atau tidak dengan pelaksanaannya nanti.
Akhir sekali adalah untuk mengkaji bahawa para pensyarah di Fakulti
Teknologi Sains dan Maklumat (FTSM) mengetahui perbezaan antara PNGK dan
PNGK Bersepadu yang akan dilaksanakan. Bagi kajian ini, para responden juga
ditanyakan mengenai soalan temubual untuk mendapatkan pandangan mereka.
Antaranya mereka semua bersetuju dengan pelaksanaan PNGK Bersepadu kerana ia
lebih micro detail tentang menilai kemampuan pelajar dan pengiraan PNGK
Bersepadu akan lebih sistematik dan baik. Selain itu, mereka berpendapat bahawa
pelajar akan mampu membahagikan masa malah dapat menunjukkan pelajar mampu
berdikari, proaktif dan berdaya saing. Mengenai perbezaan PNGK dan PNGK
Bersepadu pula, pensyarah berpendapat bahawa PNGK Bersepadu lebih detail, lebih
daripada sekadar akademik dan praktikal. Mereka juga berpendapat bahawa PNGK
Bersepadu dapat mengetahui prestasi pelajar dan juga mengetahui kelebihan dan
kelemahan pelajar.

14

9.0

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Secara keseluruhannya, setiap pensyarah di Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat


(FTSM) perlu mengetahui dan memahami tentang PNGK Bersepadu yang akan
dilaksanakan di Malaysia. Ini adalah kerana, FTSM merupakan antara perintis dalam
melaksanakan PNGK Bersepadu tidak lama lagi. Dalam hal ini, segala maklumat
tentang pelaksanaan tersebut perlu diberi perhatian oleh para pensyarah di FTSM.
Hal ini supaya mereka dapat memahami konsep dan kaedah dengan lebih jelas
mengenai PNGK Bersepadu yang akan dilaksanakan.
Pihak Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan Fakulti Teknologi Sains
dan Maklumat (FTSM) juga perlu lebih menyeluruh dalam memberikan dan
menyampaikan maklumat mengenai PNGK Bersepadu sebelum ia akan dilaksanakan
secara menyeluruh nanti. Oleh itu, kesemua pensyarah mendapat pendedahan tentang
PNGK Bersepadu dalam mengimplementasikan sistem ini. Dengan ini, matlamat
ataupun objektif pelaksanaan PNGK Bersepadu ini akan dapat dicapai dan mendapat
impak positif tidak kira untuk pensyarah mahupun pelajar.

15

10.0

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang telah kami buat ini, kami dapati bahawa semua responden iaitu
yang kesemuanya adalah pensyarah-pensyarah dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai PNGK Bersepadu. Ke semua
responden mengetahui apa yang dimaksudkan dengan PNGK Bersepadu dan juga
objektifnya dilaksanakan di negara ini. Majoriti responden mengetahui bahawa Fakulti
Teknologi Sains dan Maklumat (FTSM) merupakan fakulti yang pertama di UKM menjadi
perintis dalam melaksanakan PNGK Bersepadu. Mereka juga memahami corak dan kaedah
untuk melaksanakan PNGK Bersepadu. Bagi perbezaan mengenai PNGK dan PNGK

Bersepadu pula, kesemua responden dapat membezakan kedua-duanya. Malah,


majoriti responden bersetuju bahawa PNGK Bersepadu dilaksanakan di negara ini.
Kesimpulannya,

mereka

menerima

pelaksanaan

PNGK

Bersepadu

dan

pelaksanaannya akan memberikan impak yang positif kepada pelajar mahupun


pensyarah.

16

11.0

RUJUKAN

Biggs, J.B. 2003. Teaching for quality learning at university. Buckingham: Open
University Press/Society for Research into Higher Education. (Second
edition).
J. Swarupa Rani. 2004. Educational Measurement and Evaluation. Discovery
Publishing House.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2006. Modul pembangunan kemahiran
insaniah (soft skills) untuk institusi pengajian tinggi Malaysia. Serdang:
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia: Penerbitan Universiti Putra
Malaysia.
Malaysian Qualifications Agency (MQA) First Edition. 2010. Program Accreditation
Codes of Practice. Kuala Lumpur: Malaysian Qualifications Agency.
Prof Keshava Prasad Halemane Ph.D. 2012. Academic Performance
Evaluation of Students - Ubiquitous System Analyzed : Letter
Grading System is inherently Unfair by its very Design : The
Problem is not Grade Inflation. CreateSpace Independent
Publishing Platform.
Malaysian Qualifications Agency. 2015. Malaysian Qualifications Framework. Point
of Reference and Understanding of Higher Education Qualifications in
Malaysia,
Malaysian
Qualifications
Agency
Malaysia.
http://www.mqa.gov.my/portalMQA/dokumen/KERANGKA
%20KELAYAKAN%20MALAYSIA_2011.pdf (31/12/2015).
Ministry of Higher Education 2015. Malaysian Education Blueprint 2015-2025
(Higher Education). Putrajaya: Ministry of Higher Education.
Barbara Boone. 2015. Best answers for Can we tie the intelligence
of a person directly to their CGPA? CreateSpace Independent
Publishing Platform.
Kementerian Pendidikan Tinggi Putrajaya Malaysia. 2016. Rubric PNGK Bersepadu
iCGPA Panduan Pentaksiran Hasil Pembelajaran.
Todd Rose. 2016. The End of Average: How We Succeed in a World
That Values Sameness. HarperOne.

17

18

You might also like