You are on page 1of 8

PERSEPSI SISWA GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

TERHADAP PENGGUNAAN SISTEM CIDS DALAM PRAKTIKUM

Nurul Aqilah binti Azli


PISMP Pendidikan Muzik Ambilan Jun 2016
nurul.aqilah2297@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau persepsi siswa guru Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) terhadap penggunaan Collaborative Instructional Design
System (CIDS) dalam praktikum. Konstruk yang dikaji adalah manfaat pengunaan yang
diterima oleh siswa guru, masalah yang dihadapi oleh siswa guru dan kesesuaian sistem
CIDS dalam merancang proses PdPc. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 109 siswa
guru daripada semester 5 dan semester 7 di IPGKIK yang berpraktikum pada tahun 2019.
Kaedah soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian yang ditadbir secara dalam
talian dan hasil dapatan kajian dihuraikan secara deskriptif dalam bentuk min dan sisihan
piawai bagi setiap item. Hasil kajian menunjukkan bahawa bacaan purata nilai skor konstruk
pertama berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.46) iaitu manfaat yang diterima oleh
siswa guru yang menggunakan sistem CIDS. Dapatan konstruk kedua pula mendapati
masalah yang dihadapi oleh siswa guru yang menggunakan sistem CIDS mendapat bacaan
purata nilai skor berada pada tahap sederhana rendah (min=2.97). Seterusnya, bacaan
purata nilai skor bagi konstruk ketiga iaitu kesesuaian sistem CIDS dalam merancang proses
PdP berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.55). CIDS melalui Model Reka Bentuk
Pengajaran ASIE adalah alat pereka untuk guru abad 21 yang dibangunkan sebagai
penyelesaian alternatif melalui pendekatan berpusatkan murid dalam merancang RPH
memberikan peluang yang setaraf kepada semua murid dalam proses pembelajaran. 21st-
Century Learning Framework (Partnership for 21st Century Skills, 2008) mewujudkan
kesedaran kepada guru mengenai komponen pembelajaran yang diperlukan bagi
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kritis dan kreatif untuk murid.
Kata kunci: manfaat penggunaan, masalah dihadapi, kesesuaian sistem, Collaborative
Instructional Design System (CIDS), siswa guru praktikum.

ABSTRACT

The purpose of this study is to examine the perceptions of trainee teachers using the
Collaborative Instructional Design System (CIDS) during teaching practise from a teacher
training institution. The constructs in this study are the benefits of using CIDS amongst
trainee teachers, the problems faced and the appropriateness of using CIDS in designing
PdPc during teaching practice. This study involved 109 teacher trainees during their practical
teaching in the 5th and 7th semester. This study used a questionnaire as its instrument which
was administered online and the results were described descriptively in the form of mean and
standard deviation for each item. The findings of this study shows that the average reading
scores on first construct are moderately high (M=3.46) which shows the benefit of using CIDS
by the teacher trainee. The findings on second construct also show that the problem faced by
teacher trainees that use CIDS are moderately low (M=2.97). Furthermore, the average score
reading for third construct is the appropriateness of using CIDS in designing PdPc is relatively
high (M=3.55). CIDS is a system developed as an alternative solution for 21st century
teachers to design a student-centered lesson plan that gives equal opportunity to pupils in
class. 21st-Century Learning Framework (Partnership for 21st Century Skills, 2008) creates
awareness among teachers about components that are needed to create a more critical and
creative learning invironment for pupils.
Keywords: benefit of using CIDS, problems faced, appropriateness of using CIDS,
Collaborative Instructional Design System (CIDS), teacher trainees.
PENGENALAN

Pelbagai langkah diambil untuk memastikan sistem pendidikan negara terus berjalan
seiring dengan arus moden. Ismail Md. Zain (2012,2013) berpendapat bahawa
peningkatan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara dinamik diperlukan.
Oleh itu, kita memerlukan guru untuk memahami secara mendalam bidang reka
bentuk pengajaran seperti Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebagai
perancangan pengajaran mereka. Ciri-ciri Pembelajaran Abad 21 memerlukan guru
yang melibatkan diri dalam proses pembelajaran dinamik yang melibatkan
pembelajaran pelbagai sensori, kolaboratif, dan kinestatik melalui aktiviti yang
membolehkan murid mencapai keperluan 4C iaitu critical thinker, communicator,
collaborator, creator bagi membangunkan personaliti yang berdaya saing di
peringkat global. Oleh itu, Mishra & Koehler (2006) mendakwa bahawa pengetahuan
pedagogi yang luas juga diperlukan oleh guru bagi menampung dan
mengintegrasikan teknologi, pedagogi dan pengetahuan kandungan dengan
berkesan dalam merancang pengajaran mereka. Collaborative Instructional Design
System (CIDS) melalui Model Reka Bentuk Pengajaran ASIE adalah alat pereka
untuk guru abad 21 sebagai penyelesaian alternatif kepada cabaran dan keperluan
untuk sekolah dan institusi pengajian tinggi. 21st-Century Learning Framework
(Partnership for 21st Century Skills, 2008) mewujudkan kesedaran kepada guru
mengenai komponen pembelajaran bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang lebih kritis dan kreatif untuk murid. Oleh itu, untuk mencapai peningkatan
proses PdP, sistem CIDS dibangunkan untuk memenuhi keperluan dunia pendidikan.
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tentang penggunaan CIDS dalam kalangan
siswa guru praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK). Fokus
kajian adalah untuk mengkaji manfaat penggunaan sistem CIDS, masalah yang
dihadapi dan kesesuaian kandungan sistem dalam merancang proses PdP.

PERNYATAAN MASALAH

Peranan guru sangat penting untuk merancang pengajaran yang sistematik dengan
kaedah mengikut tahap kebolehan murid. Sistem CIDS dibangunkan untuk
merancang RPH dan memberikan peluang yang setaraf kepada semua murid dalam
proses pembelajaran dan mewujudkan kesedaran pengetahuan abad 21 dalam
kalangan guru. Berdasarkan kajian Ismail Md. Zain (2016) tentang sistem CIDS,
beliau menyatakan guru-guru merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran RPH
mengikut profil murid. Beliau menyatakan bahawa guru sangat memerlukan sistem
CIDS untuk merancang pengajaran mereka. Hal ini kerana, setiap komponen model
adalah interaktif yang menyediakan langkah-langkah perancangan mudah untuk PdP
yang berkesan berbanding merancang pengajaran secara tradisional. Transformasi
pendidikan pada abad 21 telah mengubah proses pembelajaran dan kurikulum dari
segi pengajaran untuk memudahkan pekerjaan guru. Namun begitu didapati guru
abad 21 masih mengamalkan kaedah tradisional berbanding kaedah moden semasa
membuat perancangan pdp seperti menggunakan sistem CIDS ini. Kaedah
tradisional merancang RPH yang dijalankan secara menulis ke dalam buku RPH
kurang melibatkan komponen-komponen utama yang dititikberatkan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran abad 21. Sistem CIDS yang telah digunakan oleh
siswa guru IPGKIK semasa praktikum tahun 2018 telah menghadapi beberapa
cabaran, Antaranya adalah halangan dari segi teknologikal terutamanya seperti
kemudahan internet yang ada di asrama tidak memuaskan, dan juga halangan
personaliti iaitu sikap pelajar yang berasa malas untuk menggunakan sistem CIDS
kerana sudah terbiasa dengan cara yang tradisional. Siswa guru juga tidak
mendapat input yang mencukupi tentang cara penggunaan sistem CIDS sebelum
praktikum. Terdapat beberapa siswa guru yang tidak mahir dalam menggunakan
sistem ini semasa di sekolah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui
penggunaan sistem CIDS dalam kalangan siswa guru praktikum di IPGKIK. Kajian
melibatkan penggunaan soal selidik untuk mendapat maklum balas daripada
pengguna sistem. Kebolehpercayaan hasil kajian adalah bergantung kepada
kefahaman, kesungguhan, keikhlasan responden menjawab item-item soalan. Kajian
dijalankan di IPGKIK dalam kalangan siswa guru yang berpraktikum dalam tahun
2019. Walaubagaimanapun, dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan dengan
kampus lain kerana mereka tidak menggunakan sistem yang sama lagi.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

i) Mengenal pasti manfaat penggunaan yang diterima oleh siswa guru yang
menggunakan sistem CIDS.
ii) Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh siswa guru yang
menggunakan sistem CIDS.
iii) Mengenal pasti kesesuaian kandungan sistem CIDS dalam merancang
proses PdP.

Untuk mencapai objektif yang telah disebutkan di atas, soalan-soalan kajian berikut
telah dikemukakan:
i) Apakah manfaat yang diterima oleh siswa guru yang menggunakan
sistem CIDS semasa praktikum?
ii) Apakah masalah yang dihadapi oleh siswa guru yang menggunakan
sistem CIDS semasa praktikum?
iii) Adakah kandungan sistem CIDS sesuai untuk merancang proses PdP
semasa praktikum?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini secara keseluruhan berbentuk kuantitatif dan data dianalisis secara
deskriptif untuk menerangkan taburan data. Instrumen jenis soal selidik digunakan
bagi menjimatkan masa dan kos untuk mendapatkan data daripada siswa.
Responden perlu memiilih jawapan yang disediakan mengikut kesesuaian dan aspek
yang disoal. Sampel kajian melibatkan siswa guru yang berpraktikum pada tahun
2019 di IPGKIK yang terdiri daripada siswa guru semester 5 dan semester 7 yang
mengikuti pelbagai bidang yang berbeza. Instrumen yang digunakan bagi kajian ini
ialah soal selidik yang dibahagikan kepada bahagian A yang mengandungi soalan-
soalan maklumat latar belakang responden dan bahagian B mengenai penggunaan
sistem CIDS berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan. Kajian ini
mempunyai kesahan kandungan yang tinggi berikutan Ismail Md Zain, Balakrishnan
Muniandi dan Wahid Hashim (2016) telah berjaya mengukur apa yang ingin diukur
menggunakan soal selidik yang telah dihasilkan. Instrumen kajian juga disahkan oleh
pensyarah pakar iaitu Dr Ismail Md Zain merupakan pengasas sistem CIDS sendiri.
Kebolehpercayaan menggunakan data kajian rintis seramai 30 orang daripada
sampel yang dimasukkan ke dalam perisian Statistical Package for the Social
Science (SPSS) untuk mengukur kebolehpercayaan berdasarkan nilai Cronbach
Alpha yang diperoleh adalah seperti berikut:

Jadual 1

Dapatan kajian rintis, nilai pekali Cronbach Alpha

Konstruk Nilai Cronbach Alpha


Bahagian B (i) : Manfaat penggunaan α = 0.937
Bahagian B (ii) : Masalah yang dihadapi α = 0.700
Bahagian B (iii) : Merancang PdP α = 0.943

Pautan instrumen yang menggunakan Google Form diedarkan dan kesemua


responden diberikan tarikh akhir bagi menjawab soal selidik tersebut. Setelah
responden selesai menjawab, responden mengembalikannya untuk proses analisis
data dengan menekan butang submit pada Google Form. Data yang dipungut
melalui borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan persisian komputer iaitu
SPSS versi 23. Analisis dijalankan menggunakan nilai min dan sisihan piawai bagi
menentukan persepsi siswa guru IPGKIK terhadap penggunaan sistem CIDS dalam
praktikum.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Jadual 2

Purata nilai min setiap konstruk

Min Sisishan
Items Tahap
keseluruhan piawai
Manfaat yang diterima oleh siswa guru Sederhana
3.46 1.23
yang menggunakan sistem CIDS. tinggi
Masalah yang dihadapi oleh siswa Sederhana
2.97 1.29
guru yang menggunakan sistem CIDS. rendah
Kesesuaian kandungan sistem CIDS Sederhana
3.55 1.15
dalam merancang proses PdP. tinggi

Berdasarkan Jadual 2, manfaat yang diterima oleh siswa guru yang menggunakan
sistem CIDS secara puratanya mendapat nilai min sebanyak 3.46 (sp=1.23) iaitu
berada pada tahap sederhana tinggi yang menunjukkan bahawa siswa guru dapat
berinteraksi dan berkongsi RPH dengan rakan siswa guru melalui feature
perkongsian RPH dalam sistem CIDS. Oleh itu siswa guru dapat berkongsi cara
pengajaran dan menjadikan siswa guru lebih kreatif dengan berkongsi idea. Siswa
guru juga bersetuju bahawa dengan menggunakan sistem CIDS memudahkan
pensyarah pembimbing memberikan ulasan segera terhadap RPH yang digunakan.
Mereka dapat membuat refleksi secara langsung berdasarkan komen yang
diberikan. Pengkaji mendapati bahawa dengan menggunakan sistem CIDS dapat
merancang pengajaran dengan mudah iaitu mereka dapat merancang pengajaran
dengan fleksibel di mana sahaja dengan dengan menggunakan telefon pintar.
Seterusnya, siswa guru mampu mengukuhkan lagi strategi pedagogi dalam usaha
merancang PdP yang menjurus kepada pembelajaran pendekatan abad ke-21.
Sekali gus menjadikan siswa guru berasa yakin untuk merancang pengajaran
dengan adanya elemen-elemen ilmu pedagogi dalam sistem CIDS.

Seterusnya, bagi item masalah yang dihadapi oleh siswa guru yang
menggunakan sistem CIDS mendapat nilai min sebanyak 2.97 (sp=1.29) secara
puratanya dan berada pada tahap sederhana rendah. Antara masalah yang berada
pada tahap rendah ialah siswa guru tidak menggunakan bilik komputer yang
disediakan untuk mengakses sistem CIDS. Masalah yang berada pada tahap
sederhana rendah pula ialah siswa guru berasa malas berusaha dan tidak faham
untuk menggunakan sistem CIDS dalam merancang pengajaran mereka. Siswa guru
juga menyatakan mereka diberikan kursus selama tiga hari atau lebih pada tahap
sederhana rendah. Hasil kajian mendapati bahawa siswa guru berasa kurang yakin
dengan kejayaan sistem CIDS dan tidak menyukai penggunaan sistem CIDS kerana
berada pada tahap sederhana tinggi. Selain itu masalah yang dihadapi berada pada
tahap sederhana tinggi ialah asrama siswa guru tidak menyediakan kemudahan
internet dan bilik mereka tidak berada dalam lingkungan isyarat pemancar. Namun
siswa guru diberikan kursus yang lengkap dan pendedahan secara teori dan
praktikal mengenai CIDS oleh Dr Ismail Md Zain di IPGKIK. Mereka juga
meluangkan masa dan komitmen mereka untuk merancang pengajaran
menggunakan sistem CIDS kerana item ini berada pada tahap sederhana tinggi.

Jadual 2 menunjukkan bahawa CIDS sesuai dalam merancang proses PdP


kerana mendapat nilai min secara puratanya ialah 3.55 (sp=1.15) pada tahap
sederhana tinggi. Siswa guru menyatakan bahawa sistem CIDS sesuai dalam
merancang proses PdP subjek yang diajar dan sesuai untuk merancang mengikut
tahap murid. Siswa guru juga dapat menggunakan BBM yang diperlukan dalam
proses merancang PdP, malahan terdapat alat dan soalan KBAT yang menjadi
keperluan dalam merancang PdP. Siswa guru juga dapat menulis refleksi dengan
pantas dan baik. Melalui dapatan kajian juga menunjukkan bahawa siswa guru yang
menggunakan sistem CIDS dapat mengintegrasikan semua aspek penting yang
diperlukan dalam proses merancang dan mengenalpasti penyusunan corak interaksi
antara guru dan murid dalam PdP. Bukan itu sahaja, siswa guru juga dapat
menumpukan ke arah perkembangan 4C dalam kalangan murid dan dapat
menyerapkan elemen-elemen yang relevan dengan corak pembelajaran abad 21
dengan menggunakan sistem CIDS semasa praktikum.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulannya sistem CIDS yang menggunakan Model ASIE diperlukan dalam


merancang PdP dalam bilik darjah. Implikasi yang diperolehi hasil daripada kajian
iaitu kepada pihak pengurusan sistem CIDS dalam meningkatkan mutu sistem dan
melakukan penambahbaikan berdasarkan persepsi yang positif dan negatif siswa
pengguna. Selain itu, kajian ini mampu bertindak sebagai mekanisme untuk
meningkatkan pemahaman dan penggunaan teknologi dalam kalangan siswa guru.
Hasil kajian ini juga diharap dapat memberikan panduan kepada pihak pengurusan
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) khususnya pihak pengurusan untuk
melihat sejauhmana keberkesanan sistem CIDS terhadap bakal-bakal guru dalam
proses PdP. Kajian ini penting untuk pihak pentadbir IPGKIK lebih memahami
fenomena siswa guru yang menggunakan sistem CIDS dalam praktikum yang
melibatkan proses PdP mereka di sekolah. Penemuan kajian ini dapat membekalkan
idea yang baru kepada pihak pengurusan IPGKIK dalam usaha untuk menyediakan
inisiatif yang terbaik kepada siswa guru bagi meningkatkan kualiti selaku bakal guru
semasa praktikum. Kajian ini juga dapat memberikan kesedaran dan motivasi
kepada siswa guru untuk mengubah corak pemikiran mereka supaya menerima
perubahan sistem pendidikan yang lebih mudah dengan mengunakan teknologi
dalam pengajaran serta memberi panduan kepada siswa guru dalam memastikan
perancangan yang berkualiti dalam proses PdP dan menekankan elemen penting
dalam pembelajaran abad 21 yang mampu memberikan impak yang baik.

Pengkaji mencadangkan untuk pengkaji seterusnya membuat analisis secara


kualitatif juga. Dapatan daripada analisis ini akan dapat menyokong analisis
kuantitatif dan membantu individu lain memahami dengan lebih jelas tentang isu
yang diutarakan. Selain itu, kajian-kajian masa hadapan seharusnya melibatkan lebih
ramai pelajar daripada pelbagai latar belakang dan kategori pengajian tinggi dalam
bidang pendidikan yang menggunakan teknologi sebagai teras supaya perbandingan
dapat dilakukan dalam persepsi pelajar dalam bidang pendidikan yang
menggunakan sistem CIDS. Seterusnya kajian harus diluaskan lagi sampel dan skop
dengan melibatkan pengguna-penguna di sekolah sekitar kawasan IPGKIK.

RUJUKAN

Ismail, M. Z. (2012). Best practices of ICT integration strategies for teaching and
learning: An approach to generate critical and creative minds. Paper presented
at 2012 Rome European Academic Conference & Mediterranean Cruise
Program, 6-8 Jun 2012. Also available in Journal of Teaching and Education,
2(3), 79-86. UniversityPublications.net.
Ismail, M. Z. (2013). Instructional media integration strategies for basic development
of human capital: An approach to generate critical and creative minds in
teaching and learning process. The Macrotheme Review, 2(2) 55-64 (Spring
2013: AMultidisciplinary Journal of Global Macro Trends: Special Issue On
Education And Training).
Ismail M. Z., Balakrishnan., M., & Wahid, H. (2016). An integral ASIE ID model: the
21st century instructional design model for teachers. Universal Journal of
Educational Research4, 3, 547-554,. DOI: 10.13189/ujer.2016.040311
Mishra, P., & Koehler, M. J. (2006). Technological pedagogical content knowledge: A
framework for teacher knowledge. Teacher College Record, 108, 1017-1054.
Partnership for 21st Century Skills. (2008). A report and mile guide for 21st Century
skills. Retrieved September 10, 2019, from
http://www.21stCenturyskills.org/downloads/P21_Report.pdf

You might also like