You are on page 1of 10

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,283-292, 2023


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham


(MKLFN) Dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan: Sorotan
Literatur Bersistematik
(The Use of Needham's Five Phase Constructivism Model (MKLFN)
in Learning and Facilitation: Systematic Literature Highlights)
Sutha Sundram1, Nurhanani Romli1*
1
Fakulti Pengurusan & Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak

*Pengarang Koresponden: nurhanani@fpe.upsi.edu.my

Received: 30 May 2023 | Accepted: 10 July 2023 | Published: 30 July 2023

DOI: https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.26
_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (MKLFN) ialah satu model berfasa
dan sesuai digunakan untuk pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21. PdPc
MKLFN ini lebih kepada proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar iaitu aktiviti yang
dilakukan adalah dalam kumpulan. Pelajar melibatkan diri secara aktif untuk membina
pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan sedia ada. Walau bagaimanapun, MKLFN ini
masih kurang diaplikasikan dalam PdPc pada masa sekarang. Oleh itu, kajian literatur
sistematik ini bertujuan untuk melihat penggunaan MKLFN dalam PdPc. Sebanyak 10 artikel
yang berkaitan dengan MKLFN telah dipilih. Hasil kajian ini menjelaskan bahawa MKLFN
sesuai digunakan dalam PdPc untuk meningkatkan pencapaian, minat dan membangunkan
perisian baru dalam semua bidang.

Kata kunci: Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham, penggunaan, pembelajaran dan
pemudahcaraan, konstruktivisme

Abstract: Needham's Five-Phase Constructivism Model (NFPCM) is a phased and


applicable model for 21st century learning and facilitation (LAF). This NFPCM in learning
and facilitation is more of a student-centered learning process, which means that the
activities are done in groups. Students actively engage in building new knowledge based on
existing knowledge. However, NFPCM is still under-applied in learning and facilitation at
present. Therefore, this systematic literature review aims to see the use of NFPCM in
learning and facilitation. A total of 10 articles related to NFPCM have been selected. The
results of this study explain that NFPCM is suitable for use in learning and facilitation to
increase achievement, interest and develop new software in all fields.

Keywords: Needham's Five-Phase Constructivism Model, use, learning and facilitation,


constructivism
___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (MKLFN) dicadangkan dalam “Children’s


Learning in Science Project” oleh Richard Needham (1987). Pada awalnya, model ini
digunakan dalam pembelajaran sains sekolah rendah. Berdasarkan kenyataan Needham

283
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,283-292, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

(1987), MKLFN dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran Sains. Selain
itu, pelajar dapat bertindak secara aktif dalam bilik darjah dengan menggunakan model ini.
Oleh itu, model ini dibangunkan dengan beberapa fasa iaitu orientasi, pencetusan idea,
penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan refleksi. Menurut Arihasnida et al (2020), model
ini sesuai diaplikasikan dalam PdPc kerana konsep yang dibangunkan pada struktur kognitif
seseorang individu akan berubah sekiranya memperolehi pengetahuan dan pengalaman baru.
Tambahan pula, pelajar dapat membina pengetahuan dengan mengaitkan pengetahuan sedia
ada secara aktif dalam bilik darjah. Rajah 1 menunjukkan fasa yang terdapat dalam MKLFN.

Orientasi

Pencetusan Idea

Penstrukturan Semula Idea

Aplikasi Idea

Refleksi

Rajah 1: Fasa-fasa dalam Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (MKLFN)

Selain itu, teori konstruktivisme yang terkandung dalam model ini adalah di mana pemikiran
seseorang wujud apabila ilmu diterima secara aktif oleh pelajar dengan kendiri dan bukannya
daripada seorang guru (Mazarul et al., 2019). Manakala menurut Paily (2013), terdapat dua
ciri-ciri dalam PdPc konstruktivisme iaitu pembelajaran yang berbentuk interaksi sosial dan
proses PdPc adalah berpusatkan pelajar. Pendekatan konstruktivisme bertujuan untuk melihat
bagaimana seseorang pelajar membina pengetahuan dengan sendiri tanpa bergantung kepada
guru (Nik Pa, 1999). Namun begitu, terdapat juga guru yang masih mengawal bilik darjah
dan kurang bersedia dengan pendekatan konstruktivisme ( Ahmad & Nasri, 2018). Justeru
itu, keadaan ini memberi impak yang negatif kepada pelajar iaitu pelajar berasa bosan kerana
guru masih menggunakan kaedah lama iaitu pemberi penerangan dengan nota sahaja
(Zulkifli, 2016).

Oleh itu, kajian ini meneliti sorotan literatur mengenai penggunaan MKLFN dalam
penyelidikan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat penggunaan MKLFN dalam
PdPc dan juga kesannya kepada pelajar.

2. Metodologi

Kajian ini dilaksanakan dengan mengumpul maklumat dan data dengan menggunakan
pelbagai jurnal dan hasil kajian lepas (Sarwono, 2006). Kajian literatur juga dikatakan kajian
teori, rujukan dan kesusasteraan saintifik lain yang berkaitan dengan budaya, nilai dan norma
yang dibangunkan dalam masyarakat yang dikaji (Sugiyono, 2012). Data yang dikumpul

284
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,283-292, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

adalah daripada e-jurnal yang berkaitan dengan tajuk. Kata kunci “Konstruktivisme”, “Model
Needham” dan “Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham” digunakan untuk mencari
artikel yang berkaitan dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu. Selepas mencari
artikel berkenaan penyelidik melakukan proses penapisan berdasarkan kepada tahun
penerbitan artikel, jenis penerbitan, bahasa, metodologi, lokasi dan skop kajian iaitu dalam
bidang pendidikan. Artikel yang tidak berkaitan ditolak kerana ada diantaranya tidak
berkaitan dengan pendidikan dan tajuk. Jadual 1 menunjukkan cara pemilihan artikel.

Jadual 1: Cara Pemilihan Artikel


Kriteria
Tahun Penerbitan 2005-2021
Jenis Penerbitan Jurnal (Artikel)
Bahasa Bahasa Melayu, Inggeris dan Indonesia
Lokasi Seluruh dunia
Metodologi Kuantitatif, Kualitatif dan Kaedah Campuran
Skop Kajian Semua Bidang

Artikel dipilih berdasarkan kriteria-kriteria dalam jadual 1. Justeru itu, sebanyak 10 artikel
dipilih berdasarkan kriteria tersebut. Penyelidik memastikan tajuk artikel, abstrak dan artikel
sesuai untuk tajuk ini. Jadual 2 menunjukkan senarai artikel yang dipilih untuk kajian ini.

Jadual 2: Senarai artikel yang dipilih untuk kajian


No Nama Penulis Tajuk Kajian
1. Subadrah Nair & Malar Muthiah (2005) Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa
Needham Dalam Pembelajaran Sejarah
2. Mohd Ali & Ahmad Solhi (2010) Pembangunan Perisian Pengajaran Berasaskan Model
Konstruktif Needham 5 Fasa Bagi Tajuk Keelektrikan
Dalam Mata Pelaajaran Sains Sekolah Rendah
3. Mohamad Hisyam & Mazni (2012) Application of Needham’s Five Phase Constructivism
Model in Civil Electrical and Mechanical Engineering
Subject at Technical Secondary School
4. Noor Dayana & Nurfatin Atikah (2015) Aplikasi Teori Konstruktivisme dan Model 5 Fasa
Needham Dalam Pembelajaran Perisian ChemMol4
5. Zurainu & Abdul Sukor (2016) Keberkesanan Model Konstruktivisme Fasa Needham
Dalam Pengajaran Komsas Bahasa Melayu
6. Muhammad Syukri (2016) Model Pengajaran Konstruktivsme Lima Fasa Needham
Dalam Pengintegrasian Pendidikan STEM
7. Syed Lamsah & Muhammad Yusoff Intervensi Pembelajaran di Portal e-Pembelajaran
(2020) Melalui Aplikasi Whatsapp dan Telegram Berdasarkan
Model Lima Fasa Needham
8. Arihasnida et al. (2020) Pembangunan Bahan e-Pembelajaran Berasaskan Model
Needham Lima fasa Bagi Topik Konkrit
9. Othaya Kumaran et al. (2021) Keberkesanan Kaedah Pengajaran Needham, STAD dan
Konvensional Berpandukan Modul Pendidikan
Kesenian Terhadap Hasil Kerja Seni dan Minat Murid
Sekolah Rendah
10. Rachman et al. (2022) Development of E-Module Food Chemistry
Constructivism Based 5-Phase Needham

285
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,283-292, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

3. Hasil Kajian

3.1 Tujuan Kajian


Objektif utama kajian sorotan literatur ini adalah untuk melihat pencapaian pelajar dan minat
pelajar dengan penggunaan MKLFN proses PdPc. Selain itu, sebanyak 10 artikel dirumuskan
untuk memberi tentang kajian yang dijalankan dalam artikel tersebut. Jadual 3 menunjukkan
rumusan mengenai kajian artikel tersebut.

Jadual 3: Senarai artikel, negara dan tujuan kajian


No Nama Penulis Negara Tajuk Kajian
1. Subadrah Nair & Malar Malaysia Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa
Muthiah (2005) Needham dalam pembelajaran Sejarah dan kesannya
terhadap pencapaian dan minat pelajar.
2. Mohd Ali & Ahmad Solhi Malaysia Menilai perisian pengajaran berasaskan Model
(2010) Konstruktif Needham 5 Fasa bagi tajuk Keelektrikan
dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah.
3. Mohamad Hisyam & Mazni Malaysia Melihat kekerapan guru menggunakan model
(2012) Needham dan masalah yang dihadapi oleh guru.
4. Noor Dayana & Nurfatin Malaysia Melaksanakan teori konstruktivisme dan Model 5 Fasa
Atikah (2015) Needham Dalam pembelajaran perisian ChemMol4.
5. Zurainu & Abdul Sukor Malaysia Keberkesanan Model Konstruktivisme Fasa Needham
(2016) dalam pengajaran Komsas Bahasa Melayu terhadap
pencapaian dan minat pelajar.
6. Muhammad Syukri (2016) Malaysia Menilai penggunaan Model Pengajaran
Konstruktivsme Lima Fasa Needham dalam
pengintegrasian Pendidikan STEM melalui
penerangan setiap fasa dalam model tersebut.
7. Syed Lamsah & Malaysia Intervensi pembelajaran di portal e-pembelajaran
Muhammad Yusoff (2020) melalui aplikasi whatsapp dan telegram berdasarkan
Model Lima Fasa Needham dapat menambahkan
penyertaan pelajar dan meningkatkan sahsiah pelajar.
8. Arihasnida et al. (2020) Malaysia Pembangunan bahan e-pembelajaran berasaskan
Model Needham Lima fasa bagi topik Konkrit dan
melihat kesesuaiannya dalam pembelajaran.
9. Othaya Kumaran et al. Malaysia Keberkesanan kaedah pengajaran Needham, STAD
(2021) dan konvensional berpandukan modul Pendidikan
Kesenian terhadap hasil kerja seni dan minat murid
sekolah rendah.
10. Rachman et al. (2022) Indonesia Menilai pengunaan e-modul Kimia konstruktivisme
berdasarkan lima fasa Needham yang dibangunkan
untuk pelajar.

3.2 Tahun Penerbitan


Artikel dipilih dari tahun 2005 hingga 2022 kerana kajian dalam MKLFN kurang dijalankan.
Oleh itu, penyelidik memilih artikel yang sesuai dari awal hingga yang terbaru. Daripada 10
artikel yang dipilih 1 artikel diterbitkan pada tahun 2005 (Subadrah Nair & Malar Muthiah,
2005). Manakala 1 artikel diterbitkan pada tahun 2010 (Mohd Ali & Ahmad Solhi, 2010).
Pada tahun 2012 pula 1 artikel diterbitkan (Mohamad Hisyam & Mazni, 2012) dan pada
tahun 2015 (Noor Dayana & Nurfatin Atikah, 2015) 1 artikel telah diterbitkan berkaitan
dengan MKLFN. Pada tahun 2016 sebanyak 2 artikel telah diterbitkan iaitu (Zurainu &
Abdul Sukor, 2016); Muhammad Syukri, 2016). Selain itu, sebanyak 2 kajian dilaksanakan
pada tahun 2020 iaitu (Syed Lamsah & Muhammad Yusoff, 2020); Arihasnida et al., 2020).
Kajian MKLFN juga dijalankan pada masa kini iaitu pada tahun 2021 dan juga 2022 (Othaya
Kumaran et al., 2021); Rachman et al.,2022).

286
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,283-292, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Rajah 2: Artikel berdasarkan tahun

3.3 Lokasi Kajian


Berdasarkan rajah 3, kajian yang dipilih ini diterbitkan di dua buah negara iaitu Malaysia dan
Indonesia. Sebanyak 9 artikel telah diterbitkan di Malaysia dan 1 artikel telah diterbitkan di
Indonesia.

Rajah 3: Lokasi Kajian

3.4 Jenis Instrumen


Kajian yang dipilih terbahagi kepada tiga kategori metodologi iaitu kajian berbentuk
kuantitatif, kualitatif dan kaedah campuran. Menurut kesemua artikel tersebut didapati artikel
ini dinilai dari segi pencapaian, minat, sahsiah, kefahaman, keberkesanan penggunaan kaedah
dan menilai pembangunan perisian. Berdasarkan pada rumusan yang dinilai 5 daripada 10
artikel tersebut melihat keberkesanan PdPc MKLFN terhadap pencapaian, minat dan sahsiah
pelajar. 2 daripada artikel tersebut menilai perisian yang dibangunkan. Manakala 3 artikel
selebihnya mengaplikasikan MKLFN dalam PdPc dan menerangkan tentang penggunaan
MKLFN dalam PdPc.

287
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,283-292, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Daripada keseluruhan artikel, kebanyakan artikel menggunakan kaedah kuantitatif dan


kualitatif. Selain itu, instrumen yang digunakan adalah soal selidik, ujian pencapaian,
pemerhatian dan temubual. Jadual 4 menunjukkan senarai kajian lepas berdasarkan instrumen
kajian dan persepsi penggunaan MKLFN dalam PdPc.

Jadual 4: Senarai Kajian Lepas Berdasarkan Jenis Instrumen dan Persepsi Penggunaan MKLFN Dalam
PdPc
No Nama Penulis Instrumen Kajian Kaedah Kajian
1. Subadrah Nair & Malar Muthiah Soal selidik dan ujian Kuantitatif/kuasi
(2005) pencapaian eksperimen
2. Mohd Ali & Ahmad Solhi (2010) Membangunkan perisian Kualitatif
berpandukan model ADDIE
3. Mohamad Hisyam & Mazni (2012) Soal selidik Kualitatif
4. Noor Dayana & Nurfatin Atikah Membangunkan perisian Kualitatif
(2015)
5. Zurainu & Abdul Sukor (2016) Soal selidik dan ujian Kuantitatif/kuasi
eksperimen
6. Muhammad Syukri (2016) MKLFN dalam pengajaran Kualitatif
STEM
7. Syed Lamsah & Muhammad Yusoff Soal selidik Kualitatif
(2020)
8. Arihasnida et al. (2020) Soal selidik Kuantitatif bentuk tinjauan
9. Othaya Kumaran et al. (2021) Soal selidik, ujian dan Kuantitatif/kuasi
rancangan pengajaran eksperimen
10. Rachman et al. (2022) Pemerhatian,temubual, soal Campuran
selidik

3.5 Peserta Kajian


Jadual 5 menunjukkan data sampel kajian yang terlibat. Sampel kajian terdiri daripada pelajar
sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar universiti dan guru. Hasil dapatan menunjukkan 2
artikel menggunakan sampel guru dalam kajiannya. Seterusnya 3 artikel menggunakan
pelajar sekolah menengah manakala 1 artikel menggunakan pelajar sekolah rendah sebagai
sampel. Selain itu, hasil dapatan juga mengenalpasti sebanyak 2 artikel menggunakan pelajar
universiti sebagai sampel dan 1 artikel menggunakan pelajar vokasional dalam kajiannya.

Jadual 5: Senarai kajian lepas dan sampel kajian


No Nama Penulis Sampel Kajian
1. Subadrah Nair & Malar Muthiah (2005) Pelajar tingkatan empat daripada dua buah
sekolah.
2. Mohd Ali & Ahmad Solhi (2010) Guru yang mengajar sains sekolah rendah dan
pelajar Universiti Teknologi Malaysia.
3. Mohamad Hisyam & Mazni (2012) Guru yang mengajar di sekolah teknikal.
4. Noor Dayana & Nurfatin Atikah (2015) Pelajar tingkatan empat dan lima (Kimia)
5. Zurainu & Abdul Sukor (2016) Murid cina sekolah menengah
6. Muhammad Syukri (2016) Tiada sampel
7. Syed Lamsah & Muhammad Yusoff (2020) Pelajar program Sarjana Pendidikan.
8. Arihasnida et al. (2020) Pelajar vokasional.
9. Othaya Kumaran et al. (2021) Pelajar tahun empat sekolah jenis kebangsaan
tamil.
10. Rachman et al. (2022) Pelajar universiti Sriwijaya.

288
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,283-292, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

3.6 Jenis Skop Kajian


Berdasarkan tinjauan kajian ini, didapati kesemua 10 artikel adalah berdasarkan MKLFN.

Jadual 6: Senarai Kajian Lepas berdasarkan skop kajian dan hasilnya.


No Nama Penulis Skop Kajian/ Hasil
1. Subadrah Nair & Malar Muthiah Kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan MKLFN
(2005) dalam pengajaran Sejarah dan kesannya terhadap
pencapaian dan minat pelajar tingkatan 4. Hasil kajian
membuktikan bahawa pencapaian pelajar yang mengikuti
pengajaran MKLFN meningkat selepas proses intervensi
manakala minat pelajar juga meningkat selepas pelajar
,mengikuti pembelajaran MKLFN.
2. Mohd Ali & Ahmad Solhi (2010) Kajian ini untuk membangunkan perisian dalam mata
pelajaran Sains. Perisian ini boleh digunakan berdasarkan
pendekatan MKLFN. Perisian ini direka bentuk
berdasarkan model ADDIE. Selepas perisian dibangunkan
ia dinilai dengan menggunakan sampel. Hasil kajian
menunjukkan perisian ini sesuai dari segi kandungan, reka
bentuk dan penggunaannya.
3. Mohamad Hisyam & Mazni (2012) Kajian ini adalah untuk melihat penggunaan MKLFN
dalam pengajaran kejuruteraan di sekolah menengah
teknikal. Kajian ini untuk menentukan kekerapan
penggunaan fasa Needham. Hasil kajian mendapati
bahawa guru menggunakan MKLFN dalam pengajaran
tetapi masih terdapat masalah dalam penggunaannya.
4. Noor Dayana & Nurfatin Atikah (2015) Kajian ini bertujuan untuk membina aplikasi perisian
ChemMol4 berpandukan MKLFN. Pakar, pensyarah dan
beberapa orang guru digunakan untuk menilai perisian ini.
Ciri-ciri utamanya adalah untuk pembelajaran berpusatkan
pelajar.
5. Zurainu & Abdul Sukor (2016) Kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengajaran Komsas
Bahasa Melayu dengan menggunakan MKLFN dan
kesannya terhadap pencapaian dan minat pelajar. Hasil
kajian menunjukkan bahawa pelajar yang mengikuti
pembelajaran MKLFN dapat memperolehi markah yang
lebih baik berbanding dengan pelajar yang mengikuti
pembelajaran konvensional.
6. Muhammad Syukri (2016) Kajian ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru
mengenai model yang boleh digunakan dalam Pendidikan
STEM. Kajian ini memberi penjelasan setiap fasa dalam
MKLFN. Kajian ini mengharapkan guru dapat
mengaplilkasikan setiap fasa dalam pendidikan STEM.
7. Syed Lamsah & Muhammad Yusoff Kajian ini adalah untuk melihat penyertaan pelajar dalam
(2020) portal e-pembelajaran berdasarkan media whatsapp dan
telegram. Pendekatan MKLFN digunakan untuk melihat
penyertaan dan sahsiah pelajar. Hasil kajian ini
menunjukkan penyertaan pelajar meningkat dan sahsiah
mereka lebih baik selepas proses intervensi ini.
8. Arihasnida et al. (2020) Kajian ini adalah untuk mereka bentuk dan
membangunkan perisian e-pembelajaran berdasarkan
MKLFN. Hasil kajian membuktikan bahawa perisian ini
sesuai digunakan untuk pelajar dan bersistematik.
9. Othaya Kumaran et al. (2021) Kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan kaedah
pengajaran Needham, STAD dan konvensional
berpandukan modul Pendidikan Seni terhadap pencapaian
dan juga minat pelajar sekolah rendah. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa pelajar yang mengikuti kaedah
pengajaran Needham mendapat skor yang lebih tinggi

289
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,283-292, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

berbanding dengan pelajar yang mengikuti pengajaran


STAD dan konvensional. Minat pelajar terhadap
Pendidikan Seni juga meningkat.
10. Rachman et al. (2022) Kajian ini adalah untuk menghasilkan e-modul
berdasarkan MKLFN. Modul ini dibangunkan dengan
Model ADDIE. Hasil kajian menunjukkan modul MKLFN
sesuai dan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan
yang tinggi.

4. Perbincangan

Kajian ini mendapati pembelajaran berdasarkan MKLFN masih kurang digunakan.


Berdasarkan 10 artikel ini kebanyakannya menggunakan MKLFN untuk membangunkan
perisian dan bukannya untuk PdPc. Sementara itu, ada beberapa kajian yang menggunakan
MKLFN dalam PdPc tetapi bukan dalam semua bidang. Guru boleh mengaplikasikan
MKLFN dalam bidang Sains mengikut langkah-langkah yang direka dalam kajian ini
(Muhammad Syukri, 2016). Oleh itu, guru boleh menjalankan PdPc berdasarkan MKLFN ini
kerana ia lebih tersusun dan pembelajaran yang dijalankan adalah berpusatkan pelajar.
Zurainu & Abdul Sukor (2016) juga berpendapat bahawa PdPc berdasarkan MKLFN dapat
memberi impak yang positif berbanding dengan pembelajaran konvensional. Berdasarkan
kajian ini, kesemua kajian menyokong penggunaan MKLFN dalam PdPc kerana hasil kajian
menunjukkan kesan yang positif. Selain itu, berdasarkan kajian ini, MKLFN bukan sahaja
sesuai secara langsung dalam PdPc tetapi boleh digunakan dalam membangunkan perisian
yang sesuai untuk pelajar mengikut trend terkini. Tambahan pula, dapat dirumuskan bahawa
model ini sesuai digunakan dalam semua bidang. Bukan itu sahaja, berdasarkan hasil kajian
MKLFN masih sesuai digunakan dalam PdPc abad ke-21. Ini adalah kerana, MKLFN adalah
pendekatan yang berpusatkan pelajar dan lebih kepada kerja kumpulan. Menurut Moreno et
al. (2021), pelajar pada masa sekarang lebih menggunakan teknologi dan kurang komunikasi
antara satu sama lain. Oleh itu, jika guru menyediakan PdPc yang berorientasikan MKLFN
pelajar dapat berkomunikasi dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi.

Selain itu, PdPc MKLFN dapat menghasilkan pelajar yang aktif dalam bilik darjah dan
seterusnya tahap pemikiran mereka dapat ditingkatkan untuk menyelesaikan masalah dengan
berbincang sesama rakan dalam kumpulan (Damanhuri et al., 2020). Oleh itu, MKLFN sesuai
digunakan dalam semua bidang terutama sekali dalam bidang yang kritikal kerana masih
ramai pelajar yang kurang minat terhadap beberapa mata pelajaran seperti Ekonomi (Ramlee
Ismail et al., 2020).

5. Kesimpulan

Secara keseluruhan, kajian literatur ini membuktikan bahawa MKLFN sesuai digunakan pada
masa kini dan penyelidik pada mada akan datang perlu meningkatkan kajian dalam model ini
kerana ia sesuai dengan tren pembelajaran berpusatkan pelajar. Penyelidik boleh
mengubahsuai setiap fasa dalam model ini mengikut PdPc abad ke-21 untuk menarik minat
pelajar. Ini kerana pembelajaran yang aktif yang berpusatkan pelajar dapat mewujudkan suatu
senario yang berkait rapat dengan kehidupan harian (Chen et al., 2018). Tambahan pula,
pelajar boleh meningkatkan sahsiah mereka melalui pembelajaran sebegini kerana wujud
sikap rajin, positif dan mesra di kalangan pelajar.

290
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,283-292, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Kajian ini dapat memberi sumbangan kepada penyelidik yang ingin menjalankan kajian
dalam kaedah pengajaran. Maka, guru dan penyelidik pada masa akan datang boleh
menjalankan kajian literatur yang berkaitan dengan MKLFN dengan lebih terperinci dengan
memperbanyakkan kajian daripada luar negara.

Rujukan

A. Rachman Ibrahim, Andi Suharman & Diah Kartika Sari. (2022). Development of E-
Module Food Chemistry Constructivism Based 5-Phase Needham. Jurnal Penelitian
Pendidikan IPA, 8(3), 1532-1537.
Arihasnida Ariffin, Noridah Hasnan, Normah Zakaria, Siti Nur Kamariah Rubani &
Norhasyimah Hamzah. (2020). Pembangunan Bahan e-Pembelajaran Berasaskan
Model Needham Lima Fasa Bagi Topik Konkrit. Online Journal for TVET
Practitioners, 5(2), 63-70.
Chen, B., Bastedo, K., & Howard, W. (2018). Exploring Design Elements For Online STEM
Courses: Active Learning, Engagement & Assessment Design. Online Learning,
22(2), 59-75
Damanhuri, N.H.A., Jamlus, S., & Ahmad, S.S. (2020). Faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian subjek Matematik Pengurusan bagi pelajar Sijil Pengoperasian
Perniagaan di Kolej Komuniti Hulu Langat. International Journal of Education and
Pedagogy, 2(4), 275-287.
Fazida Ahmad & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2018). Tahap kompetensi pengetahuan guru
sejarah dalam melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
International Conference on Global Education VI (ICGE VI). 1:338-346.
Mazarul Hasan, Norazimah Zakaria & Norazilawati Abdullah. (2019). Nilai Pendidikan
Dalam Bahan Pengajaran Multimedia Kartun Animasi Upin Dan Ipin Untuk Murid
Sekolah Rendah. International Journal of Heritage, Art and Multimedia, 2(4), 12-23.
Mohamad Hisyam Mohd Hashim & Mazni Kasbolah. (2012). Application of Needham’s Five
Phase Constructivism Model in Civil, Electrical and Mechanical Engineering
Subject at Technical Secondary School. Canadian Center of Science and Education.
Journal of Education and Learning, 1(1), 117-128.
Mohd Ali Ibrahim & Ahmad Solhi Redwan. (2010). Pembangunan Perisian Pengajaran
Berasaskan Model Konstruktif Needham 5 Fasa Bagi Tajuk Keelektrikan Dalam
Mata Pelajaran Sains Sekolah Rendah. Universiti Teknologi Malaysia.
Moreno-morilla, C., Guzman-simon, F., & Garcia-jimenez, E. (2021). Learning, Culture and
Social Interaction Digital and Information Literacy Inside and Outside Spanish
Primary Education Schools. Learning, Culture and Social Interaction, 28(April
2020), 100455. https://doi.org/10.1016/j.lcsi.2020.10045
Muhammad Syukri. (2016). Model Pengajaran Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam
Pengintegrasian Pendidikan STEM. Prosiding Seminar Nasional Pendidikan Fisika,
FKIP, Universitas Syiah Kuala.
Nair, S., & Muthiah. (2005). Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham
Dalam Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan,20, 21-41.
Needham, R. (1987). Teaching strategies for developing understanding in science. The
University Leeds: Centre for Studies in Science and Mathematics Education.
Nik Aziz Nik Pa. (1999). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam pendidikan Matematik.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Noor Dayana, A. H. & Nurfatin Atikah, K. 2015. ChemMol4: Learning concept of mole via
Needham’s five phases to overcome students’ alternative concepts.

291
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,283-292, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

http://eprints.utm.my/ id/eprint/62211/1/NoorDayanaHalim2015_ C h e m m o l 4 L
e a r n i n g C o n c e p t o f M o l e ViaNeedhams.pdf [10 Jun 2020]
Othaya Kumaran, Al-Amin Mydin, Abdul Ghani & Shaik Abdul Malik. (2021).
Keberkesanan Kaedah Pengajaran Needham, STAD dan Konvensional Berpandukan
Modul Pendidikan Kesenian Terhadap Hasil Kerja Seni dan Minat Murid Sekolah
Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(8), 162-172.
Paily, M. U. (2013). Creating constructivist learning environment: Role of "web 2.0"
technology. International Forum of Teaching & Studies, 9(1), 39-50
Ramlee Ismail, Marinah Awang & Seow Yea Pyng. (2020). Active Learning in Economic
Subject: A Case Study at Secondary School. International Journal of Learning,
Teaching and Educational Research, 19(10), 19-31.
Sarwono, J. (2006). Metode Penelitian Kuantitatif dan Kualitiatif. Graha Ilmu. Yogyakarta.
Sugiyono. (2012). Metode Penelitian Kuantitatif Kualitatif dan R&D. Bandung: Alfabeta.
Syed Lamsah Syed Chear & Muhammad Yusoff Mohd Nor. (2020). Intervensi Pembelajaran
di Portal e-Pembelajaran Berdasarkan Model Lima Fasa Needham. Evaluation
Studies in Social Sciences, 9, 11-27.
Zurainu Mat Jasin & Abdul Sukor Shaari. (2012). Keberkesanan Model Konstruktivisme
Lima Fasa Needham Dalam Pengajaran Komsas Bahasa Melayu, Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 2(1), 79-92.
Zuriawahida Zulkifli. (2016). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran berasaskan Masalah
dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan menyelesaikan masalah
dalam kalangan pelajar.

292
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like