You are on page 1of 1

MPU 3122/SS0012 TITAS H.

R/FBK/2017

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Tugasan 1: Tugasan Berkumpulan: Video (30%)

 Video (25%) + Penilaian Rakan Sebaya (5%)


 CLO 2: Mempamerkan kebolehan komunikasi sosial dalam kepelbagaian
landskap budaya
___________________________________________________
Ringkasan Tugasan

 Tugasan ini memerlukan pelajar untuk 1) menghasilkan video dalam Bahasa


Malaysia (25%) berdurasi tidak lebih daripada 8 minit.

 Tugasan ini juga memerlukan para pelajar untuk menilai ahli-ahli kumpulan
yang terlibat dalam penghasilan video (5%). Setiap ahli kumpulan mestilah
dinilai dengan adil, saksama dan mengambil kira prestasi ahli yang dinilai
dalam penghasilan video.

 Setiap kumpulan diberi kebebasan memilih topik dan isu yang diminati, namun
skop tajuk dan isu mestilah berdasarkan CLO 2. Video mestilah menunjukkan
ahli-ahli kumpulan berinteraksi dengan komuniti yang dipilih. Contoh tajuk
adalah seperti ‘Perbezaan antara Kuil Hindu dan Gurdwara Sikh’.

 Video boleh berbentuk kreatif seperti filem pendek, cereka, vlog, dokumentari
atau mana-mana bentuk lain yang relevan dan sesuai .

 Format dan bentuk video yang dihasilkan tertakluk kepada minat, kebolehan
dan pilihan semua ahli kumpulan.

 Perbincangan dengan pengajar bersama-sama dengan semua ahli kumpulan


mengenai topik, kaedah dan konteks video mestilah dilakukan sebelum
memulakan projek.

 Setiap kumpulan mesti menunjukkan perancangan projek kepada pengajar.

 Kaedah penghantaran ditetapkan oleh pengajar sendiri

You might also like