You are on page 1of 23

ATRIBUT

PRODUK
YASHINE & HEMA
ATRIBUT PRODUK
Merupakan ciri-ciri atau sifat-sifat yang terdapat
pada sesuatu produk sama ada ketara dan tak ketara.
sifat ketara seperti bahan, jenama, warna, saiz dan
bentuk manakala sifat tidak ketara seperti kualiti
produk dari aspek ketahanan, kejituan, ketepatan,
keberkesanan, jaminan dan khidmat lepas jualan
dibezakan daripada produk yang lain menerusi
jenama, pembungkusan, label, jaminan, dan produk
sampingan
-KOMPONEN PRODUK MENGIKUT
PHILIP KOTLER
1) PRODUK TERAS
2) PRODUK KETARA
3) PRODUK SAMPINGAN
1 Produk Teras

Meliputi semua faedah yang ingin didapati


daripada pembelian sesuatu produk.
1) PRODUK TERAS
Pengguna akan mengalami kira faedah
utama sebulan membuat keputusan untuk
memberi sesuatu produk.
Cth:Seorang pengguna membeli komputer
untuk membolehkannya membuat tugasan
dan mengakses internet.
2 Produk Ketara

Merupakan ciri-ciri atau sistem yang


terdapat pada produk untuk menyokong
faedah utama seperti reka bentuk, tahap
kualiti, jenama, pembungkusan serta ciri2
Cth: Semua ciri yang terdapat pada
komputer termasuk kualiti dan jenamanya.
Produk
3 Sampingan

Merujuk kepada faedah tambahan yang


diperoleh oleh pengguna selepas pembelian
dan penggunaan sesuatu produk.
Cth: perkhidmatan selepas jualan, khidmat
pemasangan, khidmat penghantaran,
kemudahan kredit dan waranti atau
jaminan
Artribut produk dari segi fizikal produk:
Kualiti Produk
Keupayaan sesuatu produk untuk menjalankan
fungsinya dan berdaya saing dalam pasaran sasaran
Cth: Pengeluar kereta Volvo amat menekankan aspek
kualiti dari segi tahan lasak atau ketahanan kereta
keluarannya.
Ciri Produk
Merupakan strategi persaingan yang boleh
meningkatkan daya saing sesuatu produk dalam
pasaran sasaran.
Pengeluar yang mampu memperkenalkan ciri
produk yang baharu dan unik boleh membezakan
produknya daripada produk pesaing yang lain.
Reka bentuk produk
Meliputi gaya produk secara luaran dan fungsi atau
kegunaan produk. Reka bentuk yang baik boleh menarik
minat pengguna, mengurangkan kos pengeluaran dan
meningkatkan daya saing produk dalam sasaran
pasaran.
Cth: Pakaian berjenama seperti Bonia, Renoma dan
Orlando mempunyai reka bentuk menarik yang dapat
meningkatkan prestij an status pengguna.
Penjenamaan
Proses menggunakan tanda nama, istilah,
simbol, tanda atau reka bentuk produk bagi
membentuk identiti sesuatu produk dan
perniagaan pengeluar.
Jenama menggambarkan kualiti sesuatu
produk dan boleh menambahkan nilai kepada
produk tersebut .
Cth: Kereta mewah seperti BMW, Mercedes
dan Ferrari melambangkan prestij,
keselamatan dan berprestasi tinggi.
juga dapat membezakan produk pengeluar
dengan produk pesaing. Di bawah undang-
undang hak cipta, pengeluar boleh
melindungi jenama dan keunikan produk
daripada ditiru oleh pesaing.
Pembungkusan
Merupakan aktiviti mereka bentuk dan
mengeluarkan bekas atau
pembungkusan untuk sesuatu produk.
Berfungsi untuk menyimpan dan
melindungi produk daripada kerosakan
sebelum diagihkan kepada pengguna.
Selain itu juga pembungkusan bertujuan untuk
membezakan produk pengeluar dengan
produk pesaing, menambahkan nilai produk di
mata pengguna dan menarik pengguna untuk
mendapatkan produk tersebut.
Reka bentuk pembungkusan yang menarik
boleh meningkatkan daya saing dan hasil
jualan pengeluar
Pelabelan
Penerangan ringkas dalam bentuk nota atau
reka bentuk grafik mudah yang menarik
dipaparkan pada bungkusan produk.Bertujuan
untuk mempromosikan produk.
Pelebalan membolehkan produk digredkan
mengikut fungsi, fungsi, aplikasi dan kelebihan
produk tersebut kepada pengguna.
Label memuatkan maklumat penting seperti
jenama produk, nama dan alamat
pengeluar, tarikh pengeluaran, tarikh luput,
kandungan produk, cara penggunaan produk
dan cara simpanan produk.
Khidmat Sokongan
Merupakan perkhidmatan sampingan kepada
produk sebenar meliputi perkhidmatan
pelanggan dan jaminan produk.
Cth: Khidmat sokongan ialah perkhidmatan
pengangkutan dan pemasangan, waranti,
penyelenggaraan berkala dan perkhidmatan
selepas jualan.
Perkhidmatan pelanggan yang diberi seperti
menguruskan aduan pelanggan, mengumpul
idea dan cadangan pelanggan, serta
mengesahkan kualiti dan prestasi produk.
Merupakan salah satu strategi pemasaran
untuk memperoleh faedah persaingan di
pasaran. Hal ini bertujuan menjamin kepuasan
pelaqnggan dan mengalakkan pelanggan
membuat belian berulang.
Lini Produk
Merupakan sebarisan produk yang lebik kurang
sama jenis atau berkaitan antara satu sama lain
yang dijual oleh sesebuah perniagaan.
Setiap satu lini atau barisan produk mempunyai
ciri-ciri, pengguna dan kegunaan yang sama.
Item produk tersebut mungkin menggunakan
teknologi, pengedaran, harga, dan promosi
yang sama.
Cth: Oppo mengeluarkan beberapa lini atau
barisan produk telefon bimbit, Revlon
memasarkan gincu bibir, bedak dan alat
kosmetiksebagai antara produk daripada satu
lini atau satu barisan produknya.
Merangkumi:
i) Kedalaman produk
Merujuk kepada bilangan item produk yang
terdapat dalam sesuatu lini atau barisan produk
yang ditawarkan kepada pengguna.
Cth: Sejenis ais krim ditawarkan dalam empat
jenis perisa yang berlainan iaitu coklat, durian,
jagung dan vanila.Sos dikeluarkan dalam
pelbagai jenis seperti sos cili, sos tomato, sos
tiram dan lain-lain.
Bilangan item yang lebih dalam dapat memberi
pilihan yang lebih luas kepada pengguna.

ii) Kelebaran produk


Merujuk kepada kepelbagaian jenis produk
atau bilangan barisan produk yang
berlainan, yang ditawarkan oleh pengeluar
kepada pengguna.
Cth: Kedai Buku Popular menawarkan banyak lini
atau barisan produk seperti buku,
majalah, alat tulis, cakera padat dan peralatan
multimedia.
Bilangan barisan yang lebih banyak atau lebar
dapat menarik pelbagai segmen pasaran.

You might also like