You are on page 1of 23

3.

5 CAMPURAN PEMASARAN
3.5.1 PRODUK
3.5.2 PENGAGIHAN/ PENGEDARAN
3.5.3 PENETAPAN HARGA
3.5.4 PROMOSI

presention by izmazerra Dualis


Organisasi harus mengenal pasti keperluan pengguna dan seterusnya menawarkan
produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan atau kepuasan mereka
Untuk mencapai tujuan organisasi ,mereka perlu melaksanakan campuran pemasaran
seperti yang berikut:

Produk Penetapan Harga


Mereka bentuk dan membuat
Menetapkan harga produk yang
keputusan
kompetitif

Promosi pengedaran / pengagihan


Mendedahkan maklumat Memastikan sentiasa tersedia ada di
produk kepada pengguna tempat yang sesuai dan pada masa yang
tepat
3.5.1 PRODUK
Produk ialah sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian , pembelian
atau penggunaan yang mana dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
Produk yang dipasarkan termasuklah produk fizikal dan produk perkhidmatan
Mengikut kolter dan armstrong pada tahun (2016),ciri-ciri produk terbahagi kepada
tiga peringkat produk iaitu :
1. Produk Teras /asas
2. Produk Sebenar
3. Produk Tambahan/Sampingan

setiap tiga peringkat ini akan menambahkan lebih banyak nilai kepada pengguna
1.PRODUK TERAS/ASAS
Produk teras ialah Nilai Pelanggan Teras yang ingin pengguna peroleh
selepas pembelian atau penggunaan sesuatu produk dan
perkhidmatan.Pengguna akan mempertimbangkan nilai pelanggan teras
sebelum membuat keputusan pembelian

Yang akan menjawap semua persoalan apakah tujuan selepas pembelian


.Ia tediri daripada faedah penyelesaian masalah yang ingin pengguna atasi
apabila membeli produk atau perkhidmatan
sebagai contoh, seorang pengguna membeli kereta Bezza untuk
menyelesaikan masalah pengangkutan ke tempat kerja.
2.PRODUK SEBENAR
Produk sebenar merupakan ciri-ciri yang dimiliki oleh produk dan
perkhidmatan untuk menyokong nilai pelanggan teras

Iaitu faedah yang ditawarkan bersama produk.Ia dihasilkan apabila pemasar telah menetapkan
beberapa ciri-ciri seperti tahap kualiti, Rekabentuk ,nama ,penjenamaan dan pembungkusan serta
ciri lain yang berkaitan dengan produk

Ciri -ciri tersebut meliputi ciri keistimewaan, reka bentuk ,kualiti ,jenama, dan pembungkusan

Sebagai contoh : ciri -ciri yang terdapat pada kereta Bezza yang menyebabkan berlakunya
pembelian seperti terdapatnya aksesori penghawa dingin ,sistem audio yang canggih , tempat
duduk yang selesa dan lembut , atau warna yang menarik .
3.PRODUK TAMBAHAN/SAMPINGAN
Produk tambahan merujuk kepada faedah prkhidmatan tambahan yang boleh
diperoleh oleh pengguna selepas pembelian atau penggunaan sesuatu produk
dan perkhidmatan
Iaitu faedah yang ditawarkan bersama produk.Ia dihasilkan apabila pemasar telah
menetapkan beberapa ciri-ciri seperti tahap kualiti, Rekabentuk ,nama
,penjenamaan dan pembungkusan serta ciri lain yang berkaitan dengan produk

Faedah tambahan itu termasuklah perkhidmatan selepas jualan , sokongan produk


, penghantaran , kemudahan kredit dan waranti

Sebagai contoh , pengguna yang membeli kereta bezza memperoleh kemudahan


pembayaran ansuran/kredit , deposit yang rendah ,Lampu hadapan LED bagi
semua varian , caj servis dan pembaikan yang minimum serta keramahan jurujual
PERKHIDMATAN
Perkhidmatan merupakan satu bentuk produk yang mengandungi aktiviti ,
manfaat atau kepuasan yang ditawarkan untuk jualan yang mana pada asasnya
tidak ketara serta tidak mempunyai pemilikan untuk sesuatu . Contohnya
termasuk perbankkan , perhotelan , pendidikan dan sebagainya.

Empat ciri khusus yang perlu dipertimbangkan oleh organisasi.Antaranya ialah:

1.Perkhidmatan ketidakketaraan 3.Perkhidmatan ketidakubahan

2.Perkhidmatan 4.Perkhidmatan
ketidakbolehpisahan kemudahrosakan
EMPAT CIRI KHUSUS
1.Perkhidmatan ketidakketaraan
Perkhidmatan tidak boLeh dilihat , disentuh , dirasai , didengar , atau dihidu sebelum pembelian dibuat.
Contohnya , pesakit yang akan menerima rawatan di hospital tidak mengetahui hasil rawatannya sebelum
dia menerima rawatan yang sebenar
2.Perkhidmatan ketidakbolehpisahan
Perkhidmatan ketidakbolehpisahan ini dikeluarkan dan digunakan pada masa yang sama serta tidak boleh
dipisahkan daripada pihak yang menawarkan perkhidmatan.
Contohnya , pelayan yang memberikan layanan di sebuah restoran akan menjadikan sebagai sebahagian
daripada perkhidmatan (layanan)
3.Perkhidmatan ketidakubahan
Merupakan kualiti perkhidmatan mungkin berlainan dan banyak bergantung kepada siapakah yang
menawarkan serta bilakah , dimanakah , dan bagaimanakah perkhidmatan itu ditawarkan.
Contohnya , kelazatan makanan di sebuah restoran bergantung kepada siapakah tukang masak yang
menyediakan makanan tersebut.
4.Perkhidmatan kemudahrosakkan
Perkhidmatan tidak boleh disimpan untuk jualan atau kegunaan pada masa depan .
Contohnya , doktor mungkin mengenakan bayaran ke atas pesakit sekitarnya .Pesakit itu membatalkan
temu janji yang telah diatur khas untuknya.
PERBANDINGAN ANTARA PRODUK FIZIKAL DENGAN
PRODUK PERKHIDMATAN
PRODUK FIZIKAL PRODUK PERKHIDMATAN
Bersifat ketara Bersifat tidak ketara
boleh dilihat , dirasai , disentuh , didengar , Tidak boleh dilihat , dirasai , disentuh ,
dan dihidu didengar , dan dihidu
pengeluaran boleh diasingkan daripada Tidak boleh dipisahkan daripada pihak yang
penggunaan menawarkan perkhidmatan
boleh dipisahkan daripada pengeluar produk pengeluaran dan penggunaan perlu
boleh dikeluarkan mengikut standard yang dilakukan secara serentak
sama untuk setiap unit pengeluaran pengeluaran boleh diasingkan daripada
kualiti produk adalah sama untuk setiap unit penggunaan .
pengeluaran kualiti perkhidmatan mungkin tidak sama
Boleh disimpan dan dibungkus untuk setiap kali perkhidmatan
tidak boleh disimpan dan dibungkus
KLASIFIKASI PRODUK
Produk dan perkhidmtan yang dipasarkan oleh pengeluar boleh diklasifikasikan kepada 2
jenis yang utama , iaitu produk pengguna dan produk perkhidmatan
01 PRODUK PENGGUNA
Produk dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna akhir untuk penggunaan perseorangan dikelaskan mengikut
tabiat membeli-belah pengguna iaitu Produk mudah beli , Produk beli-belah , Produk istimewa , dan Produk tidak dicari
a) PRODUK MUDAH BELI
Produk dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna dengan kerap , serta-merta ,tidak perlu membuat
perbandingan yang banyak ,serta usaha pembelian yang kurang
Berharga rendah dan tersedia ada supaya pengguna mudah membelinya apabila diperlukan
Ia dibahagikan kepada tiga jenis iaitu produk asas , produk gerak diri dan produk kecemasan
PRODUK ASAS
produk keperluan yang kerap dibeli ,Sebagai contoh:Beras , gula , dan ubat gigi
PRODUK KECEMASAN
produk yang dibeli apabila keperluan yang mendesak.Contoh ,Payung yang dibeli apabila hujan lebat turun dengan
tiba-tiba
PRODUK GERAK DIRI
produk yang dibeli oleh pengguna tanpa perancangan yang rapi serta usaha pencarian yang
minimum.Contoh:Majalah , minuman ringan dan makanan snek produk.
b) PRODUK BELI-BELAH
Produk dan perkhidmatan yang tidak kerap dibeli dan pengguna biasanya mengambil masa yang lama
untuk memperoleh maklumat serta membuat perbandingan sebelum membeli produk
ia dibuat dari segi harga , kualiti , jenama , kesesuaian dan gaya
contoh : pakaian , peralatan elektrik , perkhidmatan pelancongan dll
c) PRODUK ISTIMEWA
Produk dan perkhidmatan yang mempunyai ciri-ciri unik atau identifikasi jenama sehingga
sekumpulan pengguna sanggup melakukan usaha pembelian untuk mendapatkan produk itu
contoh : kereta mewah , pakaian berjenama , barang perhiasan, perkhidmatan pakar perubatan
dll
d) PRODUK TIDAK DICARI
Produk dan perkhidmatan yang tidak diketahui oleh pengguna akan kewujudannya di pasaran atau
tidak difikirkan oleh pengguna untuk membeli
produk jenis ini memerlulan pengiklanan ,promosi jualan dan usaha pemasaran yang ekstentif
untuk menyedarkan atau menarik minat pengguna
Contohnya : produk penjagaan kesihatan , insurans , perkhidmatan pengembumian terancang dll
02 PRODUK PERINDUSTRIAN
Produk yang dibeli oleh individu dan organisasi untuk pemprosesan semula atau digunakan untuk
menjalankan perniagaan
Dikelaskan kepada tiga jenis iaitu bahan dan bahagian , barang modal , serta pembekalan dan perkhidmatan
i) BAHAN DAN BAHAGIAN
Bahan mentah dan barang separuh siap yang digunakan untuk mengeluarkan produk akhir
contoh bahan mentah :sayur-sayuran , binatang ternakan , kayu balak dan petroleum
contoh bahan separuh siap : Dawai , simen , motor kecil dan tayar
ii) BARANG MODAL
Produk perindustrian yang membantu pengeluar melicinkan pengeluaran atau operasi , iaitu
pemasangan dan aksesori kelengkapan
Pemasangan termasuklah bangunan kilang , pejabat , generator dan sistem komputer bersaiz besar
aksesori kelengkapan pula adalah peralatan tangan , trak pengangkutan , mesin faks dan meja
iii)PEMBEKALAN DAN PERKHIDMATAN
Pembekalan terdiri daripada minyak pemlincir . kertas , cat , dan penyapu
Perkhidmatan pula daripada pembersihan tingkap , pembaikan komputer , perundangan , dan
perundingan pengurusan
KEPUTUSAN PRODUK INDIVIDU
Keputusan yang dibuat dalam usaha pembangunan dan pemasaran produk individu .
dibuat oleh pengeluar bertujuan untuk meningkatkan daya saing mereka dalam pasaran .
ini memberikan tumpuan ke atas 5 elemen yang penting iaitu akribut produk , penjenamaan , pembungkususan ,
pelabelan dan khidmat sokongan
1) AKRIBUT PRODUK
merupakan elemen penting yang perlu diambil kira dalam pembangunan produk individu
dilihat dari segi kualiti produk , ciri produk dan reka bentuk produk
a) KUALITI PRODUK
ciri-ciri suatu produk untuk memenuhi keperluan pelanggan secara tersurat dan tersirat
contoh pengeluar kereta volvo amat menekankan aspek kualiti dari segi tahan lasak atau ketahanan kereta keluarannya
b) CIRI PRODUK
Strategi persaingan yang meningkatkan daya saing produk dalam pasaran sasaran
pengeluar perlu memperkenalkan ciri produk baharu dan unik agar ia berbeza dengan produk pesaing yang lain.
c) REKA BENTUK PRODUK
Meliputi gaya produk secara luaran ,fungsi atau kegunaan produk secara dalaman
menarik minat pengguna ,mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan daya saing dalam pasaran
Contohnya : Pakaian berjenama seperti Dior , Armani , dan Gucci mempunyai reka bentuk yang menarik yang
dapat meningkatkan prestij dan status pengguna
2.PENJENAMAAN
Jenama ialah satu nama , istilah , simbol , reka bentuk , atau kembinasi kesemuannya bagi
mengenal pasti produk pengeluar
membezakan produk pengeluar dengan produk pesaing lain , membantu pengeluar membentuk
identiti syarikat dan produk keluaran mereka, menggambarkan kualiti dan nilai sesebuah produk
Contohnya : Kereta mewah seperti Ferrari , lamborghini dan mercedes melambangkan prestij ,
keselamatan dan berprestasi tinggi
pengeluar perlu melindungi jenama mereka daripada ditiru oleh pesaing lain adalah dengan melalui
Akta Hak Cipta 1987 (pindaan 1987)

3) PEMBUNGKUSAN
Aktiviti mereka bentuk dan mengeluarkan bekas atau bungkusan untuk produk
pembungkusan berfungsi utuk menyimpan produk dan melindunginya daripada kerosakan
sebelum diagihkan kepada pelanggan
ia mempunyai reka bentuk yang boleh menarik perhatian pelanggan ,menghuraikan produk ,
mempromosikan produk , meningkatkan daya saing serta menambah hasil jualan pengeluar.
4) PEMBUNGKUSAN
penerangan ringkas dalam bentuk nota dan grafik mudah untuk dilekatkan pada bungkusan
produk
membekalkan maklumat penting tentang suatu produk atau jenama produk , nama dan
alamat pengeluar atau pengimport , tarikh pengeluaran , tarikh luput , kandungan produk , serta
cara penggunaan produk

5) KHIDMAT SOKONGAN
Perkhidmatan sampingan kepada produk sebenar
merupakan strategi sampingan kepada pengeluar untuk memperolah faedah persaingan di
pasaran
Contoh : Perkhidmatan pengangkutan , perkhidmatan pemasangan , penyelenggaraan berkala ,
waranti , dan perkhidmatan selepas jualan
KEPUTUSAN LINI PRODUK
Lini produk merujuk kepada sekumpulan produk yang berhubungan rapat kerana mempunyai fungsi dan
lingkungan harga yang sama , ditawarkan kepada kumpulan pengguna yang sama , serta menggunakan
saluran agihan yang sama.
sebagai contoh : samsung mengeluarkan beberapa lini produk telefon bimbit
keputusan lini produk mengambil kira empat aspek yang penting , iaitu :
i) kepanjangan lini produk
kepanjangan lini produk ialah bilangan produk yang terdiri dalam lini produk
Lini produk yang panjang mempunyai bilangan produk yang lebih banyak
ditentukan oleh objektif organisasi . Organisasi yang mementingkan syer pasaran dan pertumbuhan
pasaran yang tinggi akan memilih lini produk yang panjang
sebaliknya , organisasi yang mengutamakan keuntungan yang tinggi akan memilih lini produk yang pendek
ii) pemodenan lini produk
usaha memperbaik kualiti dan meningkatkan nilai lini produk dengan teknologi terkini
Contohnya : organisasi perisian komputer seperti microsoft sentiasa memperkenalkan produk
mereka dengan versi terbaharu kepada pengguna
Aktiviti pemodenan ini bergantung pada aliran tunai dan sumber kewangan organisasi yang sedia ada
iii) keutamaan lini produk
merujuk kepada aktiviti memilih satu atau beberapa produk dalam ini produk dan memberikan keutamaan
kepada produk berkenaan
bertujuan untuk menarik perhatian pengguna terhadap produk dan seterusnya meningkatkan jualan
pengeluar
sebagai contoh : sebuah kedaik butik memilih beberapa jenama pakaian untuk membuat tawaran istimewa
kepada pengguna.pengguna akan menikmati potongan harga dan faedah lain daripada produk yang
ditawarkan oleh kedai tersebut

iv) pengurangan lini produk


melibatkan usaha menggalakkan jualan dan permintaan bagi produk yang lemah dalam lini produk melalui
pengiklanan atau promosi jualan
jika usaha ini tidak berjaya makan produk itu akan dibuang daripada lini produk tersebut
Contohnya : Sebuah kedai peralatan sukan telah membuat tawaran hebat seperti diskaun yang tinggi
untuk beberapa jenis peralatan sukan yang mana permintaannya kurang memuaskan
jika tindakan itu tidak berjaya , makan kedai peralatan sukan akan menghentikan penjualan jenis peralatan
sukan itu pada masa depan
KEPUTUSAN CAMPURAN PRODUK
Campuran produk ialah beberapa lini produk yang ditawarkan oleh pengeluar.Contohnya,campuran
produk NEC terdiri daripada dua lini produk utama ,utama iaitu produk komputer dan produk
komunikasi

keputusan campuran produk melibatkan empat aspek yang utama :

1. KEDALAMAN PRODUK
-bilangan versi yang ditawarkan bagi setiap produk dalam lini produk .
- Sebagai contoh : sejenis ais krim ditawar kan dalam empat jenis perisa yang berlainan iaitu : colat ,
durian , jagung dan vanilla
2. KELEBARAN PRODUK
-bilangan lini produk yang berlainan yang ditawarkan oleh pengeluar .misalnya campuran produk
kedai buku popular terdiri daripada banyak lini seperti :buku , majalah , alat tilis ,. kaset ,. dan cskera
padat serta multimedia
3. KEPANJANGAN PRODUK
-bilangan produk yang ditawarkan oleh pengeluar dalam lingkungan lini produk.
-sebagai contoh , sebah Syarikat MBK mengeluarkan 11 jenis sabun basuh , 8 jenis sabung cuci
pembasuh tangan , 4 jenis syampu dan 4 jenis sabun pencuci pinggan .

4. KETEKALAN /KONSISTENSI PRODUK


-Darjah perhubungan antara lin produk dari seg harga , pengguna , penggunaan , pengeluaran
dan saluran agihan
-sebagai contoh : Syarikat AB dikatakan mempunyai ketekalanyang kuat sekiranya semua lini
produk menggunakan saluran agihan yang sama
KITARAN HAYAT PRODUK
Kitaran hayat produk
merupakan peringkat yang
perlu dilalui oleh produk
baharu dari permulaan
hingga ke akhir dari segi
jualan dan keuntungan
Rajah menunjukkan kitaran
hayat produk dapat
dibahagikan kepada empat
peringkat iaitu pengenalan ,
pertumbuhan , kematangan ,
dan kemerosotan.
1) Peringkat pengenalan
Produk dapat diperkenalkan dan diagihkan di pasaran. Pertumbuhan jualan adalah
perlahan disebabkan pengguna masih tidak mengenali produk tersebut secara mendalam
kebanyakkan pengeluar memperoleh keuntungan yang rendah atau mengalami kerugian
pada peringkat ini kerana jualan adalah rendah sedangkan perbelanjaan promosi serta
pengagihan adalah tinggi.Persaingan tiada atau belum kuat dan kos seunit tinggi.

2) peringkat pertumbuhan
Jualan produk meningkat dengan pesat kerana produk tersebut telah bermula diterima dan
dibeli oleh pengguna .Pengeluaran juga mula menikmati keuntungan yang banyak dan kos
seunit menurun
Pengeluaran menghadapi cabaran yang baharu kerana pesaing mula memasuki
pasaran akibat peluang keuntungan yang baik. Pesaing akan memperkenalkan produk
yang sama tetapi dengan jenama yang berlainan dan tambahan ciri yang baharu.
Oleh itu ,pengeluar harus membuat pengubahsuaian dan pembaharuan kepada
produk mereka demi meningkatkan daya saing dalam pasaran dan menghadapi
persaingan sengit.
Pengeluar perlu menambahkan perbelanjaan ke atas pengagihan dan promosi untuk
mengekalkan syer pasaran yang sedia ada
3) Peringkat kematangan
Kadar pertumbuhan jualan produk meningkat dengan perlahan dan kemudian mula menurun
semakin banyak pesaing telah memasuki pasaran dengan pelbagai produk pengganti
Pengeluar akan mengurangkan harga jualan produk dan mempergiatkan aktiviti
pengiklanan serta promosi. Kesannya, keuntungan akan menurun di sepanjang
peringkat ini .Firma yang lemah atau kurang cekap mula meninggalkan pasaran.
Pengeluaran perlu berusaha untuk mempertahankan produk mereka dalam pasaran
dengan membuat pengubahsuaian terhadap produk dan campuran pemasaran.Kos
seunit pada tahap minimum dan persaingan menjadi stabil
4) Peringkat kemerosotan
Jualan produk menurun di sepanjang tempoh masa disebabkan beberapa faktor
Peningkatan persaingan dalam pasaran, perubahan cita rasa pengguna , dan
kemajuan teknologi yang telah mewujudkan banyak produk baharu.Kos seunit
meningkatkan semula, keuntungan menjadi negatif, dan menghadapi persaingan
sengit
Kesannya , firma terpaksa mengurangkan harga jualan produk dan hal ini akan
menjejaskan menguntungkan firma sehingga menyebabkan sesetengah firma
meninggalkan pasaran
Pengeluar yang bertahan boleh membuat keputusan untuk mengurangkan bilangan
produk yg ditawarkan ,meninggal segmen pasaran yang lemah atau mengurangkan
pelbagai kos pemasaran seperti kos pengiklanan dan promosi
BERAKHIRLAH
SUDAH PENJELASAN
TENTANG PRODUK.

You might also like