You are on page 1of 4

1 Berikan maksud produk dan nyatakan tiga ciri utama sesuatu produk.

(4m)

Maksud produk ialah:


Produk merupakan barang,perkhidmatan atau idea yang ditawarkan oleh
peniaga kepada pelanggan untuk dibeli dan digunakan bagi memenuhi
keperluan dan kehendak pelanggan atau pengguna.

Tiga ciri utama sesuatu produk ialah:


-produk teras
-produk ketara
-produk sampingan

2.Huraikan tiga ciri utama produk (6m)

Tiga ciri utama produk ialah:

i)produk teras
-meliputi semua faedah yang ingin didapati drpd pembelian sesuatu produk
-pengguna akan mengambil kira faedah utama sebelum membuat keputusan
untuk membeli sesuatu produk.

ii)produk ketara
-merupakan ciri-ciri atau sistem yang terdapat pada produk utk menyokong
faedah utama seperti reka bentuk,tahap kualiti,jenama,pembungkusan serta
ciri-ciri lain
iii)produk sampingan
-merujuk kepada faedah tambahan yang diperoleh oleh pengguna selepas
pembelian dan penggunaan sesuatu produk

3.Jelaskan tiga perbezaan antara produk fizikal dengan produk


perkhidmatan(6m)

Tiga perbezaan antara produk fizikal dengan produk perkhidmatan ialah:

DIMEN PRODUK FIZIKAL PRODUK PERKHIDMATAN


SI
Ciri Ciri-ciri yang dikenalpasti Ciri-ciri yang dapat dikenalpasti
produk melalui pacaindera seperti melalui penggunaan seperti
bentuk,warna,label,pembungk ketepatan,kecekapan,kepantasan,
usan,berat dan saiz produk keselesaan dan sebagainya
jenis Memerlukan perkhidmatan Perkhidmatan langsung seperti
secara tidak langsung seperti perkhidmatan doktor merawat
perkhidmatan selepas jualan pesakit
sifat Ketara dan boleh disentuh Tidak ketara dan tidak boleh
seperti buku,ubat-ubatan dan disentuh seperti Pendidikan da
kereta perkhidmatan perubatan

4 Nyatakan empat jenis produk pengguna(4m)

Empat jenis produk pengguna ialah:


i)produk mudah beli
ii)produk beli-belah
iii)produk istimewa
iv)produk tidak dicari
5.Jelaskan produk pengguna yang berikut:
a)produk beli belah(2m)
-Produk beli belah ialah produk yang dibeli oleh pengguna dengan kerap,serta-
merta dan tidak perlu membuat perbandingan yang banyak
-Produk ini biasanya berharga murah atau rendah dan tersedia ada supaya
pengguna mudah memperoleh

b)Produk istimewa(2m)
-Produk istimewa merujuk kepada produk yang mempunyai ciri yang unik atau
tarikan istimewa dari segi jenama,jenis dan gaya
-Contohnya,barang antik,pakaian jenama,kereta mewah dan perkhidmatan
pakar perubatan

c)Produk tidak dicari


-Produk tidak dicari merupakan produk yang tidak diketahui oleh pengguna
akan kewujudnya di pasaran atau tidak terfikir ingin membeli produk tersebut
-contohnya,insurans,ensiklopedia,produk kesihatan dan pakej pelancongan

6.Jelaskan produk perindustrian yang berikut:


a)Barang modal(2m)
-Barang modal adalah produk tahan lama yang membantu melicinkan operasi
pengeluaran
-Contohnya,bangunan kilang dan pejabat

b)Bahan dan bahagian ganti(2m)


--Bahan dan bahagian ganti ialah bahan mentah dan bahan separuh siap yang
digunakan dalam proses menghasilkan produk akhir
-Contohnya,bahan mentah terdiri drpd hasil pertanian dan sumber galian
seperti padi manakala bahan separuh siap termasuk bahan komponen seperti
dawai,simen,tayar dan mesin kecil

c)bekalan dan perkhidmatan(2m)


-Bekalan dan perkhidmatan ialah produk mudah beli bagi industri kerana
selalunya dibeli bagi melicinkan kerja-kerja pengurusan dan pengeluaran
-Contohnya,item pembaikan dan penyelenggran seperti cat dan penyapu

You might also like