You are on page 1of 5

SKEMA JAWAPAN

1. Nyatakan lima kepentingan pemasaran (5m)


Lima kepentingan pemasaran ialah:
F1- Meluaskan pasaran
F2- Meningkatkan keuntungan perniagaan
F3- Melancarkan proses pertukaran barang dan perkhidmatan
F4- Memperkenalkan produk baharu
F5- Meningkatkan pengeluaran produk yang berkualiti tinggi

2. Terangkan dua langkah pertama dalam proses pembelian produk pengguna


(4m)
Dua langkah pertama dalam proses pembelian produk pengguna ialah:
F1- Mengenal pasti keperluan
H1- Pengguna akan mengenal pasti produk yang hendak dibeli kerana wujud
perbezaan antara keinginan untuk memiliki dengan keadaan persekitaran
sebenar

F2- Mencari maklumat


H1- Pengguna akan cuba mencari sebanyak mungkin maklumat mengenai jenis
produk yang terbaik dan sesuai digunakan

3. Berikan maksud penyelidikan pemasaran dan tiga kepentingannya (5m)


Maksud penyelidikan pemasaran ialah:
F1- Penyelidikan pemasaran merupakan suatu proses mengumpul maklumat
yang dijalankan secara sistematik mengikut prosedur tertentu berdasarkan
situasi pemasaran sesebuah organisasi
F2- Penyelidikan pemasaran membantu organisasi membuat keputusan
pemasaran berdasarkan maklum balas yang diperoleh daripada pengguna serta
mengenal pasti keperluan dan kehendak pengguna

Tiga kepentingan penyelidikan pemasaran ialah:


F1- Menyumbang maklumat pemasaran
F2- Mengenal pasti sasaran
F3- Memaksimumkan keuntungan

4. Huraikan dua asas segmentasi pasaran (6m)


Dua asas segmentasi pasaran ialah:
F1- Segmentasi pasaran mengikut geografi
H1- Pemetakan pasaran mengikut geografi dijalankan berdasarkan faktor
geografi yang dapat mempengaruhi cara hidup serta corak penggunaan
masyarakat seperti bentuk muka bumi dan iklim
C1- Sebagai contoh, pengguna kenderaan di Afrika lebih banyak menggunakan
kenderaan pacuan empat roda berbanding negara lain

F2- Segmentasi pasaran mengikut psikografi


H1- Pemetakan pasaran mengikut psikografi melibatkan pembahagian pasaran
kepada segmen kecil berdasarkan beberapa pemboleh ubah seperti kelas sosial,
gaya hidup dan personaliti
C1- Sebagai contoh, pusat membeli-belah ternama seperti Pavilion sering
dibanjiri oleh pengguna dari kelas atasan
5. Nyatakan maksud penyasaran pasaran dan tiga kriteria yang harus di ambil
kira semasa menentukan sasaran pasaran (4m)
Maksud penyasaran pasaran ialah:
F1- Penyasaran pasaran (market targeting) merujuk proses menilai daya tarikan
sesuatu kumpulan pengguna berkongsi sama keperluan atau ciri-ciri yang sama
yang sesuai ditawarkan oleh firma
Tiga kriteria yang harus di ambil kira semasa menentukan sasaran pasaran ialah:
F1- Saiz dan pertumbuhan segmen
F2- Persaingan
F3- Kesesuaian dengan objektif pemasaran

6. Bandingkan pemasaran dibezakan dengan pemasaran tidak dibezakan (4m)


Dimensi Pemasaran dibezakan Pemasaran tidak
dibezakan
Perbezaan dalam F1- Syarikat mengambil F1- Syarikat tidak
pasaran kira perbezaan yang mengambil kira
terdapat dalam pasaran perbezaan yang terdapat
dalam pasaran
Campuran pemasaran F2- Syarikat menawarkan F2- Syarikat menawarkan
yang digunakan produknya kepada produknya kepada
beberapa segmen semua segmen dengan
dengan menggunakan menggunakan campuran
campuran pemasaran pemasaran yang sama
yang berlainan

7. Huraikan tiga proses peletakan pasaran (6m)


Tiga proses peletakan pasaran ialah:
F1- Menentukan pasaran sasaran (targeted market)
H1- Pemasar akan membuat keputusan pemilihan pasaran berdasarkan
kekuatan aktiviti pemasaran yang dimiliki berbanding dengan pesaing
F2- Menyesuaikan produk dengan pasaran
H1- Pemasar perlu mengenal pasti ciri-ciri produk yang diminati dalam sesebuah
pasaran kerana pengguna mempunyai citarasa yang berbeza

F3- Mengkomunikasikan ciri-ciri produk


H1- Pemasar perlu menyampaikan mesej berkaitan ciri-ciri produk dengan
kaedah seperti penggunaan media pengiklanan kerana aspek ciri-ciri produk
merupakan aspek yang membezakan sesebuah perniagaan dengan perniagaan
yang lain

8. Terangkan dua strategi peletakan pasaran selain klasifikasi produk dan


pengguna (4m)
Dua strategi peletakan pasaran selain klasifikasi produk dan pengguna ialah:
F1- Atribut produk manfaat
H1- Pemasar menggunakan pelbagai kaedah promosi supaya dapat
menyampaikan kelebihan ciri-ciri produk kepada pengguna seperti jualan
bersemuka

F2- Kekerapan penggunaan


H1- Kekerapan penggunaan yang tinggi menyebabkan produk tersebut
mendapat permintaan tinggi kerana sering digunakan seperti barang keperluan
asas

9. Huraikan tiga campuran pemasaran (6m)


Tiga campuran pemasaran ialah:
F1- Harga
H1- Harga merujuk kepada penetapan nilai tertentu ke atas sesuatu produk
yang ditawarkan dalam pasaran

F2- Promosi
H1- Promosi merujuk kepada aktiviti penyebaran maklumat berkenaan produk
kepada pengguna bagi tujuan membuat keputusan pembelian

F3- Produk
H1- Produk merujuk proses pembuatan keputusan mengenai penyelidikan dan
pembangunan produk baharu, ujian penghasilan produk baharu, perancangan
pengurusan produk, pembungkusan dan jaminan produk

10. Jelaskan perbezaan antara produk fizikal dengan produk perkhidmatan (6m)
Dimensi Produk fizikal Produk perkhidmatan
Ciri F1- Reka bentuk seperti F1- Tambahan kepuasan
warna dan berat boleh pengguna apabila
dilihat dan disentuh membeli produk fizikal
oleh pengguna seperti penerangan
tentang penggunaan
sesuatu produk
Jenis F2- Memerlukan F2- Perkhidmatan
perkhidmatan secara langsung seperti
tidak langsung seperti perkhidmatan doktor
perkhidmatan selepas merawat pesakit
jualan
Penyimpanan F3- Boleh disimpan F3- Tidak boleh
disimpan

You might also like