You are on page 1of 12

More Crea

K.Y
2018 6 5

Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 tahun 2017 2 5 5 5 9

ABSTRAK
KAJIAN CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT NESTLÉ MALAYSIA
            Kajian ini bertujuan untuk mengkaji campuran pemasaran yang diamalkan oleh Syarikat Nestlé Malaysia. Objektif kajian yang
pertama adalah untuk meneliti konsep produk dari segi klasifikasi produk, atribut produk, keputusan campuran produk  yang dijalankan oleh MUET
Syarikat Nestlé Malaysia. Objektif yang kedua adalah untuk meneliti saluran pengedaran yang digunakan oleh Syarikat Nestlé Malaysia dari
segi reka bentuk saluran pengedaran Objektif yang ketiga adalah untuk meneliti penetapan harga dari segi faktor yang mempengaruhi
penetapan harga dan strategi penetapan harga yang dijalankan oleh Syarikat Nestlé Malaysia. Objektif kajian yang keempat adalah untuk
meneliti kaedah campuran promosi yang digunakan oleh Syarikat Nestlé Malaysia dari segi pengiklanan, promosi jualan dan perhubungan
awam. Kaedah kajian yang telah digunakan adalah data sekunder iaitu maklumat diperoleh daripada laman sesawang dan buku rujukan. (10)
Dapatan kajian menunjukkan bahawa produk Syarikat Nestlé Malaysia mengeluarkan produk pengguna iaitu produk asas dan gerak hati, logo
syarikat membawa maksud, pembungkusan produknya adalah unik dan terdapat perlabelan pada kotak produknya. Ia juga mempunyai (2)
kelebaran produk yang luas dan terdapat banyak produk dalam setiap jenis produknya. Saluran pengedaran menegak iaitu saluran pemasaran (13)
langsung dan tidak langsung seperti peruncit dan ejen telah digunakan oleh Syarikat Nestlé Malaysia. Saluran pengedaran mendatar iaitu
agihan intensif juga telah digunakan untuk mengagihkan produknya. Dari aspek penetapan harga, faktor luaran dan faktor dalaman telah (15)
diambil kira dalam menetapkan harga produknya. Pelbagai jenis strategi juga telah digunakan dalam menetapkan harga produknya. Syarikat (12)
Nestlé Malaysia juga menggunakan pengiklanan di pelbagai media, promosi jualan seperti harga promosi dan perhubungan awam dalam
menjalankan promosi. Syarikat Nestlé Malaysia dicadangkan mengeluarkan lebih banyak jenis makanan segera. Syarikat Nestlé Malaysia (10)
juga dicadangkan untuk menambahbaikkan saluran pengedarannya. Akhir sekali, Syarikat Nestlé Malaysia juga dicadangkan supaya peka (7)
terhadap tindakan pesaingnya.
(39)
1.0  PENGENALAN
(2)

Menurut Kotler dan Armstrong (1997) yang menyatakan bahawa campuran pemasaran merupakan kombinasi pemboleh ubah yang Generation (12)

digabungkan untuk menghasilkan tanggapan yang diharapkan dari pasaran. Pemasaran adalah suatu proses analisis, perencanaan, XY&Z (5)
implementasi, koordinasi dan pengendalian program pemasaran yang meliputi kebijakan produk, harga, promosi, dan pengedaran dari (7)
produk dan idea yang ditawarkan untuk menciptakan dan meningkatkan pertukaran manfaat dengan pasar sasaran dalam upaya pencapaian
(14)
tujuan organisasi.
(1)
Campuran pemasaran amat penting kepada sesebuah perniagaan kerana ia dapat membantu perniagaan untuk menentukan kesesuaian
sesuatu produk atau perkhidmatan disasarkan kepada sasaran pasaran yang tepat. Campuran pemasaran juga dapat membantu sesebuah (1)
perniagaan untuk menyusun strateginya dalam pemasaran produk dan perkhidmatan. Dengan menggunakan konsep campuran pemasaran MV (3)
dengan cara yang betul, sesebuah perniagaan dapat mencapai kejayaan. Terutamanya penggunaan konsep campuran pemasaran yang baik
NBA (2)
dapat meningkatkan kecekapan perniagaan dalam segi pemasaran.
NBA LIVE MOBILE (5)

Terdapat 4 elemen dalam konsep campuran pemasaran, juga dikenali sebagai 4P. Elemen-elemen ini adalah produk, harga, pengedaran NBA LIVE MOBILE 18 (5)
ataupun saluran agihan dan juga promosi. STPM (8)
  Menurut Sumarni dan Soeprihanto (2010), “Produk adalah setiap apa saja yang ditawarkan di pasar untuk mendapatkan perhatian,
permintaan, penggunaan yang dapat memenuhi keinginan atau penggunaan”. Produk tidak seharusnya hanya berupa barang tetapi boleh juga
sebagai perkhidmatan ataupun gabungan dari keduanya. ▼  2018 (22)

Menurut Shanti Subramaniam dan Mah Boon Kiet(2015), pengedaran ialah satu proses memindahkan produk daripada pengeluar kepada ►  (1)

pengguna. Zaidah Aziz(2010) mengatakan bahwa saluran agihan merupakan satu set organisasi yang saling bergantungan dan terlibat di ▼  (4)
-
dalam proses pembuatan produk untuk kegunaan pengguna akhir atau pengguna perniagaan
Menurut Monroe (2005) menyatakan bahawa harga merupakan perbelanjaan ekonomi yang dilakukan pelanggan untuk memperoleh
produk atau perkhidmatan. Engel, Blackwell dan Miniard(1996) mengatakan bahawa harga merupakan salah satu faktor penting dalam
NBA2K17 XBOX360
mempengaruhi keputusan untuk melakukan transaksi atau tidak. Schifman and Kanuk(2001) menyatakan bahawa harga dikatakan mahal,
Kerja Kursus Pengajian Perniagaan
murah atau biasa-biasa saja dari setiap individu tidaklah harus sama, kerana tergantung dari perspeksi individu yang dilatar belakangi oleh STPM Penggal 3 t...
lingkungan kehidupan dan tahap individu.
►  (2)
Menurut Tjiptono (2008), pada hakikatnya promosi adalah suatu bentuk komunikasi pemasaran. Yang dimaksud dengan komunikasi
►  (2)
pemasaran adalah aktiviti pemasaran yang berusaha menyebarkan informasi, mempengaruhi, atau mengingatkan pasar sasaran atas
►  (6)
perusahaan dan produknya agar bersedia menerima, membeli, dan setia pada produk yang ditawarkan perusahaan yang tersebut.
►  (3)
Syarikat yang telah dipilih oleh pengkaji adalah Syarikat Nestlé Malaysia. Syarikat Nestlé Malaysia ialah sebuah Syarikat yang beroperasi
►  (4)
secara komersial di Malaysia sejak tahun 1912. Syarikat ini merupakan pengeluar makanan halal terbesar dalam Kumpulan Nestlé dan
merupakan Pusat Kecemerlangan Halal bagi Kumpulan Nestlé. ►  2017 (66)

Syarikat ini dipilih kerana ia mempunyai rangkaian produk yang sangat luas, hampir semua rakyat Malaysia pernah atau kerap ►  2016 (86)

menggunakan produknya, contohnya minuman, makanan dan sebagainya. Syarikat ini juga merupakan salah satu syarikat yang terbesar
dalam Malaysia. Jadi kajian ini dijalankan untuk mengetahui strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh syarikat ini.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini dijalankan untuk mencapai 4 objektif utama berkaitan campuran pemasaran yang diamalkan atau dilaksanakan oleh Syarikat
Nestlé Malaysia. Objektif tersebut ialah:
1.      Meneliti konsep produk dari segi klasifikasi produk, atribut produk, keputusan campuran produk  yang dijalankan oleh Syarikat Nestlé
Malaysia.

2.      Meneliti saluran pengedaran yang digunakan oleh Syarikat Nestlé Malaysia dari segi reka bentuk saluran pengedaran.
3.      Meneliti penetapan harga dari segi faktor yang mempengaruhi penetapan harga dan strategi penetapan harga yang dijalankan oleh Syarikat
Nestlé Malaysia.
4.      Meneliti kaedah campuran promosi yang digunakan oleh Syarikat Nestlé Malaysia dari segi pengiklanan, promosi jualan dan perhubungan
awam.

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


            Syarikat Nestlé ialah sebuah syarikat pembuat makanan berpakej multinasional yang ditubuhkan dan beribu pejabat di Switzerland.
Penubuhannya timbul daripada satu gabungan pada tahun 1905 antara Anglo-Swiss Milk Company, sebuah syarikat susu yang ditubuhkan
oleh adik-beradik Page di Cham, Switzerland, pada tahun 1866 dan Farine Lactée Henri Nestlé Company yang didirikan pada tahun 1867
oleh Henri Nestlé yang menghasilkan produk makanan bayi.
            Syarikat Nestlé Malaysia ialah sebuah Syarikat yang beroperasi secara komersial di Malaysia sejak tahun 1912. Syarikat Nestlé
Malaysia merupakan pengeluar makanan halal terbesar dalam Kumpulan Nestlé dan merupakan Pusat Kecemerlangan Halal bagi Kumpulan
Nestlé. Ibu pejabatnya terletak di Mutiara Damansara, Selangor. Memiliki 7 kilang dan 1 pusat pengedaran nasional. Mempunyai lebih
daripada 5,800 warga kerja. Menghasilkan lebih daripada 500 produk Halal, dengan jenama isi rumah terkenal seperti MILO, MAGGI dan
NESCAFÉ. Syarikat ini mencatat perolehan sebanyak RM4.8 bilion bagi tahun 2013. Syarikat juga disenaraikan di Bursa Malaysia sejak
tahun 1989.
                      Menurut Shanthi Subramaniam dan Mah Boon Kiet(2015), produk ialah sesuatu yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk
pembelian dan penggunaan yang dapat memenuhi keperluan atau kehendak pengguna. Syarikat Nestlé Malaysia mengeluarkan produk
pengguna yang selalunya dibeli oleh pengguna. Selain itu, Syarikat Nestlé Malaysia juga amat mementingkan mutu produk yang dihasilkan
dan sentiasa untuk mengeluarkan reka bentuk produk yang baru. Syarikat Nestlé Malaysia juga mempunyai banyak lini produk dan terdapat
pelbagai jenis produk dalam lini-lini produk ini.
            Menurut Philip Kotler(2008), harga adalah jumlah nilai yang harus diberikan oleh pelanggan untuk mendapatkan keuntungan dari
memiliki atau menggunakan suatu produk atau jasa. Kebanyakan produk keluaran Syarikat Nestlé Malaysia telah ditetapkan harga yang
rendah untuk memastikan permintaan daripada pengguna yang berterusan. Juga terdapat banyak faktor yang diambil kira oleh Syarikat
Nestlé Malaysia dalam menentukan harga bagi produk. Untuk produk baru, Syarikat Nestlé Malaysia akan menetapkan harga yang
berpatutan dan murah.

            Menurut Shanti Subramaniam dan Mah Boon Kiet(2015), pengedaran ialah satu proses memindahkan produk daripada pengeluar
kepada pengguna. Syarikat Nestlé Malaysia menggunakan cara peruncitan untuk mengedarkan produknya. Cara pemborongan dan ejen juga
telah digunakan oleh Syarikat Nestlé Malaysia dalam mengedarkan produknya.
            Basu Swastha(2000) menyatakan promosi adalah arus informasi atau persuasi satu arah yang dibuat untuk mengarahkan seseorang
atau organisasi kepada tindakan yang menciptakan pertukaran dalam pemasaran. Syarikat Nestlé Malaysia sering melakukan pengiklanan
pada masa-masa tertentu misalnya apabila sejenis produk baru dikeluarkan. Syarikat Nestlé Malaysia juga mengadakan promosi jualan dari
semasa ke semasa. Dan Syarikat Nestlé Malaysia juga akan menjalankan aktiviti-aktiviti perhubungan awam.

4.0 KAEDAH KAJIAN


            Dalam bahagian ini, pengkaji akan menerangkan tentang kaedah kajian yang telah digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan
kajian. Pengkaji telah mendapatkan maklumat mengenai syarikat yang dikaji iaitu Syarikat Nestlé Malaysia daripada data sekunder.
4.1 Data Sekunder
Uma Sekaran(2011) menyatakan bahawa data sekunder adalah data yang mengacu pada informasi yang  dikumpulkan dari sumber
yang telah ada. Sumber data sekunder adalah catatan atau dokumentasi perusahaan, publikasi pemerintah, analisis industri oleh media, situs
Web, internet dan sebagainya. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan data sekunder untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan
iaitu menggunakan laman sesawang dan juga buku rujukan.
4.1.1 Laman Sesawang
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan laman sesawang sebagai satu kaedah untuk memperoleh maklumat. Laman sesawang
merupakan cara yang paling mudah untuk memperoleh maklumat pada zaman kini.
Pengkaji telah melayari laman web rasmi Syarikat Nestlé Malaysia untuk memperoleh maklumat-maklumat seperti produk-produk di
bawah jenama Nestlé dan juga aktiviti promosi yang dilakukan oleh mereka. Selain itu, pengkaji juga telah melayari laman web rasmi bagi
pelbagai jenis produk di bawah Syarikat Nestlé Malaysia misalnya MILO dan MAGGI. Daripada laman web ini, pengkaji telah mendapatkan
maklumat mengenai saluran pemasaran langsung yang digunakan oleh Syarikat Nestlé Malaysia dan juga harga bagi produk yang tertentu.
  Pengkaji juga telah melayari Facebook rasmi Syarikat Nestlé Malaysia dan juga produk-produk Syarikat Nestlé Malaysia yang lain
seperti MILO dan sebagainya. Contohnya, pengkaji telah melayari Facebook rasmi MILO dan telah memperoleh gambar mengenai cara
untuk membezakan antara MILO tulen dengan MILO palsu. Pengkaji juga telah mengetahui masalah yang dihadapi oleh pengguna melalui
laman web ini.
Selain itu, pengkaji juga telah melayari pelbagai jenis laman web yang lain untuk memperoleh maklumat-maklumat yang lain seperti
pelbagai jenis blog yang lain dan sebagainya. Contohnya, pengkaji telah melayari blog yang telah ditulis oleh orang lain untuk memperoleh
definisi bagi perkataan-perkataan tertentu dan juga maklumat mengenai logo Syarikat Nestlé Malaysia.
4.1.2 Buku Rujukan
            Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji juga telah menggunakan buku rujukan sebagai satu cara untuk memperoleh maklumat.
Buku rujukan yang telah digunakan oleh pengkaji adalah buku rujukan mata pelajaran Pengajian Perniagaan Penggal 1 yang telah
diterbitkan oleh Penerbitan Pelangi Sdn Bhd pada tahun 2015. Penulis bagi buku ini adalah Shanthi Subramaniam dan juga Mah Boon Kiet.
   Dengan menggunakan buku rujukan ini, pengkaji telah memperoleh definisi bagi elemen campuran pemasaran misalnya promosi. Pengkaji
juga telah memperoleh banyak maklumat daripada buku rujukan ini misalnya strategi penetapan harga yang boleh digunakan oleh sesebuah
syarikat.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


                      Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan tentang campuran pemasaran yang telah diamalkan oleh Syarikat Nestlé
Malaysia. Pengkaji telah menggunakan sumber-sumber seperti laman sesawang untuk memperoleh maklumat yang lebih terperinci.
5.1 Produk
5.1.1 Definisi Produk
Menurut Sumarni dan Soeprihanto (2010), produk adalah setiap apa saja yang ditawarkan di pasar untuk mendapatkan perhatian,
permintaan, penggunaan yang dapat memenuhi keinginan atau penggunaan. Produk tidak seharusnya hanya berupa barang tetapi boleh juga
sebagai perkhidmatan ataupun gabungan dari keduanya. Syarikat Nestlé Malaysia adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk ketara
ataupun produk fizikal.
5.1.2 Klasifikasi Produk
            Produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Nestlé Malaysia adalah produk pengguna. Menurut Shanthi Subramaniam dan Mah Boon
Kiet(2015), produk pengguna ialah produk yang dibeli oleh pengguna dengan kerap, serta merta dan tidak perlu membuat perbandingan
yang banyak. Produk pengguna boleh dibahagikan kepada empat jenis lagi iaitu produk mudah beli, produk beli-belah, produk istimewa dan
juga produk tidak dicari.
            Produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Nestlé Malaysia adalah dikategorikan sebagai produk mudah beli iaitu produk yang dibeli
oleh pengguna dengan kerap, serta-merta dan tidak perlu membuat perbandingan yang banyak. Produk ini biasanya berharga rendah dan
tersedia ada supaya pengguna mudah memperolehnya. Contohnya, harga produk syarikat ini berada dalam lingkungan antara RM1.00
dengan RM60. Selain itu, produk Syarikat Nestlé Malaysia juga tersedia ada di pasaran iaitu pengguna boleh membeli produknya di merata
tempat seperti pusat beli-belah, kedai runcit dan sebagainya. Produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Nestlé Malaysia merupakan produk asas
dan juga produk gerak hati. Produk asas ialah produk keperluan harian yang dibeli dengan kerap contohnya produk MILO yang merupakan
sejenis minuman sarapan yang menjadi kegemaran pengguna. Produk Syarikat Nestlé Malaysia juga adalah produk gerak hati iaitu produk
yang dibeli oleh pengguna tanpa perancangan dan usaha pencarian yang minimum. Contohnya, pengguna mungkin akan membeli produk
Syarikat Nestlé Malaysia tanpa perancangan terdahulu apabila mereka mengunjuni pusat beli-belah dan mendapati Syarikat Nestlé Malaysia
sedang menjalankan aktiviti promosi.
5.1.3 Atribut Produk
Kotler (2008) menyatakan bahawa atribut produk adalah pengembangan suatu produk atau jasa yang melibatkan penentuan manfaat
yang akan diberikan. Menurut Fandy Tjiptono (2001), atribut produk adalah unsur-unsur produk yang dipandang penting oleh pelanggan dan
dijadikan sebagai dasar pengambilan keputusan. Terdapat beberapa elemen yang penting dalam atribut produk, misalnya penjenamaan,
pembungkusan, perlabelan dan juga khidmat sokongan.
A.    Penjenamaan
Menurut Philip Kotler(2003), jenama adalah nama, terma, simbol, petunjuk, atau reka bentuk atau kombinasi yang berkaitan bagi
merujuk kepada produk atau perkhidmatan dari satu peniaga atau kumpulan perniaga dan membezakan antara satu sama yang lain.
Penjenamaan yang telah diamalkan oleh Syarikat Nestlé Malaysia adalah syarikat ini telah mengaitkan jenamanya dengan perkataan-
perkataan seperti sihat, mudah, murah dan sebagainya. Sejak syarikat ini mula beroperasi, ia telah mengeluarkan produk-produk yang sihat
seperti makanan bijirin dan sebagainya. Produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Nestlé Malaysia juga disukai oleh pengguna kerana ia mudah
disediakan, contohnya mi segera dan sebagainya. Kebanyakan produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Nestlé Malaysia juga adalah sangat
murah. Jadi kualiti-kualiti ini telah menambahkan nilai ke atas produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini.

Selain itu, logo Syarikat Nestlé Malaysia juga mengandungi makna yang unik. Misalnya, burung dalam logo tersebut adalah mewakili
keluarga moden dengan dua orang anak, manakala pohon cenderung untuk menggambarkan sebuah pohon, burung-burung melambangkan
thrush iaitu sejenis burung. Dan slogan syarikat berada di bawah iaitu “Good Food, Good Life” membolehkan pengguna mengetahui tentang
slogan syarikat. Logo ini dapat meninggalkan tanggapan yang mendalam terhadap pengguna. Nestlé dalam bahasa Jerman juga bermaksud
sarang kecil dan sarang burung telah pun muncul dalam logo syarikat. Sila rujuk Lampiran 1 untuk mengetahui sejarah perubahan logo
Syarikat Nestlé dari tahun 1868.
B.     Pembungkusan
Menurut Swatha(1980), pembungkusan (packaging) adalah kegiatan-kegiatan umum dan perencanaan barang yang melibatkan penentuan
reka bentuk pembuatan bungkus atau kemasan suatu barang. 
Produk Syarikat Nestlé Malaysia biasanya mempunyai pembungkusan yang menarik. Ciri ini dapat menarik perhatian pengguna dan
pada masa yang sama dapat membantu pengguna mengingati produk mereka. Selain itu, pembungkusan menarik yang diamalkan oleh
Syarikat Nestlé Malaysia juga dapat meningkatkan daya saing produknya.
Contohnya, produk Syarikat Nestlé Malaysia seperti yang di atas mempunyai pembungkusan yang menarik seperti bewarna-warni
dan sebagainya. Maskot yang bereka bentuk yang comel dan menarik juga dapat menarik perhatian pengguna kanak-kanak. Produk-produk
ini adalah ditujukan kepada pengguna kanak-kanak. Reka bentuk begini dapat menarik perhatian pengguna kanak-kanak jadi dapat
membantu syarikat untuk mencapai matlamat jualannya. Kotak bagi produk-produk ini juga telah menggunakan bahan yang boleh dikitar
semula dan ini telah menunjukkan keprihatinan Syarikat Nestlé Malaysia terhadap isu alam sekitar. Produk Syarikat Nestlé Malaysia juga
menggunakan pembungkusan yang dapat mengekalkan mutu produk supaya pengguna dapat menikmati produk yang berkualiti.

Pembungkusan Syarikat Nestlé Malaysia juga mempunyai ciri-ciri yang unik untuk membantu pengguna membezakan produknya
yang tulen dengan yang palsu. Pada tahun 2015, kejadian MILO palsu telah berlaku di Malaysia dan pihak MILO telah memaparkan gambar
ini di Facebook rasmi syarikatnya untuk membantu pengguna membezakan antara MILO tulen dengan MILO palsu. Pembungkusan yang
unik ini menjadi salah satu ciri yang amat penting bagi produk Syarikat Nestlé Malaysia. Ia juga adalah amat penting dalam mengekalkan
imej syarikat.
C.    Perlabelan
Menurut Tjiptono(2002), label merupakan bahagian daripada sesuatu produk yang menyampaikan informasi mengenai produk dan
penjual.
Pada bungkusan produk Syarikat Nestlé Malaysia, terdapat banyak penerangan ringkas mengenai produk. Penerangan ini biasanya
terdapat dalam bentuk nota ataupun grafik mudah. Penerangan ini akan membekalkan maklumat mengenai produk contohnya kandungan
dalam produknya, tarikh luput, lokasi pengeluarannya dan sebagainya.

Contohnya pada sebelah tepi bungkusan produk Honey Star, terdapat beberapa jadual yang memaparkan maklumat-maklumat seperti
kandungannya, adakah ia halal dan sebagainya. Perlabelan ini adalah penting kerana pengguna berhak untuk mengetahui maklumat tentang
produk yang bakal digunakan oleh mereka.
5.1.4 Keputusan Campuran Produk
Menurut Shanthi Subramaniam dan Mah Boon Kiet(2015), campuran produk adalah beberapa lini produk yang ditawarkan oleh
pengeluar. Keputusan campuran produk yang digunakan oleh Syarikat Nestlé Malaysia boleh dibahagikan kepada kelebaran produk dan
kedalaman produk.

A.    Kelebaran Produk


Menurut Shanthi Subramaniam dan Mah Boon Kiet(2015), kelebaran produk merujuk kepada bilangan lini produk yang berlainan yang
ditawarkan oleh pengeluar.
Produk Syarikat Nestlé Malaysia merangkumi pelbagai jenis produk. Contohnya, Syarikat Nestlé Malaysia mengeluarkan produk mi
segera, sarapam bijirin dan juga minuman. Kepelbagaian produk membolehkan Syarikat Nestlé Malaysia menarik minat pengguna dan dapat
mencapai bilangan jualan yang banyak.
B.     Kedalaman Produk
Menurut Shanthi Subramaniam dan Mah Boon Kiet(2015), kedalaman produk adalah merujuk kepada bilangan versi yang ditawarkan
bagi setiap produk dalam lini produk.
Syarikat Nestlé Malaysia mengeluarkan banyak jenis produk dalam setiap lini produknya. Contohnya, dalam lini produk mi
segera, terdapat banyak perisa yang dikeluarkan, contohnya perisa Tomyam, Laksa dan Kari. Dalam lini produk sarapan bijirin,
terdapat produk-produk seperti Nestlé Fitnesse, Nestlé Honey Star dan Nestlé Corn Flakes. Manakala dalam lini produk
minuman, terdapat banyak produk seperti MILO, NESCAFÉ dan juga minuman yogurt.

              Untuk mengetahui produk-produk lain yang dikeluarkan oleh Syarikat Nestlé Malaysia, sila rujuk kepada
Lampiran 2.

5.2 Saluran Pengedaran


5.2.1 Definisi Saluran Pengedaran
Menurut Sumarni dan Soeprihanto (2010),  saluran pengedaran adalah ialah saluran yang digunakan oleh pengeluar
untuk menyalurkan produk tersebut dari pengeluar sampai ke konsumer atau industri pemakainya.
Saluran pengedaran adalah penting kepada pengeluar kerana ia dapat menolong pengeluar untuk mengumpulkan
maklumat yang berkaitan dengan pengguna, pesaing serta faktor lain dalam persekitaran pemasaran. Ia juga adalah amat penting dalam
membantu pengeluar menjalinkan hubungan yang baik dengan pengguna atau pengguna potensi.
5.2.2 Reka Bentuk Saluran Agihan
Menurut Shanthi Subramaniam dan Mah Boon Kiet(2015), reka bentuk saluran agihan merupakan keputusan yang diambil oleh
pengeluar untuk membentuk pelbagai sistem saluran agihan demi mengedarkan sesuatu produk kepada pasaran sasaran. Keputusan reka
bentuk saluran agihan ini adalah bergantung kepada saiz firma pengeluar.
A.    Saluran Agihan Menegak
Saluran agihan mengandungi satu atau lebih pengantara pemasaran seperti pemborong, peruncit dan ejen untuk mengagihkan produk
kepada pengguna.
Saluran agihan menegak boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu saluran pemasaran langsung dan saluran pemasaran tidak langsung.
I.            Saluran Pemasaran Langsung
                   

Saluran pemasaran langsung juga dikenali sebagai peringkat sifar dalam saluran agihan menegak. Ia tidak memerlukan pengantara
pemasaran dan melibatkan pengagihan produk oleh pengeluar secara terus kepada pengguna.

            Contoh penggunaan saluran pemasaran langsung oleh Syarikat Nestlé Malaysia adalah pengguna boleh membeli produknya secara
dalam talian melalui laman web rasmi pelbagai jenama di bawahnya. Misalnya pada laman web rasmi Maggi dan MILO, terdapat satu
bahagian yang akan menyenaraikan produknya dan pengguna boleh membeli produk-produk tersebut melalui laman-laman web seperti
11street, Soukai dan sebagainya. Tiada pengantara pemasaran yang dilibatkan dan produk akan diagihkan kepada pengguna oleh Syarikat
Nestlé Malaysia secara terus.
                 II.            Saluran Pemasaran Tidak langsung
            Saluran pemasaran tidak langsung merupakan saluran agihan yang melibatkan pengantara pemasaran seperti peruncit.
                      Peruncitan ialah aktiviti menjual produk pengguna secara terus kepada pengguna untuk kegunaan persendirian. Syarikat Nestlé
Malaysia telah memasarkan produknya di pelbagai tempat seperti pusat beli-belah, kedai runcit dan sebagainya. Melalui para peruncit ini,
produk Syarikat Nestlé Malaysia akan dijual kepada pengguna secara terus untuk kegunaan persendirian mereka. Ini juga membolehkan
produknya mudah didapati oleh pengguna. Contohnya, produk Syarikat Nestlé Malaysia seperti Mi Maggi, MILO, KITKAT dan sebagainya
boleh didapati di banyak tempat seperti Econsave, Tesco, Jusco, 7-11 dan pelbagai kedai runcit di Malaysia.

            Syarikat Nestlé Malaysia juga menggunakan bantuan ejen dalam mengagihkan produknya. Ejen berperanan untuk menjual produk
Syarikat Nestlé Malaysia kepada peruncit-peruncit di sekitar Malaysia. Dengan bantuan ejen, produk Syarikat Nestlé Malaysia boleh
diagihkan kepada banyak peruncit  dan dapat memastikan produknya dapat dibeli di mana-mana sahaja.
B.     Saluran Agihan Mendatar
Saluran agihan mendatar merujuk kepada bilangan pengantara pemasaran yang digunakan oleh pengeluar pada setiap peringkat
pemasaran. Reka bentuk saluran agihan ini adalah bergantung kepada liputan pasaran bagi produk yang ingin dicapai.
Saluran agihan mendatar yang digunakan oleh Syarikat Nestlé Malaysia adalah agihan intensif. Agihan ini melibatkan pengagihan sesuatu
produk secara meluas dengan menempatkan produk di banyak peruncit seperti pusat beli-belah, kedai runcit dan biasanya digunakan oleh
pengeluar produk mudah beli. Syarikat Nestlé Malaysia telah memasarkan produknya di banyak peruncit dan membolehkan produknya
mudah didapati.  Para peruncit perlu memastikan produk Syarikat Nestlé Malaysia tersedia ada supaya pengguna dapat memperoleh produk-
produk tersebut dengan mudah.
Untuk mengetahui lokasi kilang pengeluar makanan Syarikat Nestlé Malaysia, boleh merujuk kepada lampiran 3.
5.3 Harga
5.3.1 Definisi Harga
Harga adalah amaun wang yang dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan keluaran (Kotler P.Armstrong,2000).  Keputusan
meletakkan harga adalah amat penting di dalam pembentukan strategi pemasaran.  Apabila harga dapat ditentukan dengan baik maka,
hasilnya ialah pertambahan dalam jualan, imej keluaran akan meningkat, kedudukan keluaran dalam pasaran bertambah baik dan
perhubungan awam bertambah erat.   Penentuan harga mesti berhubungkait dengan keputusan keluaran, pengagihan dan promosi.  Ini kerana
harga meletakkan nilai ke atas keseluruhan aktiviti pemasaran yang ditawarkan kepada pengguna. Penetapan harga adalah penting untuk
mencapai matlamat organisasi dalam memaksimumkan keuntungan serta meningkatkan hasil jualan dan syer pasaran.       
5.3.2 Faktor Yang Mempengaruhi Penetapan Harga
Terdapat dua faktor yang mempengaruhi penetapan harga Syarikat Nestlé Malaysia iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.
A.    Faktor Dalaman
                    I.            Objektif Pemasaran
Objektif pemasaran yang  ingin dicapai oleh Syarikat Nestlé Malaysia  adalah perolehan pasaran. Syarikat Nestlé Malaysia telah
menetapkan harga produknya pada paras yang rendah. Ini membolehkannya menjadi kegemaran pengguna dan mempunyai permintaan yang
tinggi. Produk Syarikat Nestlé Malaysia juga ada daya saing yang tinggi disebabkan oleh harganya yang amat berdaya saing. Ini
membolehkan syarikat meningkatkan saiz pasarannya. Contoh produk Syarikat Nestlé Malaysia yang menggunakan objektif ini adalah Mi
Maggi yang harganya sangat murah. Harga ini membolehkan ia menjadi kegemaran pengguna dan memperoleh syer pasaran yang banyak.
II.            Kos Pengeluaran
                

Syarikat Nestlé Malaysia telah mengambil kira kos pengeluaran dalam menetapkan harga produknya. Jika harga produk adalah lebih
rendah daripada kosnya, maka syarikat akan mengalami kerugian. Jadi kos-kos seperti kos berubah, kos tetap dan sebagainya harus diambil
kira dalam penetapan harga bagi produknya. Jadi kos-kos merupakan salah satu faktor yang penting dalam menetapkan harga jualan bagi
produknya.
B.     Faktor Luaran
                    I.            Pasaran dan Permintaan
Pasaran dan permintaan bagi sesuatu produk juga merupakan salah satu faktor yang penting terhadap syarikat dalam menetapkan harga.
Produk Syarikat Nestlé Malaysia boleh dikatakan berada di dalam pasaran persaingan sempurna. Dalam pasaran jenis ini, harga produk
tidak boleh dinaikkan dengan sewenang-wenangnya kerana pembeli akan beralih kepada penjual yang menjual pada harga yang lebih rendah.
Contohnya, harga Mi Maggi jarang ditingkatkan kerana terdapat banyak persaingan yang sengit dalam pasaran mi segera seperti Cintan dan
Wingsfood. Bukan sahaja Mi Maggi, tetapi kebanyakan produk Syarikat Nestlé Malaysia juga menghadapi ancaman pesaing. Misalnya,
produk susu Syarikat Nestlé Malaysia menghadapi pesaing seperti Dutch Lady.
                 II.            Persaingan
Harga, tawaran dan tindakan yang dilakukan oleh pesaing juga akan mempengaruhi penetapan harga bagi sesuatu produk. Syarikat Nestlé
Malaysia akan mengambil kira tindakan pesaing dalam menetapkan harga bagi produknya sendiri bagi memastikan produknya mempunyai
daya saing yang tinggi berbanding dengam produk pesaing. Contoh pesaing Syarikat Nestlé Malaysia dalam minuman susu adalah Dutch
Lady. Strategi pemasaran syarikat Dutch Lady akan diambil kira oleh Syarikat Nestlé Malaysia dalam menetapkan harga bagi produknya
sendiri supaya dapat bersaing dengan syarikat Dutch Lady. Biasanya harga produk Syarikat Nestlé Malaysia tidak akan berbeza banyak
dengan produk syarikat Dutch Lady.
III.            Persekitaran Ekonomi Semasa
             

Syarikat Nestlé Malaysia juga teleh mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam penetapan harga produknya. Jika keadaan ekonomi
semasa tidak bagus, Syarikat Nestlé Malaysia akan menetapkan harga yang rendah bagi produknya. Ini adalah untuk memastikan produknya
mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Contohnya, produk Syarikat Nestlé Malaysia seperti MILO, Maggi dan sebagainya memang
ditetapkan pada harga yang rendah dan tidak akan meningkatkan harga pada masa yang tidak sesuai seperti kemelesetan ekonomi.
IV.            Tanggungjawab Sosial
             

Syarikat Nestlé Malaysia juga harus mempertimbangkan tanggungjawab sosial iaitu syarikat tidak boleh mengenakan harga yang terlalu
tinggi bagi produknya supaya tidak membebankan pengguna kerana ingin mendapatkan keuntungan yang lebih. Contohnya, harga bagi
produk MILO tidak boleh ditetapkan pada paras yang terlalu tinggi kerana ia merupakan barang yang kerap dibeli oleh pengguna.
5.3.3 Strategi Penetapan harga
            Terdapat beberapa strategi yang digunakan oleh Syarikat Nestlé Malaysia dalam menentukan harga produknya.

A.    Penentuan Harga Berdasarkan Nilai Produk


Mengikut strategi ini, harga produk adalah ditentukan berdasarkan atas persepsi pengguna terhadap produk syarikat. Syarikat Nestlé
Malaysia telah mengambil kira persepsi pengguna terhadap produknya dalam menentukan harga produknya. Syarikat Nestlé Malaysia boleh
menentukan harga yang lebih tinggi bagi sesetengah produknya seperti serbuk susu. Ini adalah kerana pengguna mempercayai kualiti produk
Syarikat Nestlé Malaysia. Contohnya, serbuk susu LACTOKID telah ditetapkan harga yang lebih tinggi tetapi pengguna masih akan membeli
produk tersebut kerana mempercayai kualiti produk tersebut dan mereka berasa bahawa adalah berbaloi untuk membeli barang pada harga
yang lebih tinggi kerana nilai produknya yang tinggi.
B.     Penentuan Harga Berdasarkan Persaingan
Berdasarkan strategi ini, harga adalah ditentukan berdasarkan harga yang ditawarkan ole pesaing. Pendekatan yang digunakan oleh
Syarikat Nestlé Malaysia adalah pendekatan harga kadar kini. Menurut pendekatan ini, harga ditentukan mengikut harga pesaing iaitu boleh
lebih tinggi, rendah ataupun sama dengan pesaing. Contohnya, harga bagi aiskrim Nestlé berperisa Vanilla sebanyak 1.5L adalah RM7.50
dan pesaing Syarikat Nestlé Malaysia dalam produk aiskrim iaitu Walls telah menetapkan harga RM8.50  bagi aiskrim yang sama banyak
dan sama perisa. Boleh didapati bahawa harga yang telah ditetapkan oleh Syarikat Nestlé Malaysia adalah RM1 lebih rendah daripada
produk pesaingnya. Harga yang lebih rendah ini akan menarik pengguna untuk membelinya.
C.    Penentuan Harga Psikologi

Mengikut strategi ini, harga ganjil seperti RM9.90 akan ditetapkan untuk produk yang dipasarkan untuk mempengaruhi

persepsi pengguna bahawa harga jualan adalah lebih rendah daripada RM10. Tetapi pada hakikatnya, harga ini hanya sepuluh

sen lebih rendah daripada RM10 sahaja. Syarikat Nestlé Malaysia sering menggunakan strategi ini dalam penetapan harga bagi

produknya. Contohnya, bagi mi segera cawan MAGGI HOT MEALZ TOM YAM KAW, harga yang ditetapkan adalah sebanyak

RM2.90. Harga ini dapat mempengaruhi persepsi pengguna bahawa produk ini adalah lebih rendah daripada RM3.00 dan

berbaloi untuk dibeli, namun sebenarnya ia hanya sepuluh sen lebih rendah daripada RM3.00.

D.    Penentuan Harga Promosi


Penentuan harga promosi bermaksud harga untuk sesuatu produk terpilih akan diturunkan bagi menarik minat pembeli dan
meningkatkan jualan dalam satu tempoh sementara. Syarikat Nestlé Malaysia kerap menggunakan strategi ini. Contohnya, Syarikat Nestlé
Malaysia telah melancarkan promosi ‘Lebih Nilai, Lagi Hebat’ di seluruh Malaysia yang bertempoh sebulan iaitu dari 1 Mac hingga 31 Mac
2015. Dalam aktiviti promosi ini, harga produk Syarikat Nestlé Malaysia telah diturunkan antara 10% hingga 30%. Objektif aktiviti promosi
ini adalah untuk membantu rakyat Malaysia menjimatkan perbelanjaan mereka. Dan aktiviti ini telah menarik pengguna untuk
menambahkan pembelian produk Syarikat Nestlé Malaysia.
E.     Penetapan Harga Produk Baru
            Apabila mengeluarkan sesuatu produk yang baru ke pasaran, Syarikat Nestlé Malaysia akan menetapkan harga penembusan pasaran
bagi produk baru tersebut.
                      Harga penembusan pasaran adalah satu strategi di mana pengeluar akan menetapkan harga jualan yang rendah supaya dapat
menembusi pasaran yang lebih luas dan memperoleh syer pasaran yang besar. Misalnya, aiskrim baru MAT KOOL PANDA ditetapkan
harga yang agak rendah apabila ia dikeluarkan kepada pasaran iaitu RM1.70. Ini merupakan satu harga yang murah dan tidak membebankan
pengguna. Kebaikan strategi ini adalah pengguna mudah tertarik dengan produk baharu tersebut dan seterusnya membentuk kesetiaan
terhadap produk baharu tersebut. Harga penembusan pasaran boleh mendatangkan keuntungan jangka panjang untuk syarikat.

            Lampiran 4 menunjukkan pelancaran produk baru iaitu Maggi Big Kari pada harga RM5.50 satu pek.
5.4 Promosi
5.4.1 Definisi Promosi
Menurut Shanthi Subramaniam dan Mah Boon Kiet(2015), promosi merujuk kepada satu proses komunikasi untuk mendedahkan
maklumat tentang sesuatu produk kepada pengguna.
Promosi dijalankan bertujuan untuk menarik perhatian pengguna tentang kewujudan sesuatu produk baharu dalam pasaran ataupun
mengingatkan pengguna tentang kewujudan sesuatu produk yang sedia ada dalam pasaran. Promosi boleh dikatakan sebagai satu saluran
komunikasi antara pengguna dengan pengeluar.
5.4.2 Campuran Promosi
Campuran promosi merupakan gabungan alat promosi. Antara alat promosi yang telah digunakan oleh Syarikat Nestlé Malaysia ialah
pengiklanan, promosi jualan dan juga perhubungan awam.
A.    Pengiklanan
Menurut Shanthi Subramaniam dan Mah Boon Kiet(2015), pengiklanan merupakan satu bentuk komunikasi secara tidak langsung untuk
mempromosikan produk kepada orang ramai melalui media massa seperti televisyen, surat khabar, majalah, radio dan internet. Menurut
Wells, Moriarty dan Burnett,  pengiklanan merupakan satu bentuk persembahan berbayar yang tidak personal mengenai idea, barangan atau
perkhidmatan yang ditaja oleh peniaga yang dikenalpasti.
 Pengiklanan dapat meningkatkan kesedaran pengguna terhadap sesuatu produk dengan berkesan, namun ia memerlukan kos yang agak
tinggi. Jadi pengiklanan harus dijalankan secara cekap.
Objektif pengiklanan yang dilakukan oleh Syarikat Nestlé Malaysia adalah seperti berikut:
I.            Pengiklanan Memberitahu
                   

Pengiklanan memberitahu adalah bertujuan memberitahu pengguna tentang kewujudan sesuatu produk dalam pasaran dan cuba untuk
mencipta permintaan pengguna terhadap produk tersebut.
Syarikat Nestlé Malaysia akan memaparkan iklan di pelbagai jenis media massa. Iklan-iklan ini termasuklah iklan untuk produk
sedia ada dan juga produk baru. Misalnya, produk Koko Krunch telah diiklankan pada YouTube dengan kolaborasi dengan filem yang
terbaru ditayangkan iaitu “Despicable Me 3”. Iklan ini akan ditunjukkan kepada pengguna di YouTube sebelum mereka menonton sesuatu
video. Ini adalah untuk memaklumkan pengguna tentang reka bentuk pembungkusan baru yang bertemakan filem tersebut dan juga
permainan kanak-kanak baru yang merupakan hadiah percuma. Syarikat Nestlé Malaysia akan menyiarkan iklan di televisyen apabila produk
baru dikeluarkan. Misalnya, iklan Maggi Oat Mee telah disiarkan di televisyen apabila ia dikeluarkan supaya pengguna mengetahui tentang
kewujudan produk ini yang lebih menitikberatkan segi kesihatan.
                 II.            Pengiklanan Peringatan

Pengiklanan ini bertujuan untuk mengekalkan   ingatan pengguna terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan. Pengiklanan jenis ini adalah amat penting terhadap produk yang telah mencapai tahap matang.
Contohnya, iklan MILO masih disiarkan di televisyen walaupun ia telah lama berada di pasaran. Kebaikannya seperti dapat
membekalkan tenaga dan menguatkan badan sentiasa diulangi agar pengguna sentiasa mengingati kebaikannya.
B.     Promosi Jualan
Menurut Kenneth E.Clow (2010) promosi jualan adalah merupakan insentif jangka masa pendek yang digunakan untuk menggalakkan
pembelian produk atau perkhidmatan. Promosi jualan menyediakan alat promosi yang banyak seperti kupon, peraduan, diskaun, premium,
pameran dagangan dan sebagainya. Promosi ini menarik perhatian pengguna, menawarkan insentif untuk membeli dan dapat menaikkan
semangat untuk membeli seterusnya meningkatkan jualan.
Promosi jualan adalah untuk menarik pencuba baru terutamanya dari kalangan pembeli yang dikenali sebagai mereka yang suka menukar
jenama pilihan. Promosi jualan juga merupakan sejenis ganjaran kepada pengguna yang setia. Promosi jualan juga bertujuan untuk
meningkatkan kadar pembelian semula dalam kalangan pembeli yang membeli sekali-sekala.
Terdapat beberapa alat promosi jualan yang digunakan oleh Syarikat Nestlé Malaysia.
  I.            Harga Promosi
Harga promosi merupakan harga yang lebih rendah daripada harga jualan sebenar bagi sesuatu produk. Harga ini hanya untuk jangka
yang tertentu ataupun tertakluk kepada syarat-syarat tertentu sahaja. Tujuan menetapkan harga promosi adalah untuk meningkatkan jualan
sesuatu produk atau meraikan perayaan-perayaan tertentu.

Misalnya, Syarikat Nestlé Malaysia telah menetapkan harga jualan promosi bagi produk MATKOOL PANDA iaitu harganya telah
dikurangkan daripada RM1.70 kepada RM1.00. Tetapi harga promosi hanya terdapat di antara jangka masa antara 11 hingga 16 April 2017
dan hanya terdapat di kedai 7-11 sahaja. Dan promosi ini juga tertakluk kepada terma dan syarat yang tertentu. Pada masa tersebut, produk
ini hanya dikeluarkan ke pasaran hanya lebih kurang 3 bulan sahaja. Harga promosi ini dapat menarik lebih banyak pengguna yang baru
untuk mencuba produk ini dan dapat menarik perhatian pengguna yang menyukai produk ini .
II.            Peraduan
Peraduan merupakan suatu pertandingan yang terbuka kepada pengguna dengan mematuhi syarat-syarat yang tertentu.

Syarikat Nestlé Malaysia sering mengadakan peraduan bagi pelbagai jenis produknya. Contohnya bagi produk MILO, peraduan sering
dilakukan. Pengguna perlu membeli produk MILO dan menunjukkan bukti pembeliannya dan perlu mematuhi langkah-langkah yang tertentu
untuk menyertai peraduan tersebut. Hadiah yang ditawarkan adalah amat menarik, misalnya botol air yang khas ataupun pelancongan ke
destinasi-destinasi tertentu. Hadiah yang menarik akan menggalakkan pengguna untuk menambahkan pembelian supaya dapat meningkatkan
kebarangkalian memenagi hadiah tersebut.
Lampiran 5 menunjukkan contoh aktiviti peraduan lain yang diadakan oleh Syarikat Nestlé Malaysia.
I.            Hadiah Percuma
Hadiah percuma merujuk kepada hadiah sampingan yang diberikan kepada pengguna secara percuma.

Contohnya, seperti yang dipaparkan dalam gambar rajah di atas, pengguna boleh mendapat satu beg pembungkus jika mereka membeli
dua pek NESTLÉ Aiskrim Tradisi Potong.

            Selain itu, Syarikat Nestlé Malaysia juga telah memberikan hadiah khas kepada pengguna bersempena tayangan filem “Despicable
Me 3” di Malaysia. Ini  dapat menarik minat pengguna kanak-kanak dan juga pengguna yang suka untuk mengumpulkan barang.
C.    Perhubungan Awam
Menurut Kenneth E.Clow (2010) perhubungan awam adalah satu usaha untuk membina hubungan yang baik di antara pihak syarikat
dengan orang awam bertujuan untuk memperolehi persepsi yang positif di kalangan orang awam tersebut, membina imej korporat dan
menangani isu atau cerita yang kurang baik dikalangan orang awam. 

Contohnya, MILO sering menunjukkan keprihatinan terhadap kesihatan rakyat Malaysia. Jadi MILO telah mengadakan Hari Sarapan
Malaysia setiap tahun. Pada tahun 2017, bilangan peserta yang menyertai aktiviti ini telah mencapai seramai 60000 orang. Aktiviti ini
merupakan salah satu aktiviti yang paling penting dalam Malaysia. Objektif aktiviti ini adalah untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang
kepentingan sarapan pagi. Imej Syarikat Nestlé Malaysia telah ditingkatkan melalui aktiviti ini.

Selain itu, MILO juga telah menjalankan Majlis Pelancaran Menyemarakkan Kejaguhan Atlet Malaysia ke Sukan SEA Ke-27 yang
diadakan di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil. Ini  juga telah menunjukkan Syarikat Nestlé Malaysia amat prihatin terhadap perkembangan
bidang sukan Malaysia.
6.0 PENUTUP
            Pengkaji berpendapat bahawa Syarikat Nestlé Malaysia merupakan sebuah syarikat yang bijak menggunakan campuran pemasaran
4P untuk mencapai matlamat sendiri. Walaupun terdapat banyak pesaing, namun Syarikat Nestlé Malaysia masih dapat mengekalkan
kedudukannya sebagai salah satu pengeluar makanan yang terbesar di Malaysia. Ini membuktikan bahawa kecekapan dalam mengamalkan
campuran pemasaran 4P dapat membantu sesebuah syarikat mencapai kejayaan.
            Syarikat Nestlé Malaysia sudah pun beroperasi di Malaysia untuk satu tempoh yang lama iaitu selama 105 tahun. Produk yang
dikeluarkan oleh syarikat ini adalah produk pengguna dan ia merupakan produk mudah beli. Ia juga merupakan produk asas dan produk
gerak hati. Reka bentuknya membawa maksud yang unik dan jenamanya mempunyai imej yang baik. Produk syarikat ini mempunyai
pembungkusan yang menarik dan dapat menarik pengguna untuk membelinya. Pada sisi atau belakang kotak produk syarikat ini juga
terdapat perlabelan yang dapat membantu pengguna lebih memahami mengenai produk. Produk yang baru masih dikeluarkan dari semasa ke
semasa dan menambahkan kelebaran dan kedalaman produk syarikat.
            Dari segi pengedaran, Syarikat Nestlé Malaysia telah menggunakan saluran agihan menegak dan mendatar. Bagi saluran agihan
menegak, saluran pemasaran langsung dan tidak langsung telah digunakan. Syarikat Nestlé Malaysia telah menggunakan peruncit dan ejen
untuk mengagihkan produknya ke pasaran dalam saluran agihan menegak. Selain itu, Syarikat Nestlé Malaysia telah menggunakan agihan
intensif dalam saluran agihan mendatar untuk memasarkan produknya secara besar-besaran. Produknya sentiasa tersedia ada di dalam
pasaran. Saluran pengedaran yang berkesan telah membantu Syarikat Nestlé Malaysia untuk memasarkan produknya ke merata tempat dan
pengguna boleh membeli produknya dengan pelbagai cara.
Syarikat Nestlé Malaysia telah mengambil kira faktor dalaman seperti objektif pemasaran dan faktor luaran seperti pasaran dan
permintaan, persaingan dalam menetapkan harga bagi produknya. Syarikat Nestlé Malaysia juga telah menggunakan beberapa strategi dalam
menetapkan harga produknya seperti penentuan harga berdasarkan nilai, penentuan harga berdasarkan persaingan dan sebagainya.
Kebijaksanaan dalam menetapkan harga produk telah membantu syarikat menjadi salah satu syarikat pengeluar yang terbesar di Malaysia.
Syarikat Nestlé Malaysia juga bijak mengadakan promosi. Syarikat sering melakukan pengiklanan yang berbagai jenis seperti
menyiarkan iklan di televisyen dan internet. Promosi jualan juga sering diadakan dan ini dapat menarik pengguna untuk menambahkan
perbelanjaan ke atas pembelian produknya. Contoh promosi jualan yang telah diadakan oleh Syarikat Nestlé Malaysia adalah harga promosi,
peraduan dan hadiah percuma. Syarikat Nestlé Malaysia juga menggunakan perhubungan awam  seperti mengadakan Hari Sarapan Malaysia
untuk meningkatkan imejnya. Promosi yang telah dilakukan oleh Syarikat Nestlé Malaysia telah membantu pengguna untuk mengingati
produknya dan mencapai matlamat pemasarannya.
Secara umumnya, Syarikat Nestlé Malaysia bijak menggunakan campuran pemasaran 4P dalam operasinya dan ini telah
membantunya menjadi salah satu syarikat pengeluaran makanan yang terbesar di Malaysia.
                      Dicadangkan Syarikat Nestlé Malaysia agar memfokus dalam pengeluaran makanan yang mudah disediakan seperti Mi Maggi,
MILO, KoKo Krunch dan sebagainya. Kerana penduduk Malaysia pada masa kini menjadi semakin sibuk dan menghadapi masalah
kekurangan masa. Jadi mereka akan memilih produk-produk yang mudah disediakan untuk dimakan. Produk-produk jenis ini mempunyai
potensi yang besar dan ia harus dikembangkan. Pengkaji mencadangkan Syarikat Nestlé Malaysia agar mengeluarkan lebih banyak produk
jenis ini supaya dapat memperoleh pasaran yang besar dalam pengguna-pengguna ini.
            Selain itu, Syarikat Nestlé Malaysia juga dicadangkan agar menambahbaikkan saluran pengedarannya. Melalui respon pengguna di
Facebook rasmi Syarikat Nestlé Malaysia, terdapat pengguna yang menyatakan bahawa produk-produk yang tertentu sukar didapati pada
tempat tinggal mereka. Contohnya, semasa hadiah percuma permainan ‘Minion’ dilancar ke pasaran bersama Koko Krunch, terdapat
pengguna yang merungut bahawa produk tersebut masih tidak dapat dibeli di tempatnya walaupun tarikh pelancaran yang diberi telah
berlalu. Jadi Syarikat Nestlé Malaysia dicadangkan agar menambahbaikkan saluran pengedarannya agar semua pengguna dapat memperoleh
produknya secepat yang mungkin.
            Dicadangkan juga Syarikat Nestlé Malaysia agar sentiasa peka terhadap tindakan pesaingnya seperti WingsFood, Walls, Dutch Lady
dan sebagainya. Pelbagai tindakan pesaingnya seperti pengeluaran produk baru ke pasaran dan penyelarasan harga harus sentiasa diawasi.
Pelbagai tindakan harus diambil oleh Syarikat Nestlé Malaysia untuk memastikan ia mampu untuk bersaing dengan mereka. Contohnya
menyelaraskan harga produk dan melancarkan produk baru ke pasaran supaya Syarikat Nestlé Malaysia dapat mengekalkan kedudukannya
sebagai pengeluar makanan terbesar di Malaysia. Aktiviti promosi juga harus diadakan dari semasa ke semasa.

RUJUKAN
Buku Rujukan
Shanthi Subramaniam dan Mah Boon Kiet, tahun 2015, Pengajian Perniagaan Penggal 1. Edisi.
Laman Sesawang
https://catatanmarketing.wordpress.com/tag/pengertian-marketing-mix-menurut-para-ahli/
http://dokumen.tips/documents/kemasan-559dfe64155d8.html
http://harga.runtuh.com/2017/04/7-eleven-matkool-panda-ice-cream-rm1-discount-promo.html
http://harga.runtuh.com/2017/07/nestle-breakfast-cereals-promotion-pack-despicable-me-free-minion.html
http://markoglobal.blogspot.my/2016/08/pengertian-dan-tujuan-promosi-menurut-para-ahli.html
http://mutiaralumpur.blogspot.my/2011/10/pengertian-atribut-produk.html
http://nestleazizfikri1996.blogspot.my/2016/11/GUNADARMA.AC.ID.html\
https://niekoplak.wordpress.com/2012/03/20/harga-price/
http://pemasaran1puo.blogspot.my/2010/01/unit-3-campuran-pemasaran-produk.html
http://pemasaran1puo.blogspot.my/2010/01/unit-6-campuran-pemasaran-promosi.html
http://pengertianharga.blogspot.my/2016/03/pengertian-harga-menurut-para-ahli.html
http://rampotech.blogspot.my/2013/02/apa-itu-jenama.html
http://repository.uin-suska.ac.id/7112/3/BAB%20II.pdf
https://sohoque.com/milo-dan-mom-menjana-tenaga-atlet-malaysia-di-sukan-sea-ke-27/
https://www.alfacart.com/catalog/product/view/_ignore_category/1/id/42456/s/nestle-honey-star-kotak-300g/#
https://www.facebook.com/MiloMalaysia/photos/a.10152861744553198.1073741928.272061778197/10152861744738198/?
type=1&theater
http://www.landasanteori.com/2015/07/pengertian-harga-dan-definisi-faktor.html
https://www.maggi.com.my/meet-the-family
http://www.milo.com.my/?q=products
http://www.nestle.com.my/assetlibrary/documents/pdf/media/press%20release/siaran_media_malaysia_breakfast_day_2016_putrajaya_29_
may_bm.pdf
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/nestle-lancar-promosi-jimat-1.364060
https://www.wanista.com/2014/33631/sarapan-berkhasiat-dan-bertenaga-positif-dengan-milo/

LAMPIRAN

Lampiran 1: Sejarah perubahan logo Syarikat Nestlé

Lampiran 2: Produk-produk yang dikeluarakan oleh Syarikat Nestlé Malaysia

Lampiran 3: Kilang Pengeluar Makanan Syarikat Nestlé Malaysia di Chembong, Negeri Sembilan

Lampiran 4: Pelancaran produk baru, Maggi Big Kari pada harga RM5.50 satu pek.
Lampiran 5:Peraduan yang diadakan oleh Syarikat Nestlé Malaysia

K.Y 8:56:00

STPM

...

Google

(Atom)

“ ” . Blogger .

You might also like