You are on page 1of 8

BAB 4 PADUAN PEMASARAN

BIL PERKARA HURAIAN


1 Definisi Paduan/Campuran Paduan/Campuran pemasaran merujuk kepada kombinasi 4
Pemasaran komponen asas merangkumi produk, penentuan harga,
promosi dan pengedaran bagi menentukan strategi
pemasaran yang akan digunakan oleh sesebuah organisasi.

2 Definisi produk Produk ialah apa sahaja yang boleh ditawarkan di pasaran
untuk perhatian, pemerolehan atau penggunaan bagi
memenuhi keperluan atau kehendak pengguna. (Samaada
dalam bentuk barangan atau perkhidmatan ).

3 Ciri-ciri produk fizikal Boleh dilihat, boleh dihidu, boleh disimpan, boleh dipisahkan
daripada pengeluar. Produk dihasilkan secara seragam.

4 Ciri-ciri barang perkhidmatan Tidak boleh dilihat, tidak boleh dihidu, tidak boleh disimpan,
tidak boleh dipisahkan daripada pengeluar. Pengeluaran
perkhidmatan tidak seragam.

5 KLASIFIKASI PRODUK i) Produk pengguna


ii) Produk industri

6 Definisi Produk Pengguna Produk yang dibeli oleh individu atau isi rumah untuk
kegunaan sendiri atau keluarga.

7 Definisi Produk Industri Produk yang dibeli oleh pengguna perniagaan untuk tujuan
digunakan dalam operasi perniagaan, pengeluaran barangan
lain, atau untuk dijual semula kepada pihak lain.

8 Jenis-jenis produk pengguna i) Produk Mudah Beli


ii) Produk Beli Belah
iii) Produk Istimewa
iv) Produk Tidak Dicari

9 Produk Mudah beli dibahagikan i) Produk Gerak Hati


kepada:- ii) Produk kecemasan
iii) Produk Asasi

10 Produk Mudah Beli -Barang yang selalu dibeli oleh pengguna dan merupakan
keperluan harian.
-Harganya rendah dan tidak memerlukan usaha yang banyak
untuk mendapatkannya.
-Mudah diperolehi kerana diedarkan secara meluas.

11 Produk Gerak Hati -Produk yang dibeli tanpa perancangan awal. Pembeli tidak
terdesak untuk membeli tetapi tertarik disebabkan oleh
pembungkusan yang menarik atau harga yang murah.
-Biasanya diperagakan disebelah kaunter bayaran bagi
menarik perhatian pembeli.
12 Produk Kecemasan -Produk yang dibeli apabila ada keperluan yang mendesak

13 Produk Asasi -Produk yang kerap dibeli kerana selalu digunakan

14 Produk Beli Belah -Produk yang jarang dibeli di mana pembelian dibuat sama
ada sebulan atau setahun sekali.
-Pembeli biasanya membuat perbandingan harga, spesifikasi
dan kualiti produk dari beberapa buah premis.

15 Produk Istimewa -Produk yang mempunyai ciri-ciri yang unik dari segi jenama,
gaya atau jenisnya.
-Harganya mahal dan bersifat eksklusif.

16 Produk Tak Dicari -Produk yang memerlukan usaha pemasaran yang meluas
untuk meningkatkan kesedaran pengguna.
-Produk berada dipasaran tetapi tidak disedari oleh pengguna
-Produk berada dipasaran tetapi pengguna belum mahu
membeli.

17 Jenis-jenis Produk Industri -Bahan-bahan dan bahan ganti


-Item-item modal
- Bekal dan Perkhidmatan

18 Bahan-bahan dan bahagian ganti -Terdiri daripada bahan mentah (keluaran tani dan alam
semulajadi) dan bahagian bahan yang telah diproses.
- Contoh bahan mentah seperti beras, buah dan sayuran
manakala contoh bahagian ganti ialah simen, benang, besi
dan dawai skru dan nat, fius, tayar

19 Item-item modal -Produk industri yang membantu di dalam pengeluaran atau


operasi pembeli termasuk pemasangan dan kelengkapan
aksesori.
-Contohnya, bangunan dan kelengkapan yang dipasang
seperti generator dan lif.

20 Bekalan dan perkhidmatan -Bekalan ialah produk mudah beli bagi industri yang
digunakan untuk menghasilkan produk siap. Contoh minyak
pelincir.
-Contoh, penyelenggaraan bangunan.

21 Atribut Produk -Merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu produk
yang boleh membezakannya daripada produk yang lain.
-Contoh : tahan lama, murah, sedap, berprestasi tinggi, dan
berprestij
-Dijadikan sebagai daya tarikan untuk mempengaruhi
pengguna agar membeli.
-Pengguna selalunya menilai sesuatu jenama yang disukainya
berdasarkan atribut produk yang dianggap penting bagi
jenama tersebut.
22. Penjenamaan Jenama ialah nama, istilah, tanda, perkataan, simbol atau
reka bentuk atau kombinasi daripadanya yang digunakan
untuk memperkenalkan dan membezakan
keluaran/perkhidmatan sesebuah firma.

23 Jenis-jenis jenama i) Jenama Pengeluar


ii) Jenama Pengedar
iii) Jenama Generik

24 Jenama Pengeluar -Penjenamaan mengikut pengeluar yang mengeluarkan


keluaran.
-Jenama dicipta dan dimiliki oleh pengilang produk itu sendiri.
-Cth: PROTON, IBM, Hitachi, Panasonic

25 Jenama Pengedar -Penjenamaan mengikut pengedar yang menjual produk di


pasaran.
-Jenama diberikan oleh peruncit atau pemborong.
-Mereka tidak mempunyai kilang pengeluaran tetapi menjual
dengan jenama mereka sendiri.
-Cth: Tesco, Singer

26 Jenama Generik -Produk yang tidak mempunyai jenama


-Pengguna tidak memilih produk berdasarkan jenama
-Produk mempunyai ciri-ciri ringkas
-Contoh: garam yang tiada apa-apa tanda pengenalan
jenama, telur, selipar.

27 Tujuan Penjenamaan 1. Mengenalpasti dan membezakan produk suatu firma


dengan firma lain.
2. Menggambarkan nilai sesuatu produk.
3. Menggambarkan status pembeli produk.

28 Pembungkusan Merujuk kepada aktiviti mencipta dan menghasilkan sesuatu


bekas atau pembungkus sesuatu produk.

29 Jenis-jenis pembungkusan i) Primer


ii) Sekunder
iii) Penghantaran

30 Tujuan pembungkusan i) Menyimpan dan melindungi produk.


ii) Memudahkan pengedar untuk mengedar
iii) Mempromosikan produk.
iv) Menolong pengguna membuat pilihan dan mengelakkan
pembeli membeli produk pesaing.
v) Memudahkan penyimpanan dan kegunaan produk.
31 Pelabelan Merujuk kepada ciri luaran pembungkusan. Ia merupakan
sebahagian daripada pembungkusan dan merangkumi
maklumat bercetak yang terdapat pada
produk/pembungkusan.

32 Tujuan Pelabelan 1. Mengenalpasti produk atau jenama.


2. Membezakan produk dengan produk pesaing.
3. Menyatakan perkara penting tentang produk (tempat
dibuat, tarikh luput, kandungan, cara guna dll).
4. Mempromosikan produk melalui grafik yang menarik.

33 Khidmat Sokongan -Pemasar juga perlu memastikan pelanggan mendapat


khidmat sokongan selepas mereka membuat belian.

- Contohnya, memberi khidmat penghantaran dan


pemasangan untuk produk ( televisyen, penyaman udara,
penapis air. )

34 Tujuan Khidmat Sokongan 1.Menjamin kepuasan pelanggan


2. Menggalakkan pelanggan membuat pembelian ulangan

35 Kitaran Hayat Produk (KHP) Sejarah hidup/tahap pertumbuhan sesuatu produk sejak
produk itu diperkenalkan di pasaran sehingga ianya ditarik
keluar dari pasaran.

36 Peringkat KHP i) Pengenalan


ii) Pertumbuhan
iii) Kematangan
iv) Kemerosotan

37 Penentuan Harga -Harga adalah nilai yang diletakkan ke atas sesuatu barangan
ataupun perkhidmaatn yang dijual.

-Bagi pengguna, harga ialah nilai pertukaran bagi sesuatu


produk yang dipersetujui oleh penjual dan pembeli dalam
suatu urusniaga.

- Bagi penjual, harga ialah satu sumber pendapatan yang


dihasilkan melalui jualan.

38 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi 1) Pengguna


Penentuan Harga 2) Kos
3) Dasar kerajaan
4) Saluran pengedaran
5) Persaingan
6) Objektif syarikat
7) Ciri-ciri produk
8) Permintaan dan penawaran
39 Pengguna - Merujuk kepada sasaran pengguna atau sesiapa yang akan
menggunakan produk tersebut.
- Dalam pasaran, terdapat 3 golongan pengguna iaitu
golongan atasan, pertengahan dan bawahan.
- Pengeluar perlu menyesuaikan harga berasaskan kepada 3
golongan pengguna tersebut.

40 Kos - Kos menentukan harga minimum yang boleh ditetapkan ke


atas sesuatu keluaran.
- Syarikat perlu meletakkan harga yang dapat meliputi kos
mengeluar, mengagih dan menjual keluaran dan pada masa
yang sama akan menghasilkan pulangan yang setimpal
dengan usaha dan risiko yang terlibat.
- Kebanyakan syarikat cuba menjadi pengeluar berkos
rendah bagi membolehkannya meletakkan harga yang
rendah dan menghasilkan jualan keuntungan yang lebih.

41 Dasar Kerajaan - Kerajaan boleh mempengaruhi penetapan harga melalui


dasar, akta dan peraturan tertentu dalam negara.
- Sesetengah barangan berada di bawah barangan kawalan
dan harga ditentukan oleh kerajaan.
- Cth: Petrol, gula, beras, simen dan lain-lain

42 Saluran Pengedaran - Merupakan orang tengah yang terlibat di dalam pemasaran


barangan seperti agen, pemborong dan peruncit.
- Jenis barangan boleh mempengaruhi saluran pengedaran
yang dipilih dan pada masa yang sama boleh mempengaruhi
harga barangan tersebut.
-Pertambahan bilangan orang tengah berkemungkinan
menyebabkan harga meningkat.

43 Persaingan -Keputusan penentuan harga syarikat boleh juga bergantung


kepada harga yang ditawarkan pesaing serta kemungkinan
tindakbalas pesaing terhadap penentuan harga yang
dilakukan oleh syarikat.
- Produk syarikat yang mempunyai kualiti yang sama dengan
produk pesaing, maka harga yang diletakkan adalah lebih
kurang sama.
- Jika produk syarikat mempunyai kualiti yang lebih baik,
syarikat mempunyai kelebihan untuk meletakkan harga yang
tinggi setanding dengan kualitinya.

44 Objektif Syarikat - Sesebuah syarikat mempunyai objektif-objektif perniagaan


yang tertentu.
- Sekiranya objektif syarikat ingin menguasai syer pasaran,
harga yang rendah perlu diletakkan.
- Sekiranya objektif syarikat untuk mendapatkan
keuntungan, harga yang lebih tinggi perlu diletakkan.
45 Ciri-ciri Produk - Merujuk kepada produk mudah beli, beli belah atau
istimewa.
- Produk mudah beli biasanya harga yang rendah.
- Produk istimewa, harga yang lebih tinggi.
-

46 Permintaan dan Penawaran - Kedua-dua pembeli iaitu pengguna dan industri


menseimbangkan harga produk dengan faedah yang
diperolehi dengan memilikinya.
- Peletakkan harga bergantung kepada jenis pasaran.
- Cth: Pasaran Persaingan Sempurna – harga ditentukan oleh
pasaran Cth: Pasaran Persaingan Sempurna – harga
ditentukan oleh pasaran Cth: Pasaran Persaingan Sempurna
– harga ditentukan oleh pasaran

47 3 kaedah penentuan harga -Kos


-Nilai
-Persaingan

48 Kaedah penentuan harga berasaskan a) Kaedah harga tokokan kos


kos terbahagi kepada • -Kaedah ini melibatkan penambahan mark up piawai
kepada kos sesuatu produk.

b) Kaedah Harga Berdasarkan Titik Pulang Modal.


Firma menggunakan kaedah ini untuk menetapkan harga
yang membolehkan firma tersebut mendapat pulang modal.

49 Kaedah Harga Berasaskan Nilai -Menggunakan nilai produk berdasarkan kepada persepsi
pengguna dan bukannya berdasarkan kepada kos penjual
sebagai kunci kepada penentuan harga.

50 Kaedah Harga Berasaskan Persaingan -Syarikat boleh meletakkan harga yang sama, lebih tinggi atau
kurang daripada harga pesaing utama
-Strategi ini sesuai digunakan untuk mengelakkan
peperangan harga yang boleh mengelirukan pengguna.

51 Strategi Penentuan Harga i) Produk Baharu (Tarahan dan Penembusan)


-Harga Tarahan
-Harga Penembusan
ii) Psikologi (Genap dan Ganjil)
iii) –Harga genap
iv) –Harga Ganjil
v) Diskaun (Tunai, Fungsi, Kuantiti dan Musim)
i) Profesional (Harga untuk perkhidmatan rundingan
yang diberikan oleh golongan profesional.)
52 Promosi Aktiviti-aktiviti yang memberitahu kebaikan produk dan
memujuk pelanggan sasaran untuk membelinya

53 Campuran/Paduan Promosi i) Pengiklanan


ii) Promosi Jualan
iii) Jualan Peribadi
iv) Perhubungan Awam
v) Pemasaran Digital

54 Pengiklanan Merupakan suatu bentuk komunikasi yang bukan peribadi


dan berbayar ditujukan kepada pihak-pihak tertentu melalui
media cetak atau elektronik.

55 Promosi Jualan Merupakan penawaran insentif jangka pendek untuk


menggalakkan pembelian atau jualan produk, menerusi
pemberian alat-alat promosi jualan.

56 Alat-alat Promosi Jualan -Kupon


-Sampel
-Premium
-Diskaun Jualan
-Rebat
-Peraduan
-Hadiah
-Mata ganjaran

57 Jualan Peribadi Merupakan pembentangan/komunikasi/interaksi peribadi


oleh jurujual syarikat bertujuan untuk menarik minat,
mencipta jualan, dan membina hubungan baik dengan
pelanggan.

58 Perhubungan Awam Merupakan komunikasi yang dibentuk bagi membina


hubungan baik dengan pelbagai pihak melalui

a. Hubungan akhbar/wakil akhbar


b. Publisiti produk dan jenama.
c. Hubungan awam.
d. Lobi
e. Hubungan pelabur
f. Pembangunan

59 Pemasaran Digital Merupakan aktiviti memasarkan produk menggunakan laman


sesawang, media sosial, aplikasi mobil, video atas talian,
emel dan blog yang melibatkan pengguna di mana sahaja,
pada bila-bila masa melalui peralatan digital
60 Pengedaran Merujuk kepada proses memindahkan barangan dari pusat
pengeluaran kepada pengguna di lokasi pada masa yang
dikehendaki oleh mereka.

61 Tahap Saluran Pengedaran i) Pengedaran langsung

Pengeluar – Pengguna

ii) Pengedaran Pemborongan

Pengeluar – Pemborong – Peruncit – Pengguna

iii) Pengedaran Peruncitan

Pengeluar – Peruncit – Pengguna

62 Strategi Pengedaran i) Intensif

Pengeluar-Peruncit – Banyak Peruncit

ii) Selektif

Pengeluar – pemborong – ( Peruncit 1 + Peruncit + Peruncit 3)

iii) Eksklusif

Pengeluar – Peruncit terpilih

You might also like