You are on page 1of 2

PRODUK

1. Paduan pemasaran merujuk kepada kombinasi 4 komponen asas merangkumi produk,


penentuan harga, promosi dan pengedaran bagi menentukan strategi pemasaran yang
akan digunakan oleh sesebuah organisasi.

2. Produk ialah apa sahaja yang boleh ditawarkan di pasaran untuk perhatian,
pemerolehan atau penggunaan bagi memenuhi keperluan atau kehendak.

3.
CIRI – CIRI PRODUK FIZIKAL PERKHIDMATAN

Ketaraan - Ketara., Boleh dilihat, dirasa, - Tidak ketara., Tidak boleh dilihat,
disentuh dan dihidu. dirasa, disentuh dan dihidu.

Simpanan - Boleh disimpan. - Tidak boleh disimpan


Inventori
Kepelbagaian - Pengeluaran produk serupa dan - Pengeluaran servis tidak seragam
seragam. dan terdapat kepelbagaian yang
bergantung pada orang yang
memberikan servis dan penerima
servis.
-

4.
a) Produk Pengguna
- Produk yang dibeli oleh individu atau isi rumah untuk kegunaan sendiri atau keluarga.
- Encik Zarman membeli kicap manis jenama Habhal’s untuk kegunaan dirinya dan
keluarganya.
b) Produk Industri
- Produk yang dibeli oleh pengguna perniagaan untuk tujuan digunakan dalam operasi
perniagaan, pengeluaran barangan lain, atau untuk dijual semula kepada pihak lain.
- Contohnya, Syarikat Sweetea membeli gula halus jenama Gula Prai untuk membuat
biskut perisa coklat.

5.
a) Merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu produk yang boleh
membezakannya daripada produk yang lain.

b)
i) Berprestasi Tinggi
- Puan Alisa membeli biskut keluaran Aida’s Home Cookies kerana jenamanya yang
berprestasi tinggi.
ii) Tahan Lama
- Puan Alisa membeli biskut keluaran Aida’s Home Cookies kerana tarikh luput jenama
biskutnya adalah 2022.

6. Jenis Jenama dan contoh


i) Jenama Pengeluar
- Penjenamaan mengikut pengeluar yang mengeluarkan keluaran.
- Contohnya, kereta keluaran Perodua dinamakan Perodua kerana pengeluar kereta itu
adalah daripada syarikat Perodua sendiri.

ii) Jenama Pengedar


- Penjenamaan mengikut pengedar yang menjual produk di pasaran.
- Contohnya, bebola daging yang dijual di Tesco di bungkus dengan plastik jenama
Tesco.

iii) Jenama Generik


- Produk yang tidak mempunyai jenama
- Contohnya, telur yang dijual di kedai runcit secara borong tidak mempunyai jenama.

You might also like