You are on page 1of 7

SET 2

BAHAGIAN A

1. Empat elemen asas dalam perniagaan ialah


i)Menyediakan barang dan perkhidmatan
ii)Wujud pertukaran nilai
iii)Mendapatkan keuntungan perniagaan
iv)Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna

2. Proses ketiga dan keempat dalam proses perniagaan sebuah kilang pengeluaran kasut ialah
i)Proses ketiga: Output
-Output merupakan barang siap atau produk akhir yang merupakan hasil akhir daripada
sesuatu proses pengeluaran barangan atau penyediaan perkhidmatan
-Kilang kasut mengeluarkan pelbagai jenis kasut kepada pengguna
ii)Proses keempat: Pemasaran
-Melibatkan usaha mengagihkan barang siap atau produk akhir kepada pengguna sasaran
dengan mengambil kira elemen-elemen campuran pemasaran
-Kilang kasut akan memilih sasaran pasaran untuk memaparkan pelbagai jenis kasut

3. Hubungan Jabatan Pengeluaran dengan Jabatan Pemasaran dalam sesebuah organisasi


perniagaan ialah
-Jabatan pengeluaran menghasilkan jumlah produk berdasarkan jumlah perancangan jualan
daripada Jabatan pemasaran
-Jabatan pemasaran membuat perancangan jumlah produk yang perlu dihasilkan untuk
dipasarkan

4. Dua kaedah pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Pengeluaran beserta contoh yang
sesuai ialah
i)Pemeriksaan menyeluruh
-Merupakan satu kaedah pengawalan kualiti terhadap semua produk yang dikeluarkan
melalui proses pemeriksaan
-Contohnya, membuat pemeriksaan secara menyeluruh kepada tempahan pakaian berfesyen
kerana ianya sedikit
ii)Pelan pensampelan
-Merujuk kepada pemeriksaan ke atas beberapa sampel kecil yang diambil secara rawak
dalam satu kumpulan atau lot produk
-Contohnya, beberapa sampel pensel akan diambil secara rawak
5. Gambar rajah Kitaran Hayat Produk

6. Tiga peringkat pembelian barang menurut Model Kotak Hitam yang diperkenalkan oleh Kurt
Lewin ialah
i)Rangsangan pemasaran dan rangsangan persekitaran
-Rangsangan pemasaran merupakan campuran pemasaran yang dilaksanakan oleh pemasar
iaitu produk, pengedaran, penetapan harga dan promosi
ii)Kotak hitam pengguna
-Kesemua rangsangan atau input tersebut akan diserap dan diproses dalam minda pengguna
iii)Respons pengguna atau pembeli
-Merujuk kepada tindakan seseorang atau individu membuat keputusan sama ada ingin
membeli atau tidak membeli

7. Maksud takaful yang berikut ialah


i)Akad jual beli
-Akad merujuk kepada satu janji yang mengikat kedua-dua pihak yang ingin membuat satu
pertukaran
-Jual beli wujud pertukaran sesuatu barangan dengan suatu barangan atau suatu nilai yang
dipersetujui
ii)Simpanan atau pelaburan
-Peserta adalah pemilik harta yang menyerahkan caruman takaful kepada pengendali takaful
untuk diuruskan mengikut pelan-pelan takaful, dengan membuat pelaburan dan lain-lain

8. -Maksud penyata aliran tunai ialah penyata yang menunjukkan punca perolehan tunai atau
dana dan penggunaan tunai atau dana bagi satu tempoh tertentu
-Empat kegunaan penyata ini ialah
i)Membantu pihak pengurusan membuat penambahan terhadap modal kerja pada masa
yang tepat dan sesuai
ii)Memudahkan kawalan baki tunai supaya sentiasa mencukupi bagi tujuan menjalankan
aktiviti perniagaan
iii)Menunjukkan keupayaan perniagaan untuk menjelaskan liabiliti semasa seperti bayaran
kepada pembekal dan gaji pekerja
iv)Membolehkan penganggaran jumlah dana yang akan digunakan untuk mengembangkan
dan membesarkan operasi perniagaan

9. Tiga proses pertama tindakan disiplin yang diambil oleh pengurusan sumber manusia
sebelum menjatuhkan hukuman kepada pekerja ialah
i)Amaran lisan
-Merupakan teguran secara lisan terhadap pekerja yang melakukan kesalahan kali pertama
atau kesalahan kecil dan tidak serius
ii)Amaran bertulis
-Diberikan kepada pekerja yang masih mengulangi kesilapan yang sama walaupun telah
diberi amaran lisan
iii)Surat tunjuk sebab
-Diperlukan sebagai tindakan drastik kepada pekerja yang mengulangi kesalahan yang sama
walaupun telah diberikan amaran lisan dan bertulis

10. Dua kaedah penamatan perkhidmatan ialah


i)Penamatan perkhidmatan secara wajib
-Pekerja yang tamat kontrak dilepaskan oleh organisasi tanpa sebarang syarat
ii)Penamatan perkhidmatan secara pemberhentian
-Pekerja ditamatkan perkhidmatan bukan kerana penamatan secara wajib atau secara
sukarela

BAHAGIAN B

11. (a) Strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh Neelofar Hijab untuk menghadapi
persaingan yang semakin sengit pada masa kini ialah
Fakta Huraian fakta Kaitan kes
Penetapan harga Penetapan harga penting -Apa yang menarik berkenaan Neelofar
untuk mencapai matlamat Hijab ini ialah harga tudung yang dijual
organisasi dalam pada harga tidak melebihi RM100
memaksimumkan
keuntungan serta
meningkatkan hasil jualan
dan syer pasaran
Promosi Merujuk kepada aktiviti- -Menurut pengasas Neelofar Hijab,
aktiviti memberitahu, Neelofa berkata pelbagai aktiviti telah
menarik, dan mempengaruhi dirancang dan dilaksanakan oleh
pengguna tentang kebaikan Neelofar Hijab dalam mempromosikan
sesuatu produk dan cuba keluaran terbaru itu termasuk
memujuk pengguna sasaran mengadakan aktiviti jelajah di seluruh
untuk membeli produk negara seperti membuat jualan di
tersebut bazar-bazar dan di expo-expo
-Menurut laporan media BBC, sehingga
kini hasil jualan Neelofar Hijab
dikatakan mencecah melebihi RM50
juta setahun
Pengedaran Satu proses memindahkan -Neelofar Hijab juga turut merancang
produk daripada pengeluar untuk mentransformasikan cawangan
kepada pengguna di lokasi pengedaran mereka di seluruh negara
dan masa yang dikehendaki sebagai langkah dalam
oleh pengguna mengoptimumkan perkhidmatan yang
disediakan
-Selain itu, Neelofar Hijab akan
membuka butik di Publika, dan Solaris
Dutamas
Produk Merupakan barang, -Dengan hanya menjual 2 jenis hijab
perkhidmatan atau idea yang iaitu Instant Hijab dan Semi Instant
ditawarkan oleh peniaga Hijab.
kepada pelanggan untuk -Hasil dari penyelidikan dan
dibeli dan digunakan bagi pembangunan yang rapi, Neelofar Hijab
memenuhi keperluan dan berjaya melancarkan 16 gaya tudung
kehendak pelanggan atau dengan 30 warna-warna pastel bagi
pengguna memudahkan pelanggan membuat
pilihan mengikut citarasa masing-
masing.
-Kualiti kain adalah sifon yang
menjanjikan keselesaan kepada
pengguna
-Selain itu, elemen wajib yang
ditampilkan oleh Neelofar Hijab ialah
penggunaan batu kristal dan mutiara
Swarovski
-Kejayaan Neelofar Hijab mengeluarkan
rekaan tudung yang menarik dan
moden sehingga dapat memasarkan
tudungnya ke pasaran luar seperti Turki,
Iran, Jepun, Amerika Syarikat dan 30
negara lain

(b) Maksud publisiti serta dua kebaikannya kepada Neelofar Hijab ialah
- Maksud publisiti ialah suatu maklumat yang disampaikan kepada pengguna melalui sebaran
media komunikasi tentang produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah
perniagaan tanpa memerlukan sebarang pembayaran dilakukan
- Dua kebaikan kepada Neelofar Hijab ialah
i) Pengguna lebih meyakini, liputan lebih luas dan dapat menjalinkan hubungan baik dengan
orang ramai
ii) Dapat menjimatkan kos promosi dan lebih diyakini oleh orang ramai
12. Berdasarkan rajah proses pengeluaran, perkaitan pendekatan kawalan kualiti yang boleh
dilaksanakan oleh sesebuah syarikat pengeluaran roti ialah

Rajah proses pengeluaran

i)Kawalan input
-Merupakan kawalan ke atas input seperti bahan mentah, tenaga kerja, mesin dan kaedah
yang dilakukan sebelum aktiviti pengeluaran bermula
-Kawalan dari segi proses mendapatkan input atau kualiti input yang dikehendaki
-Tujuannya adalah untuk mengelakkan pemeseongan dan memastikan pengeluaran
mengikut spesifikasi
-Kawalan ini mungkin juga melibatkan dasar, prosedur atau peraturan
-Contohnya, syarikat pengeluaran roti memastikan bahan mentah yang digunakan dalam
keadaan baik dan mesin berfungsi dengan baik

ii)Kawalan proses
-Kawalan ini dilakukan pada peringkat input ditransformasikan kepada output
-Ia bertujuan menyisih barangan cacat daripada proses
-Melibatkan tindakan pemulihan, pembetulan dan pengubahsuaian selepas kerosakan atau
penyimpangan berlaku
-Untuk memastikan kerja yang dilakukan betul atau kualiti produk dalam proses pengeluaran
mengikut piawai
-Contohnya, pekerja pengeluaran roti akan memeriksa roti semasa proses pengeluaran roti
dan memastikan pengeluaran roti mengikut spesifikasi yang ditetapkan

iii)Kawalan output
-Kawalan yang dibuat setelah aktiviti pengeluaran tamat
-Aktiviti tersebut melibatkan perbandingan dengan standard output yang ditetapkan
-Kawalan ini bertujuan untuk membuat penambahbaikan terhadap proses dan membolehkan
tindakan pembetulan diambil
-Untuk mengelakkan produk yang rosak sampai ke tangan pengguna
-Contohnya, pekerja pengeluaran akan memeriksa roti yang dikeluarkan menggunakan
kaedah pensampelan untuk memastikan kualiti roti mengikut spesifikasi yang ditetapkan
13. Faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna ialah
i) Budaya
-Budaya ialah nilai, norma, amalan masyarakat setempat, kelas sosial, persepsi, kehendak dan
sikap yang dipelajari oleh individu daripada ahli keluarga dan institusi lain yang mempengaruhi
gelagat membeli individu.
-Setiap masyarakat dan kaum mempunyai budaya tersendiri yang mempengaruhi cita rasa dan
pembelian mereka
-Contohnya, ahli dari kelas sosial atasan lebih suka berbelanja di tempat yang mencerminkan
kedudukan status kelas sosial mereka berbanding dengan ahli dari kelas sosial rendah

ii)Sosial
-Sosial terdiri daripada kumpulan rujukan, ahli keluarga, peranan dan status sosial mereka.
-Kumpulan rujukan adalah kumpulan yang mempunyai pengaruh secara langsung atau tidak
langsung terhadap gelagat atau sikap pengguna seperti rakan, jiran, kumpulan profesional dan
lain-lain
-Pengaruh kumpulan ini boleh dilihat dalam tiga keadaan iaitu gelagat atau cara hidup, sikap
dan konsep diri serta pemilihan terhadap produk serta jenama

iii)Individu
-Ciri-ciri individu seperti umur, pekerjaan, pendapatan, personaliti dan gaya hidup akan
memberikan pengaruh kepada keputusan pembelian seseorang.
-Contohnya, pengguna yang berada dalam peringkat umur yang berlainan akan mempunyai
cita rasa yang berbeza terhadap produk.
-Pengeluar perlu memahami setiap ciri individu demi merancang strategi pemasaran yang
sesuai supaya dapat menarik perhatian pengguna terhadap produknya di pasaran

iv)Situasi
-Faktor-faktor situasi yang mempengaruhi seseorang individu dalam mempengaruhi gelagat
pembelian seperti masa pembelian, tujuan atau sebab pembelian, cara membeli dan kaedah
bayaran, emosi pengguna dan tempat pembelian.
-Contohnya, pengguna mungkin lebih gemar membuat pembelian di pusat membeli-belah
yang mempunyai pilihan produk yang banyak
-Selain itu, terdapat ramai pengguna yang akan menambahkan pembelian produk semasa cuti
umum, cuti persekolahan atau menjelang musim perayaan

v)Psikologi
-Boleh dilihat dari aspek motivasi, persepsi, personaliti atau konsep kendiri, pembelajaran atau
pengalaman dan sikap
i. Motivasi
-Merupakan pendorong yang mendesak individu untuk memenuhi keperluan dan
kehendaknya yang pelbagai
ii. Persepsi
-Setiap pengguna mempunyai persepsi yang berlainan tentang produk yang ditawarkan di
pasaran dari segi harga, kualiti, reka bentuk, warna dan jenama
iii. Pembelajaran atau pengalaman
-Merujuk kepada pengalaman dan pemerhatian lepas yang mempengaruhi perlakuan atau
gelagat pengguna

You might also like