You are on page 1of 7

PERNIAGAAN TINGKATAN 4

TAHUN 2021
BAB 1 : TUJUAN PERNIAGAAN
& PEMILIKAN PERNIAGAAN
1.3 : BENTUK-BENTUK PERNIAGAAN LAIN
1.3.1 : FRANCAIS
1.3.2 : USAHA SAMA

NAMA GURU : SITI ARZILA BINTI MOHD ARSHAD


NAMA SEKOLAH : SMK SRI TANJUNG
KELAS : 4 AL BATANI
1.3.1 : FRANCAIS (m/s 33 – 36)
 FRANCAIS : hubungan antara dua pihak dari segi perjanjian urus niaga antara francaisor

dan francaisi.

 Ciri umum francais mengikut Akta Francais 1998 :

• perniagaan dikendalikan mengikut sistem yang telah ditetapkan oleh francaisor

• perniagaan dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian

• francaisi berhak untuk menggunakan cap/ rahsia dagangan milik francaisor

• francaisor mengenakan kawalan berterusan kepada francaisi

• francaisor bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada francaisi

• francaisi akan membuat sesuatubayaran dalam bentuk fi/ bentuk balasan lain

(dipersetujui dengan framncaisor)

• francaisor dan francaisi boleh menjalankan aktiviti perniagaan secara berasingan


Sambungan….

A. FRANCAISOR
FRANCAISOR : syarikat induk yang memiliki hak asal atas jenama produk
: menyediakan produk/ perkhidmatan dan sistem perniagaan

PERANAN FRANCAISOR • Memberikan hak untuk menggunakan imej, jenama, system operasi dan format perniagaan
kepada francaisi
• Menyediakan “blueprint”/ petunjuk pelaksanaan perniagaan (rujukan kepada francaisi)
• Menyediakan khidmat latihan (kursus & bimbingan), francaisi tahu tentang system pemasaran
yang digunakan
• Sesetengah francaisor juga membiayai kos pengiklanan francaisi (promosi bersepadu)
• Memberikan bantuan dalam bentuk ramuan khas, alatan dan perkakas

KELEBIHAN KEPADA  Dapat mengembangkan perniagaan secara global


FRANCAISOR  Menikmati ekonomi bidangan
 Menembusi pasaran baru
 Berkongsi risiko dan tanggungjawab dengan francaisi
 Struktur pengurusan tidak terlalu besar

KEKURANGAN KEPADA  Boleh menjejaskan reputasi francaisor – jika francaisi tidak mematuhi kualiti pengeluaran
FRANCAISOR produk
 Peningkatan kos – kos sokongan operasi francaisi
 Kesukaran memilih francaisi yang baik & berdaya saing
Sambungan….

B. FRANCAISI
FRANCAISI : syarikat yang membeli hak kebenaran untuk menggunakan jenama daripada FRANCAISOR
: menyediakan modal, sumber manusia, dan usaha berterusan

PERANAN FRANCAISI • Menjalankan aktiviti perniagaan mengikut peraturan dan sistem piawaian yang ditetapkan oleh
francaisor (jika gagal – penamatan kontrak oleh francaisor)

KELEBIHAN KEPADA  Memiliki dan menjalankan satu perniagaan yang sistematik


FRANCAISI  Reka bentuk yang seragam
 Mendapat sokongan pengurusan daripada francaisor
 Risiko kegagalan rendah
 Jenama terkenal & jaringan perniagaan lebih luas
 Tidak perlu banyak pengalaman dalam perniagaan

KEKURANGAN KEPADA  Perlu mengawal kualiti barang/ perkhidmatan – jaga nama baik francaisor
FRANCAISI  Terikat dengan perjanjian francais & bergantung pada francaisor
 Tiada inovasi dan inisiatif sendiri untuk majukan perniagaan
1.3.2 : USAHA SAMA (m/s 36 – 37)
 USAHA SAMA : Suatu perkongsian strategik antara dua taau lebih individu atau syarikat dan mereka bersetuju untuk

bekerjasama mengeluarkan barang atau perkhidmatan dalam jangka masa tertentu.

 TUJUAN USAHA SAMA :

• Meningkatkan kedudukan syarikat

• Berkongsi kepakaran

• Menambah keuntungan perniagaan pemilik

* Sesuatu usaha sama biasanya akan dibubarkan selepas objektif usaha sama telah tercapai.
Sambungan….

 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN USAHA SAMA :


LATIHAN

RUJUK MODUL PERNIAGAAN, LENGKAPKAN :


1. MUKA SURAT 2, NO. 4
2. MUKA SURAT 15, NO. 19 - 22

P/S : LATIHAN YANG ADA RUANGAN JAWAPAN JAWAB DALAM MODUL, SOALAN ESEI SILA
JAWAB DALAM BUKU LATIHAN, CATATKAN NO. SOALAN BESERTA M/S DI MODUL UNTUK
MEMUDAHKAN ANDA MEMBUAT RUJUKAN… TAK LUPA JUGA TULIS HARI N TARIKH SERTA
SUBTOPIK HARI INI, 1.3 : BENTUK-BENTUK PERNIAGAAN LAIN (FRANCAIS & USAHA SAMA)

You might also like