You are on page 1of 24

BAB 2: KEUSAHAWAN

2.5 STRATEGI MEMULAKAN PERNIAGAAN


D. Perniagaan Francais
Francais- kaedah pemasaran produk atau perkhidmatan
oleh sebuah syarikat induk (francaisor) memberi hak
kepada syarikat lain atau individu (francaisi) untuk
memasarkan produk atau perkhidmatan tersebut
berlandaskan kaedah tertentu di lokasi atau kawasan yang
ditetapkan dan dalam jangka masa yang ditentukan.
Mempunyai 3 ciri asas @ sistem 3S yang perlu dipatuhi
iaitu system (sistem), specialization (pengkhususan) dan
standardization (keseragaman perniagaan) oleh francaisi
kerana sistem tersebut telah ditetapkan oleh francaisor.
Sistem francais dikatakan membuka jalan termudah
sebagai francaisi kerana
Mendapat bantuan kepakaran dan idea rancangan
untuk membangunkan perniagaan.
Mendapat pinjaman kewangan daripada institusi
kewangan.
Mudah mendapat khidmat nasihat dalam mencari
jalan penyelesaian. (wujudnya hubungan francaisi
dan francaisor yang berasaskan perniagaan yang
sama)
Kaedah atau bentuk perniagaan francis boleh
diklasifikasikan kepada beberapa kategori:
Pemegang Francais Berformat.
Kaedah yang paling digalakkan di mana francaisi
mendapat lesen untuk buat dan pasarkan barangan
daripada francaisor.
Francaisor tawarkan format perniagaan seperti hak
penggunaan harta intelektual (logo, jenama,
goodwill), strategi pemasaran, operasi, pengiklanan,
perakaunan dan latihan kepada francaisi.
Prinsip 5C dalam kaedah francais jenis ini:
Prinsip 5C Keterangan
Keseragaman ~ punya imej yang sama dari segi tanda
(consistency) logo, produk dan keseluruhan sistem
pengurusan tidak kira di negara tuan
rumah mahupun di seluruh dunia.
Kelebihan ~ buat pengusaha kerana francaisor
persaingan boleh membeli bahan mentah, mesin
(competitiveness) dan peralatan secara pukal (dapat
diskaun bahan yang besar) lalu
dijualkan kepada francaisi pada harga
yang berpatutan.
Prinsip 5C Keterangan
~ aktiviti pengiklanan dan promosi
secara komperhensif dapat dilakukan
apabila premis francaisi di seluruh
tempat membayar peratus yuran yang
dikumpulkan.
Keselesaan ~ ciri reka bentuk premis yang
(convenience) menarik memberi keselesaan kepada
pelanggan.
Kebersihan ~ menjadi amalan utama dari segi
(cleanliness) imej, penyediaan produk dan
persekitaran premis. (ada manual
penjagaan kebersihan yang sistematik;
pekerja dilatih untuk urus premis
Prinsip 5C Keterangan
Kesopanan ~ pekerja diajar cara melayan dan
(courtesy) menjaga kesopanan apabila berurusan
dengan pelanggan.

Francais Pengilangan Produk


Francaisor – memberi lesen kepada francaisi
untuk kilangkan barangan mengikut formula,
resipi atau reka bentuk lalu memasarkan barangan
tersebut dengan menggunakan sistem pemasaran.
Contohnya, pembotolan Pepsi Cola.
Lesen Bertanda Dagang/Jenama.
Pelbagai jenis barangan berlesen yang dibuat oleh francaisor.
Francaisi diberi lesen untuk menjual barangan itu lalu diberi
ganjaran yang berbentuk komisen.
Contohnya, watak² Walt Disney, Garfield, Pierre Cardin dan
Dunhill.
Francais Wakil Pengedar.
Francaisi wajib pasarkan barangan keluaran francaisor
secara eksklusif mengikut peraturan dan kaedah yang
ditentukan serta diberi monopoli di kawasan geografi tertentu.
Contoh: stesen perkhidmatan minyak dan pengedaran kereta
=Petronas, Pusat Perkhidmatan EON.
Penganjur.
Francaisi sebagai penganjur kepada francaisor. Barangan dibeli
daripada dan nama syarikat² francaisi adalah sama. Penglibatan
francaisor dalam perniagaan syarikat adalah mendalam daripada
modal, bahan mentah, kepakaran, pengurusan dan pemasaran.
Contohnya, PERNAS EDAR (Kedai G-Mart)
Kebaikan perniagaan francais
Berisiko rendah kerana kebanyakan produk yang tersenarai telah
lama bertapak dalam bidang perniagaan dan mendapat tempat di
hati pengguna.
Berpeluang memperdagangkan/memasarkan produk/perkhidmatan
yang sudah terkenal jenamanya.
Francaisor yang kekurangan modal boleh
memperluas pasaran.
Memperoleh faedah ekonomi bidangan daripada
produk serta pembelian bekalan bahan mentah dan
keperluan lain secara pukal.
Francaisi berpeluang menjalankan perniagaan dengan
kaedah pengurusan yang telah terbukti kejayaannya.
Usahawan yang tidak berpengalaman akan mendapat
panduan lengkap dari segi pengurusan, nasihat, modal
dan bantuan kewangan daripada francaisor.
Mudah diaplikasikan kerana mempunyai sistem yang
lengkap dan terbukti keberkesanannya.
Kelemahan perniagaan francais
Bayaran terlalu besar bagi mendapatkan hak ke atas jenama
produk dan pakej yang disediakan oleh francaisor.
Francais tertakluk kepada peraturan dan kaedah
pengoperasian perniagaan yang ditetapkan oleh francaisor.
Francaisi perlu berhati-hati dalam memilih francaisor
untuk mengelakkan penipuan kerana kemungkinan
francaisor mengambil alih perniagaan francais apabila
perniagaan tersebut sudah maju.
Tiada maklumat terkini yang lengkap mengenai industri
francais terutama di Malaysia.
Tiada akta untuk mengawasi, sistem kawal selia
terhadap taraf kualiti sesuatu sistem francais yang
memasuki pasaran dan kurang insentif diberikan
kepada usahawan yang berminat.
Beberapa contoh perniagaan francais yang berjaya di
Malaysia:
Edaran Otomobil Nasional Berhad. (EON)
Goodyear Malaysia Berhad.
Ditubuhkan Pengedar kereta
pada PROTON dan
16/5/1984 francaisor tempatan
terbesar

EON
Tujuan: Edarkan 96 buah fraincais
kereta nasional sedia perkhidmatan
ke pasaran dan alat ganti

103 buah francaisi


pusat jualan
65 BP, 38 bukan BP
Faktor yang menentukan kejayaan sistem francais
EON:
Mempunyai produk yang berjaya dan berkualiti.
Mempunyai pasaran yang inovatif.
Memberi penekanan kepada khidmat selepas jualan.
Mempunyai sistem pengurusan yang baik.
Melihat francaisor sebagai rakan kongsi.
Senarai produk francais yang berpotensi dalam
program pembangunan:
Bil Francais Induk Jenis Perniagaan Modal
1 McDonalds Makanan Segera RM 800 000 -
RM 1 Juta
2 Mary Brown Fried Makanan Segera RM 250 000 –
Chicken RM 500 000
3 The Little Gym Program RM 250 000
Pembangunan
Kanak²
4 Kinderland Pra-Sekolah dan RM 85 000
Pusat Jagaan
Kanak²
5 Kodak Express Kedai Gambar RM 215 000
6 Singer Barangan RM 30 000
Elektrik
7 Fuji Image Plaza Kedai Gambar RM 175 000
Bil Francais Induk Jenis Perniagaan Modal
8 Kit Loong Tayaria Perkhidmatan RM 175 000
Kenderaan dan
Jualan Tayar
9 Goodyear Service Perkhidmatan RM 250 000 –
Centre/Servitaker Kenderaan dan RM 300 000
Jualan Tayar
10 Sign Express Membuat Papan RM 250 000
Tanda
11 Pharmacare Medicine Kedai Ubat RM 200 000 –
Shoppe RM 250 000
12 Bonia Menjual Pakaian RM 200 000
dan Barang Kulit
13 Habib Jewel Kedai Emas RM 500 000 –
RM 1 Juta
Bil Francais Induk Jenis Perniagaan Modal
14 Farmasi Dewma Kedai Ubat RM 230 000 –
RM 250 000
15 Hotel Seri Kos Sederhana RM 500 000 –
Malaysia RM 1.4 Juta
16 Mobikom Shoppe Telefon Bimbit dan RM 188 000 –
Aksesori RM 220 000
17 Eye Master Perkhidmatan RM 210 000 -
Pemeriksaan dan Jual RM 250 000
Cermin Mata/Contact
Lense
18 Avon Kosmetik, Toiletries, RM 83 000 –
Jewellers dll RM 100 000
19 Sugar Bun Makanan Segera RM 500 000
Bil Francais Induk Jenis Perniagaan Modal
20 MPH Bookstores Kedai Buku dan RM 400 000
Alat Tulis
21 Popular Bookstores Kedai Buku dan RM 250 000
Alat Tulis
22 Arastu Barangan Elektrik RM 70 000
dan Perabot
23 Sabar Express Perkhidmatan Kurier RM 50 000
dan Penghantaran
Cepat
24 Caserini Pakaian RM 165 000
25 Deli Giant Pakaian RM 210 000
26 Academic of Pembelajaran RM 200 000
Learning Komputer
E. Perikatan Strategik
Persekutuan atau penggabungan bersama dua atau lebih
firma yang bertujuan untuk mempelajari dan
mendapatkan teknologi, produk, kemahiran dan
pengetahuan antara satu sama lain.
Mekanisme perikatan ini termasuklah perlesenan,
pengeluaran bersama, usahasama atau konsortium.
Contoh perikatan strategik: United Engineering
Malaysia (UEM), PNSB, Ho Hup, Teka Neka, Sato dan
Mitsui dan sebagainya.
Beberapa cabaran dalam perikatan strategik:
Menetapkan wawasan strategik yang jelas.
Cabaran pertama : bentuk logik yang kuat dan kukuh
mengapa perikatan perlu dilaksanakan.
Firma yang bakal membuat perikatan mesti berupaya
mengenal pasti faedah yang besar iaitu capai kos yang rendah
dan anjal dan punya potensi yang lebih khusus. Alasannya:
mencapai pasaran baru
memperoleh teknologi dan kemahiran
mencapai tahap ekonomi bidangan
menyebarkan risiko
mengurangkan persaingan
Mencari rakan kongsi yang sesuai.
Faktor yang diambil kira bagi memastikan kesesuaian perikatan
strategik
Saiz dan stail organisasi.
Stail dan kecepatan pembuatan keputusan.
Proses penyelesaian sesuatu isu.
Sikap pihak pengurusan dan halangan².
Persefahaman budaya.
Cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan jurang perbezaan
yang mungkin timbul dengan memperkenalkan:
Pembangunan pengurusan bersama
Menterjemahkan budaya dan bahasa korporat
Membangunkan sistem pengurusan yang komperhensif dan
berpadanan
Projek bersama atau integrasi secara selektif
Rancang, rancang dan rancang semula.
Kedua-dua pihak perlu lebih proaktif dan meletakkan
fokus yang berterusan ke atas keperluan komersial dan
perhubungan mereka.
Perkara yang perlu dirancang dengan teliti – perjanjian
secara formal tentang cara berhadapan dengan suasana
persaingan, liabiliti percukaian dan aspek kewangan.
Kemungkinan kedua-dua pihak ini mempunyai
pandangan yang berbeza terhadap jumlah nilai
sumbangan setiap pihak dalam perkongsian tersebut
atau jumlah nilai yang boleh dihasilkan tanpa perikatan.
Menyemak semula secara berterusan perhubungan yang
dibentuk.
Tidak boleh dilakukan berdasarkan logik awal terhadap
keperluan kepada persekutuan bersama dan kemudiannya
dibiarkan.
Semakan semula secara berterusan adalah perlu kerana
sasaran dan arah tuju perikatan boleh berubah ikut
perubahan, masa dan perubahan persekitaran.
SEKIAN TERIMA KASIH

PEMBENTANG: NUR RIFAH SYAHIRAH SHARUM

You might also like